Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all articles
Browse latest Browse all 418

RINDU SUASANA BERBUKA DAN BERSAHUR | #INDAHNYARAMADAN

$
0
0

RINDU SUASANA BERBUKA DAN BERSAHUR | #INDAHNYARAMADAN | Marhaban Ya Ramadhan! Marhaban Ya Ramadhan! Ramadhan Tiba! Ohhh myyy!!! Tak tahu nak gambarkan perasaan ena ni bagaimana setiap kali menjelang bulan yang mulia ni. Semenjak 3 tahun yang lepas lagi, ena macam ni tau. Baru terasa akan kegembiraan yang sebenar apabila menyambut bulan Ramadhan. Mungkin sebab sejak puasa pada tiga tahun yang lepas, my life and my happiness bertukar 360 darjah hingga sekarang. I love my life now, bersyukur sangat-sangat. Sebab itu ena rasa seronok setiap kali nak berpuasa dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah!

Okay bila puasa je, mesti teringat-ingat suasana berbuka puasa di rumah bersama-sama dengan keluarga yang tersayang. Mana yang sedang merantau tu, mesti meriah pergi berbuka atau bersahur dengan rakan-rakan seperjuangan. Itulah yang ena rasai selama ni, kawan-kawanlah penceria ena ketika berbuka puasa. Petang-petang je start enjin kereta dan serbu bazaar Ramadhan yang berdekatan. Berhimpit-himpit cari makanan untuk berbuka dan tapau sekali untuk sahur. Beli macam nak makan 10  orang, last-last tak habis. Kah! Entah la, memang ena rindu sangat perasaan waktu berpuasa. Sebak pun ada, seronok pun dan tak sabar nak raya pun ada. Oopppsss. Ahaks.



AKTIVITI ENA KETIKA RAMADHAN 2016




Sudah sekian lama ena tak berpuasa kat rumah. Dapat balik pun lagi tiga empat hari lagi nak raya. Sedih tau, hurmm. Pada tahun ni Alhamdulillah, seronok tak terkata. Disebabkan cuti yang lama, ena berpeluang untuk berpuasa selama sebulan di rumah bersama mak dan ayah ena. Suasana Ramadhan yang paling indah dan paling menggembirakan hati ena apabila dapat puasa sepenuhnya dengan keluarga tersayang. Yela, sahur bersama, berbuka bersama dan solat tarawih bersama. Oh my!! You feel me right? 




Okaylah, sebagai #IAFoodhunter dan blogger makanan, ini masanya ena nak pergi ber”foodhunting”. Masa bulan Ramadhan ni la rasa excited nak share makanan-makanan yang best untuk berbuka dan juga untuk bersahur. Tambahan pula tengah cuti, nafsu memburu makanan semakin bercanak-canak la. Yeahh! Mahu release tension maaaaa.

Kali ni ena nak share satu menu yang menarik untuk berbuka dan sahur daripada McD. Masa ini ena di diluar kawasan sebab nak pergi shopping di suatu tempat ni. So tak tahu nak makan kat mana dah, nak pergi bazar dah tak larat. Ena serbu ke McD, tengok macam best jeee menu untuk Ramadhan. Harga pun not bad.


Memori terindah berbuka puasa bersama kawan-kawan pada tahun yang lepas




MENU YANG DIPILIH

Memula ingat nak makan burger McD yang ena dah biasa makan selama ni. Masa ena mai, eh ehhh ada menu baru laaa. Menu special untuk berbuka sepanjang bulan puasa ni. So, ena pilih dua-dua iaitu Foldover Mashwi Daging dan Foldover Lazeez Chicken. Satu untuk ena, satu untuk partner foodhunter ena. Tengok macam menarik dan mengenyangkan, sebab tu pilih menu Selera Ramadan McD ni.


Foldover Lazeez Chicken






Foldover Mashwi Daging







FEEDBACK DARIPADA ENA

Bagi ena, yang specialnya roti Arab tu. Lembut je, tak terlampau nipis dan tak terlampau tebal. Sedang elok nak berbuka puasa dengan menu McD yang ni. Dalamnya Foldover Lazeezdihidangkan bersama 2 kepingan ayam gril, salad segardan sos bawang putih. Manakala Foldover Mashwi disajikan dengan daging digril empuk, salad segar yang disempurnakan dengan sos pedas unik.Mantapppp!

Harga pun tak terlampau mahal dan tak terlampau murah. Boleh la bagi mereka yang sedang merantau atau sedang mencari kedai makan untuk berbuka, untuk cuba try test menu Selera Ramadan dua jenis ni. You all boleh dapatkannya di McD yang berdekatan dengan rumah you all. 





WEBSITE:

FACEBOOK:





Viewing all articles
Browse latest Browse all 418