Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all articles
Browse latest Browse all 418

MOV HOTEL PENGINAPAN CANTIK & SELESA DI KUALA LUMPUR

$
0
0
MOV HOTEL PENGINAPAN CANTIK & SELESA DI KUALA LUMPUR | Penginapan yang cantik dan selesa di mana-mana tempat penginapan seperti hotel, resort, homestay dan lain-lain lagi merupakan salah satu pilihan orang ramai. Baru-baru ni ena ada menginap satu hotel di Kuala Lumpur dengan suami ena yang cantik dan selesa sebab saja-saja nak fefeeling romantik dengan suami tersayang. Oleh itu, kenalah pilih hotel yang sesuai. Walaupun tak dapat pergi tepi pantai, kat sini pun memadai bagi kami untuk menghabiskan masa bersama. Hotel yang bertuah jadi pilihan kami tu diberi nama MOV Hotel Kuala Lumpur.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa

Ena pilih hotel ini sebab ada satu jenis bilik kat hotel unik bagi ena di mana satu bilik tapi ada dua tingkat. Haaaaa. Macam mana rupanya tu?? Tungguuu! Nanti ena share gambar-gambar kenangan ena ketika di MOV Hotel Kuala Lumpur. Sebelum tu, mari ena share sedikit mengenai hotel ini serba sedikit yang ena tahu.


MOV HOTEL KUALA LUMPUR

MOV Hotel Kuala Lumpur menekankan konsep 'Sexy and Fun Lifestyle' dari segi reka bentuk dan susunan dalamannya. Kedudukan hotel ini terletak betul-betul ditengah bandar Kuala Lumpur. Pemandangan dari tingkap bilik hotel boleh nampak seluruh bandar Kuala Lumpur, memang cantik tamabahan pemandangan pada waktu malam. Bilik ena tempoh hari pun di tingkat 11, malam-malam memang cantik bila tengok kat luar jendela.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Pemandangan di Roof Top MOV Hotel Kuala Lumpur

ALAMAT:
MOV Hotel Kuala Lumpur
43 Jalan Berangan,
Bukit Bintang,
50200 Kuala Lumpur
(Boleh guna Waze / Google Map dengan search sahaja MOV Hotel KL)


Kalau malam-malam nak jalan kat bandar Kuala Lumpur pun dekat sebab hotel ni dekat juga dengan Bukit Bintang, Pavilion dan Berjaya Times Square. Ini bermakna sudah berdekatan dengan kemudahan awam seperti MRT, Monorel dan LRT. Senang. Tak perlu nak bawa kereta sendiri, parking je kat mana-mana atau guna je parking valet MOV Hotel Kuala Lumpur, lepas tu jalan-jalan la dalam Kuala Lumpur dengan menggunakan kemudahan yang ada.

Di dalam MOV Hotel Kuala Lumpur pun ada kemudahan yang tersendiri dan memberikan keselesaam kepada tetamu hotel ini. Ena sendiri menggunakan kemudahan yang ada di sini antaranya seperti gym, swimming pool, swing lounge, Wurst KL cafe, Wifi, parking Valet dan kemudahan dalam bilik yang selesa. Ena ada ambil gambar kenangan kat hotel ni, mari ena share kat bawah ni untuk santapan mata para pembaca ena. Mana tahu anda pun ada berniat untuk menginap mana-mana hotel di Kuala Lumpur dan anda boleh usya dulu kelebihan yang ada pada MOV Hotel Kuala Lumpur ni.


ROOF TOP SWIMMING POOL

Swimming pool ini terletak di Roof Top MOV Hotel Kuala Lumpur yang berhadapan dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Waktu buka swimming pool ni dari 7am - 9pm. Anda boleh mandi bila-bila masa dalam waktu itu mengikut keselesaan masing-masing.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suasana kolam renang MOV Hotel Kuala Lumpur pada waktu malam

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Tak mahu berenang pun, boleh lepak kat kerusi malas ni sambil lihat bintang di langit.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suami ena yang pergi berendam dan berenang, ena duduk tepi je sambil menikmati waktu pagi di Roof Top MOV Hotel Kuala Lumpur


GYM
MOV Hotel Kuala Lumpur juga menyediakan gym untuk para tetamu di sini. Anda boleh guna semua kemudahan yang ada di dalam gym ni tidak kira masa mengikut ketahanan diri masing-masing. Tiada siapa nak halau keluar selagi anda ada kad access bilik anda. Hiks. Gym ini beroperasi dari pukul 6am - 12am. Lokasi gym ini juga terletak di Roof Top bersebelahan dengan Swimming Pool.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suami ena memang suka pergi tempat macam ni. Lepas sarapan, teman dia ke gym MOV Hotel Kuala Lumpur sebelum dia terjun dalam kolam

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suasana gym di MOV Hotel Kuala Lumpur. Anda boleh guna semua yang ada kat dalam ni



