Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all 418 articles
Browse latest View live

MARI GEMUKKAN DIRI DENGAN BURGER MOK | DAPUR MOQ KUANTAN

$
0
0

MARI GEMUKKAN DIRI DENGAN BURGER MOK | DAPUR MOQ KUANTAN | Fuhh! Akhirnya dapat juga keluar makan kat Dapur Moq Indera Mahkota, Kuantan. Ena sejak praktikal hari tu lagi nak sangat berfoodhunting kat sini sebab tengok kawan-kawan share makanan kat sini nampak sedap jee. Haishhh nama pun foodhunter, memang menunggu masa jela nak memburu.

Foods make me feel sooo gooddd! Hari tu stress dengan exam Biostatistics dan Epidemiology, ena terus ajak kawan-kawan ena keluar makan. Ena sekarang tengah latih diri tak nak makan lebih dari pukul 7 malam. Tapi malam pada hari kejadian, memang ena tak nak fikir pasal berat badan dan makan sebanyak mana nak. Tu pilih makan kat Dapur Moq ni.



DAPUR MOQ INDERA MAHKOTA KUANTAN


Kat sini, menunya terbahagi kepada western food, western + Malaysian food dan Thai CuisineDapur Moq ini terletak di area Restoran Zuzana dan bersebelahan atau sederet je dengan kedai makan Lila Wadi cawangan Indera Mahkota. Bagi yang tinggal di Kuantan atau di Bandar Indera Mahkota ni, tahu la celah mana terletaknya, Indera Mahkota keberapa. 

Namun, bagi yang masih tak tahu kedudukannya, you all boleh waze tempat ni. Ena tak guna sebab ena dah tahu celah mana. Jangan risau, ena sertakan alamat Dapur Moq kat bawah ni. Supaya dapat membantu you all. Tapi nombor kedai semua tak tulis pula. So, wazekan jela ye.


ALAMAT:
Dapur Moq
Indera Mahkota 5,
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan,
Pahang

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 12pm-11.30pm


Dekat sini juga ada jual burger yang agak terkenal dengan kesedapan dan platingnya. Burger tersebut under nama Burger Mok. Ena tak pasti sama ada dua benda ni dalam satu bumbung atau hanya menumpang seketika. Tapi kalau nak makan Burger Mok ni, kena datang ke kedai Dapur Moq la. Heeeee.


MENU YANG DIPILIH

Berikut adalah menu yang ena pilih. Pada mulanya nak makan nasi goreng chicken chop / grill nya. Tapi tak ada rezeki ena masa tu. So, disebabkan tengah nak balas dendam, ena makan Burger Mok nya. Datang berempat tapi dua jenis makanan je yang kami rasa. Ahaks. Ena tak boleh demand hak selera orang lain, sebab mereka datang bukan untuk foodhunting macam ena. So, ini jelah menu yang ena mampu share, menu yang dipilih oleh kami. 



Ni set paling besar untuk makan seorang. Crazy Burger Mok: RM13. Kalau nak tukar daging kambing, kena tambah RM3. Rotinya lembut, dagingnya besar. Tapi rasa dagingnya macam daging burger biasa cuma ianya homemade. Ada kentang dan meatballs 5 ketul.

Chicken Grill Cheese. Kenyang! Cheesenya memang ummpphhh laaa. 



FEEDBACK DARIPADA ENA

Dari segi kedainya, selesa bagi ena. Kemas, bersih dan senang nak duduk. Masa ena datang. ramai juga pelajar UIAM jamu selera mereka kat sini. Salah satu tempat tumpuan pelajar juga la sebab salah satunya kedudukannya dekat. Harga pun berpatutan bagi ena. Pelayan pun mesra pelanggan dan sedia membantu pelanggan yang memerlukan apa-apa seperti nak tisu, nak tambah order dan lain-lain lagi.

Dari segi makanan untuk burgernya, memuaskan hati ena tapi cuma rasanya tak mengancam lagi bagi ena la. Kenyang, banyak, berpatutan. Untuk chicken grillnya, not bad. Cuma kuahnya ada kekurangan sedikit dari segi rasa. Tapi still sedap la, bukan tak sedap langsung dan boleh diterima dek tekak ni haaaa. Everything okay la. Worth to try and taste.







DETAILS DAPUR MOQ DAN BURGER MOK

Oleh itu, bagi mereka yang gemar mencari makanan macam ena ni, why not cuba try test rasa makanan kat sini pula. Berbaloi sangat. Kalau tekak tu rasa nak makan burger besar-besar, mai la datang sini. Berikut adalah link serta detail untuk you all direct contact dengan pihak mereka. Itu sahaja foodstory kali ni, selamat menjamu selera.



FACEBOOK:


INSTAGRAM:





LAYAN CHAR KOAY TEOW (CKT) DI TASIK TITIWANGSA | SANY CKT

$
0
0

LAYAN CHAR KOAY TEOW (CKT) DI TASIK TITIWANGSA | SANY CKT | Malam ni ena nak share satu kedai makan yang menyediakan Char Kuey Teow (CKT) di area Tasik Titiwangsa. Sesiapa tengah jogging atau tengah jalan-jalan kat area sini, boleh la cuba try test CKT kat sini. Ena tahu tempat ni pun sebab kawan ena sarankan untuk kemari. 

So, alang-alang dah ada kat situ, ena nak tahulah betul ke sedap CKT kat sini. Main redah je ni, Tercapai hasrat di hati untuk cuba try test makan kat sini yang juga satu tempat foodhunting dalam checklist ena. Kalau teringin nak makan CKT tu, boleh la datang kedai sini. 


SANY CHAR KOAY TEOW TITIWANGSA



Sany Char Koay Teow (CKT) ini menyediakan CKT dari Penang yang mengekalkan resepinya sejak tahun 1992 lagi. Fiuuuh! Tahun kelahiran ena tuuu. Lepas tu, kat sini bukan sahaja menyediakan CKT, masakan panas yang lain pun ada. Jangan risau. Tapi menu yang paling popular kat sini CKTnya la.

Lokasi Sany Char Koay Teow ini terletak berdekatan dengan Tasik Titiwangsa dan juga belakang Istana Budaya Kuala Lumpur. Ena datang kesini dengan bantuan Google Map sebab lately ni lebih yakin guna Google Map. Taip je nama kedai ni, terus Waze atau Google Map tunjuk arah ke sini. Jangan risau. Okay, dibawah ni ena share alamat dan masa operasi kedai makan ni.




ALAMAT:
SANY Char Koay Teow
64, Jalan Kuantan,
Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur.

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 4pm - 4am



MENU YANG DIPILIH

Ena dalam keadaan yang agak lapar juga masa tu, so ena dan partner foodhunter ena pilih CKT Special. Ada yang saiz kecil, ada yang saiz besar. Dah special ni, ada ditambah telur. So, berikut adalah rupa Sany Char Koay Teow ni.

Char Koay Teow Special. Not bad rasanya, kuah pekat. Cuma udang dia agak kecil sedikit. Kalau gemuk-gemuk mesti lagi aummm auuummm CKT nya.


Ena dan Yazid memang penggemar rojak buah. Suka rojak buah kat sini, kuah nya sedap. Pencuci mulut kami. Heeee.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Masa ena datang ni, MashaAllah ramainyaaa yang datang makan even tengah hujan. Ena pun jadi segan nak bergambar sangat, padahal orang tak peduli pun. Ahaks. Ena tak usya habis keadaan kedai ni, tapi besar juga tempatnya. Tempat untuk santai-santai gittew. 

Servis pun cepat dan tak ambil masa nak menunggu. Pekerja pun ramai. Memang terlayan dengan baiklah. So, ena tak kesal cuba try test CKT kat sini walaupun ada kekurang kat situ. Janji rasanya boleh tahan sedap. Terima kasih kepada kawan ena untuk suggest makan kat sini.






DETAIL SANY CHAR KOAY TEOW TITIWANGSA

Kepada yang tercari-cari nak makan apa kat sekitar Tasik Titiwangsa, boleh la ke sini. You all boleh tengok feedback daripada orang lain juga pada laman social rasminya. Tapi macam dah lama tak berupdate. 


FACEBOOK:







ROLL ON ACNE SERUM | AVERA YOUR FUTURE SKIN SOLUTION

$
0
0

ROLL ON ACNE SERUM | AVERA YOUR FUTURE SKIN SOLUTION | Kadang kala, jerawat ni bukan sebab hormon or sebab memang kulit tak sihat. Tetapi dari kekotoran, jangkitan kuman boleh menyebabkan jerawat. Terutama dari kuku kita, dari tangan kita, orang yang selalu kita sentuh kawasan muka.

Kali ni ena nak share satu skincare iaitu Acne Serum dari keluaran Avera. Nama pun skincare, so sudah pastinya fungsinya untuk merawat serta mengurangkan masalah kulit muka. Memang area muka ni kulitnya agak sensitif. Sebab tu pelbagai jenis produk kesihatan muka dikeluarkan demi mencapai kepuasan para pembeli. Salah satu ena puas hati dengan Avera Acne Serum ni adalah bekasnya yang memudahkan serta bersih. Bersih sebab.. haaa you all teruskan pembacaan pada entri ena ni ye.


AVERA ACNE SERUM



Avera Acne Serum ini mengandungi bahan yang dipercayai bagus khasiatnya, seperti argan oil, witch hazel, aloe vera dan muberry extract. Bahan-bahan ni merupakan bahan utama dalam serum ni. Ena tak nak terangkan sangat kelebihan setiap satu bahan tu, you all boleh baca kat bawah ni.

Ada 3 sebab membuat you all tak perlu risau untuk menggunakannya iaitu pertama lebih kurang 90 peratus bahan utama adalah bahan yang tinggi anti-oksidan. Kedua, direka khas untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat. Tengok bentuk bekasnya pun kita tahu. Dan yang terakhir, khas untuk rawatan dan mengembalikan kesihatan kulit akibat penggunaan produk mengandungi hydrokuinon dan merkuri.



Nak tahu lebih lagi apa kelebihan dan jenis-jenis kulit yang boleh digunakan? Moh ler baca kat bawah ni.


Jenis Kulit Yang Sesuai Digunakan:
a) Kulit yang berminyak, minyak tak terkawal
b) Kulit berjerawat bernanah atau bengkak atau sakit
c) Kulit yang sensitif atau kemerahan


Kelebihan Dan Kehebatan Avera Acne Serum:
1) Boleh digunakan untuk ibu yang mengandung / ibu menyusu anak
2) Menghapuskan jerawat yang kronik 
3) Menghilangkan parut dari kesan jerawat atau luka
4) Mengekalkan kelembapan kulit muka yang kering
5) Mengawal minyak pada muka




InshaAllah, paling cepat untuk nampak keberkesanannya dalam satu hingga ke dua hari. Namun bergantung juga pada jenis kulit dan sistem badan masing-masing. Selain itu, satu botol serum ni mampu bertahan satu hingga dua bulan bergantung pada tahap masalah kulit muka you all. Kalau kawasan jerawatnya banyak, so sudah pasti kena guna dalam kuantiti yang banyak. Ye dok? Hiks.

Okay, berikut adalah cara penggunaannya pula. Pastikan konsisten untuk dapatkan hasil yang aummm aumm.




CARA-CARA PENGGUNAAN

- Sapu serum ini pada tempat bermasalah secara membulat. 
- Tak perlu sapu satu muka tau. Tak ganggu warna kulit dan juga jimat.
- Lakukan 3-4 kali dalam sehari.


TESTIMONI AVERA ACNE SERUM

Avera Acne Serum ini baru menapak dan mengembangkan sayapnya di pasaran Malaysia sejak bulan November 2016. Sijil kelulusan KKM, you all boleh tengok balik pada gambar sebelum-sebelum ni. Ena ada letak.

Ni ena nak tunjuk beberapa testimoni yang memberikan feedback yang positif mengenai Avera Acne Serum.








FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena lately ni, jerawat memang suka naik bahagian bawah pipi. Nak buktikan betul ke bagus Acne Serum ni, ena tepek kat jerawat-jerawat tu. Ni masuk hari ketiga letak. Eh ehhh! Ena baru perasan tadi, dah tinggal parut je jerawat-jerawat tu. Memula dulu siap bernanah serta sakit. Hmmmm, not bad Avera Acne Serum ni. Nama pun serum, mesti mengancam. Heeee.






DETAILS AVERA ACNE SERUM

Oleh itu, kepada yang sedang cari serum yang bagus untuk jerawat, cuba try test Avera Acne Serum ni. InshaAllah, dengan izinNYa masalah jerawat yang beranak-pinak umpama tak makan pill perancang kehamilan tu, dapat la dicegah lebih awal. Dapat mengurangkan pun jadilah kan.

Bawah ni, details untuk kesenangan you all terus berurusan dengan pihak mereka. Ena tak jual ye. Ena ni boleh dikatakan pengguna juga ni. So, sebarang urusan jual beli, jangan hubungi di blog ena. Untuk pertanyaan seperti kesan sampingan ke apa, boleh la email ke ena. Okay? Heeee




FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WHATSAPP:
017 924 5937 / +6011 10911745




SHOPBACK MALAYSIA | PULANGAN TUNAI SEBANYAK 30% ATAS PEMBELIAN ONLINE

$
0
0

SHOPBACK MALAYSIA | PULANGAN TUNAI SEBANYAK 30% ATAS PEMBELIAN ONLINE | Haaa, mesti suka lettew bagi penggemar online shopping lepas baca tajuk entri ena ni. Lepas buat pembelian secara online, dapat pula 30 % pulangan tunai / cashback. Tapi yang pasti, you all kena buat pembelian melalui laman web ni iaitu ShopBack. Dan yang pasti lagi, bukan sewenang-wenangnya you all dapat cashback macam tu je. Hiks.

Ena first time dengar website ni, selalunya kalau ena nak beli secara online, ena direct je ke websitenya. Lepas baca info dan godek-godek website ShopBack ni, baru ena tahu apa sedikit sebanyak info mengenai website ni. So, jom ena share serba sedikit berkenaan website ni kepada you all.


SHOPBACK MALAYSIA

ShopBack ni, bagi kefahaman ena la tau, adalah merupakan website pengantaraan dengan website-website online shop yang dikenali seperti Hotels.comAir AsiaEmiratesPhotobook dan banyak la lagi. You all boleh pilih category mana yang you all nak, fashion, dining, health & beauty. Dan setiap category tu korang boleh pilihlah outlet online mana yang you all nak.

Nak pilih category, klik kat bahagian sederet dengan 'Popular' tu

Ena click bahagian 'Fashion'. Cuci mata sat, mana yang berkenan. Hiks. So, ini adalah antara senarai jenama yang ada. Banyak lagi sebenarnya. You all scroll la sendiri

Contoh, macam ena ni memang pengguna skincareClinelle. So ena klik bahagian Clinelle dan follow je step yang disuruh. Lepas tu, boleh dah ena beli pencuci muka ena kat situ je, terus dari bilik sendiri lagi. Ahaks.


Ena pilih jenama outlet 'Clinelle'. You all follow je step yang diberikan seperti gambar di atas. Pepandai la cari. Hiks

Tadaaaa! Dah settle apa semua, nanti you all di direct kan ke website sebenar sesuatu jenama tu. Macam ena tadi click outlet Clinelle, so dia keluar kat website Clinelle. Dah boleh nyoping memasing.



Ini merupakan sedikit info yang ena dapat la. ShopBack ini adalah salah satu tempat membeli belah serba baru secara online di Asia Tenggara sejak September 2014 lagi. Kiranya dah dua tahun website ni beroperasi.

Selain itu, website ini memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak, pihak menjual dan pihak pembeli. Kalau dari kita sebagai pihak pembeli, ShopBack akan memberi cashback sehingga 30%. Kat setiap jenama tu ada dia mention berapa percent / peratus yang akan kita dapat. Boleh tengok contoh gambar kat bawah ni. 




Haaa, menarik bukan? So, lepas ni you all boleh ke website ShopBack untuk membeli belah secara online. Sedar tak sedar, dah banyak pulangan duit yang you all dapat. Buat simpanan masing-masing kat situ. Heeee. Apapun, serius ena dah makin tertarik nak membeli belah kat sini. Banyak betul jenama! Jenama yang ena suka dan mampu untuk dibeli. Jyeeahhh!



Malas nak membaca, jom tengok video ni je. Semoga membantu.



CARA UNTUK MENDAFTAR


Kepada you all nak membeli belah, bolehlah membuat pendaftaran kat link yang ena akan share kat bawah ni. You all juga boleh usya sendiri kat laman social pihak ShopBack di Facebook dan Instagram. Sebarang pertanyaan, you all boleh direct contact dengan mereka.


SIGN UP ACCOUNT:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

$
0
0

10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR | Siapa kat sini suka makan dan suka memburu makanan macam ena? Kalau you all sebegitu, sila jadikan ini sebagai salah satu rujukan you all ye. Hiks.

Okay, entri kali ini ena nak rankingkan 10 tempat menarik yang ena dah berfoodhunting setakat ini di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ena akui yang ena boleh habis cover seluruh kedai makan di negeri tersebut. Tapi ena berharap entri ena ni, dapat membantu sedikit sebanyak untuk para pembaca blog ena untuk cari kedai makan yang berhampiran.



10 TEMPAT MAKAN MENARIK

Berikut adalah kedai makan mengikut pendapat ena dan juga ena share dari tempat ke-10 dahulu. Heeee. Jom scroll dan scroll.


10) RESTORAN SELERA MY (RSMY), SETAPAK


Rate: 5/10
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat ( 3pm-2am) , Sabtu & Ahad (12pm-2pm) 
Cuisine: Ala-Ala Indian dan Paskitan
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini


9) ALANNA'S KITCHEN, AMPANG


Rate: 5/10
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (11am - 11pm), Isnin Cuti 
Cuisine: Nasi Arab + Western
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini


8) DULANG MAS CAFE, SHAH ALAM


Rate: 5.5/10
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (12pm - 3am)
Cuisine: Masakan Panas Melayu
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini


7) WILLIAM CORNER, PETALING JAYA


Rate: 5.7/10
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (6pm - 2am) , Ahad (6pm - 12am)
Cuisine: Western + Malay
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini


6) CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL, KLANG


Rate: 6/10
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (6pm - 12am)
Cuisine: Buffet Steamboat & Grill
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini


5) WARUNG SAUDAGAR, BANTING


Rate: 6.5/10
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (5.30pm - 12am), Cuti Rabu & Khamis
Cuisine: Kambing Bakar 
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini


4) ME'NATE STEAK HUB, SETAPAK


Rate: 7/10
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (11am - 11pm)
Cuisine: Western , Steak
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini


3) ZAWARA COFFEE, BANGI


Rate: 7/10
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (10am - 12pm)
Cuisine: Western 
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini


2) MAKAN DALAM CAFE, BANTING


Rate: 7.5/10
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (6pm - 12am) , Ahad Cuti
Cuisine: Western + Malay
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini


1) FLORA TERRACE, KUALA LUMPUR



Rate: 8.5/10
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (12pm - 10pm)
Cuisine: Western + Malay
Keburukan & Kelebihan: Sila Klik Sini




YUSU DIMSUM AKI FOODCOURT | DIMSUM HALAL DI KUANTAN

$
0
0

YUSU DIMSUM AKI FOODCOURT | DIMSUM HALAL DI KUANTAN | Hye hye warga Kuantan, siapa suka makan dimsum? Siapa yang teringin nak makan dimsum? Apa dimsum ni sebenarnya? Halal ke? Haaaa, untuk entri kali ni ena nak share dengan you all satu kedai makan Melayu sekitar Kuantan yang menyediakan menu dimsum ni. Nama kedai makan tersebut adalah YuSu Dimsum.

Dimsum dengan sebutannya 'dim sam' adalah makanan masakan tradisional Cina yang disediakan dalam saiz yang kecil dan telah distimkan. Selalunya nak nampak menarik, dimsum ni akan dihidangkan dalam bakul pengkukus tu. Macam gambar kat atas ni. Untuk menambahkan lagi kesedapannya, kena makan dengan sos yang disediakan khas untuk dicicah bersama dengan dimsum. Banyak sejarah sebalik makanan dimsum ni, you all boleh Google sahaja kalau nak tahu.


YUSU DIMSUM, AKI FOODCOURT



Entri kali ni bukan nak cerita panjang lebar pasal dimsum, tetapi nak share dengan you all kedai makan YuSu Dimsum ni. Ini merupakan kali pertama ena ke mari. Macam biasa terus berfoodhunting la ena kat sini. Mula-mula ena ingat YuSu Dimsum ni orang Cina punya. Bila dah datang ke sana, laaa Melayu punya. Terus ena rasa bertambah yakin nak makan.

YuSu Dimsum ini terletak di Kuantan dan berada dalam Aki Foodcourt. Kat sini ada pelbagai lagi jenis makanan yang lain. Nampak pun Foodcourt kan. Tapi ena tertarik untuk makan dimsum sebab susah nak jumpa yang halal dan Melayu buat. 

Untuk mereka yang ingin ke mari, boleh guna Waze atau Google Map dengan carian "Aki Foodcourt". Ena haritu search YuSu DimSum, tak jumpa. Oleh itu, better search yang ena sarankan tadi. Kalau nak alamat tempat dimsum ni, you all boleh tengok kat bawah ni.




ALAMAT:
YuSu Dimsum Aki Foodcourt 
Sungai Isap,
25150 Kuantan

MASA:
6.30pm - 12am
(Isnin-Ahad)




MENU YANG DIPILIH


Cara nak order lebih kurang macam sushi la. Tapi kat sini semua harga sama, yang berbezanya kuantiti dalam satu bakul pengukus tu. Ada la satu dua dishes yang harga RM4. Banyak jenis dimsum ada, tapi ena pilih 4 jenis sahaja iaitu Salt Egg Siew Mai, Loh Mai Kai, Chicken Button Mushroom Siew Mai dan Egg Fish Roll.

Dibawah ni ena share segelintir menu yang ena dan kawan-kawan ena pilih. Banyak sangat, so, ena letak beberapa jenis sahaja. Yang lain, you all boleh terjah sendiri kat sini nanti.


Golden Roll

Crab Siew Mai

Seafood Siew Mai

Black Pepper Siew Mai

Salted Egg Siew Mai

Fried Prawn Siew Mai

Yaki Noki Siew Mai

Loh Mai Kai


Carrot Susu, Tembikai Laici dan Air Kelapa Laut


FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena suka layanan yang diberikan oleh owner YuSu Dimsum dan pekerja yang lain. Mesra sangat. Ena makan pun enjoy je rasa. Dimsumnya pun sedap dan boleh diterima tekak ni. Tambahan kalau cicah dengan sos yang diberi. Memang naik rasanya.



Cuma jangan makan banyak-banyak. Cepat muak. Ena pun silap beli banyak-banyak sebab ingat tak kenyang. Rupanya makan sikit pun dah kenyang. Perghhhh! Terbaiklah. Berbaloi la nak makan dinner kat sini. Tak terlampau heavy, tak berminyak dan tak terlampau banyak perisa. Boleh repeat lagi lepas ni kalau teringin nak dimsum. 


DETAILS YUSU DIMSUM, AKI FOODCOURT

Di sini ena sarankan you all untuk terjah kat sini. Kalau tak nak makan dimsum, boleh cuba makanan yang lain. Banyak lagi pilihan kat Aki Foodcourt ni. Cuma kalau you all tak cuba try test dimsum ni, rugi la. Sekurang-kurangnya ambil pengalaman bagaimana rasa dimsum ni. Itu sahaja daripada ena, selamat mencuba.






