Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all 418 articles
Browse latest View live

NUTOX RENEWING TREATMENT | BYE KULIT KUSAM! HELLO KULIT BERMAYA

$
0
0

NUTOX RENEWING TREATMENT | BYE KULIT KUSAM! HELLO KULIT BERMAYA | Majoriti kaum HAWA satu dunia mahukan kulit wajah bermaya, nampak bersih, cerah dan flawless. Betul kan? Tipulah kalau tidak benar. Ena dulu ni bolehlah kata "Alaaaa, buat apa nak muka lawa-lawa. Biar jela muka ni comot, bukan nak tunjuk kat siapa pun". Ni mindset masa zaman muda dulu. Sekarang ni, dah banyak kena basuh dengan orang yang lebih dewasa dari ena, baru lah tersedar bahawa pentingnya kena jaga kesihatan kulit wajah ni. Tak payah cantik pun tak mengapa, sihat itu lebih penting sebenarnya.

Namun, untuk dapatkan kulit tipp toppp sedemikian, kenalah jadi rajin lebih sedikit untuk jaga betul-betul kulit muka ni. Seperti yang kita tahu, banyak sangat faktor dalaman dan luaran yang jadi penyebab kepada kulit jadi kusam, tidak bermaya, berjerawat dan tak sihat la. Tetambah ena yang kuat makan ni, memang kena jaga betul-betul muka ni. Kalau tak, habis laa jerawat bermaharajalela. Oleh itu, di bebelan kali ini ena nak sarankan you all untuk cuba try test Nutox Renewing Treatment yang merupakan set terbaru keluaran Nutox Malaysia. Jangan stop membaca sampai sini sahaja, sila teruskan sebab kat bawah ni ena nak bebel sedikit mengenai Nutox Renewing Treatment yang panas diperkatakan ni.


NUTOX RENEWING TREATMENT



Pihak Nutox telah mengeluarkan set penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment demi mengembalikan kulit bermaya dan lebih sihat tidak kira jantina, baik lelaki mahupun perempuan boleh menggunakan set penjagaan ini. Untuk pengetahuan you all, set ini diadaptasi oleh teknologi proprietari yang dikenali sebagai LumiNes iaitu menggabungkan dua ramuan utama, Lumiskin dan Actistem Gold Nest. Gabungan ini berfungsi mengembalikan kulit bermaya dan kulit juga akan nampak lebih berseri secara semula jadi. Yang paling penting kena konsisten tau!

Dalam satu set Nutox Renewing Treatment ini, terdaat 3 produk yang saling berkait yang bertindak memulihkan semula kulit yang sudah kusam. 3 produk tersebut adalah Renewing Treatment Lotion, Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Cream. Di bawah ini ena terangkan sedikit info mengenai setiap satu produk Nutox Renewing Treatment. Moh kita baca!


Renewing Treatment Lotion


Kelebihan: Melembutkan kulit dan direka khas supaya kulit kita boleh menerima khasiat daripada Renewing Treatment Essence dan Cream sepenuhnya. Boleh dijadikan sebagai toner sebab mengandungi LumiNes yang mampu buang kekotoran yang ada pada liang-liang roma kulit muka. Sekali gus akan memberi kelempan yang jauh ke dalam kulit


Penggunaan: Selepas cuci muka you all, sapu lotion ni pada kulit muka dan leher. Seeloknya guna kapas muka yang bersih sebab kita tak tahukan kebersihan yang ada pada tapak tangan ni. Apply dua hari sekali, tak pun sebelum nak pakai makeup.

Harga: RM59.90



Renewing Treatment Essence


Kelebihan: Mengandungi Nutox yang diformulasi dari teknologi Proprietari LumiNes. Membantu melindungi kulit daripada rosak akibat sinaran UV dan pencemaran. Memperbaharui sel-sel kulit mati yang sudah rosak.


Penggunaan: Pam 2 / 3 kali pada hujung jari dan sapu pada seluruh muka secara pergerakan arah ke atas. Elok pakai selepas applied Renewing Treatment Lotion dan ena pakai sebelum letak make up. Best!

Harga: RM75.90


Renewing Treatment Cream


Kelebihan: Dirumuskan dengan Lumines juga yang membantu kulit sentiasa segar, tidak kusam, melembutkan struktur kulit muka. Memang best, ena dah cuba malah dah jadi amalan ena setiap hari. Lepas pakai, kulit akan jadi lebih lembut dan bermaya. Lagipun, Cream ni tak melekit pun.


Penggunaan: Calit Cream ini pada seluruh muka dan sapu menggunakan pergerakkan bulatan kearah atas sehingga rasa dah kering sedikit. Guna selepas applied Renewing Treatment Lotion dan Essense.

Harga: RM49.90


FEEDBACK ARTIS MENGGUNAKAN NUTOX RENEWING TREATMENT

Untuk pengetahuan you all, artis terkenal Malaysia iaitu NurFazura, merupakan Duta kepada Nutox. Haritu ena pergi dengar dia beri keterangan mengenai Nutox Renewing Treatment ni di One Utama, Petaling Jaya. Dia turut kongsikan pengalaman dia sepanjang menggunakan set Nutox yang baru ni. Kulit dia memang cantik dan flawless weh! Jeles ena tengok. Fazura kata sejak dia amalkan Nutox Renewing Treatment ni la kulitnya bertambah cantik dan malah nampak lebih sihat dari sebelumnya. Kalau dia luar dari waktu bekerja, memang dah tak pakai make up langsung sebab dah yakin dengan struktur kulitnya sekarang.

Press Conference bersama duta Nutox, Nur Fazura di One Utama, Petaling Jaya 

Sambut sekali birthday Fazura masa ni. Sanah Helwah kak cantik!

Barisan bloggers. Syok shawl aku ya. Ahaks

Selain Fazura, artis dari Hong Kong, Nancy Wu yang turut duta kepada Nutox juga mengatakan kulit mukanya makin berseri dan bermaya seolah-olah dia jenis yang cukup tidur setiap hari. Padahal, hari-harinya memang busy dengan kerja dan rakaman. Namun, dengan adanya set Nutox Renewing Treatment ni mampu mengekalkan kesegaran raut wajahnya. 


DETAILS NUTOX RENEWING TREATMENT

Ena sekarang dah amalkan pakai set Nutox Renewing Treatment ni. Terutama sebelum pakai makeup. Memang best sangat, kulit kekal segar dan make up pun tahan lama. Tak ada berminyak-minyak muka ni. Alhamdulillah. Ena dulu pun pernah pakai Nutox, tapi menggatal tukar yang lain. Konon jenama Nutox ni tak gah mana. Masa tu laaa, sekarang dah hot jenama Nutox ni. Hehehe.

Oleh itu, ena sarankan you all untuk cuba try test set Nutox Renewing Treatment ni. Boleh dapatkan di Guardian atau you all boleh terjah laman rasminya. Ena share link kat bawah ni dan klik sahaja. Semoga dapat membantu you all.



FACEBOOK:


INSTAGRAM:


WEBSITE:



NEFFOS X1 MAX | SKRIN FULL HD & KAMERA 13MP

$
0
0

NEFFOS X1 MAX | SKRIN FULL HD & KAMERA 13MP | Alhamdulillah, bersyukur sebab diberikan peluang yang baik hari ini untuk kongsikan kepada you all tentang satu smartphone yang masih baru dan masih panas di pasaran. Brand smartphone tersebut adalah Neffos dan yang ena punya Neffos X1 Max. Neffos X1 Max ini adalah keluaran dari global networking TP-Link dan ena yakin kebanyakkan antara you all sudah tahu kualiti produk-produk keluaran dari TP-Link networking ini.

