Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all articles
Browse latest Browse all 418

BBQ ARANG DI SEOULNAMI KOREAN BBQ THE GARDENS MALL

$
0
0
BBQ ARANG DI SEOULNAMI KOREAN BBQ THE GARDENS MALL | Ena kalau dapat makan kat restoran yang menyediakan BBQ ni memang tersenyum sampai ke telinga la. Kegemaran ena sejak dari dulu lagi. Kali ini, ena berpeluang untuk makan makanan Korea yang berkonsepkan Charcoal BBQ atau BBQ yang menggunakan arang. Ena pernah makan Korean BBQ ni kat tempat lain tapi kebanyakkannya menggunakan dapur gas yang jenis elektrik tu. Di SeoulNami Korean BBQ ni menggunakan arang untuk memanggang.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa

Bagi ena itulah keistimewaan di SeoulNami Korean BBQ sebab walaupun restaurannya di dalam Gardens Mall tetapi dengan kemudahan untuk menyedut asap dari hasil BBQ nya, dapat memberikan keselesaan kepada para tetamu untuk memanggang dan asap BBQ tu tak merebak sampai luar daripada SeoulNami Korean BBQ. Haaaa, kalau nak tahu cerobong asapnya bagaimana, sila teruskan membaca ya.


SEOULNAMI KOREAN BBQ

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Depan Restoran SeoulNami Korean BBQ The Gardens Mall
Konsep BBQ di SeoulNami Korean BBQ ini diambil dari konsep makanan daerah Chuncheon, Korea Selatan iaitu ayam panggang, dimana mereka memanggang ayam atau makanan yang lain di atas bara api di atas meja. Ena ada perasan dalam cerita Korea mereka makan sebegitu. Panggang daging atas meja, pastu balut dengan daun salad. Allahu sedapnyaaaa! Anda jangan risau, di sini makanan serta minumannya yang disediakan adalah halal dan dijamin bersih. Di bawah ini ena kongsikan alamat restoran Korea ini.

ALAMAT:
SeoulNami Korean BBQ
(Berdekatan dengan kedai Robinsons)
F-215 The Gardens Mall,
Lingkaran Syed Putra, Midvalley City,
59200 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 11am - 10.30pm

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Bara arang sedia untuk memanggang. Yeahhhh! Hanya di SeoulNami Korean BBQ

So, bila ena datang ke SeoulNami Korean BBQ ini, ena dapat merasai kenikmatan makan sedemikian dimana panggang daging lembu atau ayam sendiri di atas meja dan  ambil satu helai daun salad, letak daging lembu yang sudah masak, letak kimchi, sos dan balut. Lepas tu ngap semuanya sekali gus ke dalam mulut. Fuhhhh! Anda patut mencubanya sendiri nanti sebab ena tak dapat gambarkan dengan tulisan perasaan tu bagaimana.


MENU DI SEOULNAMI KOREAN BBQ

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Buku menu SeoulNami Korean BBQ
Di sini, ada cara tersendiri tau kalau nak makan set  BBQnya. Ena akan buat list di bawah ini untuk memudahkan anda buat rujukan sekiranya anda berniat untuk layan BBQ arang di SeoulNami Korean BBQ. Jom baca list cara untuk menikmati makanan di sana

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa


1) Pilih Ayam / Daging Lembu

2) Pilih Side Dishes dan Sos Pencicah (Boleh refill sekiranya sudah habis)

3) Nanti ada steam egg percuma untuk para tetamu. Anda perlu masak menggunakan dapur pemanas yang telah disediakan. Awas! Jangan sampai jadi hangit tau.

4) Untuk BBQ, pelayan tetamu SeoulNami Korean BBQ akan tolong anda letakkan arang, letakkan tempat untuk memanggang dan sebelum tutup dengan alas pemanggang tu, anda jangan lupa letak Sweet Potato atau nama lainnya Goguma on Fire dalam arang sebab Sweet Potato tu ambil masa untuk masak secukupnya.

5) Bila dah setup, bolehlah anda panggang daging, ayam atau sotong anda. Ikutlah nak BBQ yang mana. Dan jangan lupa untuk turunkan cerobong sedut asap ketika tengah BBQ tu. Bila dah guna arang ni, kuantiti asap tu banyak dari biasa. Untuk keselesaan kita serta orang lain, jangan lupa turunkan cerobong asap tu.