INSTAGRAM:






15 TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

$
0
0

15 TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR | Siapa kat sini suka makan dan suka memburu makanan macam ena? Kalau you all sebegitu, sila jadikan ini sebagai salah satu rujukan you all ye. Hiks.

Okay, entri kali ini ena nak rankingkan 10 tempat menarik yang ena dah berfoodhunting setakat ini di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ena akui yang ena boleh habis cover seluruh kedai makan di negeri tersebut. Tapi ena berharap entri ena ni, dapat membantu sedikit sebanyak untuk para pembaca blog ena untuk cari kedai makan yang berhampiran.



15 TEMPAT MAKAN MENARIK

Berikut adalah kedai makan mengikut pendapat ena dan juga ena share dari tempat ke-15 dahulu. Heeee. Jom scroll dan scroll.

15) PERANAKAN PLACE, NU SENTRAL



Cuisine: Baba Nyonya
Waktu Operasi: Waktu NU Sentral Mall Buka
More Nyummy Here: Sila Klik Sini



14) NACHOS TANJAK CREW, UPTOWN DANAU KOTA


Cuisine: Western
Waktu Operasi: 9pm - Sold Out
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


13) PAKME CORNER NASI LEMAK KEPAK, BANTING


Cuisine: Nasi Lemak + Multi Cuisine
Waktu Operasi: Malam
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


12) SAYANG MANIS, BANTING


Cuisine: Western + Malay
Waktu Operasi: Tengah hari - Malam
More Nyummy Here: Sila Klik Sini



11) SANY CHAR KOAY TEOW, TITIWANGSA


Cuisine: Char Koay Teow + Masakan Panas Melayu
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (4pm - 4am)
More Nyummy Here: Sila Klik Sini



10) RESTORAN SELERA MY (RSMY), SETAPAK


Cuisine: Ala-Ala Indian dan Pakistan
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat ( 3pm-2am) , Sabtu & Ahad (12pm-2pm) 
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


9) ALANNA'S KITCHEN, AMPANG


Cuisine: Nasi Arab + Western
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (11am - 11pm), Isnin Cuti 
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


8) DULANG MAS CAFE, SHAH ALAM


Cuisine: Masakan Panas Melayu
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (12pm - 3am)
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


7) WILLIAM CORNER, PETALING JAYA


Cuisine: Western + Malay
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (6pm - 2am) , Ahad (6pm - 12am)
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


6) CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL, KLANG


Cuisine: Buffet Steamboat & Grill
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (6pm - 12am)
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


5) WARUNG SAUDAGAR, BANTING


Cuisine: Kambing Bakar
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (5.30pm - 12am), Cuti Rabu & Khamis
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


4) ME'NATE STEAK HUB, SETAPAK


Cuisine: Western , Steak
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (11am - 11pm)
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


3) ZAWARA COFFEE, BANGI


Cuisine: Western
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (10am - 12pm)
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


2) MAKAN DALAM CAFE, BANTING


Cuisine: Western + Malay
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (6pm - 12am) , Ahad Cuti
More Nyummy Here: Sila Klik Sini


1) FLORA TERRACE, KUALA LUMPUR



Cuisine: Western + Malay
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (12pm - 10pm)
More Nyummy Here: Sila Klik Sini




Dah tahu tempat makan best tu kan? Takkan nak tahu sengseorang je. Apa lagi,  SHARE laaa dan TAG NAMA member-member yang kaki makan macam ena tu juga. Go! Go! Go! Klik je button Facebook kat ruang entri ni.


ROTI CANAI TRANSFER ROAD PENANG | SARAPAN DENGAN ROTI CANAI DAN AYAM

$
0
0

ROTI CANAI TRANSFER ROAD PENANG | SARAPAN DENGAN ROTI DAN AYAM | Harini ena nak share satu tempat sarapan yang you all wajib kena pergi kalau mai Penang ni. Ena dah lama nak share tapi macam tak cukup gambar. So ena akan share mana yang ena mampu ye. Dan segala ujahan dan pandangan adalah mengikut pendapat ena sendiri.

Kalau mai Penang ni, yang pulaunya la, you all tak akan asing dengan masakan ala-ala mamak ni. Dan kat sini juga orang kata salah satu tempat syurga makanan. Dan popular dengan Nasi Kandarnya. So bagi sesiapa yang baru first time jejak kaki kat belah pulau ni, pastikan biasa dengan makanan mamak semua ni ye. Hiks. 


ROTI CANAI TRANSFER ROAD

Haaa! Tempat yang ena nak share tu dipanggil Roti Canai Transfer Road. Hal ini kerana kedainya terletak betul-betul di tepi jalan yang bernama Transfer. Macam dalam gambar kat atas ni ha. Ena ambil gambar tu dari Mr.Google, tapi keadaan camtu la. Dengan ramainya orang, ena pun makan depan kedai orang. Hiks.




ALAMAT:
114, 110, Jalan Transfer
Georgetown,
10050 Penang

MASA OPERASI:
Isnin - Ahad
8am - 11am


Cuma kat sini parking agak susah sedikit. Masa ritu ni, memang berpusing-pusing cari parking. Dah la banyak oneway jalannya, penat juga nak patah balik. Last-last parking yang mana ada, jalan kaki  pun jalan jela even jauh nau kami parking. Demi mengisi perut kami di waktu pagi.


MENU YANG DIPILIH

Tengok kat sini feymes dengan roti canai, so ena minta roti canai dengan ayam seketul. Tak pernah lagi makan roti canai macam ni. Tu yang nak cuba try test tu. Bila lagi kan nak cuba, inilah masanya. Bukan dapat selalu mai Penang ni.


Haaa! Banjir kau. Dengan selonggok ayam bahagian peha. Terbaik weh!

Ada yang makan roti canai tanpa ayam. Tapi kesemuanya banjir. Hehehe



FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena suka makan tepi jalan macam ni, sekali sekala la. Luas sikit mata ni nak mengusya orang. Ahaks. Ni pun sebab ramai sangat manusia, tu kena makan kat luar dan depan kedai orang lain pula tu. Hiks. Okay, dari segi kebersihan tu, maybe boleh ditingkatkan lagi. Ena malas nak teliti sangat kedainya, takut spoil mai mood. Kalau datang seorang diri, boleh la pilih kedai jikalau kedainya tak mengikut keselesaan ena. Ni mai secara rombongan, hiks, so kena follow the flow.

Dari segi makan, ena suka kuahnya. Pekat! I loike! Memang kenyang weh, tak tipu! Dah la ayam seketol besar dia bagi. Terbaiklah. Dari segi harga, ena tak kisah sangat sebab masa datang sini memang dah set mind ni harga sara hidup kat Penang ni agak tinggi. Dan prepare awal-awal duit yang banyak. Heeee.




So, bagi mereka yang nak memburu makan kat area sini, boleh la cuba try test makan kat sini. Waktu pagi je buka tau. Nama pun sarapan. Hiks.


DETAIL ROTI CANAI TRANSFER ROAD
Kepada mereka nak mai, boleh Wazekan atau Google Map ke kedai makan ni. Alamatnya ena dah share kat atas. Maybe macam susah sikit nak cari, you all cam kan je bentuk kedai yang ena share kat atas entri ni. Ena hari tu macam tu la. Google dulu bentuk kedainya macam mana. 

Dah tahukan acano roti canai kat sini? Apa lagi, jangan lupa SHARE entri ni kat kawan-kawan you all yang mana nak melancong kat Penang. Klik je button FB kat ruang ni, pepandai la cari ye. Hiiii.




FACEBOOK:








MAKAN DALAM CAFE BANTING | MENU MELETOP TERBARU 2017

$
0
0

MAKAN DALAM CAFE BANTING | MENU MELETOP TERBARU 2017 | Semperna tahun 2017 ni, kedai makan Makan Dalam Cafe Banting telah mengeluarkan beberapa menu terbaru untuk para customer yang dikasihi. Pasal cafe ini, you all boleh baca semula entri ena yang INI. Entri ena kali ni just nak bagi pandangan terhadap menu-menu yang baru kat sini. Nama pun foodhunter, so kena la luahkan apa yang ena rasa.

Walaupun Makan Dalam Cafe ini kepunyaan partner foodhunter ena, Yazid tapi bukan bermakna ena kena puji melambung tinggi. Tapi... Tapi.... haaaa nak tahu tapi apa kebendanya, sila terus pembacaan you all ye. 





MENU TERBARU 2017 DI MAKAN DALAM CAFE BANTING 

Berikut adalah menu yang terbaru yang you all patut kena cuba try test. Serius! Bagi yang ada kat Banting tu, lai lai datang beramai-ramai ke sini. Okay, jom tengok apa menu terbaru yang ada kat sini. 

Sagu Longan. Sangat refreshing sebab sejuk, sedap dan tidak terlampau manis. So, tak adalah cepat muak. Kalau perut you all tengah kekenyangan pun, mesti boleh masuk lagi dengan pencuci mulut ni.

Sup Kambing + Roti. Set ni you all patut rasa weh. Terbaik supnya. Light je, tak cepat muak pun. Kalau you all nak makan dengan nasi putih pun boleh tapi harga lain la.

MDC Burger. Yang ni guna ayam chicken chopnya tapi yang dah dibuang tulang. Yang kuah black pepper tu terpulang pada you all sendiri, nak simbah di dalamnya atau buat macam pencicah. 

Burger yang ni berbeza yang dulu, sebab dulu punya guna daging burger yang biasa. Yang ni guna daging ayam yang betulnya. Daging lembu homemade MDC masih belum ada lagi. InshaAllah bakal

Pisang Cheese Makan Dalam Cafe. Mana-mana tempat pisang cheese, kat sini jela paling memuaskan hati ena. Yang lain ada juga yang sedapnya tapi lain tempat lain rasanya. Betul tak?

Ena pilih set Rose Gold Flavour. Yang paling special sebab campur semua perisa yang ada.

Fish And Chips. Bagi mereka yang jenis tak makan makanan berdaging, atau nak makan ikan, boleh la pilih yang ni. 



JUNIOR SET MEAL

Set ni direka khas untuk anak-anak kecil yang juga inginkan makanan dari sini. Menarik kannn. Ena tengok pun tertarik, tetambah budak-budak kecil kuat berimaginasi. Hiks. Satu set ni memang dah cukup untuk perut mereka. Kalau para ibu dan bapa yang nak bagi menu yang biasa tu, tiada masalah. Terpulang la pada citarasa dan keinginan masing-masing. 




Ena sangat sarankan you all untuk datang kat sini untuk menjamu selera dengan menu terbaru mereka pada tahun ini. You all boleh guna waze ke "Makan Dalam Cafe" atau "Gunting Karat Babershop". Segala details mengenai kedai makan ni, you all boleh klik link-link di bawah ni. Okay?


MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Sabtu (Ahad Cuti)
Masa: 6pm - 12am 




FACEBOOK:

INSTAGRAM:

ENTRI FULL MENGENAI MAKAN DALAM CAFE





ORCHARD VILLA GOMBAK | TEMPAT MAJLIS KAHWIN PILIHAN ARTIS MALAYSIA

$
0
0

ORCHARD VILLA GOMBAK | TEMPAT MAJLIS KAHWIN PILIHAN ARTIS MALAYSIA | Alhamdulillah, pada 15/1/2017 bersamaan hari Ahad, diberikan kesempatan ni untuk menghadiri satu majlis perkahwinan seorang artis Malaysia iaitu Hazama dan isterinya, Genervie. Majlis ini berlangsung di Orchard Villa Gombak. Itulah bestnya jadi blogger, diberi peluang pelbagai jenis aktiviti dunia. Gitteww.

