Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all articles
Browse latest Browse all 418

LAYAN PULUT DURIAN DI KUANTAN | RESTORAN SELERA ZUZANA

$
0
0

LAYAN PULUT DURIAN DI KUANTAN | RESTORAN SELERA ZUZANA | Baru-baru musim durian ye dok? Sana sini mencari durian bagi si hantu durian. Samalah macam ena. Ena memang seorang yang hantu durian, tapi malangnya tempoyak ena tak suka. Dah cuba untuk sukakan, tapi gagal. Emm emmmm. 

Okay, baru-baru ni ena dengan kawan-kawan pergi berbuka puasa satu tempat yang sering kali disebut oleh pelajar UIAM iaitu Restoran Selera Zuzana. Macam tempat makan lain, restoran ini menyediakan masakan panas untuk makan pada waktu malam. Ena setuju makan kat sini pun sebab sepanjang ena tinggal kat sini tak pernah lagi cuba try test makan kat sini. So, alang-alang nak berbuka kat sini, boleh ena berfoodhunting sekali. Lama dah tak pergi memburu makanan. Sobs.


MENU YANG DIPILIH

Kawan-kawan ena cakap kat sini TomYam dia sedap, so untuk ena, ena pilih tomyam dengan nasi putih sahaja sebagai juadah berbuka. Kawan-kawan lain pilih menu mereka masing-masing. Adalah satu dua yang ena sempat snap, yang lain masing-masing tengah panas hati. Haaaa kenapa pula kan. Nanti baca bahagian feedback ena.

Masa masuk restoran ni, dari jauh dah bau durian. Rupa-rupanya ada menu pulut durian. Tengok harganya, emmm emmm tak mengapalah, pejam mata dan terus order satu. Ahaks. Ni lah payahnya bila dah jadi hantu durian.


Pulut Durian. Sedap, suka kuahnya yang lemak-lemak manis gittew. Kalau nak rasa pulut durian, boleh datang makan kat sini. Pulut Mangga pun ada.

Sotong Goreng Tepung. Tepung je yang lebih. Nasib baik rangup dan tak terlampau tebal tepungnya.

Tomyam Campur. Memang nikmatlah. Tidak mengecewakan

Kuey Teow Kungfu. Kuahnya boleh diterima dek tekak ena. Sedap.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, makanan yang ena dan kawan-kawan pilih kat sini semuanya memuaskan hati kami walaupun harganya agak mengancam juga. Tak sesuai student macam ena ni makan kat sini. Sekali sekala boleh la. Cuma ada beberapa yang ena cuba nak luahkanlah mengenai kedai makan ni. 

Pertama, servis layanan sangat slow. Contoh macam terjadi kat kami masa tu. Kami dah cakap untuk berbuka dan mereka menjanjikan makanan akan sampai dalam pukul 7pm. Kami dah order makanan dalam pukul 6.30pm. Namun, kecewa hati kami. Tunggu punya tunggu. Banyak kali juga bertanya pada pelayannya, mana makanannya. Bila dah nak habis azan baru semua makanan kami sampai. Air pun lambat dapat. Sobs!

Selain tu, yang panas hatinya bila ada customer merokok dalam kedai makan ni. Satu group manusia, dua tiga orang asyik merokok je. Dah la duduk berdekatan dengan meja kami pula tu. Memang mood ena dah lari terus. Nak marah je rasa tapi apa boleh buat. Apapun mereka sepatutnya faham, dalam restoran tak boleh merokok. Tapi ni buat tak tahu je. Busuk tau tak! Pelayan kedai pun bukan nak ambil tindakkan menegur ke apa. Haishhh mampu bersabar jelah sambil menutup hidung dan mulut apa yang patut.




Itu jelah, omelan daripada ena. Apapun, makanan kat sini tidak mengecewakan. Perut kami pun dah kenyang dengan gembiranya. Alhamdulillah. Mana yang terkurang tu, mohon pihak Restoran Selera Zuzana ini mengambil tindakkan yang sewajarnya. Semoga dimurahkan rezeki.

Mengenai details mengenai kedai ni ena tak dapat nak cari. Kalau you all nak cuba try test makan kat sini, you all boleh guna waze / Google Map untuk kemari. Atau you all boleh search alamat kedainya di bawah ni. Selamat mencuba ye, jangan lupa layan pulut duriannya.



ALAMAT:
Restoran Selera Zuzana,
Persiaran Sultan Abu Bakar,
Indera Mahkota 
25200 Kuantan, Pahang







Viewing all articles
Browse latest Browse all 418