RAYA SAKAN BERSAMA BLOGGER | AIDILFITRI 2016 | Alhamdulillah, raya tahun ni pun dah selamat melabuhkan tirai beberapa hari yang lalu. Memang rasa best raya Aildifitri 2016 kali ni. Banyak kenangan manis yang berlaku sepanjang sebulan Syawal tempoh hari. Dan yang lagi best berat badan pun makin meningkat. Uuuurrrggghhh!
Sekarang ni duduk kat hostel jelah dan buatlah apa yang patut. Bosan! Tapi itulah membuat ena jadi lebih fokus nak settlekan banyak benda ni. Namun, sebelum tu ena nak share kisah kenangan ketika beraya dengan rakan-rakan blogger baru-baru ni. Kami pergi terjah rumah-rumah yang sempat kami pergi sebab satu hari memang tak cukup nak serbu semua rumah. Dengan hadap traffic heavynya lagi, nasib baik ada driba. Ahaks.
RUMAH BLOGGER YANG DITERJAH
Pertama sekali, ena pergi terjah beraya di rumah founder #EAOfficialCrew iaitu Eina Angel a.k.a Acu. Kami semua berkumpul di rumah Acu terlebih dahulu. Kami semua dijamu dengan Soto yang sangat pergghhhh! Sedap hoi! Tengok begedilnya, tu yang membuatkan selera ena bertambah-tambah. Terbaik!
Masa kat rumah Acu, dari luar pintu mata ena dah terpaku kat Bebear, si tucen mok empunya mertua Acu. Serius comel sangat! Dah la besar, bulu lebat pula tu. Memang masuk-masuk tak salam tuan rumah, terus peluk si Bebear. Ekekeke, maaf ye Acu. I kenot stand anymore.
Rumah seterusnya kami terjah rumah kak yong #EAOfficialCrew kami iaitu kak Eyzamiel. Kami dihidangkan masakan dari air tangan kak yong sendiri. Perghhh! Seorang diri mampu menyiapkan makanan yang meriah dan sedap pula tu. I adore you kak yong.
Tahun lepas ena tak dapat pergi beraya rumah Acul, alhamdulillah tahun ni dapat juga terjah rumah dia. Dan ena dapat makan nasi ayam kat rumah acul, perggghhh! Melantak ayam la ena habis-habisan. Ahaks. Selain tu dapat juga ena sembang-sembang dengan bini Acul. Selama ni mana ada diberi kesempatan untuk berjumpa. Masing-masing busy. Sobs! Apapun, terima kasih ye Acul dan isteri hidang kami makanan yang superb habis.
Lepas dah ke rumah Acul, kami semua ke rumah kak blogger Zira a.k.a Ateh dalam #EAOfficialCrew. Maaflah, masa kat rumah Ateh ena tak bergambar sangat sebab tengah hujan lebat. Alamatnya mood nak bergambar pun dah tak ada. Seronok dapat main dengan kucing-kucing Ateh, semua comel-comel. Terima kasih Ateh sebab hidang kami dengan makanan yang meriah dan layanan yang mesra. Alhamdulillah, full sudah perut ena.
Bila perut dah full, badan pun dah mula lesu-lesu. So, masing-masing keputusan untuk balik ke halaman rumah masing-masing. Memang penatttt tapi ena seronok sangat dapat gather beraya macam ni lagi. Tahun ni merupakan tahun kedua kami berancang bersama untuk terjah ke rumah blogger yang ada. InshaAllah semoga tahun depan dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri sebegini lagi.
Terima kasih ye semua sebab menambahkan lagi kenangan gembira dalam kehidupan ena ketika Hari Raya Aidilfitri 2016. Akan ku ingat sampai mati. Love you all. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke syurga.
GENG BLOGGER TERJAH RAYA
Eyza Miel (Kak Yong)
Shiqin Sunshine (Angah)
Rosni Emilinda (Alang)
Iuzira (Ateh)
Ina Ainaa (Acik)
Eina Falling Angel (Acu)
Acul & Isteri