Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all articles
Browse latest Browse all 418

KHASIAT TERSENDIRI SENGKUANG CINA | WATER CHESTNUT

$
0
0

KHASIAT TERSENDIRI SENGKUANG CINA | WATER CHESTNUT | Sengkuang Cina adalah sejenis ubi yang hidup di paya dan juga makanan ruji dalam masakan orang Cina. Sebab itu kot dipanggil sengkuang cina. Selalunya sengkuang cina ni orang buat dalam masakan tapi ena lebih suka makan macam tu je. Sejak ena kecil lagi, sengkuang cina ni merupakan snack kegemaran ena. Cuma jarang beli sebab susah nak jumpa dah sekarang. Harga pun dah makin mahal.

Dulu ena beli selonggok dan banyak juga kuantitinya, dalam harga RM5 je. Sekarang dah naik sampai RM10. Mungkin sebab susah dah nak jumpa atau susah nak tanam. Entahlah. Tapi ena kalau jumpa, memang pejam jee mata dan beli. Kegemarannn hokaii!


KHASIAT SENGKUANG CINA


Mungkin ramai yang tak kenali sengkuang ni. Ada segelintir kawan-kawan ena ingat bawang sebab kalau sekali imbas nampak macam bawang. Saiznya pun lebih kurang bawang. Dan sengkuang cina ini juga mengandungi khasiat yang tersendiri yang ena sendiri pun tak ketahui.

Berikut adalah khasiat tersendiri sengkuang cina yang ena tahu.

1) Penawar bronchitis ( Lebih kurang penawar batuk)
2) Menurunkan tekanan darah tinggi
3) Dapat meredakan selesama dan demam
4) Elok dimakan oleh ibu yang hamil demi mengelakkan anak dapat kuning teruk (Jaundice)
5) Mengandungi vitamin C yang tinggi 
6) Mempunyai anti-radang yang kuat 




Masa beli sengkuang cina ni pun ada seorang berbangsa Cina ni cakap, "Manyak bagus ini ubi". Tak sangka sengkuang yang ena ngap dari kecil ni mempunyai banyak kelebihan. Patutlah mahal. So, tak adalah rasa membazir sangat. You all boleh dapatkannya di pasar atau mall-mall yang berdekatan. Macam ena tulis kat atas, sengkuang cina ni susah nak jumpa sekarang. So, selamat berjaya. 

Siapa pernah makan? Sila angkat kaki. Ahaks. Itu sahaja perkongsian ena Subuh ni.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 418