SWING LOUNGE

Di tepi swimming pool ni ada tempat untuk menenangkan pemikiran sambil menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur. Ada kerusi tergantung ala-ala macam kerusi buaian gittew. Lepas mandi, boleh terus ke sini untuk tenangkan diri selepas berenang pun boleh.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Sejukkan badan selepas pergi gym sebelum terjun dalam kolam renang di Swing Lounge MOV Hotel Kuala Lumpur


WURST KL CAFE

Pakej bilik yang kami menginap tempoh hari ada menyediakan sarapan pagi di Wurst KL Cafe yang terletak level bawah sekali. Privacy sedikit cafenya. Ena dan suami sebagai pemburu makanan, memang seronok dapat menikmati sarapan pagi di cafe ini. Alhamdulillah, makanan kat cafe ni sedap-sedap juga dan exclusive. Anda boleh pilih untuk makan yang buffet atau anda juga boleh order secara ala carte. Free je, tak perlu bayar sekiranya anda ambil pakej bilik sekali dengan sarapan la. 

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Ruang buffet di Wurst KL Cafe

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Muka bahagia dapat sarapan yang sedap-sedap di Wurst KL Cafe

Suasana Wurst KL Cafe ini juga tenang, romantik dan selesa untuk sarapan di sini. Susun atur meja pun kemas dan anda boleh pilih nak duduk di sudut yang macam mana sebab cafe ni agak luas dan besar. Pekerja kat cafe ini pun sedia ada dengan anda sekiranya anda ingin order makanan atau ingin menanya sebarang pertanyaan mengenai makanan di cafe ini. Macam ena la, first time datang memang tak tahu menahu sangat selok belok cafe ni. Ena tanya je, tapi mereka mesra melayan ena. Terima kasih. Heeee.


MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suasana di Wurst KL Cafe yang gah mewah, kemas dan tenang.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Makanan ala carte pilihan ena untuk sarapan di Wurst KL Cafe.
MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Pilihan ala carte suami ena, Yazid

Ada banyak lagi kemudahan yang ada di dalam MOV Hotel Kuala Lumpur ni. Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh lawati laman sesawang hotel ini sendiri. Yang pasti hotel ini memang cantik dan selesa untuk menginap di sekitar Kuala Lumpur. Jika anda travel dari jauh atau ada urusan penting di Kuala Lumpur, ena sarankan anda untuk menginap di sini. Okay, seterusnya ena nak share keadaan bilik yang ena menginap tempoh hari di MOV Hotel Kuala Lumpur.


MOV FAMILY LOFT ROOM

Walaupun ena berdua sahaja dengan suami, tapi ena pilih MOV Family Loft Room yang memuatkan 4 orang dalam satu bilik sebab ena rasa bilik ni unik seperti yang ena sudah nyatakan di permulaan entri ini. Dalam satu bilik ada dua tingkat dan bilik ini sesuai sangat kalau nak ajak family tinggal sekali. Tidak perlu sewa sampai dua bilik. Jom tengok bilik MOV Family Loft ni bagaimana.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Bilik ena di MOV Hotel Kuala Lumpur berada di tingkat 11 dan beginilah ruang untuk bilik ke bilik

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Ada dua kad access untuk MOV Family Loft Room

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Meja kerja di tepi tingkap yang pemandangannya menghadap suasana bandar Kuala Lumpur

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Satu king bed di bawah dua single bed di atas. Setiap single bed ada dua bantal yang selesa. Kat tingkat atas pun ada aircond.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Dua single bed dengan ruang yang disediakan untuk solat. Ena guna tingkat atas sebagai ruang solat ena.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Tandas dan bilik air di asingkan. Di hadapan ada cermin dan sinki. Senang untuk gosok gigi atau cuci muka.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Terima kasih pihak MOV Hotel Kuala Lumpur hiaskan bilik yang romantik sebegini untuk ena dan suami. Terharu sangat. Rasa macam pergi honeymoon kali kedua

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Keadaan susunan bilik di tingkat bawah.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Di dalam bilik ini juga ada penunjuk arah kiblat. Alhamdulillah senang nak solat

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Kalau nak masak air atau nak air kosong, di dalam bilik ini dah sediakan semua itu. Cuma 3 in 1 anda kena bekalkan sendiri.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Di belakang pintu bilik ada keterangan keselamatan sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku


DETAILS MOV HOTEL KUALA LUMPUR

Sekiranya anda mencari tempat penginapan yang cantik dan selesa di sekitar Kuala Lumpur, ena sarankan untuk menginap di MOV Hotel Kuala Lumpur. Anda boleh booked secara direct dengan pihak mereka atau guna 3rd Party seperti Trivago, Booking.com, Agoda dan Expedia.com.

Itu sahaja perkongsian ena mengenai MOV Hotel Kuala Lumpur ni. Anda boleh baca lebih details di website mereka sendiri atau anda boleh terus hubungi pihak mereka. Di bawah ini ena kongsikan link untuk website MOV Hotel Kuala Lumpur.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa



WEBSITE:

INSTAGRAM: 

FACEBOOK:

CONTACT NUMBER:
03-27819888



Viewing all articles
Browse latest Browse all 418