Ini merupakan pertama kali ena jejak kaki kat sini. Dulu ena ambil lesen kereta kat area sini la, kat SKEM Driving Academy Gombak. Lalu je depan jalan nak masuk ke Orchard Villa ni, tapi tak perasan pula akan kewujudannya. Oleh itu, entry kali ni ena nak bagi tahu you all semua akan kewujudan villa ni. Hiks. Lagi satu sebab trigger ena nak share adalah tempatnya menarik bagi ena yang sangat cinta akan alam semula jadi. Jom tengok suasana kat tempat ni serta diselitkan beberapa moment persandingan penyanyi terkenal, Hazama.





Yazid dengan Johan.Sporting dia ni.



ORCHARD VILLA GOMBAK

Villa ini terletak di Gombak, Selangor dan perjalan ke sini agak pendalaman sedikit. Tapi ena suka, jauh dari suasana bandar yang agak memeningkan kepala tu. Dari KL haritu tak silap ena dalam 42 minit juga la nak sampai sebab kena redah kesesakan kat area Setapak, ala kat bulatan Pahang tu.

Bagi mereka nak datang ke sini, you all boleh Waze atau guna Google Map je. Pastikan taip "Gombak" tu tau sebab hari tu banyak pula suggestionnya. So nasihat ena, better letak macam ni : Orchard Villa Gombak. Kalau masih ragu-ragu lagi, you all boleh confirmkan dengan alamat kat bawah ni.






ALAMAT:
Batu 10 1/4, Sungai Salak,
53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan




APA YANG MENARIK DI SINI?

Mula-mula ena jejak kaki kat sini, ena dah cakap "wow" sebab bagi ena dah cukup cantik suasana tempatnya. Nak parking pun senang. Luas tempat parkingnya. Kalau buat event atau majlis apa-apa kat sini, memang sesuai sangat la. Yela, orang yang datang tak perlu berpenat lelah mencari parking. Lagipun, nanti ada RELA yang bantu you all nak parking, nak keluar dan lain-lain lagi la.



Selain itu, keadaan villa ini betul-betul bersebelahan dengan aliran sungai. You all akan kedengaran bunyi air sungai yang deras mengalir. Masa ni sebab lepas hujan, tu agak deras juga. Hiks. Tambahan pula, banyak pokok kat situ. Nyaman je rasa udara kat sini. Memang satu tempat yang sesuai nak buat majlis atau event. Tiada siapa pun nak kacau. Hiks.

Kemudahan kat Orchard Villa Gombak ini adalah seperti surau, toilet, tempat berteduh dan juga kateringnya daripada Felda D'Saji. You all juga boleh request untuk decoration. Kat sini akan menekan decoration terkini tetapi masih menekan tema ala-ala alam semula jadi gittew. Cantik dan kemas.





Ena suka susun atur meja apa semua ketika Majlis Persandingan Hazama dan isteri hari tu. Ala-ala Wedding of The Earth gittew. Kemas, cantik dan nampak elegen di situ. Tema warna hijau sepatutnya, tapi ena pakai jela baju apa yang ada. Janji ada la warna-warna flora fauna, ye dok. Yelaaa, merah kan warna bunga. Ahaks. Hantam saja la labuuuu.

Kat sini, semua pekerja sangat professional. Macam part kateringnya, dari Felda D'saji. Pernah dengar tak?? Haaa, katering ni memang feymes weh dengan sistem pengurusannya yang tersusun dan  kesedapan masakannya. Kat Malaysia ni ada merata tempat cawangannya dan kat salah satunya kat Orchard Villa Gombak ni la.







Memang sedap pun sebab ena sendiri dah rasainya ketika kat Majlis Kahwin Hazama ni. Servis cepat, menjaga kekemasan dan puas hati la. Kenyang perut ai is malam tu, jimat duit. Hiks. Sambil makan, sambil dengar nyanyian dari artis-artis jemputan Malaysia.

Oleh itu, bagi mereka yang sedang mencari tempat untuk melakukan majlis perkahwinan ke, majlis menyambut hari jadi ke, apa apa jela, pilih la sini. Walaupun keluasannya tak sebesar dewan yang besar-besar kat bandar tu, tapi ena lebih suka buat event kat tempat macam ni. Penuh dengan nature dan jauh dari kesibukan bandar.






Dengan FoodBlogger idola ena, abang Mahadi


DETAILS ORCHARD VILLA GOMBAK & FELDA D'SAJI

Kepada you all yang ingin bertanya harga atau ingin ketahui lebih lanjut dengan pengurusan di sini, you all boleh hubungi secara direct dengan pihak mereka. Pilih la mana-mana cara yang you all rasa mudah untuk contact mereka.






WEBSITE:

NOMBOR TELEFON:
03-40210098 (Pejabat)
014-2776323 (Handphone)




MAGI PLANET POPCORN STUDIO | RASAI 4 PERISA LAIN DARI YANG LAIN

$
0
0

MAGI PLANET POPCORN STUDIO | RASAI 4 PERISA LAIN DARI YANG LAIN |Sejujur ena cakap, ena bukan seorang yang suka makan popcorn yang manis-manis tu. Ala, perisa yang original macam kat panggung wayang tu. Perisa Caramel right? Orang lain suka la, tapi ena kurang sikit. Kalau pergi tengok wayang, partner ena je suka makan. Ena mesti beli makanan lain.

Tapi sekarang ni dah ada pelbagai perisa popcorn kalau you all perasan. Baru-baru ni ena diberi peluang untuk merasai popcorn daripada keluaran Magi Planet Malaysia. Ya Allah, tak tahu ena nak gambarkan bagaimana perasaan ni sebab popcorn jenama ni la ena tercari-cari kat kedai selama ni. Last ena makan jenama ni masa zaman asasi dulu, 5 tahun yang lepas tak silap. Cuma sekarang bekasnya lain sedikit. Dan yang ena dapat ni 4 perisa yang boleh dikatakan terbaru dan lain dari yang lain. Nak tahu tak apa perisa tersebut? Teruskan scroll.


MAGI PLANET POPCORN STUDIO


Kiri: Saiz kecil (50g) . Kanan: Saiz Besar (110g)

Planet Popcorn ini ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi. Haaa, tahun di mana ena baru lepas ambil SPM. Hiks. Kan dah bosan makan popcorn yang perisa original tu, so pihak mereka telah mencipta pelbagai jenis perisa popcorn. Ada manis, masin, pedas, dan pelbagai lagi la. Company Planet Popcorn ni ada kat pelbagai negara juga antaranya seperti Taiwan,Malaysia, Australia, Singapore, Indonesia dan lain-lain lagi.

Yang Magi Planet Popcorn ni pula boleh dikatakan set yang paling latest. Dulu packagingnya lain, sekarang nampak lagi mahal dan berkualiti. Malah untuk set Magi Planet Popcorn ni, mempunyai 4 perisa lain dari yang lain. Ena pun tak pernah rasa sebelum ni. Tu ena nak bagitahu dengan you all tu dan kat bawah ni ena nak share ke empat-empat perisa tersebut. Jom kita tengok.




4 PERISA MAGI PLANET POPCORN STUDIO

Masa ena dapat ni, memang betul-betul satu set Magi Planet Popcorn yang terdiri dari 4 popcorn saiz besar dan 4 popcorn saiz kecil. Tapi dua popcorn saiz besar dah diperabiskan oleh anak saudara ena. Mereka suka sangat. Mereka sendiri kata struktur popcornnya gebu dan tak keras. Selain tu, perisanya pun lain dari yang lain. 

Berikut adalah 4 perisa tersebut:

1) Rose Salts Caramel




Yang ni macam perisa caramel yang biasa tu tapi ena suka sebab ditabur dengan garam yang berkualiti tinggi. Kombinasi masin dan manis memang ena suka. Bila makan, tak terasa muak atau rasa mulut tak sedap. Sedang-sedang elok.


2) Corn Soup




Yang ni pula, ada rasa sup dan lada hitam. Sedap! Ena suka sebab ada rasa bahang lada hitam tu dan terselit rasa masin-masin sup. Ena suka lada hitam. 


3) Seaweed Octopus Burning Takoyaki



Yang ni tak ada la rasa Takoyaki sangat tapi sebenarnya perisa sotong. Diselit dengan rasa seaweed. Perisa yang paling paling ena suka. Sekejap je ena makan dah habis untuk package yang besar. Ahaks


4) Chili Cheese


Yang ni bagi penggemar cheese mesti suka. Memang mantap rasa cheesenya yang tak kedekut tu. Lepas tu, ada rasa pedas-pedas sedikit. Membuatkan kita tak rasa cepat muak.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Serius, ena bersyukur yang amat bila dapat selonggok jenama popcorn yang ena mencari-cari selama ni. Memang susah nak jumpa. Tapi tak tahu la pula ena terlepas pandang kan. Kalau pergi Singapore, belambak la. Hiks.

Apa sebab ena suka popcorn dari jenama Magi Planet Malaysia ni, salah satunya adalah struktur popcornnya yang gebu-gebas, bulat-ulat jeeeee. Malah, tak keras dan juga best bila makan sebab ada rasa crunchy-crunchy sedikit. My mom pun kata sedap. Dia suka sebab senang nak gigit dan perisanya lain dari yang lain. Cuma harganya boleh tahan mahalnya.

Bulat-bulatkan popcornnya. Nyummm!

Tak perlu risau kalau jadi lemau lepas dah buka, sebab kat bekasnya ada seal kedap udara. So, kalau tak habis makan, tutup je sealnya.

Yang ni Chili Cheese. Nampakkan punya banyak cheese di letak. Fiuuhh! Nikmat!

So, kalau you all ada ternampak jenama ni kat memana, sila lah beli ye. Memang sedap, ena tak tipu. Dan kalau you all nak beli secara online pun boleh. Servis cepat, dah cara dia bungkus parcel kita memang selamat. Ena tahu la sebab ena yang dah buat experimentnya sendiri. Cewahhh! 

Okay, nanti you all boleh rujuk pada details  link mereka kat bawah ni.


DETAILS MAGI PLANET POPCORN STUDIO

Sebelum tu, kepada you all nak beli set ni, you all boleh guna code ena bagi ni untuk dapatkan harga diskaun. Ambil je kat bawah ni, cepat-cepat sebelum promosinya tamat.



CODE PROMO:
AINAALOVEPOPCORN

WEBSITE:



CENDOL PULUT BEHRANG | CENDOL MELAYU DI HULU BERNAM

$
0
0

CENDOL PULUT BEHRANG | CENDOL MELAYU DI HULU BERNAM | Tengah hujan, tengah sakit tekak pula tu, tapi selera tekak mengada nak makan cendol. Ni salahkan rancangan kat Asian Food Channel, tetiba tunjuk cendol. Terus craving. Craving teruk pula tu, kalah orang mengandung. Hahahaha. Tapi memula yang request nak makan cendol, kakak ena la. Dia yang teringin dulu. Hiks

Ena tanya my mom kat mana ada jual cendol Melayu kat area rumah. Ena tak berapa gemar cendol mamak-mamak ni. Apa-apa hal mesti cari yang Melayu punya dulu. So, my mom pun bagitahu la dan dia tahu ena ni suka memburu makanan dan dia suggest ena untuk cuba try test cendol Melayu yang tak jauh dari rumah ena. Nama cendol tersebut adalah Cendol Pulut Behrang.


CENDOL PULUT BEHRANG

Outlet pertama Cendol Pulut Behrang ini adalah kat Behrang dan yang ena beli ni kat cawangannya di Hulu Bernam. Lokasi kedainya dekat je dengan rumah ena, jalan kaki pun boleh. Kedai ni berdekatan dengan Masjid Hulu Bernam dan Klinik Kesihatan Hulu Bernam.



Kalau you all dari arah tol Tanjung Malim, you all akan nampak signboard macam kat bawah ni. Macam dah nak nampak kubah Masjid, you all boleh slow dah dan pandang ke arah kanan. Nampak lorong, masuk ke lorong tersebut. Apapun, pastikan jumpa dulu signboard macam kat atas ni. Takut you all masuk salah lorong.

