RESTORAN MILIK WAK DOYOK | DULANG MAS CAFE SHAH ALAM | Siapa pernah cuba try test makan kat kedai milik Wak Doyok?? Ena baru sahaja merasa makan malam kat situ hari tu. Dan lagi menyedihkan, ena tak tahu menahu pula selama ni Wak Doyok ada buka restoran. Ahaks. Maafla, ena ni kurang ikuti perkembangan semasa tentang artis-artis. Ini pun partner foodhunter ena yang cakapkan, kalau tak memang ena tak tahu.
Masa hari kejadian, ena dengan partner foodhunter ena, Yazid ke Shah Alam untuk ambil adik dia di Seksyen 7. Tapi sebelum tu, seperti biasa kami berfoodhunting terlebih dahulu memandangkan perut pun dah menjerit-jerit minta diisikan. Pusing punya pusing mencari tempat makan yang mampu memikat hati kami, akhirnya diperjodohkan kami dengan Dulang Mas Cafe. Haaaa, amacam kat sini?? Nak tahu, jom teruskan pembacaan you all.
Seperti yang ena dah mention kat tajuk entri ini, restoran ini dimiliki oleh Wak Doyok dan Fizul Nawi yang merupakan salah seorang artis yang terkenal di seluruh Malaysia, malah juga luar negara. Restoran ini menekan makanan ala-ala daripada Hatyai Thailand yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Kedai ini berdekatan dengan UiTM Shah Alam dan bersebelahan dengan KFC / MCD di sana.
Usah risau bagi yang tidak tahu, ena tampirkan alamat restoran ni dibawah dan you all boleh wazekan sahaja.
ALAMAT:
Dulang Mas Cafe
Dulang Mas Cafe
No. 50G, Jalan Plumbum V7 / V
Seksyen 7, 40000
Shah Alam Selangor
FEEDBACK DARIPADA ENA
Alhamdulillah, tak sia-sia kami pilih Dulang Mas Cafe sebagai tempat untuk makan malam kami. Hal ini kerana keadaan restorannya sangat kemas, bersih, tiada bau yang mengurangkan dan selesa. Masakan panas kat sini pun perghhhh terbaik choo. Setiap kali suapan kami, asyik puji je keenakkan makanan yang kami pilih. Dah la sedap, banyak pula tu dan lebih terbaiknya harga pun tak adalah mahal sangat. Ingatkan kedai artis-artis ni mahal nak mampus, tambahan pula empunya Wak Doyok pula tu. Ahaks.
MENU YANG MAKAN MALAM ENA
Like always, kalau dalam percubaan ni ena malas nak pilih banyak-banyak, takut tak sedap dan juga takut tak habis. Memandang tengah nak makan malam, so kami pilih nasi putih serta lauk-lauk panas yang lain. Jom tengok makanan apa yang kami layan kat sini.
![]() |
Nasi Putih |
![]() |
Jus Belimbing (Yazid punya) dan Jus Lobak Susu (Ena punya) |
![]() |
Sup Daging yang terbaik. Panas dan dagingnya pun, Allah banyaknya. Puas makan. |
![]() |
Telur Dadar yang lembut. |
Berikut adalah link fb dan link instagram restoran milik Wak Doyok ini dan juga waktu operasi kedai makan ini. Serius ena cakap, you all tak akan menyesal kalau nak manjakan tummy you all kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai restoran ini, dialu-alukan untuk terjah di link-link kat bawah ni ye.
MASA OPERASI:
12pm - 3am
FACEBOOK:
INSTAGRAM: