JUADAH BERBUKA | RESEPI TELUR MUTIARA CARA ENA | Hari ni ena nak share resepi telur mutiara atau telur bungkus atau telur gulung dan macam macam lagi nama telur ni dipanggil oleh orang lain. Tapi ena panggil telur mutiara sebab my mom yang beri nama. My mom yang turunkan resepi ni kepada ena, well my mom the best chef for me. I love you mom.
Okay hari ni na nak share sedikit resepinya. Ena buat telur mutiara ni masa berbuka semalam dengan tunjuk ajar oleh my mom. Dah lama teringin nak makan telur mutiara ni, semalam alhamdulillah dapat juga buat. Memandangkan dah tak tahu nak masak apa yang berselera ditekak, so kita layan ni ye. Hehehe. Okay lets go!
RESEPI TELUR MUTIARA
Resepi ni adalah cara ena, dan ketika memasak ni ena masih belajar macam-macam benda. So, kalau rasa perlu ditambah baik lagi, sila suggest kat ruang komen. Sama-sama kita kongsi ilmu ketika bulan puasa ni.
Bahan-Bahan
-Tumbuk bawang merah kecil & Bawang putih (Untuk tumis. Kalau suka bawang banyak, letak banyak)
- Minyak zaiton / minyak biasa / mentega
- 1/2 daging lembu /ayam kisar jenama Ramly (Nak buat lebih pun tarak masalah)
- 1 biji lobak merah potong dadu (Ikut minat, kalau suka letak lebih)
- 1 bawang besar Holand potong dadu (Bawang besar yang warna kuning tu)
- Bunga kobis (Ikut kesesuaian kuanti daging, banyak sangat pula tak sedap)
- Cendawan butang potong dadu
- Daun sup potong halus-halus
- 1 tbs cili kering kisar
- 3 tbs Kicap manis (Ikut kuantiti)
- 2 tbs sos tiram
- Garam
- 4 atau 2 biji telur ayam
Cara-Cara
Inti Telur Mutiara
1) Masukkan minyak zaitun / minyak biasa / mentega dalam kuantiti yang sedikit agak-agak dalam 3 sudu makan
2) Tumis bawang-bawang yang ditumbuk dengan cili kering kisar sampai keluar bau3) Masukkan daging hancur sebab nak air daging tu keluar
4) Tabur secubit garam. Jangan letak banyak-banyak, secubit dah sebab nak letak sos tiram nanti
5) Nampak macam daging dah separuh masak, masukkan bawang holand yang dipotong dadu.
6) Dalam 3 minit, masukkan lobak merah, cendawan butang dan bunga kobis7) Baru letak sos tiram, kicap manis. Ikutlah banyak mana, tapi jangan letak terlampau banyak-banyak.
8) Masak sehingga nampak separa kering atau dah sebati semuanya, baru masuk daun sup.9) Gaul-gaul sampai daun sup nampak dah masak.
10) Siap
Goreng telur dadar
1) Pukul satu gulung dalam 2 atau empat telur. Macam nak buat telur dada.
2) Letak secubit garam dan terus pukul sampai keluar sedikit buih
3) Panaskan Fried-Pan, letak sedikit mentega. Api jangan terlampau kuat.
4) Tuang telur yang dipukul tadi nipis-nipis dalam fried-pan. Pandai-pandai adjust fried-pan macam mana nak kasi nampak bulat dan nipis.
5) Tak payah terbalik-terbalikkan telur. Kalau nipis telurnya, kita biarkan sebelah sahaja yang menghala ke body fried-pan tu dah memadai.
6) SiapTelur Mutiara
Lepas dah siap semua, balutlah inti yang dimasak tadi dengan telur. Dah boleh makan dengan nasi panas-panas.
Itu sahaja ena nak kongsikan resepi cara ena. Walaupun plating tak lawa tapi rasa telur ni wallaweeehhh! Layan habis laaaa. Resepi telur ni tak ada protokol sangat, kita ikut la nak letak banyak mana yang bersesuai dengan kuantiti. Ena masak ni pun kena pandai-pandai agak sebab yela time puasa macam mana nak rasa. So, kalau dah tahu bagaimana rasa segala bahan yang digunakan, inshaAllah you all dah boleh agak nak letak banyak mana.
Selamat mencuba! Nanti sharelah resepi masing-masing. Petang ni ena nak cuba ayam serai ala thai resepi kak blogger Azhafizah pula. We will see menjadi ke tak.