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11am - 6pm




MENU YANG DIPILIH OLEH ENA

Ena beli bawa balik rumah sebab datang seorang diri dan pula nak ambil anak kakak balik sekolah time tu. Kalau ada masa dan rezeki nanti, nak terjah makan makanan lain kat sini pula seperti laksa, mee rebus dan lain-lain lagi. Tengok macam sodappp jeee tengok orang lain makan. Terliur pula.

Okay, sekarang ena nak fokus pada cendolnya dan pilihan cendol ena adalah Cendol Special. Baik beli yang special terus, boleh tengok sejauh mana specialnya tu. Selain tu, ai is ni memang suka yang special-special. Hiks.



Cendol Special ni apa yang specialnya sebab semua bahan ada termasuklah pulut. Harga untuk makan kat situ lain, untuk yang bungkus lain. Nanti you all boleh tengok gambar harga cendolnya kat bawah-bawah ni. 


Nampak dari segi warna air cendolnya pun tahu rasa cendolnya tak tawar dan tak manis sangat. Okay la ni, tak perlu banyak sangat bahan-bahan. Cukup la ada cendolnya. Kalau banyak-banyak bahan macam kacang la, nata de coco la, aiskrim la, buah-buahan la dan lain-lain lagi tu la, tak boleh dikatakan cendol dah. Yang macam tu dipanggil ABC. 


FEEDBACK DARIPADA ENA

Kedai: Not bad. Tak besar mana dan tak kecil mana. Janji selesa even tepi jalan sekali pun. Cuma kat sini susah sedikit la nak parking. Kena pandai cari tempat, cari masa. Kalau rajin, parking jauh sedikit dan jalan kaki ke sini. 

Servis: Maybe lambat sedikit la tapi ena faham jela sebab dia nak gerudi ais tu lagi. Dengan order pun boleh dikatakan banyak. Ena je pun dah order 4 bungkus cendol special. Hiks.



Makanan: Ena suka cendol macam ni sebab rasa manis gula merahnya cukup dan airnya pun banyak (Sebab ais dah cair). Ena suka air cendol banyak dari isi cendolnya. Tapi dari pandangan ayah ena pula, dia lebih suka kalau isi cendolnya yang warna hijau tu banyak. Pula dah. Hehehe. Well, setiap orang berbeza citarasanya. Ena just bagi pandangan dan apa yang ena rasa je. Janji dapat hilang rasa dahaga cendol kat tekak ni. 

Harga: Okay la harga cendolnya. Bagi ena berbaloi. Tak mahal pun. You all boleh tengok sendiri harganya kat bawah ni. Ena sentiasa support Melayu punya bisnes. Heeee.


Kemudahan: Kemudahan kat sini ena tak sempat nak teliti pula tandas apa semua. Cuma perasan tempat parking je la macam susah sedikit. 



Itu jela ena nak kongsikan cendol kat sini. Kepada yang suka memburu makanan macam ena, mai la rasai cendol kat sini pula. Bagi yang dah baca entri ena ni, jangan lupa SHARE entri ni. Tekan je button FB kat dalam entri ni. Okay, terima kasih dan selamat menjamu selera.



AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM | MAKAN BESAR DENGAN FAMILY

$
0
0

AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM | MAKAN BESAR DENGAN FAMILY | Rumah ena terletak kat sempadan Selangor dan Perak. Dan terletak kat Hulu Bernam ni haa, daerah Hulu Selangor. Kalau rasa nak ke Perak, pergi la kat Tanjung Malim. 5 minit je. Hiks.

Kali ni ena nak share moment makan besar family ena kat satu makanan Barat yang berhampiran dengan rumah ena. Terima kasih kepada kakak ena, Ina Berlina dan abang ipar belanja kami beradik makan kat situ. Masa tu tengah Chinese New Year, kami pun nak juga la pergi makan besar. Ahaks. Dan hari masa makan besar ni juga merupakan hari terakhir ena bercuti kat rumah sebelum berangkat ke Kuantan semula.


AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM


Dulu namanya tak silap ena "Al-Fatah", tapi sekarang ena tengok kat signboardnya yang 'A' tu dah bertukar 'E'. So jadilah Al Fateh. Hiks. Al-Fateh Steak House ini terletak di Taman Bahtera Hulu Bernam. Bangunan dia sama dengan kedai Seven Eleven kat situ, cuma ianya di deretan bahagian belakang.

Bagi yang tak biasa kat tempat ni, mungkin agak tercari-cari juga. Namun ena berharap gambar depan kedai ni dapat membantu you all. Betul-betul kat corner lot punya kedai. You all boleh waze ke Taman Bahtera Hulu Bernam. Blok kedainya betul-betul yang tepi jalan menghala ke Kuala Lumpur. Kat situ banyak blok tau, takut you all sesat nanti. Hiks.


ALAMAT:
No 25, Jalan Bahtera 1B,
Taman Bahtera 35900 Hulu Bernam,
Selangor

MASA OPERASI:
Hari: Isnin-Ahad
Masa: 3pm - 3am



Dengan anak-anak abang dan kakak ena

MENU YANG DIPILIH 

Ena masa ni dibelanja oleh kakak ena, so ena tak boleh demand banyak sangat. Well, walaupun orang nak belanja tapi kita ni kena memahami juga. Dan ena ni pun jenis tak cerewet sangat makan. Makan kentang goreng je pun dah boleh. Janji adik-beradik ena dapat berkumpul macam ni. I loike.

Pilih punya pilih, last-last semua makan Chicken Chop Special. Air memasing lain-lain. So ena tunjuk Chicken chop kat sini jela. Ada banyak lagi menu, you all mana yang ke mari boleh pilih yang lain.



 Limau Asam Boi. Haishhh terminum ais lagi

Milo Tabur. Kegemaran anak-anak saudara ena.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Kedai: Bersih dan teratur. Boleh nampak la kedai ni menyediakan Western Food melalui hiasan kedainya. Pembalut meja pun memainkan perasan tau.

Servis: Sebab kami pilih chicken chop, so cepat sedikit kami dapat makanan. Tak lama sangat dan tak ada cepat sangat. Pelayan pun okay, tak sombong dan ramah memasing. Memang menjaga etika mereka dengan pelanggan.



Makanan:Not bad juga rasanya. Cuma ena lepas ni mungkin lebih suka yang chicken grillnya. Dulu pernah take away chicken grill, sedap. Yang Chicken Chopnya tepung yang menyalut ayam tu agak tebal sedikit. Kuah black peppernya boleh diterima tekak. Sedap, kalau letak banyak sedikit mungkin lebih aumm aumm.

Harga: Berbaloi sangat. Murah juga la semua harga western foods kat sini. Lagi satu kedai Melayu, so ena sentiasa akan support. Hiks. Sesuai kalau nak makan ramai-ramai kat sini. Lagipun kawasan tempat tinggal student UPSI, memang harga berpatutan la.


DETAILS AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM



Ena tak jumpa lagi lama social mereka. Tapi ada satu page kat Facebook ni, rasanya you all boleh tengok untuk sebarang feedback daripada customer yang lain. Lain-lain orang, lain pandangannya dan citarasanya. So, apa kata you all datang sendiri kat sini dan judge sendiri. Hiks.


FACEBOOK:


Itu sahaja daripada ena. Jangan lupa untuk SHARE entri ni dengan family, kawan-kawan atau orang you all sayang ye. Klik butang Facebook kat entri ni. Terima kasih my readers.




STREET CHURROS | PELBAGAIAN CHURROS DI BERJAYA TIMES SQUARE

$
0
0

STREET CHURROS | PELBAGAIAN CHURROS DI BERJAYA TIMES SQUARE | Siapa kat sini pernah makan Churros? Suka? Ke tak suka? Haaaaa, siapa yang tak suka tu kalau you all berani cuba try test churros homemade kat Street Churros ni, mesti you all tetiba jadi suka. Serius talk. Lagi-lagi mana yang suka makan manis-manis tu.

Ena first time makan churros kat Street Churros ni. Tahu je churros ni cenggane rupanya tapi ni ena teruja sedikit sebab banyak benda la buat ena lebih suka pilih churros kat sini. Nanti you all boleh baca kat part feedback ena. Well, as foodhunter, kena merasa semua benda dan bagi pandangan ena terhadap sesuatu makanan tu.


STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE


Street Churros ni baru ada 4 cawangan kat Malaysia dan yang kat Berjaya Times Square ni kiranya cawangan paling terbaru setakat ini. Yang first kat One Utama Mall, ditubuhkan pada bulan Julai tahun 2016. So kira masih muda lagi la di Malaysia tapi yang kat Korea tu dah lama sebenarnya.

Oh ye, untuk pengetahuan korang, Street Churros ini berasal dari Korea Selatan, negara yang paling banyak artis-artis Korea kegilaan ramai tuuuu.. hiks.. dan ianya telah kembangkan sayapnya di beberapa negara yang lain termasuklah negara kita yang tercinta ni. Ai is bangga jadi anak Malaysia, macam-macam hado kat sini tauuuu. Ahaks.

Big Boss dengan pekerjanya

Ena hari tu pening kepala juga mencari Street Churros ni. Yela, siapa yang pernah pergi Berjaya Times Square, tahulah keadaan kedainya bagaimana. Dah la lama tak datang sini. Macam-macam dah ada sekarang, sampai naik keliru. Padahal dulu ena hafal selok belok mall ni. Huuuu. Dan lagi sakit hati, bila tanya kat pak guard area situ, dia pun tak faham bahasa Melayu. Bila guna English pula, ena tak faham apa dia cakap. Pelat kuat nau. Sabau jola.

So, ena nak memudahkan you all, ena bagi hint-hint kedai Street Churros ni dekat dengan apa. Okay, kedainya berdekatan dengan tangga-tangga piano kat Berjaya Times Square dan juga berhampiran dengan KFC situ. Level Lower Ground (LG) dan Lot-36. Kedudukan kedai adalah kat selekoh bangunan. You all boleh rujuk gambar kat atas atau kat bawah-bawah ni untuk keadaan depan kedainya.


ALAMAT:
Street Churros Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor, 
Berjaya Times Square,
No.1 Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

MASA OPERASI:
Masa Mall Dibuka



MENU YANG DIPILIH

Kat sini terdapat 3 jenis Churros dijual tapi jangan risau, akan datang still banyak lagi jenis-jenis yang bakal dibawa masuk sini. Tapi setakat ni ena nak tunjuk kepada you all semua 3 jenis churros yang mengancam sangat tu. Kalau dah start terliur tu, jangan lupa pergi Berjaya Times Square dan beli tau. Mekaceh! Hiks.

1) Churros
Ini adalah Signature churros kat Street Churros. Ianya berbentuk Horse Shoes yang membawa maksud 'Good Luck'. Ada perisa Cinnamon, Chocolate dan Cheese. I loike yang Cheese. 





2) Filling Churros
Kat luar nya churros, inti nya ada krim-krim yang you all nak. Ni special bagi ena sebab jenis ni ada kat Malaysia sahaja. Ada inti Chocolate, Custard dan Cream Cheese. Paling suka Cream Cheese.






3) Ice Cream Churros
Bagi yang rasa nak makan aiskrim vanilla tu, apa kata try yang ni. Ada Churros lagi. Nak yang plain pun boleh dan nak ada topping pun ada. Flavour topping Choco-choco, Choco-berry dan Mango.






4) Beverage
Kat sini bukan churros je ada jual. Minuman pun ada. Kalau tak ada nanti, tercekik memasing. Hiks. Oleh itu, why not cuba minuman yang disarankan oleh ena untuk mencuba. Jom tengok.

