P/S: Krim ini untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan suka suki nak makan noohhh. Dan ini juga bukan paid review ke apa. Ini perkongsian daripada ena. Ai is beli sendiri krim ni hokai.
KRIM UNTUK BUNUH JERAWAT | BENZAC AC | Kulit muka ena sejenis yang sangat sensitif dan senang nak naik jerawat. Kau khatamlah berapa jenis produk kecantik, sebulan dua je elok lepastu menjadi balik jerawatnya. Yang geram, akan tinggal berparut. Tu yang tak suka tu. Serius, bagi mereka yang kenal ena dah lama, mereka akan tahu muka ena ni berparut macam mana . Rimas okay.
Lepas cuba produk itu, cuba produk ini, result is zero juga. Last-last ena jumpa krim Benzac AC ni. Tapi sebelum tu, ena makan ubat antibiotik la, Doximycin, kasi bunuh kuman yang menyebabkan jerawat ni tumbuh. Ambil kat klinik UIAM jee, so free of charge sebagai student UIAM. Resultnya, alhamdulillah dah mula passive jerawat ni. Tapi takkan seumur hidup nak makan antibiotik, so ena stop makan.
Ena kenal krim bunuh jerawat ni daripada roomate ena. Nak cerita sedikit la macam mana ena tetiba yakin nak guna krim ni. Masa kami habis posting di Hospital Temerloh, tiba-tiba muka roomate ena ni dari flawless terus jadi teruk yang amat sangat dek jerawat. Berjangkit dengan kuman kat hospital gamaknya. Bukan roomate ena je, kawan-kawan yang lain pun kena. Ena ni usah cakap la, memang teruk nak mati la muka. Ooohhh stress! Roomate ena pergilah buat appointment dengan doktor pakar kulit UIAM, dan doktor tu bagi krim Benzac AC ni kepada dia. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan guna, muka dia dari berjerawat teruk terus jadi okay balik. Jerawat yang bernanah tu semua sudah menjadi kering. So, ena pun jadi 'wow' dan terus pergi beli krim ni kat farmasi sebab malas nak jumpa doktor pakar. Ekekekeke
KRIM BENZAC AC 5%
Tapi bukan senang nak jumpa krim Benzac Ac ni dijual, kena pergi farmasi yang besar-besar. Ena beli ni pun kat Kuala Lumpur, farmasi yang ada kat dalam mall besar-besar. Kat Watson pun susah nak jumpa, kena pergi Watson cawangan besar-besar.
Krim Benzac Ac ni sejenis krim yang menghakis sebab tu hanya digunakan untuk luaran sahaja. Selain itu, Benzac AC ni ada 3 jenis mengikut percent seperti yang ena tunjuk diatas. So ada cara-cara dan protokol yang kena ikut. Kalau tak, krim ni sendiri yang akan membuat jerawat tu beranak-pinak macam terjadi kat kawan ena yang lain. Salah guna, habis naik jerawat sana sini. Namun, alhamdulillah, ena amalkan cara yang dinasihatkan, memang nampak perubahan pada kulit muka ena. Kawan-kawan ena pun kata kulit muka ena dah tak serabut macam dulu. Ahaks.
CARA NAK MENGGUNAKAN BENZAC AC
Ena guna Benzac AC 5% sebab tak kuat sangat dan bersesuai dengan keadaan kulit ena. Krim ni kena apply 2 kali sehari, tapi ena buat sekali sehari je. Okay berikut adalah cara-cara nak guna
Protokol Kena Patuh
1) Lepas cuci muka, ambil sedikit krim Benzac AC ni dan apply pada muka senipis-nipisnya. Jangan tempek tebal-tebal. Krim ni menghakis, kalau kulit terhakis teruk akan jadi luka dan luka tu adalah salah satu sebab jerawat boleh naik.
2) Masa nak sapu pun ada cara, jangan sapu kasar-kasar. Lembut-lembut je. Dan disarankan sapu disekitar kawasan yang mudah naik jerawat atau yang dah naik jerawat
3) Lepas dah habis pakai (Bila nak pakai, you all boleh rujuk kat bawah), basuh muka dengan air dan jangan kasar-kasar.
4) Nak keringkan muka lepas basuh pun jangan tonyok kuat-kuat tuala tu kat muka. Gentle je demi mengelakan kulit muka terluka
Masa Nak Sapu
1) Bagi yang baru sahaja pakai, guna krim ni 2 jam sehari pada waktu siang selama seminggu bagi kulit kita bersesuaian dengan krim ni
2) Lepas seminggu, kalau ada sebarang tindak balas yang negative sila apply krim pada bahagian yang berjerawat sahaja. Kalau makin teruk, sila stop.
3) Kalau okay, boleh dah pakai krim ni masa nak tidur.
Semua ni nasihat daripada doktor pakar kulit tersebut dan juga lecturer ena yang merupakan salah seorang pengguna Benzac AC ni. Kulit muka lecturer ena ni usah cakap la, berkilat licin licau. Dia dah lama guna Krim ni, so memang patut la kulit mukanya macam tu.
You all boleh juga rujuk video kat sini. Dia guna yang Benzac AC yang 2.5%.
KOMPLIKASI YANG ENA DAPAT
Untuk permulaan ena pakai memang ada komplikasi atau kesan sampingan sedikit pada kulit. Sekarang Alhamdulillah la dah okay. Antara komplikasi yang ena dapat seperti:-
1) Kulit jadi kering
2) Jerawat pasir naik sebab tak apply krim ni dengan cara yang betul. Main tonyoh je
3) Kulit muka kemerahan sebab terletak krim ni banyak sangat
4) Muka jadi pedih sebab letak krim tebal
![]() |
Inilah muka sememeh ena. Yang putih-putih tu bila krim bunuh jerawat ni dah mengering kat muka. |
Sekarang kulit ena dah serasi dan dah pakai krim ni nak dekat 4 bulan. Jerawat yang mana baru nak naik tu, ena tepek krim ni dan dalam dua tiga hari dah hilang. Parut pun sekejap je ada, tak macam sebelum ni berbulan-bulan baru nak hilang.
Selain itu, kulit muka ena disupport oleh skincare yang ena guna sekarang sebagai "royal user". Dah setahun ena pakai skincare ni dan produknya adalah Clinelle. Satu-satunya produk skincare yang berjaya mengubat kulit muka ena yang degil nak mati ni. Well, harga satu set ni pun melayang RM300 juga. Itu belum campur krim malam apa semua lagi. Huarrrggghhhh! Tapi tak kisah pun demi nak manjakan muka.
Itu sahaja perkongsian daripada ena sebab ada segelintir tanya muka ena dah semakin elok, apa ena buat dan apa ena guna. Dan inilah ena amalkan. Iktiar habis-habisan wehh! Yang pasti jaga pemakanan dan banyak minum air. Kena ubah lifestyle sedikit seperti dari malas nak workout jadi rajin nak bersenam. Sesiapa ada kulit muka degil macam ena ni, kena rajin, kuat dan sabar nak jaga muka. Kalau jenis tak kisah muka tu teruk berjerawat, terpulang la pada masing-masing.
Selamat berjaya
Selamat berjaya