Ena sudah selamat habis godek keistimewaan yang ada Neffos X1 Max. Memang best dan menerapkan gaya teknologi yang terkini. Sebab itu ena nak share kelebihan yang ada dengan you all supaya you all yakin untuk memiliki smartphone yang memiliki skrin full HD dan kamera 13MP dengan harga yang murah seperti Neffos X1 Max ini. Jom teruskan baca yang lebih terperinci mengenai Neffos X1 Max di bawah ini.

HARDWARE NEFFOS X1 MAX

Grey Matte Finish. Belakang body Neffos X1 Max

Strukur body Neffos X1 Max slim metal, ketebalan 7mm dan lebar hanya 5.5 inci. Tak berat, tak besar dan tak tebal sangat. Bucunya yang membulat mengikut gaya smartphone zaman moden sekarang. Selain itu, selesa pegang sebab bodynya matte finish, tak licin sekiranya pegang dalam masa yang lama. Untuk menampakkan lebih smart, kamera diletak ditengah-tengah secara menegak di bahagian belakang Neffos X1 Max dan dibawahnya pula ada fingerprint reader.

Kamera dan Fingerprint Neffos X1 Max

Zoom Kamera belakang Neffos X1 Max

Saiz dan bentuk fingerprint reader adalah sama dengan kamera belakang Neffos X1 Max. Fingerprint ini mampu kesan 5 fingerprint dimana you all boleh simpan fingerprint untuk 5 jari you all. Fingerprint ini boleh detect dalam hanya 0.2 second sahaja untuk unlock. Selain itu, ketika ambil gambar, fingerprint ini boleh dijadikan sebagai butang shutter.


Neffos X1 Max: Tempat letak Simcard dan SD Card 

Neffos X1 Max: Button Slide Silent berada di atas Hybrid Simcard & SD Card Port

Kat sebelah kiri badan Neffos X1 Max ini ada button untuk silent. Hanya slide ke atas untuk silent mode, slide kebawah untuk unsilent mode. Kan lebih bagus kalau ianya boleh bekerjasama dengan Google’s Fantastic “Do Not Disturb” dimana memudahkan lagi untuk  tutup volume telefon. Dan lagi best kalau button slide silent ini diletakkan kat tengah-tengah, bawah daripada tempat hybrid SIM-and-memory card, demi lebih memudahkan para pengguna. Sebab nak slide-slide kan


2.5D Corning Gorilla Glas untuk skrin Neffos X1 Max

Skrin depan Neffox X1 Max ini dilindungi oleh 2.5D Corning Gorilla Glass yang cover dari setiap sudut. Gorning Gorilla Glass ini berfungsi melindungi skrin daripada terhentak, bercalar atau rosak. Selain itu, glass ini juga direka khas untuk mengelakkan dari melekatnya fingerprint bila kita sentuh skrin smartphone ini dan menampakkan skrin tidak comot. Tambah pula, glass protector ini ada anti-glare yang mengurangkan pantulan dan membolehkan you all lebih focus pada skrin tanpa ada gangguan.

Kamera selfie adalah 5-megapixel yang terletak di atas skrin. Di bawah skin ada sederet capacitive button navigation seperti butang home, butang back dan recent-apps. Bawahnya lagi ada tempat untuk microUSB / charger yang diapit oleh speaker Neffos X1 Max.


SKRIN FULL HD NEFFOS X1 MAX


Display Neffos X1 Max yang cantik dan full HD

Dengan kelebaran 5.5 inci IPS, memberikan kepuasan pada pandangan pengguna untuk melihat skrin. Display skrin Neffos X1 Max juga full HD dan lebih sharp dengan 1080p dan 403ppi, dengan contrast dan sudut angle yang sangat baik, membuatkan Neffos X1 ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

Colour balance Neffos X1 Max adalah neutral tetapi boleh ubah temperature color mengikut kesesuaian dan keselesaan mata pandangan you all. Boleh ubah pada Setting  > Display > Color Temperature. Kalau ena, ena pilih ke Delta Warm sedikit supaya mata tak sakit sangat kalau tengok skrin lama-lama.

Skrin Neffos X1 Max juga mempunya touch gestures dimana you all boleh double-tap pada skrin untuk membuatkan device terbuka sekiranya skrin sudah menjadi gelap. You all boleh pergi pada Setting > Smart Setting > Double-Tap Awakening. Sekiranya you all pakai glove dan memudahkan skrin untuk detect jari you all, you all boleh setting juga pada tempat yang sama. 


KAMERA 13MP NEFFOS X1 MAX

Auto fokus untuk setting kamera belakang Neffos X1 Max

Kamera belakang 13 megapixel (13MP) sensor dan terletak di belakang f/2.0 lens. Kamera ini mampu memberikan gambar yang berkualiti tinggi, warna gambar yang cantik dan shutter pun cepat, tak ada tersekat-sekat. Kalau cuba ambil gambar secara dengan dengan objek, background belakang boleh jadi blur. Maknanya, you all boleh focus secara manual / automatic pada subjek yang hendak di ceritakan dalam gambar yang diambil.

Selfie bersama Neffos X1 Max. Perggghhh Flawless kau! Hiks

Kamera depan / selfie pula sebanyak 5 megapixel (5MP). Walaupun Neffos X1 Max ini bukan direka khas telefon untuk selfie tetapi ada setting Beauty mode dimana menampakkan kulit muka lebih flawless gittew. Selain itu, ada juga setting untuk slow-motion dan time-lapse.


PERFORMANCE NEFFOS X1 MAX

Processor Neffos X1 Max adalah octa-core MediaTek Helio P10 yang berfungsi sampai 2GHz dan mengandungi  RAM 4GB  yang membantu mengekalkan telefon ini berfungsi dengan lancar.  Built-in memory sebanyak 64GB yang mampu menampung kadar storage yang banyak. Kalau nak lagi besar storage, boleh guna SD card sehingga 128GB kapasiti.

Neffos X1 Max juga boleh multitasking dimana you all boleh buat dua kerja dalam satu masa dalam performance yang lancar dan tidak tersekat-sekat sebab RAM nya tinggi. Selain itu, boleh main 3D games dengan gembiranya seperti NBA 2K17 dan Mobile Legends. Hal ini kerana Neffos X1 Max mampu connecr dengan local 4G LTE networks sekiranya tempat yang you all pergi tu available line selaju itu.


BATTERY NEFFOS X1 MAX


Unboxing Neffos X1 Max

Bateri untuk Neffos X1 Max adalah 3000mAH , lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan Neffos X1 di mana 2250mAH sahaja. Selain itu, baterinya cepat full kalau charge dan tahan lama. Sehari sekali charge sudah memadai walaupun on Wifi / Mobile data.

Walaupun Neffos masih baru dalam industry teknologi dan komunikasi, namun bukan bermakna banyak kekurangan dalam kepakarannya. TP-Link adalah home-networking landscape yang besar dan bukan sahaja hanya pakar dalam connectivity / hal-hal internet ni, malas support pelbagai LTE bands untuk mobile data yang lebih pantas dan cepat. 



