PERTAMA KALI BERKAYAK | TAMAN TASIK SHAH ALAM | Cerita ni dah lama sebenarnya tapi baru nak cerita kat blog. Busy sedikit kebelakangan ni, Kali ni nak cerita satu pengalaman baru dalam hidup ena iaitu melakukan aktiviti berkayak. Ena memang tak pernah berkayak sebelum ni, tengok orang berkayak macam senang je. Rupa-rupanya susah juga nak kawal sampan ni.Fiuuhhh!
Ena berkayak masa tu di Taman Tasik Shah Alam bersama dengan adik-beradik foodhunter partner ena, Yazid. Pada mulanya, ena dan yang lain berancang nak pergi jogging kat Taman Botani Shah Alam, tetapi cuaca tak mengizinkan ketika tu. Hujan tak berenti pula. Frust jugalah. Last-last, dah tak tahu nak ke mana, Yazid decide nak pergi Taman Tasik Shah Alam.
Pada mulanya, nak naik boat yang boleh kayuh kaki tu. Sekali tengok harga satu boat peeerrrgghhhh, better pergi berkayak. Bila berkayak ni boleh cari pengalaman...kononnya. Padahal, muka ena dah macam orang kehilangan darah dah masa tu. Pucat habis sebab ena agak takut masa tu. Takut terbalik dalam tasik time berkayak la, takut itu la ini la. Dah la tak bawa baju lebih. Memang betul-betul tak sedia mental dan fizikal. Yazid dah biasa main benda ni, so tak jadi masalah bagi diri dia.
Alang-alang dah sampai sini, gagahkan diri juga nak cuba try test berkayak. Nanti boleh cerita kat anak cucu, tak pun mengajar anak-anak cara nak berkayak nanti. Ahaks. Walaupun takut, hati bernekad dan sedikit excited nak cuba aktiviti yang bermanfaat ni. Well, ena ni suka cuba try test benda yang baru dalam hidup ena. Segala risiko, inshaAllah boleh handle sendiri.
Mula-mula bila nak stark berkayak, Allah bergaduh juga dengan si Yazid sebab tak sama kayuhan. Tambahan pula, tak nampak lagi flow dan rentak berkayak masa ni lagi. Ena masih teragak-agak lagi nak handle batang kayuhan tu. Bila dah sampai tengah-tengah tasik, baru boleh control sampan tu even tak professional mana. Alhamdulillah.
Penat juga tangan dan kaki bila berkayak ni. Kaki ena dah mula lenguh sebab kena lunjur je sampai habis. Baju ena memang dah basah sedikit sebab air tasik masuk sedikit dalam sampan kayak tu. Disebabkan tengah penat dan masa pun masih ada lagi, kami singgah kat satu tempat ni. Agak scary suasananya tempat nya, boleh dikatakan macam pulau kat tengah-tengah tasik ni.
Rupa-rupanya, bila dah dekat, baru tahu ni tempat burung merak diternak. Banyak betul buruk merak kat situ dan lagi teruja bila ada burung merak Albino (Merak Putih). SubhanaAllah cantiknyaa bulu dia time dia bertenggek kat atas kerusi. Kalau waktu malam, nampak macam langsuir pun ada. Uhuks.
Rupa-rupanya, bila dah dekat, baru tahu ni tempat burung merak diternak. Banyak betul buruk merak kat situ dan lagi teruja bila ada burung merak Albino (Merak Putih). SubhanaAllah cantiknyaa bulu dia time dia bertenggek kat atas kerusi. Kalau waktu malam, nampak macam langsuir pun ada. Uhuks.
Memang best aktiviti berkayak ni even memenatkan. Macam macam ragam yang kami telah buat ketika kat Taman Tasik Shah Alam ni. Dalam 2 jam juga kami kat tasik tu, slow slow berkayak sambil menikmati permandangan kat sini. Alhamdulillah, tak buang masa kami la datang ke Shah Alam ni. Terisi juga dengan aktiviti-aktiviti yang best,
Rindu pula nak datang ke sini dan berkayak lagi. Best rupanya berkayak ni. Daripada buat benda tak berfaedah better buat aktiviti sebegini pada waktu petang. Dapat juga keluarkan peluh.