BOAT NOODLE KUAH ASING DI KUANTAN | SARA BOAT NOODLE | Baru-baru ni ena dengan kawan-kawan ena terjah satu tempat makan yang menyediakan menu boat noodle di area Bandaraya Kuantan ni. Ena pun dah lama nak makan makanan Thai ni, so memandangkan kat Sara Boat Noodle yang satu satunya restoran menyediakan menu seperti yang dikehendaki, ena ke sini untuk layan perut ena ni. Lagipun dah lama tak pergi foodhunting.
Yang bestnya kat sini, boat noodlenya diasingkan kuah. Hanya dua mangkuk sahaja yang berisi kuah, in case kita beli secara banyak. Bagus la kalau macam ni sebab tak adalah kembang mee yang lain tu nanti. Pada mulanya ena malas nk pergi sebab ada yang kata, kuahnya kat sini agak sedikit manis. Tapi tak mengapalah, kita cuba try test. Kalau tak sedap, tak payah dah datang next time.
SARA BOAT NOODLE KUANTAN
Sara Boat Noodle ini merupakan cawangan daripada Sara Thai Kitchen dan juga terletak bersebelahan sahaja dengan kedai Sara Thai Kitchen. Cuma kedainya lebih kecil berbanding dengan Sara Thai Kitchen la. Apa beza kedua-dua restoran ni?? Sara Thai Kitchen mengediakan masakan panas ala-ala Thai, manakala Sara Boat Noodle hanya menyedia boat noodle sahaja. So, pilihlah mana mana yang you all rasa nak makan.
Sara Boat Noodle ini dimiliki oleh orang Islam Thai-Malaysia dan makanan serta minuman di sini halal untuk kita layan. Bagi ena keadaan kedainya pun bersih dan kemas. Disebabkan ramai orang yang datang kemari, sebab itu nampak macam tak berapa nak kemas. It's okay, ena faham. Pelayan kedainya pun sangat ramah, kita pun senang hati dan selesa nak makan kat sini. Ena suka kalau pelayan kedai makan ni layan kita sungguh-sungguh. Makanan yang tak sedap pun jadi sedap.
Berikut adalah waktu operasi di kedai ini:
Berikut adalah waktu operasi di kedai ini:
MASA OPERASI
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 12.30pm - 11.30pm
ALAMAT
Sara Boat Noodle
A7 Jalan Gambut 3,
Kampong Kuantan, Pahang
MENU YANG BOAT NOODLE
Kat sini you all boleh pilih satu satu atau secara set. Tambahan pula, kat sini ada dua jenis saiz mangkuk, kecil dan besar. Yang kecil berharga RM1.90 dan yang besar RM5.90 semangkuk. Masa ni, ena pilih mangkuk yang biasa ena makan kat boat noodle tempat lain dan juga pilih yang set. Kawan-kawan ena yang lain pun pilih yang set mangkuk saiz kecil. Yang set ni lebih murah kalau nak dibandingkan pilih yang satu satu.
Dalam satu set tu, setiap mangkuk mengandungi lain-lain jenis boat noodle. Sebab tu lebih berpatutan pilih yang set bagi diri ena. So, berikut adalah jenis-jenis boat noodle yang ada kat sini.
AYAM
DRY NOODLE. Yang ni dry sebab kuah dia asing. Tapi kalau nak makan tanpa kuah pun boleh. Ada taburan kacang dan sambal tersendiri. Serius berapi dan sedap. |
SOAP NOODLE. Yang ni jenis berkuah. Rasa kuahnya agak sedikit manis. So, ena letak sambal sedikit, so baru rasanya kaw kaw. |
DAGING
DRY NOODLE. Sama macam chicken tadi cuma yang ni daging lembu. |
SOAP NOODLE. Yang ni pun sama macam ayam tadi cuma kuahnya sedikit pekat. Dan ena lebih suka daging berbanding ayam sebab kuahnya pekat. |
Ena makan 3 mangkuk pun dah semput. Semput sebab pedas. Sambal kat sini memang kaw kaw berapi. Bagi yang suka makan pedas tu memang layan habis la. Ena layan sambalnya pun sebab rasa boat noodlenya lebih auummm kalau letak sambal. Serius, berpeluh peluh ena, air mata usah dikatalah. Ahaks.
Minuman pula, ena pergi kedai makan boat noodle kat mana-mana pun, ena mesti pilih Green Thai Tea / Tea Milk Thai yang biasa tu. Baru fefeeling seolah-olah berada di negara Thailand. Lagipun lately ni, ena tengah ketagih dengan Green Tea. Entah, bagi ena green tea ni sedap dan memiliki satu aroma buat ena tertarik untuk minum.
Semput tak semput, habis juga ena makan. Cuma yang last mangkuk ena tak mampu nak perabiskan kuahnya. Sebab lidah ena dah pija tahap MAX. Well, orang tak tahan sangat pedas ni memang jadi macam ni la. Hehehehehe.
16 mangkuk kesemuanya sebab 4 orang yang makan. Ahaks. |
Ena puas hati makan kat sini, rasa boat noodlenya not bad. Patutlah ramai sungguh orang yang datang kemari. Cuma satu kelemahan kat sini, airnya sedikit sangat. Ahaks. Sebaiklah ada air sejuk kosong free disediakan sebagai penyelamat orang seperti ena yang tak tahan pedas. Tapi air kosongnya ada rasa pandan sedikit, nyaman jee rasa. So, overall, thumbs up!!
HUBUNGI PIHAK SARA BOAT NOODLE
Kepada yang berdekatan di Kuantan dan teringin makan boat noodle, boleh cuba try test kat sini. Sure you all puas hati. Kalau nak ketahui lebih lanjut, boleh usya facebook dan instagram mereka. Ena ada share link di bawah ini.
FACEBOOK
INSTAGRAM