Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all articles
Browse latest Browse all 418

5 BENDA YANG BEST DILAKUKAN DENGAN MICROSOFT WISE PAD W7

$
0
0

5 BENDA YANG BEST DILAKUKAN DENGAN MICROSOFT WIDE PAD W7 | Ramai yang perkatakan Microsoft Wise Pad W7 ni macam best je dan sesuai digunakan untuk pelajar macam ena. Ena cuba try test usya, oh baru minggu depan nak lancarkan phablet ni rupanya sebab tu ena rasa macam tak pernah dengar lagi sebelum ni. Kepada yang hendak tahu apa sebenarnya Microsoft Wise Pad W7 ni, jom baca serba sedikit mengenai phablet ni yang ena tahu la. 

Okay, PHABLET ini adalah gabungan telefon dan tab. Bermakna kita boleh simpan data dan buat panggilan dengan menggunakan hanya satu device sahaja. Ini adalah salah satu ciri-ciri yang menarik yang terdapat pada Microsoft Wise Pad W7. Selain itu, saiznya adalah 7 inci dan menggunakan sistem operasi Window Mobile 10. Malah, phablet ini juga mempunyai ruang simpanan sebanyak 16GB ROM + 2GB RAM. Ni mesti susah nak stuck ni kalau masuk banyak-banyak application.

Kameranya pun boleh tahan, depan 2MP dan belakang 5MP dengan Autofokus (Flash). Tambahan lagi yang ena tahu, phablet ini juga mampu menerima 4G LTE dan disokong oleh Wifi dan Bluetooth 4.0. 


KELEBIHAN MICROSOFT WISE PAD W7 YANG MENARIK BAGI ENA

1) Ruang Membaca Yang Mudah. Ena sebagai seorang pelajar universiti dan memang memerlukan device sebegini untuk memudahkan ena untuk mengulang kaji pelajaran dan untuk mendapatkan maklumat dengan tangkas. Semasa tengah lepak pun boleh membaca dengan tenang, yela skrinnya yang besar dan tidak menyerabutkan.



2) Penunjuk Arah. Haaa, ini memang penting bagi ena yang sedang merantau jauh daripada keluarga tersayang. Penunjuk arah ni alaaaa macam Waze dengan Google Maps tu. Oleh itu, sebagai seorang pemandu ni memang kena ada. Tambahan ena yang suka berjalan ni. Oleh itu, Microsoft Wise Pad W7 ini sedikit sebanyak boleh membantu ena kalau nak ke sesuatu tempat nak ditujui.



3) Nota Peringatan. Untuk kehidupan pelajar macam ena, assignments memang tak dapat nak dipisahkan. Boleh dikatakan setiap minggu boleh akan ada assignments, quiz serta ujian. Oleh itu, dengan adanya applikasi 'Reminder' yang boleh mengingatkan ena akan tarikh-tarikh yang penting. Sedikit sebanyak dapat membantu ena menyiapkan assignment dengan on time.



4) Outlook Mail. Zaman sekarang ni, sistem pembelajaran kebanyakkannya diberi melalui email. Antaranya seperti nota, peringatan untuk majlis-majlis di universiti dan surat-surat penting daripada pihak universiti. Kadang-kala line internet susah nak dapat dan juga slow. Oleh itu, dengan adanya Outlook Mail ni, ena boleh semak email secara offline. Free of charge. Best kan.

5) Tangkap Gambar. Sebagai seorang foodblogger dan foodhunter, kamera ni memang sangat penting bagi ena. Walaupun hanya 5MP, tapi kalau snap dengan angle yang betul, pengcahayaan yang bagus, confirm gambarnya jadi cantik. Tak kisahlah, janji boleh bergambar dan merakam.








Semua dalam satu Microsoft Wise Pad W7. Kepada mereka yang ingin memilikinya, you all boleh buat pre-order dengan melalui Lazada Malaysia. Harga yang diberikan sangat murah iaitu RM599 sahaja. Tak lebih daripada seribu pun tapi macam-macam hado.

Itu sahaja daripada ena. Banyak lagi kelebihan yang you all boleh dapat daripada phablet ni. Kalau nak tahu, kena la beli dulu. Ahaks. 





This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY Blogger Contest. Microsoft Wise Pad W7 sponsored by Lazada Malaysia and Shopcoupons.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 418