Unboxing Neffos X1 Max

Neffos X1 Max didatangkan dalam kotak yang berkualiti tinggi, selamat dari hentakan, dan ditutup rapi. Ena nak buka pelekat antara box Neffos X1 Max ni pun susah tau. Kena guna gunting or pisau yang betul-betul tajam. Memang selamat la.




Untuk ketahui lebih lanjut dan lebih mendalam, boleh ke : http://www.neffos.com/en/product/details/X1Max


NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI

$
0
0
NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI | Pada entri ena sebelum ini, ena ada dedahkan tentang keistimewaan NeffosX1 Max yang merupakan salah satu model keluaran jenama Neffos dari company TP-Link. Untuk kali ini, ena nak kongsi dengan you all pula mengenai salah satu model Neffos yang lain pula, yang bergaya, canggih & mampu dimiliki iaitu Neffos X1 Lite. Alhamdulillah, ena sendiri telah diberi peluang untuk meraba, menyelongkar dan merasai kehebatan yang ada pada Neffos X1 Lite. Betul-betul menggoda jiwa ni untuk memilikinya.

Bagi mereka yang suka bergaya, tidak kira kaum atau jantina, you all sesuai sangat untuk memiliki Neffos X1 Lite ini sebab bentuk smartphone yang bergaya, canggih & mampu dimiliki. Ye, ena cakap mampu dimiliki sebab harganya hanya RM499 sahaja. Telefon pintar yang terbina daripada teknologi yang tinggi dengan fungsinya sama level dengan telefon pintar yang lain dan warna pun cantik, diletakkan dengan harga yang macam ni memang murah sangat bagi ena. Kalau you all nak tahu secara lebih mendalam mengenai Neffos X1 Lite, sila teruskan scroll entri ini


KELEBIHAN NEFFIS X1 LITE

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Neffos X1 Lite

WARRANTY NEFFOS X1 LITE: 2 Years

Saiz body Neffos X1 Lite dicipta untuk memudahkan para pengguna untuk pegang, simpan dan menggunakannya bila-bila masa. Ukuran saiznya hanya 5 inci pada resolusi 720p. Ketebalan hanya 8.5mm dan berat pula 138g sahaja. Ringan dan tidak memberatkan. Dengan saiznya sebegini, you all boleh selitkan pada poket seluar atau baju dan tidak mengambil ruang beg you all.

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Neffos X1 Lite Gold

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Display hadapan Neffos X1 Lite

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Display belakang Neffos X1 Max

Processor Neffos X1 Lite ini adalah Helio P10 Octa-core dan RAM 2GB dengan built in memory sebanyak 16GB, memberikan ruang simpanan yang cukup besar bagi ena. Kalau you all jenis suka simpan banyak perkara di dalam smartphone, you all boleh beli external storage atau memory card sehingga 256GB kapasiti. Hebat kan??

Selain itu, kelebihan yang ada pada Neffos X1 LITE adalah pengimbas cap jari (Fingerprint Reader) yang cepat, tangkas dan memudahkan sebab pengimbas ini boleh detect jari kita hanya tempoh 0.2 saat sahaja. Tak perlu tunggu lama. Nak buka atau unlock pun cepat dan memudahkan urusan you all. Kedudukan pengimbas di bahagian belakang menyelesakan pengguna untuk mengimbas jari masing-masing.

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Neffos X1 Lite: Speaker dan Port Micro USB

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Neffos X1 Lite: Fingerprint reader di bawah kamera belakang

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Neffos X1 Lite: Butang atas adalah Volume, Butang bawah pula Power

Dengan harga RM499 ni, kepada jenis yang suka selfie  atau suka bergambar dengan Outfit of The Day (OOTD) setiap hari, sesuai sangat la memiliki Neffos X1 Lite ini. Hal ini kerana keupayaan kamera belakangnya sebesar 13MP dengan flash 2.0,  yang mampu mengekalkan original warna dari objek yang disasarkan. Kamera depan pula adalah 5MP. Besar resolusinya, gambar yang dihasilkan pun cantik. Walaupun bukan telefon untuk selfie semata-mata, tetapi memiliki mode beautify di dalam setting kamera Neffos X1 Lite.


NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Selfie bersama Neffos X1 Lite. Kiri Non-Beautify Mode, Kanan guna Beautify Mode. 

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Bergambar dengan kamera belakang Neffos X1 Lite

Untuk bateri pula, kapasitinya adalah 2550 mAH. Skrin interface untuk Neffos X1 Lite adalah NFUI 2.0 yang terbina dengan system Android 7.0 Nougat. Neffos X1 Lite ini dihadirkan dalam kotak yang kemas, berkualiti tinggi, selamat dari hentakkan dan ditutup rapi. Memang berbaloi baloi sangat dengan harga hanya RM499. Malah, screen protector pun mereka turut bagi sebagai hadiah percuma bagi mereka yang membeli smartphone Neffos X1 Lite.

NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Diberi percuma screen protector untuk skrin Neffos X1 Lite


FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena seorang yang jenis suka bergambar juga, bergaya pun boleh la, so memang ena rasa dengan Neffos X1 Lite ni boleh memberikan hasil gambar OOTD ena yang cantik, warna yang sharp dan original mengikut warna asal. Lepastu, fungsi yang ada pada smartphone ini pun turut mempercepatkan dan memudahkan urusan ena yang lain. Oleh itu bagi pendapat ena, berbaloi sangat untuk memiliki Neffos X1 Lite ini. Namun setakat ini hanya ada dua warna yang available iaitu grey dan gold. Yang ena share ni warna gold matte finishing.

Kalau you all berminat untuk memiliki Neffos X1 Lite ini, you all juga boleh dapatkannya dari Lazada untuk menikmati diskaun 10% khas untuk anda KLIK SINI dengan menggunakan promo kod yang tertera di bawah.


NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI

PROMO CODE: ILOVENEFFOS
(Valid 30/11/2017. Terhad untuk 30 orang sahaja. Grab it now!)


Untuk melayari Neffos X-Series yang lain pula, you all boleh klik link ini: https://goo.gl/EsnY4E. Pastikan you all gunakan promosi kod di atas yang sama untuk dapatkan potongan harga sebanyak 10% juga.


NEFFOS X1 LITE | SMARTPHONE YANG BERGAYA, CANGGIH & MAMPU DIMILIKI
Dua hadiah Giveaway untuk para pemenang ena nanti. 

P/S: Kalau you all nak free, haa meh la join Giveaway ena. Mana tahu ada rezeki untuk memenangi Neffos X1 Lite ni. Ada dua biji dekat ena, bermakna ada dua orang bakal pemenang. Meh la join beramai-ramai. Berminat untuk sertai,  boleh klik >>SINI<<


LANAFIRA | BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH FESYEN TERKINI

$
0
0

LANAFIRA | BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH FESYEN TERKINI | Ena merupakan seorang yang suka beli pakaian muslimah fesyen terkini yang selesa untuk dipakai, simple tetapi bergaya dan juga harga  yang mampu dimiliki serta berpatutan. Baru-baru ni, ena terjumpa satu butik online pakaian muslimah fesyen terkini yang berjaya memukaukan mata ena dan menambat hati ena untuk membeli belah di sana. Nama butik online tersebut adalah Lanafira.

Lanafira menyediakan pakai muslimah yang berkualiti tinggi dan kepelbagaian seperti blouse, palazo, dress labu (Jubah), skirt labuh dan set kebaya. Bagi mereka yang suka kumpul baju muslimah seperti ena, memang you all akan jadi rambang mata kalau mai terjah butik online pakaian muslimah Lanafira ini. Kenapa ena cakap macam tu, meh ena luahkan antara sebab butik online pakaian muslimah ini antara yang terbaik.