6) Bila daging / ayam dah masak, terpulang la dengan anda nak makan dengan apa. Makan dengan salad pun sedap atau makan dengan Fist Rice pun sedap. Untuk menaikkan selera lagi, makan dengan Kimchi Trio nya. Perrrgghhhh! Terbaik wa cakap sama lu.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Ini dikira macam dessert la. Makan sambil menunggu menu utama sampai. Free di SeoulNami Korean BBQ. Boleh refill
SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Steam Eggs ini juga free setiap kali datang ke SeoulNami Korean BBQ
SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Beef Platter SeoulNami Korean BBQ

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Tunggu Beef siap di panggang. Beef ni boleh di makan dengan Fist Rice atau buat salad wrap.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Chuncheon Chicken SeoulNami Korean BBQ. Ada 3 perisa iaitu Sweet, Spicy dan Savoury

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Agak lama sedikit untuk ayam ni masak sebab tebal isinya. Berbaloi makan. Chuncheon Chicken ini boleh juga dimakan dengan Cheese Lava. Potong kecil-kecil ayamnya
SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Cheese Lava SeoulNami Korean BBQ. Sedapppp. Tak terlampau masin. 
Selain daripada BBQ, anda juga boleh pilih menu yang lain. Ada juga yang jenis ala carte. Cuma ena kali ini memang tak pandang lain dah, pandang yang BBQ je. So, kalau anda nak tahu dengan lebih lagi, anda kena datang ke sini sendiri dan lihat menu apa yang ada. Okay?

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Spicy Octopus SeoulNami Korean BBQ. Yang ni belum masak lagi ye. Anda kena BBQ dulu. 

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Kimchi Trio hanya ada di SeoulNami Korean BBQ

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Fist Rice SeoulNami Korean BBQ. Campuran nasi, ayam dan seaweed. Sedap sangat. Paling suka yang ini bila makan dengan Beef Platter dan Kimchi Trio

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Salad, cili sayur, lobak merah dan timun Jepun di SeoulNami Korean BBQ. Boleh buat Salad Wrap dengan daging lembu atau ayam yang sudah dipanggang.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Ada 4 jenis sos disediakan di SeoulNami Korean BBQ iaitu Seoul Spicy Sauce, Black Pink Grind, Korean Pow Wow Ssamjang dan Roasted Injeolmi Power. Habis boleh refill.
SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Signature minuman SeoulNami Korean BBQ. Dari kiri Fizzy Sour Plum Cooler, Sparkling Orange Cream Soda, Binggrae Banana Uyu Colada dan Out-of-This-World Lemonade


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI:Suasana kedai yang selesa, susun atur meja makan pun teratur, dan dekorasinya menarik pandangan orang lain yang lalu lalang. Keluasan SeoulNami Korean BBQ ni besar dan boleh menampung ramai tetamu.


SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Susun atur dalam SeoulNami Korean BBQ. Kemaskannn? Yang pakai kemeja merah tu, pelayan tetamu. 

SERVIS: Pelayan sangat mesra pelanggan, cekap, pantas buat kerja dan pemakaian mereka kemas. Sedia membantu anda sekiranya ada yang anda tidak ketahui bagaimana untuk order atau handle makanan kat sini seperti nak setup meja BBQ.

KEMUDAHAN: SeoulNami Korean BBQ ni berada dalam mall. Oleh tu, anda boleh menggunakan kemudahan yang ada dalam mall ini. Paling dekat dengan tandas. Selain itu, setiap meja yang ada tempat BBQ, ada cerobong sedut asap. Senang.


SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Nampak benda yang panjang-panjang atas setiap meja tu? Itulah cerobong penyedut asap. Salah satu kemudahan di SeoulNami Korean BBQ

MAKANAN: Kesemua makanan yang disediakan memuaskan hati ena. Paling suka Trio Kimchinya. Disebabkan kesedapan kimchi kat sini, selera makan ena menambah-nambah. Sedap sangat. Lepas tu, Fist Ricenya pun sedap sangat, ada seaweed, ada ayam. Fuhhhh! Gembira anak-anak lemak dalam perut ena ni haaa makanan semua sedap-sedap.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Cubaan untuk buat Fist Rice. Kat sini kita boleh buat sendiri. Ikutlah nak size bola tu besar mana

HARGA: Harga kat sini berpatutan dengan tempatnya. Tidak terlampau mahal dan tidak terlampau murah. Sesuai dengan kuantiti dan kuanliti yang kita dapat.


DETAILS SEOULNAMI KOREAN BBQ THE GARDENS MALL

Berikut adalah daripada pendapat ena sendiri, tak semua orang tekak macam ena. Kalau anda nak rasai sendiri, anda dialu-alukan untuk cuba try test BBQ arang kat sini sendiri. Tak rugi dan ena jamin buat anda yang minat dengan makanan Korea tu pasti akan suka makanan serta minuman di SeoulNami Korean BBQ ni.


SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Bagi ena, keseluruhannya ena berpuas hati makan makanan di SeoulNami Korean BBQ

Itu sahaja perkongsian hasil memburu ena kali ini. Untuk detail yang lebih lagi, anda boleh rujuk pada link di bawah ini


FACEBOOK:

INSTAGRAM:



Viewing all articles
Browse latest Browse all 418