Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all articles
Browse latest Browse all 418

PERADUAN YEO’S RAYA BERGAYA 2019 & MENANGI PROTON X70

$
0
0
PERADUAN YEO’S RAYA BERGAYA 2019 & MENANGI PROTON X70 | Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua pembaca blog ena? Bagaimana dengan hari puasa anda semua yang bakal menjelma nanti? Mesti masing-masing excited kan nak sambut bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ni. Ena pun turut gembira dan bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk berpuasa lagi sekali pada tahun ni. Alhamdulillah. Tambahan pula, tahun ni kehidupan ena berbeza sedikit sebab tahun ni merupakan puasa pertama ena bersama-sama dengan suami tercinta. Kiranya berpuasa dengan family sendiri cuma anak je belum keluar lagi..inshaAllah tak lama lagi. 


PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Bila bulan Ramadhan ni tibe, jiwa secara automatik sayu jeee. Mesti terngiang-ngiang semua memori lama ketika menyambut bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas. Paling ena sayu bila terkenang berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga ena, mak abah ena makan bersama satu meja makan. Meriah. Kemeriahan ketika berbuka bertambah-tambah dengan adanya air minuman daripada Yeo’s Malaysia. Tak kiralah perisa apa, Soya ke, Teh Chrysantemum ke, Wintermelon ke atau Laici. Mesti ada setiap bulan Ramadhan setiap tahun, walaupun bukan hari-hari la ada.


PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019

Haaa bercakap mengenai Yeo’s Malaysia ni, ena nak ada benda nak bagitahu ni. Tahun ni, pihak Yeo’s Malaysia mengadakan satu peraduan yang diberi nama Raya Bergaya. Ena tengok hadiah yang bakal pemenang dapat memang lumayan sangat-sangat. Hadiah utamanya dapat kereta wehhhh! Fuhh! Peraduan daripada Yeo’s Malaysia ni tidak pernah laaaa tak lumayan hadiahnya, semua mantop-mantop. Ena je belum ada rezeki lagi nak menang. Ehhhh. Ahaks.

PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019 - Hak Milik Ina Ainaa
Terma dan Syarat yang lebih lengkap, anda boleh KLIK pada poster Peraduan Yeo's Raya Bergaya 2019 di atas ini sahaja.

Okay, peraduan Raya Bergaya daripada Yeo’s Malaysia ini dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Tranding Sdn Bhd. Tempoh peraduan ini bermula daripada 15 April 2019 pada 12 pagi hingga 9 Jun 2019 pada 11.59 malam. Tengah berlangsung sekarang ni. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja kecuali para pekerja Penganjur, ahli keluarga penganjur, wakil, pekerja dan/atau agen pengiklanan dan / atau penyedia perkhidmatan promosi bagi penganjur. Bagi anda yang mahu sertai peraduan Raya Bergaya daripada Yeo’s ini, anda follow sahaja cara untuk menyertai seperti yang ena nyatakan di bawah ini. Baca dengan teliti ya.


CARA MENYERTAI PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019

Langkah 1: Anda beli makanan (tin, sos, mee) dan/atau minuman berjenama Yeo’s, dan / atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea (Produk Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) yang bernilai RM8.00 sahaja dalam satu resit rasmi. WAJIB ada satu atau lebih minuman Yeo’s yang berbentuk botol. 1 resit untuk satu peraduan sahaja. Resit rasmi kedai mesti nampak jelas jenama produk Yeo’s Malaysia bersama nilai pembelian. Tarikh resit mesti dalam tempoh Peraduan Raya Bergaya Ramadhan 2019.

Langkah 2:  Muat naik gambar Resit Rasmi pembelian anda di WhatApps (012-2124873) dan taip Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Resit Rasmi anda. Lampiran gambar anda hendaklah mematuhi kriteria seperti berikut:-

a) Gambar hendaklah jelas dengan nama kedai, tarikh, nombor Resit pembelian, kuantitidan nilai pembelian produk Yeo’s Malaysia anda. Resit rasmi yang berlipat TIDAK DITERIMA.

b) Gambar resit hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan gambar yang terjejas oleh warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan, TIDAK DITERIMA.

Langkah 3: Hantar penyertaan anda ke nombor 012-2124873 (WhatsApp sahaja). Peserta yang layak penyertaannya akan menerima satu notifikasi rasmi melalui WhatsApp daripada pihak penganjur dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja sekiranya penyertaan anda diterima.

Langkah 4:JANGAN BUANG resit rasmi anda. Sila simpan Resit Rasmi anda ditempat yang selamat untuk tujuan pengesahan nanti.

Itu sahaja cara untuk menyertai, mudahkan? Oleh itu, rebut peluang yang ada ini semetara masa masih ada. Ayuh! Jom ramai-ramai sertai peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019.


YEO'S SOYA BOTOL 1 LITRE

PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019 - Hak Milik Ina Ainaa
Yeo's Soya sekarang dalam berwajah baru dalam botol 1 litre. 

Haaaa! Selain daripada peraduan Yeo’s Raya Bergaya Ramadhan 2019, ena nak habaq mai ni. Yeo’s Soya kini dah ada dalam botol yang kuantitinya sebanyak 1 litre yang menjalani proses pengisian sejuk dan bila dalam botol ni kuanlitinya bertambahan. Kesegaran rasa soya itu masih segar dan sedap untuk di minum. Sesuai sangat laaaa diminum ketika sahur dan berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Ena pun nak beli nanti buat stok untuk berbuka puasa bersama suami tercinta.

Ena lebih suka Yeo’s Soya yang berwajah baru ni, sebab bila dalam botol, potensi untuk tumpah tu rendah, kesegaran soya tu masih kekal, mudah dialihkan serta disimpan terutama dalam peti sejuk dan botolnya boleh dikitar semula kalau nak dibandingkan dengan kotak. Nice kann. Bagus Yeo’s Malaysia mewujudkan Yeo’s Soya di dalam botol.

PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019 - Hak Milik Ina Ainaa


Oleh itu, jangan lupa beli nanti ya. Alang-alang beli banyak terus senang dan sekali gus juga boleh join Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019. Mana tahu ada rezeki anda pada tahun ni. Boleh dapat kereta sebuah dan boleh bergaya di Hari Raya Aidilfitri 2019 nanti.

Sebelum ena akhiri kata-kata, jemput tengok video daripada Yeo’s Malaysia di bawah ini. Tengok tau, jangan tak tengok. Terbaik video Ramadhan 2019 daripada Yeo’s pada tahun ini.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 418