IKAN BAKAR PETAI PILIHAN HATI | ANA IKAN BAKAR PETAI KUANTAN | Ena yakin, ramai pembaca blog ena ni dah pernah pergi cuba try test makan ikan bakar petai di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan. Sedapkannn?? Ini merupakan pertama kali ena makan kat sini. Selama ni nak pergi makan tapi tengok asyik full je orang mari makan. So, terbantut niat nak pergi terjah.
Nasib baiklah abang kandung ena bawa pergi makan kat sini time orang tak berapa nak ada iaitu antara pukul 6pm hingga 8pm. Masa solat maghrib tu boleh solat kat sini sebab ada disediakan surau yang selesa untuk pelanggan yang datang kemari. Alhamdulillah, syukur sebab dapat juga rasa makan ikan bakar petai ni. Selama ni makan ikan bakar yang biasa tu je, kali ni ada petai tu yang teruja sedikit tu.
Restoran ini terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Orang lain yang datang ke sini, kebanyakkannya mesti tahu mengenai kedai ni. Ada yang sanggup ke mari untuk merasai ikan bakar petai kat restoran ni. Tak mustahil lah tempat makan ni sentiasa dipenuhi pelanggan.
Dulu, restoran ini ada satu je. Sejak dah makin terkenal dan makin dapat memikat hati orang ramai, so restoran ini telah buka lagi dua cawangan yang lain tapi berdekatan antara satu sama lain. Kalau penuh yang sana, boleh pergi yang sini. Sama sahaja.
Masa ena pergi ni, ena pergi kat cawangan yang pertama. Yang kat sini restorannya agak besar kawasannya, selesa dan siap ada tempat permainan kanak-kanak lagi. Parking pun mudah, cuma kalau ramai sangat orang agak sesak jugalah parking kat sini. Bagi yang tak tahu nak kemari, wazekan je ye.
Masa ena pergi ni, ena pergi kat cawangan yang pertama. Yang kat sini restorannya agak besar kawasannya, selesa dan siap ada tempat permainan kanak-kanak lagi. Parking pun mudah, cuma kalau ramai sangat orang agak sesak jugalah parking kat sini. Bagi yang tak tahu nak kemari, wazekan je ye.
Berikut adalah antara menu yang menjadi pilihan ena dan family abang kandung ena cuba try test. Memang semua memikat hati ena. Ena dah lama nak makan tomyam putih, akhirnya dapat juga makan makanan ni kat sini. Nyummmss. Terus naik selera makan ena bila tengok semua menu ni.
Sotong goreng tepung. Rangup dan rasa fresh sotongnya. |
Siakap 3 Rasa. Terbaiklah kuahnya, cukup rasa. Isi siakapnya pun fresh. |
Coconut Shake. Yang ni kurang auummm sedikit rasanya. Agak tawar rasanya. |
Tomyam Putih. My favourite ever. Rasa tomyamnya memang menyengat, terbaik! |
Khailan Ikan Masin. Favourite satu keluarga ena, kalau makan kat memana mesti order menu ni. |
Menu paling dinantikan. Ikan pari bakar petai. Serius sedapppppp! Ena yang tak suka makan petai, bila kat sini siap terus ratah petai kat ikan bakar ni. Tak pahit, sedap! |
FEEDBACK DARIPADA ENA
Alhamdulillah, bagi ena sangat puas hati makan ikan bakar kat sini. Banyak juga makanan laut yang ada kat sini. Semuanya sedap, fresh dan harga pun berpatutan. Keadaan kedainya pun bersih, tersusun dan kita pun selesa nak menjamu selera kat sini.
Kemudahan kat sini ada toilet, surau dan parking kereta. Terjamin halal dan bersih untuk dimakan.
Kemudahan kat sini ada toilet, surau dan parking kereta. Terjamin halal dan bersih untuk dimakan.
So, bagi mereka yang berada di Kuantan dan mencari kedai makan kat sini, you all disarankan untuk cuba try test kat sini. Nasihat ena, kalau nak mai makan sila mai time pukul 6pm dan keatas. Time macam ni senang nak cari tempat duduk dan juga parking sebab tak ramai yang datang lagi time ni.
Okay itu sahaja, terima kasih to my brother and my sis-in-law sebab belanja ena makan kat sini. Tercapai juga hasrat nak makan tempat makan yang terlist dalam tempat foodhunting ena. Alhamdulillah. Apapun, selamat mencuba.