KEISTIMEWAAN BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH, LANAFIRA

1) Mudah Berurusan 

LANAFIRA | BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH FESYEN TERKINI
Jangan lupa daftar di Lanafira Butik Online terlebih dahulu

Website butik online pakaian muslimah Lanafira ini sangat mudah untuk di access dan senang untuk berurusan jual beli kat sana. Kalau dah biasa beli pakaian secara online, you all akan tahu bagaimana caranya. You all just daftar / sign up detail di sini dan boleh mula membeli belah pakaian muslimah di sana. 

Lagipun, butik online pakaian muslimah ini adalah daripada Malaysia. Oleh itu segala penghantaran dan transaksi duit apa semua mengguna servis Malaysia. Saiz pakaian muslimah pun mengikut ukuran populasi penduduk Malasia. 


2) Maklumat Lengkap

LANAFIRA | BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH FESYEN TERKINI
Saiz mengikut pakaian muslimah yang ada di Lanafira Butik Online

LANAFIRA | BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH FESYEN TERKINI
Maklumat yang lengkap di Lanafira Butik Online

Ena seorang yang mempunyai ketinggian yang agak tinggi (170cm) dan kalau nak beli baju labuh / palazo / skirt, memang kena pilih saiz yang betul-betul ngam dengan ena dan memerlukan detail  yang lengkap seperti kalau saiz L tu labuhnya berapa, saiz pinggang berapa pula, saiz pinggul lebar mana. Sebab malas nak repost balik bagai sekiranya tak muat. 

Namun, di butik online pakaian muslimah Lanafira ini ena tak perlu risau lagi sebab pada setiap pakaian muslimahnya sudah menyediakan maklumat yang lengkap dari segi jenis material kain, saiz dan bentuk leher.


3) Fesyen Terkini

LANAFIRA | BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH FESYEN TERKINI
Pelbagai fesyen yang ada di Lanafira Butik Online

Yang membuatkan ena menjadi rambang mata sebab semua pakaian kat sini cantik-cantik dan mengikut gaya fesyen terkini. Ena tengah target satu baju ni, tunggu duit lebih sikit ena nak beli terus. Dah terbayang-bayang ena gayakan baju tu dengan shawl yang cantik. Aaaauuummm. Taste ena suka baju yang simple, tetapi nampak bergaya dan kemas. So, banyaklah pakaian muslimah di Lanafira ni berjaya memukau hati ena.


4) Mesra Wudhu' 

LANAFIRA | BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH FESYEN TERKINI
Lanafira Butik Online menyediakan pakaian yang mesra wudhu'

Ena tengok kebanyakan pakaian kat sini mesra wudhu' di mana lengan baju tu ada zip untuk memudahkan kita buka dan tutup ketika mengambil wudhu'. Kebanyakkan baju muslimah fesyen sekarang jenis lengan macam tu. Bagi pendapat ena, pereka fesyen terkini majoriti mengambil berat juga dari segi agama ni semua.


5) Material Berkualiti

LANAFIRA | BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH FESYEN TERKINI
Lanafira Butik Online di dalam Utusan Malaysia

Jangan risau tentang kualiti material yang di jual pada Lanafira butik online pakaian muslimah ini. Memang tiada kompromi dan diyakini. Kalau tengok pada pembeli yang lain di Facebook dan Instagram, memang terletak elok baju tu kat badan mereka. Nampak cantik dan kemas jahitannya. Lagipun, butik online pakaian muslimah Lanafira ini pernah diperkatakan dalam surat khabar bahawa butik ini boleh dipercayai dan material baju muslimah berkualiti.


DETAILS LANAFIRA BUTIK ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH

Itu sahaja luahan dan perkongsian daripada ena, Kepada yang sedang mencari butik online pakaian muslimah, you all boleh terjah atau membeli belah di Lanafira. You all boleh skodeng / terjah laman social rasminya yang lain seperti Facebook dan Instagram. Di bawah ni ena share link untuk ke sana. Semoga dapat membantu memudahkan urusan you all.




WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT

$
0
0
SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT

SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT | Rasanya ramai dah tahu Stevia ni sebagai pengganti gula malah dikenali sebagai pemanis yang sihat. Memang terbukti stevia ni elok untuk kesihatan, orang ada kencing manis / diabetes pun boleh amalkan. Namun, berhati-hati la nak beli dipasaran sebab sekarang ni dah ada stevia yang tiruan, lepas tu jual mahal-mahal kata ianya stevia tulen... haishhhh. So, kali ini ena nak sarankan you all untuk beli jenama keluaran Pharmaniaga iaitu Sweet Royale Stevia

You all tidak perlu risau dengan ketulenan Sweet Royale Stevia dari Pharmaniaga ini yang diperbuat daripada daun Stevia Rebaudianayang original. Ena sebelum ni memang pengguna stevia tetapi jenis yang air / kena titis dalam air minuman tu. Setitis dua titis je dah manis. Yes, kemanisan stevia ni lebih manis daripada gula biasa yang kita guna selama ni. Tetapi Sweet Royale Stevia yang ini ada  beberapa keistimewaan yang membuatkan ena rasa lebih suka menggunakannya. Antara keistimewaan dan kelebihannya, sila teruskan pembacaan you all.


KEISTIMEWAAN SWEET ROYALE STEVIA

SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT
Sweet Royale Stevia dengan Green Tea setiap malam

"Tastefully sweet, truly unique / Rasa manis unik sejati" merupa slogan kata untuk Sweet Royale Stevia ni membuatkan ena ingin dedahkan kepada you all kelebihan dan keistimewaannya setakat mana yang ena tahu. Berikut adalah senarai keistimewaan Sweet Royale Stevia


1) Pemanis yang sihat dan  boleh menggantikan gula biasa

2) Mempunyai kalori yang sangat rendah dan bagus untuk tubuh badan.

3) Tidak mempunyai gula tambahan, hanya stevia semata-mata.

4) Tidak pahit kerana dirumus dengan bahan yang tersendiri dan dijamin selamat

5) Diperkenalkan dalam bungkusan yang kecil dan mudah dibawa

6) Struktur serbuk seperti gula, bukan cecair

7) Halal ( Nombor pendaftaran dari JAKIM: MS 1500 : 2009, 1071-02/2017)

8) Bagus diamalkan untuk golongan yang low sugar tolerance, obesiti dan 

9) 250 - 300 lebih manis daripada gula biasa. Guna sedikit je pun dah manis.


SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT
Panduan untuk menggunakan Sweet Royale Stevia

SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT
Mudah sahaja nak larutkan Sweet Royale Stevia ni

Satu kotak Sweet Royal Stevia ini mengandungi 40 bungkus kecil stevia yang di balut dengan kertas aluminium. Kalau kena cahaya matahari, ianya tak mudah cair dan senang nak bawa pergi travel ke, pergi kerja ke, hiking ke. Lagipun, you all boleh menggunakan air sejuk mahupun panas untuk bancuh Sweet Royale Stevia ini. Mudah larut dan tidak cerewet. Selain itu, satu bungkusan seberat 2 gram sahaja.


SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT
Dapatkan Sweet Royale Stevia sekarang. Ada promosi. Harga sekarang ena ada sertakan kat bawah ni

Kalau you all nak beli, boleh dapatkannya di laman rasminya iaitu http://www.royalepharma.com. Sekarang ni tengah ada sales. Dapatkan sekarang. Bagi ena harganya boleh dimiliki dan berpatutan. Selain daripada website Sweet Royale Stevia, you all juga boleh dapatkannya di online shopping Lazada, Shopee dan 11Street.


HARGA:
RM17 (Purchase at store / beli secara offline)
RM15.90 ( Purchase secara online exclude postage)


Artis-artis Malaysia juga turut  memilih Sweet Royale Stevia sebagai pemanis yang sihat untuk minuman mereka. Antara artis tersebut adalah Syarifah Sakinah dan Scha Al-Yahya. Dua artis ni mesti you all kenalkan. So, mereka sudah cuba try test Sweet Royale Stevia daripada Pharmaniaga, yang kita ni bila nak mencubanya? Lai lai lai, dapatkan Sweet Royale Stevia sekarang.


SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT
Sharifah Sakinah beri komen positif dengan Sweet Royale Stevia

SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT
Scha Al-Yahya pun sudah mencuba Sweet Royale Stevia


CAWANGAN FARMASI ROYALEPHARMA

Bagi yang nak beli Sweet Royale Stevia ini secara offline, bermaksud nak beli direct di kedai, you all boleh beli di Farmasi RoyelPharma yang berhampiran dengan you all semua. Berikut adalah cawangan Farmasi RoyalePharma


Farmasi RoyalePharma Seksyen 7, Shah Alam

Farmasi RoyalePharma Quill City Mall

Farmasi RoyalePharma My Town

Farmasi RoyalePharma Vista Alam

Farmasi RoyalePharma Laguna Merbok

Farmasi RoyalePharma Bangi



DETAILS SWEET ROYALE STEVIA PHARMANIAGA


SWEET ROYALE STEVIA | PEMANIS YANG SIHAT
Ena pun dah cuba try test Sweet Royale Stevia ni, you all bila lagi?

Ena sangat sarankan kepada you all untuk memilih cara hidup yang sihat dengan potong kadar gula dalam pemakanan you all dan gantikannya dengan Sweet Royale Stevia. InshaAllah semoga perkongsian kali ini dapat membantu you all untuk mengekal tubuh badan yang sihat dan lifestyle yang lebih ceria. Cegah diri kita daripada dapat penyakit yang berbahaya seperti diabetes dan obesiti. Ayuhhh!

Bagi yang hendak ketahui informasi terkini mengenai Sweet Royale Stevia ini, you all boleh direct pada laman social mereka. Dibawah ini adalah link untuk ke sana.  


WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA

$
0
0

LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA | Mencari-cari produk untuk kurus yang dipercayai keberkesanannya, sudah mendapat kelulusan yang rasmi dan juga boleh dipercayai keselamatannya? Haaa, untuk perkongsian ena kali ini ena nak suggest atau bagi saranan kepada you all yang susah sangat nak kuruskan badan tu untuk cuba try testLemonex Malaysia ni. Hal ini kerana ramai yang kata Lemonex ni bagus. Ena tengok jualannya pun mencanak-canak dan dapat sambutan yang hangat dari pembeli. Ini fakta tau bukan auta.

Nak jadi gemuk kemahen la senang, tetapi bila dah gemuk, lemak dah tepu, nak kuruskan balik memang payah. Perlu kan step-step yang konsisten dan berterusan. Antara yang ena tahu seperti jaga pemakanan yang seimbang seperti dalam piramid makanan, kurangkan kadar penambilan gula dan lemak seharian, rajin exercise atau workout setiap hari serta konsisten dan ada ketahanan diri yang kuat. Namun, perancangan untuk kurus tu selalu terbengkalai macam tu. Sama la macam si penulis entri ni. Tetambah diri ni adalah foodhunter, memang makan tu tak terjaga sangat la. Ahaks. So, sekarang ni ena macam dapat satu solution iaitu dengan amalkan Lemonex Malaysia ni. Nak tahu kelebihan Lemonex Malaysia ini, dibawah ni ena kongsikan ya.


APA ITU LEMONEX MALAYSIA?


LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA
Banyak permintaan untuk Lemonex Malaysia. Mereka dah beli, kita ni bila lagi? Ahaks

Lemonex Malaysiaini adalah sejenis minuman detox campuran premix lemon yang bagus untuk membantu kita membuang lemak-lemak tepu dan tidak bagus dalam badan . Lemonex Malaysia juga diformulasikan dengan bahan-bahan lain juga seperti Grapefruit (Limau Gedang), Lemon, Citric Acid (Vitamin C) dan Nano Sugar. Dibawah ni ena share sedikit fungsi 4 ramuan utama ni dan dari kelebihan 4 bahan ni you all boleh tahu apa keistimewaan setiap sachet Lemonex Malaysia ni. 


1) Grapefruit (Limau Gedang)

Salah satu fungsi utama mengurangkan berat badan dan menyingkirkan lemak-lemak yang berlebihan dalam tubuh badan. Apa yang ena baca, Garpefruit ini dapat mengaktifkan enzyme AMPK (Active Protein Kinase) yang menggalakkan pembakaran lemak dan meningkatkan kadar metabolisme badan yang sudah lemah. Fungsinya lebih kurang macam kita pergi exercise setiap hari


2) Lemon

Seperti yang kita tahu, kalau nak kurus je amalkan minum air lemon sebab lemon ni mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu dapat meningkatkan kadar pencernaan dalam diri, mengurangkan kadar gula dalam badan dan mengurangkan penyimpanan lemak dalam badan. Sebab itu lemon merupakan salah satu ramuan utama dalam Lemonax Malaysia ni.


3) Citric Acid 

Citric Acid atau Vitamin C yang ini juga dapat membantu dalam process pembakaran lemak you all yang degil teramat sangat tu. Malah, Citric Acid ni dapat membantu menyihatkan organ dalaman serta luaran yang lain juga. Sambil menguruskan badan, sambil kekalkan kesihatan tubuh badan.


4) Nano Sugar

Merupakan sejenis gula halus yang bagus untuk mengekalkan kadar gula yang normal dalam badan. Badan kita ni perlukan gula juga tapi ada hadnya. Oleh sebab itu, Nano Sugar merupakan salah satu bahan utama untuk Lemonex Malaysia.


LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA
Kelebihan yang ada pada Lemonex Malaysia
LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA
Kandungan dalam minuman Lemonex Malaysia


CARA-CARA UNTUK MINUM LEMONEX MALAYSIA

- Amalkan minum satu sachet 15 minit sebelum sarapan
- Banyakkan minum air kosong / air mineral
- Kalau ada masa, pergi bersenam. Tak kerap pun, dalam 2 kali seminggu sudah memadai.
- Jangan minum manis / bergula selepas jam 7pm

AMARAN!! Kepada ibu yang mengandung atau mereka yang mempunyai sakit jantung, tidak digalakkan untuk amalkan Lemonex Malaysia. Takut mendapat komplikasi yang berbahaya nanti sekiranya minum Lemonex Malaysia ini.

LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA
Bekas bancuhan Lemonex Malaysia. Smart kannn. Ena suka.