Ni Geng Fruit ADE. Ada Lemon, Passion Fruit dan Korean Citron

Yang kiri O'My Coconut dan Yang kanan O'My Mango. Terbaik ni wehhhhh! Oh my! Craving dah.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Servis: Salah satu sebab ena tertarik dan suka dengan Churros kat sini adalah proses membuatnya sangat kemas, sistematik dan bersih. Serius ena tak tipu. Kalau you all tak percaya, you all kena datang kat sini dan tengok sendiri. Kat tepi kaunter pembayaran, you all boleh nampak macam mana churros-churros yang you all order tu dibuat. Bukan instant punya churros. Tang tang tu juga depa buat churros ni, depa uli, depa goreng, depa letak apa yang patut untuk hampa. Haaaa! Kuurrrrlasss gittu nokss, baru selera nak makan kalau panas-panas. Ye dok?!







Silap-silap, you all pun jadi kusyuk sangat sampai nombor giliran masing-masing dah sampai pun tak perasan. Ahaks.

Kedai: Okay, selain tu, suasana kedainya nampak macam kat ala-ala kedai luar negara gittuw. Cantik untuk dijadikantempat nak bergambar. Bagi pemburu makanan macam ena tu, maybe faham la kot apa yang ena hendak sampaikan. Hiks. Overall sangat selesa keadaan kedainya. You all nak take away pun boleh dan nak makan kat situ pun boleh.

Makanan: Ena suka sangat! Ena paling suka Churros Cheesenya sebab tak berapa manis. Yang lain boleh dikatakan manis juga tapi masih boleh diterima tekak. Nice untuk makan waktu pagi atau waktu petang. Time nak buat kudapan pun sesuai. Keadaan churrosnya tak terlampau berminyak sebab churrosnya bukan instant. Puas hatilah dengan strukturnya.

Dengan Kak Blogger cantik ni, Nova Leeza



Harga: Tak ada lah mahal sangat bagi ena. Berbaloi dengan apa yang you all dapat. Saiz churrosnya besar dan sedap, takkan harga cenggitu pun tak berbaloi lagi. Kalau ena stay sini, memang hari-hari ena beli kot. Habislahhhhh. Heee. Hope akan bukan cawangan kat East Cost Mall Kuantan suatu hari nanti. Oh mai! Nyumnyummm.


DETAILS STREET CHURROS

Setakat ini ena nak share dengan hasil buruan ena. Kepada you all yang berada kat Berjaya Times Square tu, jangan lupa untuk cuba try test churros kat sini. Pilih la yang mana you all rasa minat. Kalau suka manis, pilih yang ada cinnamon ke. Kalau suka chocolate, pilihlah yang chocolate. Kalau tak berapa suka manis, try la yang cheesenya. Terpulang.


Selamat menjamu selera. Dah tahu tu, jangan buat-buat diam. SHARE la entri ni dekat Facebook you all. Ajak kawan-kawan yang lain beli kat sini.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WEBSITE:



LOTION PUTIH AJAIB | NAK KULIT BADAN MACAM ROZITA CHE WAN (RCW)?

$
0
0

LOTION PUTIH AJAIB | NAK KULIT MACAM ROZITA CHE WAN (RCW)? | Siapa kat sini peminat tegar barangan dari artis terkenal Rozita Che Wan? Komprem mesti ramai kannnnn yang minat. So, hari ni ena nak share satu produk skincare daripada Rozita Che Wan (RCW) iaitu Lotion Putih Ajaib.

Warna botol, warna kotak, memang sama dengan perfumenya yang dulu ni. Ena tak pakai perfume RCW tapi kakak ena pakai. Wangi juga, bau mewah. So, lotion dia ni wangi ke tak? Best ke tak? You all boleh teruskan baca entri ni sebab ena nak share serba sedikit yang ena tahu pasal Lotion Putih Ajaib ni. 

LOTION PUTIH AJAIB DARIPADA RCW



Lotion Putih Ajaib ini merupakan lotion yang digunakan pada badan termasuklah tangan dan muka. Ianya diformulasikan ramua semula jadi yang terbaik untuk struktur kulit kita tak kira jantina, warna mahupun bangsa. Antara ramua semula jadinya adalah minyak bunga matahari, gliserin, marine collagen, aqua, vitamin E dan vitamin C. Haruman wangian dari perfume Precious daripada RCW pun turut di gabungkan sekali. 

Gabungan antara semua ramuan tersebut membuatkan lotion ini mampu memberi perubahan kulit yang memuaskan hati. Haaa! Nak tahu tak apa kelebihan krim ni pada kulit badan kita? Meh sini ena nak share sedikit, sila jangan jemu untuk membaca.





KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN LOTION PUTIH AJAIB RCW

1) Merawat keradangan / inflammation pada kulit
2) Melembapkan kulit yang kekeringan
3) Mengekalkan keanjalan struktur kulit
4) Mencerahkan kulit yang kusam
5) Melindungi kulit dari sebarang penyakit berbahaya
6) Menggalakkan sel-sel kulit yang baru dengan menggantikan sel kulit yang sudah tak sihat
7) Memberi vitamin E dan vitamin C yang diperlukan oleh kulit 
8) Menyelesaikan masalah kulit seperti parut, regangan kulit lepas bersalin, kudis, ruam pada bayi dan lain-lain lagi.



Ini adalah kelebihan yang ena tahu setakat ini. Ena pun baru pakai juga lotion ni tapi ena suka dengan struktur lotion ni. Hal ini sebab kulit jadi lembut lepas sapu lotion Putih Ajaib ni. Selain itu, sesuai la dengan tangan ena yang dah makin hitam ni dek terkena sinaran matahari setiap hari. Sobs! Lepas tu, bau lotion ni pun sesuai dengan minat ena. Bau-bau mewah gittew. Tak terlampau kuat dan tak terlampau biasa-biasa sangat. Nice weh! I loike!

Lepas tu, masa you all sapu lotion ni pada kulit, nanti kulit you all jadi nampak putih. Putih tu disebabkan oleh krim tu melindungi kulit you all, bukan sebab tindak balas yang cepat pada kulit tau. So jangan takut la sebab tak ada sebarang bahan merkuri dalam lotion ni. Lagipun, lotion Putih Ajaib telah mendapat kelulusan daripada pihak KKM dengan nombornya NOT160101051K.





CARA UNTUK MENGGUNAKAN 

Seperti yang ena dah sebutkan di atas, lotion ni you all boleh letak mana-mana bahagian kulit satu badan you all. Kalau nak dapatkan tindak balas yang puas hati, you all kena konsisten la pakai setiap hari. Cara-caranya adalah:-

a) Picit lotion tersebut dalam 2 cm panjang pada kawasan yang hendak ditenyehkan.
b) Sapu 2 kali per hari, siang dan malam
c) Seeloknya sapu selepas mandi sebab lepas mandi kulit mudah menyerap segala zat-zat yang ada pada lotion tu




P/S: Baca jangan tak baca sebelum tersilap langkah. Kepada yang you all yang memang ada masalah kulit kering, disarankan untuk pakai lepas mandi. Sebab kulit masa tu tengah lembap dan cepat lagi la process pemulihannya. 


DETAIL LOTION PUTIH AJAIB RCW

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai lotion ini, you all boleh berurusan dengan pihak HQ mereka. Dan ena bukan menjual tau, ena ni just tolong sharekan apa yang ena tahu pasal lotion ni dengan you all supaya you all lebih mengenali apa itu Lotion Putih Ajaib RCW ni. Sebarang urusan jual beli, sila contact dengan pihak yang menjual. Terima kasih.

Harga untuk satu kotak.

Ena dah ada, you all pula bila nak memilikinya?? Hiks


FACEBOOK:

INSTAGRAM:

NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI:
016-958 3222 (Amira)
1-800-222-000 (Hotline)




THE WEDDING HERITAGE | 5 SEBAB KAHWIN DI SINI ANTARA YANG TERBAIK

$
0
0

THE WEDDING HERITAGE | 5 SEBAB KAHWIN DI SINI ANTARA YANG TERBAIK | Sedang merancang untuk membina mahligai rumahtangga? Masih tercari-car pakej perkahwinan yang bagus dan berkualiti perkhidmatannya? Haaa! Entri kali ini ena nak sarankan you all untuk pilih The Wedding Heritage (TWH) sebagai salah satu pakej untuk perkahwinan you all.


Ehem, ena pun tetriba rasa nak buat majlis ena kat sini je nanti. Bukan apa. Sebab berbaloi daaannnn... haaaaa nak tahu sebab kenapa ena rasa The Wedding Heritage (TWH) adalah antara yang terbaik? Meh meh ena nak bagi tahu antara rahsia kelebihan di sini. Tapi pastikan lepas you all dah baca nanti, jangan lupa sebarkan rahsia ini dengan family atau kawan-kawan you all yang hendak mendirikan rumahtangga ye. Hiks.


THE WEDDING HERITAGE



The Wedding Heritage (TWH) dikenali sebagai banglo kahwin nombor 1 di Malaysia. Hal ini kerana TWH menawakan pakej lengkap perkahwinan di sebuah banglo yang mewah. Semua la, dari katering, pelamin, khemah dan hiasan. Lengkap satu pakej.

Untuk pengetahuan you all, TWH telah berkhidmat selama dua tahun di Malaysia dan telah membuka dua cawangan di sekita Kuala Lumpur iaitu di Ampang dan Kota Damansara.

Cawangan The Wedding Heritage

1) Villa TWH (Wedding Venue & Eventspace)
Lokasi: Taman Sri Ukay, Ampang
Muatan Orang: Terhad 500 pax
Spesifikasi Majlis:
- Birthday Party
- Product Launching
- Open House
- Berendoi & Aqiqah
- Tunang / Nikah (100 - 200px)
- Private Reception 

2) Banglo TWH (Wedding Venue)
Lokasi: Seksyen 6, Kota Damansara
Muatan Orang: Terhad 2000 pax
Spesifikasi Majlis:
- Malam Berinai
- Nikah
- Night Reception
- Day Reception
- Corporate Open House






Harga pun mampu di miliki iaitu bermula dari RM9500. Ikutlah bajet masing-masing nak banyak mana. Yang pasti, pihak TWH mampu memberikan suasana majlis yang berkualiti mengikut bajet yang diberikan.

Tapiiii! Sekarang ni tengah ada promosi tauuu! 20 ORANG TERAWAL BUAT TEMPAHAN AKAN MENDAPAT REBAT RM500 dengan menggunakan kod promosi 'BOOKING BLOGGER'. Valid hingga bulan 3. Apa lagi, Cepat! Cepat buat tempahan sekarang!


5 SEBAB KAHWIN DI SINI ANTARA YANG TERBAIK

1) Fleksibel
Sangat berbeza dengan kat dewan sebab kat sini you all boleh buat macam buat kenduri kat rumah je. Di samping itu, pihak TWH akan beri masa yang banyak untuk you all, tambah-tambah selepas majlis dilangsungkan. Dengan itu, bagi para tetamu yang nak merehatkan diri terlebih dahulu di situ pun boleh setelah selesainya majlis.

Para pengantin siap boleh pilih design dan custom dengan mengikut bajet masing-masing. Namun, para pengantin dikehendaki membayar deposit sebanyak RM2500 terlebih dahulu. Mereka juga diberi masa dan ruang selama 3 bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung untuk selesaikan segala bajet yang dikehendaki. Lepas tu baru boleh buat bayaran susulan.

Tambahan pula, you all boleh menambah street food yang dikehendaki seperti kambing golek ke, apam balik ke, pisang goreng cheese ke, ABC, aiskrim dan lain-lain lagi sebagai menu sampingan demi menaikkan lagi seri keceriaan majlis perkahwinan masing-masing. You all juga boleh menolak mana-mana item yang tidak diingini dan yang pasti bayaran pun makin berkurang. Hiks.




