Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all articles
Browse latest Browse all 418

UNDER WATER SEA DI KUALA LUMPUR | AQUARIA KLCC

$
0
0

UNDER WATER SEA DI KUALA LUMPUR | AQUARIA KLCC | Kali ini kita jelajah kehidupan bawah laut pula. Tak dapat pergi menyelam dalam laut, kita pergi ke Aquaria KLCC. Ena ni suka sangat tengok kehidupan semula jadi ni, tambah-tambah kehidupan dalam laut. Sebab semua makhluk Allah kat dalam laut semuanya cantik-cantik dan unik bagi ena. Kita tengok pun jadi tenang jeee.

Kisah ena pergi ke Aquaria ni dah lama berlalu tapi hari ni baru berkesempatan nak share di sini. Share kenangan ketika kat sini sebab ini merupakan pertama kali ena masuk Aquaria KLCC. Orang lain rasanya dah berpuluh kali masuk agaknya kan kan. Tak kiralah, nak share juga. Jom teruskan pembacaan you all. 



SUASANA DI DALAM AQUARIA KLCC


Banyak juga kehidupan dalam laut kat sini. Masuk-masuk je tempat ni you all akan berjumpa dengan geng-geng Piranha. Ena first time tengok piranha ni depan mata, selama ni tengok kat channel Animal Plate je. Besar juga ikan piranha ni, ingatkan kecil je. Dah terbayangkan macam mana badan kita berada kat dalam tu. Issshhh! Scary tapi teruja.

Lepas tu you all akan menyusul masuk ke dalam Aquaria ni dan berjumpa pelbagai lagi jenis ikan dan makhluk Allah yang lain lagi. Ada yang biasa tengok dan ada yang tak biasa tengok. Banyak jugalah ena dapat sedikit ilmu tentang dunia laut kat sini. Ena datang sini bukan cuci mata sahaja, tapi ena akan baca setiap info yang diberi. Jiwa ena memang suka ketahui tentang binatang ni. 







Ena tak sabar nak masuk dalam terowong dimana you all seolah-olah sedang berjalan dibawah laut. Di sini you all boleh tengok jerung, ikan pari dan ikan-ikan yang lain berenang. Tapi sebelum tu you all akan tempuhi bahagian-bahagian yang best dan menarik selain terowong ni. Setiap bahagian tu diletakkan family kehidupan laut / kehidupan air yang sama cuma spesis yang berbeza. 

Contohnya, kalau ikan sungai diletakkan satu bahagian dan kat situ ada pelbagai jenis ikan sungai yang you all boleh jumpa seperti ikan arowana, ikan tioman, ikan keli dan ikan arapaima. Tapi saiznya bukan comel-comel, semuanya bersaiz besar-besar. Gerun pula ena tengok. Mungkin makanan cukup kat sini, ikut time pula tu. Tu yang membesar dengan elok tu. Tak payah nak penat-penat pergi memburu. Ahaks.







Dah jauh sedikit baru jumpa terowong yang ena nak sangat pergi tu. Tapi sebelum tu, my lucky time, masa ni pekerja kat Aquaria ni tengah bagi makan kat ikan-ikan kat dalam ni. So, menyempat juga ena dengan partner foodhunter ena berselfie dengan pekerjanya. Sporting habis. Well, mestilah mereka kena treat kami dengan baik, kalau tak habis kena viral nanti. 

Seronok ena tengok ikan tu semua makan dengan gembiranya. Rasa nak berenang sekali dengan semua ikan kat sini, tapi mesti kecut perut juga sebab tak biasa dengan jerung apa semua. Nampak macam jinak je tapi who knows kan. Mungkin mereka manja dengan orang dah biasa bagi makan tu.







Lepas habis tengok terowong ni, you all dah nak sampai kepenghujung Aquaria KLCC sebenarnya tapi masih banyak lagi kehidupan air yang lain untuk you all boleh cuci mata. Seperti obor-obor, belut yang pelik-pelik, kuda laut dan pelbagai lagi la. Kesenian dalam laut yang Allah cipta memang menarik hati ena sejak kecil lagi.

You all kena datang ke sini baru you all rasai kenikmatan datang kemari. Bagi ena okay juga tempat kat sini, cuma macam pendek perjalanannya. Namun, Alhamdulillah tidak menghampakan hati ena dengan kehidupan laut yang dipamerkan di sini. Yang penting ilmu tu mahal. Yeahhh!






HARGA TIKET AQUARIA KLCC

Itu sahaja perkongsian kenangan ena ke sini. Elok sangat bawa anak kecil ke mari untuk mengenali kehidupan yang ada kat atas bumi ni. Orang dewasa pun digalakkan datang untuk menimba ilmu serba sedikit tentang kehidupan dalam air. Nak tenangkan pemikiran pun boleh, serius tengok binatang ni boleh trigger jiwa kita jadi tenang dan damai.

Berikut adalah harga tiket yang latest. Sebarang penambahan harga, ena minta maaf ye dan you all boleh rujuk laman rasmi Aquaria KLCC untuk ketahui info dengan lebih lanjut. Ena ada share semuanya di bawah ni.





HARGA TIKET:
 Dewasa (mykad): RM 46.00 
Kanak-kanak 3-12 thn (mykad): RM 35.00 
Bawah 3 tahun: Percuma 
Warga Emas (mycard) RM 35.00 

NOMBOR TELEFON:
03-23331888 

WAKTU OPERASI: 
10.30 am - 8.00 pm
Waktu akhir untuk masuk: 7.00 pm



WEBSITE:

INSTAGRAM:




Viewing all articles
Browse latest Browse all 418