FEEDBACK DARIPADA PEMBELI

Siapa kat sini kenal pelakon Enot? Dengar cerita Enot sekarang dah kurus berbanding dulu. Tapi memang betul pun, ena baru nampak gambar dia tadi. Ya Allah kurusnya, jeles pula ena. Rupanya dia amalkan Lemonex Malaysia ni la. Lepas tu, dia juga rajin bersenam dan rajin mengambil pemakanan yang seimbang seperti yang disarankan. Tetapi dia kan pelakon sudah tentu masanya pun terhad, sibuk dengan mencari rezeki. Sudah tentu dia ada juga terskip bersenam ke, termakan lebih ke sebab stress. So caranya nak kekalkan badan yang maintain, dia amalkan je Lemonex Malaysia ni sebab mudah nak bancuh dan nak amalkan.

Selain Enot, ramai antara kita dah mencuba Lemonex Malaysia ni. Ramai kata badan mereka banyak perubahan terutama bagi yang sedang menguruskan badan tu. Memang masyuklaaaa jualan Lemonex Malaysia ni sekarang. Ena pun teruja nak memiliki Lemonex Malaysia ni tapi nak tunggu ada rezeki lebih dan ena nak beli satu. Fuhhh! Ena pun tengah process nak kuruskan badan ni, ingat you all je keeee. Ahaks.

LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA
Lemonex Malaysia adalah salah satu rahsia Enot terkurus dengan jayanya

LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA
Wow! 9 Kilo terkurus dengan jayanya bersama Lemonex Malaysia

LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA
Wow! Ini pun sama! So apa lagi, jom terkurus dengan jayanya dengan Lemonex Malaysia


DETAILS LEMONEX MALAYSIA

Ena sekarang tengah aim Lemonex Malaysia ni sebab nampak ramai sangat yang sudah mencuba. Ena pun nak la juga. Kalau you all pun berminat juga dan dah bersedia untuk beli, you all boleh terus hubungi dengan pihak ejen yang menjual Lemonex Malaysia ni. Ena sertakan nombor telefon dibawah ni ya.


LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA

LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA

LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA

LEMONEX MALAYSIA | TERKURUS DENGAN JAYANYA

NOMBOR TELEFON
011-33408954

INSTAGRAM

WEBSITE


ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?

$
0
0
ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU | Assalammualaikum dan selamat bakal menyambut tahun baru 2018. Ni merupakan entri terakhir ena untuk tahun 207 dan inshaAllah ena nak share sedikit dengan you all satu jenama kopi yang bagus untuk mengawal berat badan. Kopi yang ena nak share ni bukan minuman kesihatan atau detox atau jamu. Kopi ni boleh diminum macam biasa seperti kopi yang lain setiap hari tidak mengira jantina, kaum, umur dan tempat cuma kopi ini lebih sihat untuk tubuh badan kita. Nama kopi tersebut adalahAlana Kopi Hijau

Ena merupakan seorang yang suka minum pagi dengan kopi atau nescafe. Tiada kopi pada pagi ku, memang rasa macam kosong gittew. Pernah ena cuba untuk stop sebulan tetapi sebulan jela tahan, lepas tu bernafsu balik bila bau coffee. Disebabkan ada yang mengatakan minum nescafe ni boleh menggemukkan kerana kandungan gulanya tinggi, susah juga la hati. Yela, nak kurus weh! Namun, akhir-akhir ni ada kawan sarankan untuk cuba try testAlana Kopi Hijau sebab ramuannya mampu membantu mengurangkan berat badan. So, ena dah cuba sekotak setakat ini. Okay ke tak, sebelum tu mai ena nak share sedikit kelebihan kopi hijau ni. Mesti ada tertanya-tanya kan.


ALANA KOPI HIJAU ATAU GREEN COFFEE

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Bukti Alana Kopi Hijau ini selamat untuk digunakan

Selama ni pernah dengar Teh Hijau je kan. Sekarang Kopi Hijau pun dah ada tetapi ni hijau bukan sebarang hijau. Bukan hijau pada warna tetapi ramuan yang digunakan daripada kopi hijau yang tulen. Nanti ena share tiga bahan utama yang ada dalam Alana Kopi Hijau ni. Yang pasti Alana Kopi Hijau ini dijamin selamat untuk  diminum oleh semua orang kerana produknya telah menerima kelulusan daripada JAKIM untuk status halalnya, KKM dan MeSTI.

Alana Kopi Hijau ni sebenarnya dah lama ada di pasaran sebab dulu pernah juga nampak kawan beli. Kat kedai-kedai jamu pun ada jual. Oleh itu, Alana Kopi Hijau ni tidak asing lagi la dari rakyat Malaysia. Namun, untuk perkongsian ena kali ini sebagai satu hobi ena untuk ceritakan hal-hal makanan atau minuman yang ena telah cuba try test. Nama pun FoodHunter. Jyeahhh.

Okay, ena nak straight to the point. Berikut adalah 3 bahan utama yang diformulasikan dalam Alana Kopi Hijau ini yang menyebabkan ena tertarik untuk mencuba.


ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Contoh Kopi Hijau yang digunakan dalam Alana Kopi Hijau. Sumber: Google

1) Kopi Hijau

Kopi hijau ni adalah biji kopi yang belum dipanggang lagi, malah kopi hijau ini mengandungi kadar Chlorogenic Acid lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan kopi yang telah dipanggang tu. Chlorogenic Acid ini berfungsi untuk mengurangkan tekanan darah yang tinggi, mengurangkan berat badan, mengawal kadar gula dalam darah dan meningkatkan metabolisme (WebMD, 2017).

2) Chia Seed

Ena pernah juga share dengan you all tentang kelebihan dan fungsi Chia Seed ni. You all boleh baca di bebelan ena KLIK SINI. Nanti you all boleh baca di sana ya untuk mendapatkan maklumat tentang Chia Seeds.

3) Habbatus Sauda

Salah satu makanan sunnah yang dikenali dan telah terbukti keberkesanannya terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Antara khasiatnya seperti dapat menghancurkan batu karang, melancarkan haid, merawat masalah asma dan jerawat (DigitalWelt, 2017)


ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Breakfast ku bersama Alana Kopi Hijau. Nyum Nyum!

Daripada kelebihan dan kegunaan setiap bahan utama ni,  dapat tahu apa kelebihan yang kita boleh dapat selepas amalkan minum Alana Kopi Hijau ni. Tambahan pula, kopi jenama ini menggunakan susu kambing, bukannya susu lembu atau cream semata-mata. Sebab itu harga sekotak ni boleh tahan mahal berbanding kopi yang lain. Di bawah ni ena share harga sekotak Alana Kopi Hijau


HARGA SEKOTAK (15 Sachets):

RM42.90 (Semenanjung)
RM52.90 (Sabah / Sarawak)



CARA UNTUK BANCUH

Macam kopi 3 in 1 yang lain, ambil satu sachet dan letak jela air panas. Ikut la nak panas ke nak suam ke. Kalau nak sejuk pun boleh tapi kena letak 2 bungkus la sebab satu sachet ni bersesuaian untuk cawan minuman saiz yang kecil atau sedang-sedang. So, disebabkan ais ni akan mengurangkan rasa sesuatu minuman tu, ena sarankan letak dua sachet la. Ena selalu minum suam-suam je, tak gemar berais sangat waktu pagi atau petang. Malam ena jarang ambil sebab takut tak boleh nak tidur. Ahaks.


ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Sepetang ku bersama Alana Kopi Hijau dengan roti campur sambal kering ikan bilis

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Satu sachet Alana Kopi Hijau mampu membuat hari ku bertambah ceria. Gittteeewwww.