2) Keselesaan
Kat sini juga terdapat bilik-bilik untuk solat, persiapan pengantin, bilik rehat tetamu, tandas dan ruang tamu untuk keluarga. Bagi yang nak menyusu anak pun ada dan malah sangat selesa. Orang-orang tua yang kepenatan pun boleh rehat di situ seketika. Untuk pengetahuan you all, kepada yang tempah cawangan banglo di Kota Damansara, di sana juga ada menyediakan penginapan homestay 2 hari 1 malam. So, bolehlah saudara mara yang datang dari jauh stay kat situ.

Bahagian dalamnya juga tersedia barangan dan kelengkapan diri seperti kat hotel tuuu. Antaranya seperti sterika, pemanas air, tuala, kelengkapan mandian, tilam dan bantal.



3) Kualiti
You all tidak perlu risau dengan kualiti dan perkhidmatan yang bakal diberikan oleh pihak TWH. Hal ini kerana semua vendor dan panel yang di bawah TWH sudah berpengalaman selama 20 tahun. Selain itu, setiap tempahan pelanggan akan diuruskan oleh'senior wedding planner' yang dilantik khas untuk menjadi 'floor manager' pada hari majlis dijalankan.

Tambahan pula, pihak mereka tidak kedekut untuk memberikan idea-idea yang terbaru mengikut trend terkini kepada para pengantin. Servis RELA secara percuma juga disediakan bagi mengawal lalu lintas dan juga membantu mencari parking. Bestkannnn!!???





4) Kahwin Cuci Tangan
Antara sebab ramai yang memilih pakej perkahwinan kat sini adalah segala urusan persiapan akan mereka urusan. You all just cuci tangan sahaja. Bagi pihak pengantin yang tiada masa terluang atau sibuk dengan hal kerja, you all tak perlu risau lagi. Settle segala bayaran, pasti dan mesti, settle la segala persiapan. Dengan itu, you all tak perlu bertungkus lumus, berpenat lelah untuk menyiapkan majlis perkahwinan you all. Berbaloi! Baloi! Hiks

5) Bidan Terjun
Last minit baru nak merancangan plan perkahwinan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan? Haaaa! You all jangan risau. Dengan adanya TWH, walaupun hanya dua minggu je lagi majlis perkahwinan akan berlangsung, pihak TWH mampu memberikan khidmat yang sangat terbaik dan berkualiti. So, you all boleh terus berurusan dengan pihak mereka.






DETAILS THE WEDDING HERITAGE

Haaaa! Dah tahu segala kelebihannya yang ada dengan The Wedding Heritage (TWH)? So apa lagi, mai mai la buat tempahan sekarang. Kepada mereka yang rasa nak buat tempahan, you all boleh terus hubungi dengan pihak mereka ya. Nanti ena share nombor telefon apa semua kat bawah ni. Semoga ianya dapat membantu you all. Semoga dipermudahakn urusan masing-masing.

Itu sahaja perkongsiannya. Terima kasih sebab sudi membaca.


NOMBOR TELEFON:
013-5225952 (Irfan)
019-5037476 (Waida)
016-5629394 (Asyraf)

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WEBSITE:



HASHTAG:
#TheWeddingHeritage  #PakejKahwinLengkap  #BangloKahwinNo1

KOD PROMOSI:
Booking Blogger 
(20 orang terawal. Valid hingga March 2017)




MENSTRUHEAT PSLOVE | TERAPI MELEGAKAN SENGGUGUT

$
0
0

MENSTRUHEAT PSLOVE | TERAPI MELEGAKAN SENGGUGUT | Tahap sakit senggugut ni hanya kaum hawa atau kaum perempuan sahaja memahami sekuat mana tahap sakitnya. Tapi ada je yang tak mengalami sakit senggugut ni bila datang haid atau orang kita selalu kata 'datang bulan'. Untungnyaaa lahaiii. Namun, ena ni salah seorang yang akan alami kesakitan senggugut yang kuat. Teruk sampai ena jadi migrain seharian dan kekadang tu sampai demam-demam. Kesakitan dek kecutan rahim dan juga kat bahagian belakang ena ni, memang tak dapat dielakkan lagi. 

Salah satu yang boleh melegakan kesakitan senggugut ena tu, adalah buat warm compress atau dalam Melayunya 'tuam'. Mencari-cari juga kat mana ada jual tuam-tuam yang memudahkan untuk kita gunakan. Sekali jumpa satu website ni yang jual tuam ala-ala macam 'Cool Fever', di mana kita hanya tampal je kat bahagian yang tengah sakit tu. Benda tu akan memberikan rasa kehangatan kat bahagian tu. 


MENSTRUHEAT PSLOVE



Nama produk tersebut adalah MenstruHeat PsLove. Setahu apa yang ena ada baca, menstruheat ni mai dari jauh iaitu dari Singapore. Kat bungkusan parcel ena pun ada stated perkataan 'Singapore'. Ena dapatkan secara online menerusi laman website rasminya. Nanti ena sharekan link website dan laman socialnya kat bawah-bawah entri ni.

Tujuan pihak PsLove menciptakan terapi heat patches ini untuk memberi kelegaan dan keselesaan para wanita yang mengalami kesakitan senggugut. Malah memudahkan mereka untuk menggunakannya sebab dah tak perlu bersusah payah untuk panaskan air ke, kain ke, bertungku ke dan lagi syok tak payah nak makan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit ni tak elok makan selalu ketika sakit senggugut.


Macam mana cara nak pakai? Okay, meh ena terangkan macam mana nak tepek, nak guna macam mana dan lain-lain lagi.

Cara Untuk Pakai:
1) Buka plastik MenstruHeat, biarkan je terdedah kat udara sejenak. Nanti benda tu panas sendiri.
2) Cabut tempat plastik pelekat kat belakang MenstruHeat ni.
3) Tepek kat bawah pusat you all, di mana letaknya rahim kita. Ada 3 cara nak letak mengikut kadar kepanasan yang dikehendaki iaitu:-

    - Lekat kat baju / seluar : Warm
    - Lekat kat seluar dalam :Hot (Recommended)
    - Lekat terus pada kulit: Hottest

4) Lepas sejam lekat kat badan, buka MenstruHeat selama 5 minit untuk mengelakkan kulit menjadi terbakar. Lepas tu, boleh letak semula. Boleh guna on off selama 12 jam / hari.


Kat belakang bungkusannya ada semua info untuk guna dan pakai benda ni macam mana.

Ni ambil sebagai contoh kertas sticker untuk patches ni.


FEEDBACK DARIPADA ENA
 
Ena baru cuba try test tapi yang produk terbaru daripada PSLove ni iaitu BackHeat di mana ianya untuk melegakan lenguh-lenguh di belakang badan kita. Yang MenstruHeat tak cuba lagi sebab belum masanya lagi. So, ena standby je dulu. Incase dah sampai masanya, ena terus tepek jela. So untuk feedbacknya, ena bagi komen apa yang ena rasa ketika pakai BackHeat ni jela ye. Semua sama je, cuma bentuk dan saiz patchesnya berbeza mengikut kesesuaian bahagian bentuk badan kita.

Baru-baru ni, ena buat kerja agak berat juga kalau nak dibandingkan dengan hari-hari yang biasa. Alamatnya, terus ena dapat Lower Back Pain, fuhhhhh! Spoil mood terus nak buat kerja. Apa lagi, terus ena lekat BackHeat ni memandangkan ena nak buat kerja lagi masa ni. Ena terus lekat pada kulit.




Perghhh! Memang terbaiklah BackHeat PSLove ni. Kepanasannya mampu membuat lower back ena rasa lebih lega dan sedapla rasa panas-panas macam kena tuam. Cuma kita tak payah dah nak bersusah payah celup air panas banyak kali ke apa semua. Hanya lekat je benda tu kat belakang badan dan dah boleh buat kerja yang lain. Biarkan ianya bekerja sendiri. Alhamdulillah. Tapi jangan letak lama-lama, memang panas benda ni. Takut terbakar kulit je bagi yang tak tahan tu. Curious juga macam mana benda ni memanas dengan sendirinya.

Tak sabar nak guna MenstruHeat pula. Ramai kata produk ni okay, so ena harap boleh memberi kelegaan pada ena ketika waktu senggugut. Well, macam ena kata sebelum ni, senggugut ena boleh dikatakan agak teruk. Nanti ena bagi feedback kat instagram ena. Jangan lupa follow: ina.ainaa





Haaa ada lagi satu, PSLove juga telah mencipta NeckHeatdimana fungsinya sama macam yang lain cuma ianya dilekatkan pada bawah belakang tengkuk atau bahu kita. Bentuknya adalah V-Shape, dan you all juga boleh potong tengah-tengah benda ni. Tak nak potong pun tak mengapa. So memudahkan kita nak lekat benda tu kat situ.


DETAILS PSLOVE MENSTRUHEAT

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba, lai lai, ena nak bagi code 20% promosi ni. Jangan lepaskan peluang ni sementara waktu masih available. You all boleh order pada link website officialnya. Kat bawah ni ena share link-link yang boleh membantu you all untuk berhubung dengan pihak mereka.





WEBSITE:

FACEBOOK: 


INSTAGRAM: 

CODE 20% PROMOTION:
inaoff
(Pembelian valid pada website yang ena share link kat atas ni. Exp:31/3/2017)




RESTORAN SEDAP WEH KUANTAN | NIKMATI KESEDAPAN PAIS IKAN PATIN

$
0
0

RESTORAN SEDAP WEH KUANTAN | NIKMATI KESEDAPAN PAIS IKAN PATIN | Huishhh dah lama ena tak share tempat-tempat yang ena pergi untuk foodhunting. Ada je pergi cuma terlupa nak share cerita dengan you all kat sini. Untuk entri kali ni, ena nak share satu kedai makan yang boleh dikatakan berhampiran dengan UIAM, tempat dimana ena tinggal. Nama kedai makan tersebut adalah Restoran Sedap Weh.

Sedap ke weh? Weh! Sedap sungguh ke? Ahaks. Comel je nama restorannya. Ena pun baru tahu restoran ni wujud kat kawasan sini. Terima kasihlah kepada kawan-kawan seperjuangan yang share tempat makan best kat area Kuantan ni. Dengan itu, ena pula nak share dengan you all tentang tempat makan ni dan padangan ena terhadap kedai makan ni.


RESTORAN SEDAP WEH


Untuk pengetahuan you all, Restoran Sedap Weh ni adalah cawangan lain untuk  Restoran MABIQ Kuantan yang terletak betul-betul kat tepi ByPass Kuantan - Gambang. Dari UIAM Kuantan, dalam 10 minit macam tu. You all boleh waze atau guna Google Map ke "Restoran Sedap Weh", jangan ada dalam senarai sebab ena sendiri menggunakan waze untuk ke sini.


ALAMAT:
Restoran Sedap Weh
PB305 Y244 Jalan Pintasan Kuantan,
Kampung MPK, 
Kampung Batu Tujuh
25150 Kuantan, Pahang

MASA OPERASI:
Hari: Ahad - Khamis (Jumaat & Sabtu Tutup)
Masa: 10am - 4pm


Ena pilih ke sini sebab lebih dekat dengan UIAM berbanding dengan ke cawangan pertamanya. Lepas tu, waktu ena pergi ni ada waktu tengah hari. Tekak pula teringin nak makan Ikan Patin Tempoyak, so apa lagi ke sini jelah terus. Lagipun, kedai makan ni cawangan MABIQ dan ena suka makanan kat situ, for sure kat Restoran Sedap Weh ni pun sedap-sedap juga lauknya.

By the way, betul ke sedap weh??? Wehhh! Sedap ke kat sini? Hmmm.. Jengg jenggg, kalau nak tahu jawapan dan apa pandangan ena ketika makan kat kedai sini, sila teruskan pembacaan masing-masing ye. Jangan tak baca pula, penat ai si tulis tau. Hiks.


