Mesti you all selalu lepak kat Pavilion ni kan? So, bagi yang berada di Pavilion tu, ena nak bagitahu la bahawa kat situ dah ada PappaRich di level 1. Kedainya betul-betul berhadapan dengan Mercato. You all juga boleh rujuk pada website
. Tak pun you all boleh tengok pada gambar yang ena letak di atas tu. Pepandai la you all cari ya, tak sesat pun sebab ena yang jarang datang sini pun boleh jumpa. Kalau malas nak mencari dan nak senang, tanya je kat kaunter informasi. InshaAllah, you will get the correct direction.
Masa ena datang ke sini, ada dua menu yang membuatkan ena tertarik untuk cuba try test di PappaRich Pavilion ni antaranya adalah promosi Bread O Clock, Sea Prawn Curry Laksa dan Nasi Ayam Hainan. Untuk Bread O Clock, sekarang ni sedang ada promosi. Menu ni sangat-sangat sesuai untuk diambil ketika sarapan. Strukturnya tidak terlampau berat dan mampu membekalkan tenaga pada tubuh badan kita.
Okay, mesti ada yang tertanya apa kebenda Bread O Clock ni? Dan apa promosinya??? Haaaa, jom tengok gambar-gambar yang ena share di bawah ni. Ena akan guide you all serba sedikit info-info yang ena tahu la. Kalau nak ketahui lebih tempat dan lebih padu lagi, better datang ke sini sendiri dan tanya pada pekerja di PappaRich. InshaAllah mereka akan guide you all dengan baik.
4 Jenis Bread O Clock
Steamed Bread + Butter + Kaya. Gabungkan dua perisa ni, manis dan masin. FUHH superb beb!
Toasted Bread + Kaya + Butter. Ni macam yang di atas tapi yang ni roti bakar. Atas tu steam bread.
Toasted Bread + Peanut Butter. Ada orang kata, pagi-pagi bagus makan peanut butter. Bgai tenaga
Toasted + Condensed Milk. Nyummy!
Bread O Clock promosi ni adalah satu set Roti dan Minuman. Mengikut apa yang ena tahu, promosi ni
hanya ada di Papparich Pavilion sahaja. Dan harga satu set ni hanya
RM8.00. Serius, bagi ena harga ni murah dan berbaloi sangat. Kenyang pun kenyang. Dah la disekalikan dengan air pula tu. Kalau pilih air sejuk, memang gelasnya besar gedabak la. Hiks.
Okay, di bawah ni ena share jenis-jenis air yang termasuk dalam promosi ni. Boleh pilih nak yang panas atau sejuk. You all boleh pilih la sendiri mana yang sesuai untuk hari-hari you all.
Kopi O, Panas / Sejuk. Pilih la nak sejuk or panas.
Teh Panas / Sejuk
Coffee Panas / Sejuk
Lepas makan Bread O Clock ni, ena macam masih terasa lapar lagi. Teringin pula nak merasai makanan berat yang ada kat sini pula. Yela, first time kan. So alang-alang memburu tu, baik makan banyak-banyak terus. Ahaks.
Payah juga nak buat pilihan yang mana. Akhirnya, ena pilih
Sea Prawn Curry Laksa. Ena ada buat survey ritu di Facebook ena dan ramai kawan-kawan ena suggest serta kata bahawa mee kari kat sini memang mantap habis. Kuahnya pekat dan sedap. Sebab tu ena pilih menu ni. Yela, nak tahu juga sejauh mana kesedapannya seperti yang diperkatakan oleh orang lain.
Memang padu beb! Kuah Kari Laksanya memang pekat gila, mantap habis. Ena dah rindu dengan kesedapan mee kari laksa ni.
Can you see the sea prawns? Menggoda beb! Besar udangnya. Dalam gambar ni tak nampak besar
Haaa! Sebelum terlupa ena nak bagi tahu dengan you all ni terutama untuk para penggemar
Nasi Ayam Hainan. You all boleh melantak Nasi Ayam Hainan ala-ala kampung gittew di PappaRich Pavilion ni. Ena ada rasa juga, sedap weh. Malah, elok untuk kesihatan kita. Hal ini kerana mereka menggunakan
Ayam Kampung yang seperti kita tahu, ianya kurang lemak dan kurang kolestrol. Yeahhh! You all should try this Nasi Ayam Hainan. Cenggini
*Thumbs Up* Weh!
Nikmat betul dengan kesedapan nasi ayam ni. Gabungan yang mantap! Semua sedap dalam set ni
Lembut betul struktur Hainanese Steamed Chicken nya. Memang ena suka la. Supnya pun sedap.
Kalau rasa malas nak makan nasi, you all boleh beli ayamnya sahaja. Separuh ayam ni boleh share dengan ramai orang. Nak layan seorang diri pun boleh. Tak ada masalah
Di bawah ni beberapa menu yang lain ena memburu juga. Tak tahu nak gambarkan bagaimana kesedapan makanan yang ada kat
PappaRich ni. Memang tak menyesal kalau pilih tempat makan kat sini. Berbaloi dengan harga yang kita bayar. Selain itu, PappaRich memang menekankan makanan yang sihat untuk manusia.
Nasi Lemak with Curry Chicken
Fried Dumpling. Sedap weh! Inti ayam.
DAPATKAN STEVIA WHITE COFFEE
Untuk pengetahuan you all, di PappaRich Pavilion ada jual Stevia White Coffee juga tau. Bagi yang nak potong gula dalam minuman dan hendak maintainkan kesihatan tubuh badan, you all should try this coffee. Sebab gulanya telah digantikan dengan stevia. Tahukan stevia tu apa? Kalau tahu baguslah, kalau tak tahu silalah rajinkan diri untuk Google.
Tak rasa pelik pun, sedap. Tak tipu sebab ena sendiri dah cuba try test Coffee ni. Ingat rasanya pahit ke, tak boleh masuk dek tekak ke, apa ke. Tak weh! Tak. Manisnya memang cukup rasa. Tak over manis dan tak terkurang manis. Lagipun ena pun amalkan stevia ni. Sebab itu ena tak rasa pelik sangat nak minum Stevia White Coffee ni.
FEEDBACK DARIPADA ENA
Secara keseluruhan, ena berpuas hati sangat dengan Papparich Pavilion ni. Kedainya pun kemas, bersih, selesa dan kita pun jadi bertambah-tambah selera. Well, dalam mall kan. Mall yang dikenali pula tu, mesti kena jaga semua tu. Selain itu, pelayan kedai pun bagus, rajin, kemas pakaiannya, dan sudi membantu pelayan yang ada. Alhamdulillah
Dari segi makanan dan harga pula, alhamdulillah ena memang highly suggest dengan you all untuk cuba try test makanan serta minuman kat sini. Nak tahu lokaisnya kat mana dan beroperasi pada waktu bila, silalah rujuk semula pada bebelan ena di atas ni. Ena ada share alamat dan waktu operasi di atas. Semoga dapat la membantu you all yang sedang mencari kedai makan di sekitar Pavilion Kuala Lumpur.
DETAILS PAPPARICH MALAYSIA
Bagi yang masih blur dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau nak usya menu apa yang ada di PappaRich ni, you all digalakkan untuk terus ke laman web rasminya. Di bawah ni seperti biasa, ena share link media social PappaRich ni.
Itu sahaja perkongsian ena pada kali ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jangan lupa SHARE entri ni ya. Terima kasih.
WEBSITE
FACEBOOK
TWITTER