Setakat ini ena berpuas hati dengan Alana Kopi Hijau ni. Ena nak amalkan jela kopi ni selepas ni walaupun harganya agak aumm aumm juga la. Tapi nak sihat, ena sanggup perabiskan duit dan tenaga. Lepas tu, kalau sama jenis dengan ena yang suka minum kopi / neskafe pekat-pekat, you all boleh letak sedikit milo ke, Tamar Cocoa ke. Ena selalu buat macam ni, letak sesudu Tamar Cocoa kasi pekatkan. I loike! 


DETAILS ALANA KOPI HIJAU

Ena dah cuba try test Alana Kopi Hijau ni, you all bila lagi? Jomlah beli sekarang dan amalkan pemakanan yang sihat pula selepas ni. Kalau berminat untuk beli, you all boleh dapatkan di kedai-kedai jamu yang berdekatan dengan you all atau boleh layaran website rasminya di: 

ALANA KOPI HIJAU | APA KELEBIHAN KOPI HIJAU?
Alana Kopi Hijau mudah dibawa kemana sahaja. Jyeahhhh


FACEBOOK:

WEBSITE:



TRAVELOKA | FLY & WIN CNY 2018 CONTEST

$
0
0
TRAVELOKA | FLY & WIN CNY 2018 CONTEST

TRAVELOKA | FLY & WIN CNY 2018 CONTEST | Tahu tak apa itu Traveloka? Tahu? Good. Tak tahu? Haaaa, kalau tak tahu tu, you all wajib untuk baca serba sedikit apa itu Traveloka (Klik) sebab Traveloka ni merupakan tempat booking secara online untuk hotel dan penerbangan yang sangat dikenali dan dipercayai oleh rakyat Malaysia sekarang ni tau. Ala, kat iklan dalam TV pun ada tayangkan serba sedikit segala kemudahan, promosi dan sales dari Traveloka ni. Sebab itu ena kata wajib ambil tahu. In case la ada yang tengah mencari-cari website atau applications sebegini yang boleh dipercayai dan harga pun berpatutan, so Traveloka la pilihan yang sesuai. Ena pun tengah merancang, nanti nak pergi honeymoon bila dah kahwin nanti, ena nak book hotel dan flight dari apps sini je. Mudah! Tambahan pula, ramai juga yang kata senang nak berurusan dengan Traveloka ni, so ini membuatkan ena bertambah yakin. Hiks.

Okay, okay. Entri kali ini ena bukan nak cerita panjang mengenai Traveloka ni. Ena sebenarnya bertujuan hendak menjemput you all semua untuk sertai contest Chinese New Year (CNY) dari Traveloka. Hal ini disebabkan untuk CNY 2018 contest ini menyediakan hadiah-hadiah yang bakal dimenangi memang membuat ena jadi berangan-angan sekarang ni. Haishhh alangkah syoknya, sekiranya ena yang menang salah satu hadiah yang ditawarkan dari pihak Traveloka ni. Dah la ena ni jenis suka pergi jalan-jalan, melancong tempat orang dan memburu makanan. Haishhh! Tak mengapa, ena tak mahu bolot seorang sebab itu ena nak ajak pembaca ena yang lain untuk join sekaki. Ehhh! Hiks. Well, tak kira you all blogger ke tak, you all boleh sertai juga janji ada Facebook dan boleh memenuhi segala syarat untuk penyertaan. Di bawah ni ena terangkan detail mengenai penyertaan yang best ini. Bukan selalu ada tau, oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ni. Tetambah bagi mereka yang suka berjalan, pergi melancong dan suka memburu makanan macam ena ni.


TRAVELOKA CNY 2018 CONTEST


CNY 2018 contest ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, dari umur 18 tahun dan ke atas, kalau bawah umur boleh juga sertai tetapi kena dapatkan kebenaran daripada ibu bapa dan yang penting mesti ada account Facebook yang official ya. Okay di bawah ni ena kongsi sedikit bagaimana untuk sertai. Tapi ena tak mahu cerita secara mendalam la sebab ikut atas usaha rajin diri sendiri la tau untuk baca dan patuhi semua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Traveloka. Yang pasti syok sebab ada permainan / game yang you all kena main. Hiks. I loike!


Berikut adalah cara-cara untuk sertai CNY 2018 Contest yang dianjurkan oleh Traveloka.


1) Pergi ke linkCNY 2018 Contest(Klik

2) Nanti keluar gambar seperti dibawah ini dan klik “Facebook” tu untuk connect pada FB you all masing-masing


TRAVELOKA | FLY & WIN CNY 2018 CONTEST



3) Bila dah berjaya connect dengan Facebook, nanti akan muncul seperti gambar di bawah ini. Dan you all klik part “Term and Conditions”.




Pastikan you all baca dan hadam setiap keterangan daripada Traveloka ini supaya penyertaan you all tak sia-sia. Memang panjang tetapi sangat berbaloi. Kalau nak dapatkan hadiah-hadiah yang menarik ni, kena la usaha sedikit dan tawakal. Betul tak? Heeee. InshaAllah, kalau ada rezeki kali ini, you all bakal memenangi antara hadiah-hadiah yang ditawarkan.


Terma dan Syarat yang wajib you all baca untuk menyertai CNY 2016 contest daripada Traveloka ni. 


4) Lepas dah habis baca semua terma dan syarat, you all boleh klik “Instruction” untuk baca secara ringkas cara untuk main mini game daripada Traveloka ni.





5) Kalau dah faham, klik “Start Game”. Lepas you all dah cuba masuk dan main mini game ni, you all akan lebih faham segala arahan yang you all baca di bahagian “Instruction”di atas.


TRAVELOKA | FLY & WIN CNY 2018 CONTEST


TRAVELOKA | FLY & WIN CNY 2018 CONTEST


TRAVELOKA | FLY & WIN CNY 2018 CONTEST




6) You all boleh main sebanyak mana yang you all suka.

7) Untuk “Submit Score” yang tertinggi you all, mesti klik “SHARE” ke ruang FB you all. Paling banyak 5 kali sehari.

8) Lepas dah share, you all boleh Submit Score masing-masing. Pemenang akan dipilih secara rawak / random dalam antara yang paling banyak markah / score untuk mini game ni. 

9) Mudahkan? So, tiba masanya untuk you all pula cuba try test main mini game daripada pihak Traveloka. Best! Apapun, jangan lupa baca TERLEBIH DAHULU terma dan syarat CNY 2018 contest ni ya.


Dengan ini, ena jemput semua pembaca blog ena untuk sertai CNY 2018 Contest daripada Traveloka ini sebab bukan selalu ada peluang sebegini. Menang atau tidak itu belakang cerita, sekurang-kurangnya kita cuba dan usaha. Bagi yang sedang free-free tu marilah join contest ini sebelum tarikh tamat contest ni tiba.  Oh lupa nak bagi tahu tempoh CNY 2018 contest ni berlangsung. Ena tulis kat bawah ni tau.

TEMPOH PENYERTAAN


22 / 1 / 2018 (12 malam) 28 / 2 / 2018 (11.59pm)


P/S: Apapun, pihak organizer berhak untuk menukarkan tarikh dan masa tau. So, sila berikan perhatian. Kalau nak lebih alert, sila like dan follow Fanpage Traveloka


Lambat lagi nak tamat, oleh itu marilah sertai beramai-ramai. Ajak saudara mara, kawan-kawan, keluarga, anak bini suami semua la untuk join CNY 2018 contest daripada Traveloka ni. Tak mahu ke rebut peluang memenangi hadiah yang best daripada Traveloka ni? Nak tahu hadiah apa? Haaaa, mari ena kongsikan hadiah yang menarik bakal you all dapat.