MENU YANG DIPILIH

Kat sini feymes dengan masak Lemak Tempoyak Ikan Patin, Paeh Ikan Patin dan Daging Salai. Di sini, makanannya you all kena ambil sendiri dan layan sendiri. Termasuklah airnya. Pilih la mana you all nak. Makan tengah harikan, mana ada masakan panas semua. So, ena pilih la lauk apa yang ena nak dengan nasi putih.

Yang penting Paeh Ikan Patin ena mesti grab sebab kegemaran ena tu. Paeh atau Paih ini adalah ikan bakar yang diperap atau dimasak sekali dengan kuah masak lemak tempoyak. Ikan tu ikut la nak jenis apa. Tapi kalau stay kat Pahang ni, feymes ikan patin la. Nyum nyum nyum. Even ena ni tak boleh makan tempoyak dek kerana migrain, tapi peduli apa aku. Hiks. Lepas makan Paeh tu, pepandaila tanggung sendiri. 


Dalam bungkusan Aluminium tu adalah Paeh Ikan Patin, bahagian badan. Ada banyak bahagian, kepala, ekor dan lain-lain lagi. Ikutlah mana nak


FEEDBACK DARIPADA ENA

Kedai: Alhamdulillah, kedainya bersih, selesa untuk menjamu selera even bukan dalam kedai yang beraircond. Kipas je tapi ni baru fefeeling makan tengah hari dengan masakan Melayu. Hiks. 

Servis: Kat sini kena layan diri sendiri. Tapi jangan risau, ada pihak yang akan bersihkan meja makan selepas kita habis makan. Pekerja-pekerjanya pun bagus, sopan. Kat sini bayaran hanya menggunakan wang tunai. Lepas tu, parking pun mudah, ada sinki basuh tangan. Tempat duduk pun terpulang, nak bersila pun ada, nak duduk atas kerusi pun ada. Ikut keselesaan masing-masing.

Makanan: Sedap Paeh Ikan Patinnya. Isi ikan patin tu memang terasa akan kemanisan berlemak kesedapannya. Huishh! Tak tahu nak describe macam mana rasa ikan parin tu. Apapun, I loike laaa, hiks. Makanan lain pun not bad. Majoriti sedap. Banyak sangat pilihan yang you all boleh pilih. Ikutlah selera tekak masing-masing.






Harga: Tak adalah mahal sangat. Okaylah untuk makan tengah hari. Ena makan ni pun bawah RM10 sekali air. Sesuailah untuk pelajar macam ena ni makan kat sini. Lagipun masakan Melayu kan, sesuai dengan tekak. Puas hati pula tu.


DETAILS RESTORAN SEDAP WEH

Kepada mereka yang sedang mencari tempat makan tengahari kat area Kuantan, meh la datang ke sini. Sangat recommended. Alamat semua you all boleh rujuk kat bahagian atas-atas entri ena ni. Bawah ni ena nak share link social media yang boleh menjadi panduan untuk you all.

Itu sahaja daripada ena, jangan lupa untuk SHARE entri ena yang ni dengan family atau kawan-kawan ye. Terima kasih dan selamat menjamu selera.


FACEBOOK:






PORTAL PERKAHWINAN | KENAPA MESTI PORTAL PROJEK KAHWIN?

$
0
0

PORTAL PERKAHWINAN | KENAPA MESTI PROJEK KAHWIN? | Haishhh lately ni memang suka usya-usya bajet pakej perkahwinan yang ada kat mana-mana website menyediakan khidmat tersebut. Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Well, bukan senang nak memastikan sesuatu majlis perkahwinan tu berjalan dengan lancar, macam-macam nak kena fikir. Kalau kurang bernasib baik, terpilih pula pakej perkahwinan yang tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, ada yang lari last minit dan ada yang buat kerja cincai boncai jee. For sure sakit hatikan bila jadi macam ni, minta dijauhkan laa.

Oleh itu, bukan untuk diri ena je, untuk diri you all yang sedang mencari pakej perkahwinan yang boleh dipercayai, so kali ni ena nak sharekan kepada you all satu portal di mana menyediakan pakej-pakej-pakej perkahwinan yang mampu membantu para bakal pengantin untuk menguruskan hari kebahagiaan mereka. Bukan sahaja membantu, malah memberikan khidmat yang cukup memuaskan hati. Portal tersebut adalah Projekkahwin.com.





KENAPA MESTI PROJEK KAHWIN?

Haa! Kenapa mesti pilih kat portal pakej perkahwinan yang ini? Meh sini ena nak bagi sendikit info untuk yakinkan you all menerima perkhidmatan dari portal ini. Baca jangan tak baca. Apapun ena berharap entri ni dapat membantu mereka yang sedang mencari pakej perkahwinan yang terbaik untuk majlis masing-masing.



1) Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Perkahwinan

Portal Projek Kahwin ini menyediakan pakej-pakej perkahwinan yang berdekatan dengan para pengantin di luar sana. Dengan itu, you all hanya search pakej perkahwinan mengikut negeri dan tempat tinggal atau tempat majlis yang bakal berlangsung. Nanti keluarlah senarai-senarai perkhidmatan pakej perkahwinan yang ada antaranya seperti wedding planner, katering, juru foto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya lagi. Jimat kannnn??! Mestilah menjimatkan masa dan tenaga.




2) Membantu Pengusaha Bumiputra

Portal ini juga secara tak langsung membantu dan mengembangkan sayap para peniaga bumiputra dalam sektor perkahwinan ni ke serata Malaysia malah ke luar negara pun ada. Memang susah nak jumpa website yang mengumpulkan semua pakej-pakej bumiputra yang ada kat Malaysia ni. So, portal ini membantu kedua-dua belah pihak, pembeli dan penjual.




3) Mesra Pengguna

Portal ini you all boleh tengok menggunakan smartphone masing-masing, iphone ke, samsung ke, oppo ke dan lain-lain lagi. Selain itu, melalui portal Projek Kahwin you all boleh tahu maklumat secara detail mengenai setiap vendor perkahwinan yang ada. So, you all tak perlu risau atau pepening nak mencari nanti. Kat situ dah tujuk logo syarikat, media social, nombor telefon dan portfolio mereka. You all just terus hubungi pihak syarikat yang you all berminat. Mudah kan??





Masa akan datang juga, apps untuk Projek Kahwin  juga bakal dilahirkan tak lama lagi. So, lagi mudah lah kerja kita. Bersyukur kita diketemukan dengan portal ni. Kalau tak, jenuh la juga nak ke sana ke mari cari tempat-tempat yang menyediakan pakej perkahwinan.


DETAILS PORTAL PROJEK KAHWIN

Kepada yang ingin tinjau atau usya laman portal ini, you all boleh klik link yang ena share kat bawah ni. Itu sahaja perkongsian dari ena, semoga dapat membantu. Terima kasih! Haaa!!! Jangan lupa SHAREE tau! Sayang my readers


FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WEBSITE:


KRIM KUANTAN | NIKMATI WAFFLE DAN AISKRIM

$
0
0

KRIM KUANTAN | NIKMATI WAFFLE DAN AISKRIM | Ena dah lama nak pergi makan aiskrim dan berfoodhunting kat Krim Kuantan ni. Asyik sebut-sebut je dengan kawan-kawan nak datang ke sini. Cuma masa tak berapa nak sesuai sebab ena tengok kat sini menyediakan makanan berasaskan aiskrim dan makanan yang manis-manis. So kena makan masa yang sesuai la macam waktu petang ke, malam ke. Tengok juga selera perut ni.

Ena jadi craving sangat nak makan sini sebab tekak terasa nak makan waffles dengan aiskrim. Lepas tu ramai kata sedap aiskrim kat sini. Tu yang nak cuba try test aiskrim kat sini. Alang-alang, teruslah jadi pemburu makanan. Ahaks. My hobi.


KRIM KUANTAN



Ena baru tahu yang Krim Kuantan adalah merupakan cawangan lain untuk Kula Cakes. Tapi masing-masing menyediakan menu yang berbeza. Kula Cakes menyediakan menu yang berasaskan kek, dan Krim ni pula berasaskan aiskrim. Dari nama kedai pun boleh tahu apa beza dua ni. 

Bagi mereka yang hendak datang ke sini, you all boleh waze atau Google Map ke sini dengan search "Krim Kuantan". Ena datang ke sini pun berpandukan waze. Agak jauh juga dari UIAM ena, dalam 20 minit untuk sampai ke sana. Lepas tu, masa mai sini memang ena terpinga-pinga sebab tak pernah datang pun kat kawasan sini. Serius. Dah la banyak kedai makan pula tu, yang boleh trigger ena nak berfoodhunting suatu hari nanti.




ALAMAT:
B-272, Ground Floor,
Jalan Beserah
Kuantan

MASA OPERASI:
Hari: Selasa - Ahad (Isnin Tutup)
Masa: 12pm - 10pm


MENU YANG DIPILIH

Kat sini macam ena mentionkan sebelum ni, semua makanan berasaskan aiskrim. Ena apa lagi, minta aiskrim waffles sebab tengok orang lain post gambar macam sedapp jeee macam cantik jeeee platingnya. Tu trigger ena nak pilih yang ni. Lepas tu ena pilih air Limau Asam sebab ena dah tahu kat sini makanannya manis-manis. So, kena minta air yang berlawanan rasa. Atau pilih plain water je. Kalau perut jenis tahan, boleh je pilih air yang bersusu dan berat. Hiks.

Belgien Waffle + Kuih Bakar Ice Cream 

Red Velvet Waffle + Almond Latte Ice Cream (Ni Ena punya). Kombinasi yang perfect! 

Limau Asam. Sedap juga. Pekat rasa masamnya. Nice bagi perut yang tengah muak.  

HoneyDew Ice Cream. Ni one scoop tapi banyak hiler. 



FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Cantik, kemas, selesa dan bersih. Cuma keluasan kedainya agak kecil sikit. Masa ena datang ni, memang berebut tempat. Sampai jadi satu peristiwa menyakitkan hati atas sikap manusia yang tak bertamadun. Hahahaha. Tapi overall okay la keadaan kedainya.

SERVIS: Kat sini senang juga nak parking kereta sebab kedainya terletak corner lot blok kedai. So pakai jela memana yang ada kotak parking. Dari segi layanan pekerjanya okay, semua membantu. Macam ena firstime datang, dia bagi kami rasa dahulu bagi setiap satu perisa aiskrim. Terbaik.

Bahagian luar kedai 

Bahagian dalam kedai

MAKANAN: Ena pilih Aiskrim Waffles. Sedappp! Lagi satu aiskrimnya tak over manis. Sedap-sedang elok makan dengan Waffles. Tapi tak boleh banyak-banyak sebab jadi cepat muak. Ena pula masa tu tak makan tengah hari, lagi rasa semacam perut tak makan makanan berasaskan protein. Sebab tu ena cakap kalau nak mai sini kena ikut masa sesuai dan selera perut masa tu. Hiks.

Boleh pilih topping kesukaan. Macam-macam ada. 

 Nak makan ice cream dengan brownies pun boleh

Macam-macam perisa ada. Kalau you all tak tahu apa kebenda perisanya, tanya je pekerja kat situ


HARGA: Memula ena tengok menu, agak mahal. Tapi bila dah dapat makanannya, masyaAllah! Banyaknyaaaaa aiskrim dia letak. Puas hati weh. Kawan ena minta dua scoops aiskrim. Ingat satu scoop kecil je, rupanya satu scoop tu satu bekas kertas letak aiskrim tu. You all boleh rujuk pada gambar ena kat atas-atas ni.


DETAILS KRIM KUANTAN

Kalau you all nak usya atau nak tahu info terkini pasal Krim Kuantan ni, you all boleh terus ke laman rasmi mereka pada link-link yang ena share kat bawah ni. Itu sahaja perkongsian kisah buruan ena kali ni. Boleh cuba try test, mana tahu pandangan kita berbeza-beza. Hiks. Selamat menjamu selera



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

TWITTER:



Viewing all 418 articles
Browse latest View live