HADIAH PEMENANG

Grand Finale Prizes:
6D5N in Seoul (Flight & Accommodation only) for 2 pax

1st Runner Up:
5D4in Phuket (Flight & Accommodation only) for 2 pax

2nd Runner Up:
4D3N in Langkawi (Flight & Accommodation only) for 2 pax  



HADIAH UNTUK FACEBOOK SHARING

2 x RM1000 Traveloka vouchers 
(Bermaksud dua orang pemenang yang salah satunya akan dapat RM1000 voucher ni)




Bestkann! Hadiah-hadiah ni buat ena berangan sejenak ni. Adeeiiii. Syoknya kalau menang. InshaAllah boleh tapi semua terletak pada usaha kita semua la ya. Sebelum ena akhiri bebelan ena kali ni, lagi sekali ena hendak menjemput semua orang untuk join contest daripada Traveloka ini. Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Selamat mencuba dan selamat berjaya.






THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG

$
0
0
THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG | Keluarga ena memang keturunan resdung, maybe ikut belah abah ena. Ena pun ada juga resdung tapi tak kronik sangat. Kalau ena pergi kawasan yang berhabuk, berdebu atau lepas bangun pagi-pagi tu, ena akan agak bersin teruk juga walaupun tak sekerap adik-beradik ena yang lain. Kadang kala ena bersin sampai air mata ena, hidung pun jadi merah disebabkan kegatalan tetapi ena ni ada sifat malas nak layankan sangat memang tak ambil ubat apa-apa la. Kalau hidung ni nak terasa gatal, gatal la. Rasa nak bersin, bersin la. Kalau tak, tak kisah sangat. Layankan saja. Ahaks. 

Anak saudara ena, anak kepada kakak ena, dia mengalami resdung yang agak kuat sejak kecil lagi. Kalau tengok dari mata dia pun, dah boleh tahu dia ni ada resdung.  Memang dia sangat laa alergik kepada debu, bulu kucing, pemakanan dan macam-macam lagi. Kalau kegatalan hidung dia dah start, memang kesian sangat tengok dia. Pepagi bersin, garu-garu hidung dan mata. Dan sekarang ni dia ambil ubat yang disarankan oleh doktor. Namun, Alhamdulillah la baru-baru ni ena terjumpa satu produk baru yang berfungsi membantu mengurangkan kegatalan atau alergik pada hidung. Nama produk tersebut adalah Thymos.


THYMOS ANTI SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY


THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Rupa sebenar bekas Thymos Anti Sinus Spray

Untuk pengetahuan you all, Thymos ni bukan ubat tau. Pada mulanya pun ena ingatkan ubat resdung. Rupanya, produk ini sejenis semburan yang berfungsi mengurangkan kegatalan hidung bagi mereka yang sangat sensitive pada debu, bulu haiwan dan habuk. So, amat sesuai digunakan dan diamalkan bagi yang ada masalah resdung dan alergik dengan debu ni. 

Namun begitu, ena nak tekankan di sini bahawa semburan Thymos ini bukanlah dapat menyembuhkan serta menghilangkan terus penyakit resdung atau alergik dengan debu dan habuk ni.
Ianya cuma dapat mengurangkan rasa ketidak-selesaan pada hidung sahaja. Yes, memang tak selesa kalau hidung sudah start kegatalan, bersin-bersin, sok-sek sepanjang hari. Ena dah pernah rasa semua ni. Perasaannya sangat merimaskan. Oleh itu, ena bersyukur adanya semburan Thymos ni yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mengalami kegatalan hiduk dek resdung atau alergik dengan debu.


THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Thymos Anti Sinus Spray

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Mudah. Hanya picit sahaja untuk semburan Thymos Anti Sinus Spray ni

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Clinically proven pada kotak Thymos Anti Sinus Spray

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Detail keselamatan pada belakang kotak Thymos Anti Sinus Spray


You all jangan risau. Semburan ini selamat untuk digunakan oleh semua orang kerana produk Thymos telah pun mendapat kelulusan daripada pihak klinikal, kandungannya pula tak ada Paraban dan Alcohol, dan tiada komplikasi kalau terkena pada kulit kerana pH 5.5 (neutral). Produk ini juga selamat digunakan di sekeliling ibu yang mengandung, baby bawah dari satu tahun dan anak-anak kecil. Oleh itu, you all jangan risau lagi akan keselamatan Thymos spray ini. Cara nak menggunakannya pun mudah. Nak tahu caranya, sila teruskan scroll dan baca entri ena ni ya. 




CARA-CARA MENGGUNAKAN THYMOS SPRAY

Amatlah mudah bagi ena untuk menggunakan semburan Thymos. You all hanya sembur sahaja seperti minyak wangi tu, pada baju you all, bantal atau tempat tidur dan sembur di udara sekeliling untuk mengurangkan bersin dan kegatalan dengan kadar waktu yang cepat. Tak sampai 1 minit pun, dah siap. Peringatan lagi sekali ye, Thymos ini bukan ubat untuk merawat atau menyembuhkan ye.


1 Semburan, 12 Jam Perlindungan

Teknologi Self Sanitizing (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.


THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
4 semburan Thymos Anti Sinus Spray pada dada

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
4 semburan Thymos Anti Sinus Spray pada bahu kanan

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
4 semburan Thymos Anti Sinus Spray pada bahu kiri

Lagipun, botolnya kecil je, jimat lah juga. Kalau you all jenis mampu beli banyak botol, terpulang pada individu. Tetapi ena sarankan sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada bantal atau katil sudah mencukupi. Jangan lebih-lebih, takut benda lain pula yang jadi. Hiks. Follow the flow, jangan memandai-mandai tau.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Dalam beberapa harini, ena ada sembur Thymos ni kat tilam anak saudara ena yang mempunyai masalah resdung dan alergik pada debu ni. Alhamdulillah, nampak juga ada perubahan pada diri dia. Ketika bangun tidur untuk siap-siap ke sekolah waktu pagi, dia tak mengalami pun kegatalan hidung yang melampau macam selama ni. Kalau tak, hidungnya akan berbunyi (Orang yang ada resdung kuat akan tahu la apa yang ena katakan ni), bersin-bersin, mata berair dan jadi gatal. Kesian juga la tengok dia. Mujurlah ada Thymos Spray ni.

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Mudah untuk dibawa kemana sahaja Thymos Anti Sinus Spray ni

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Betul-betul berkesan Thymos Anti Sinus Spray ni. Really love it

Ena pun ada sembur kat katil ena juga. Cuma tak nampak sangat kesannya pada ena sebab ena ni jenis jarang nak bersin-bersin kalau bangun pagi. Kegatalan pada hidung ena ni pun ikut mood juga tapi kalau dah start bersin tu, ena sembur je Thymos ni.  Ahaks. Lega juga la lepas sembur tu, hidung dah tak gatal sangat. Apapun, ena sekarang ni sudah amalkan sembur pada setiap hari di katil ena dan juga katil anak saudara ena. Semoga Thymos ni dapat kekal membantu dan melindungi keluarga ena.


DETAILS THYMOS SPRAY

Bagi yang ingin memilikinya, you all boleh dapatkan di Guardian yang berdekatan dengan you all. Ada jual kat sana sekarang ni. Ataupun, you all boleh terjah pada laman social rasmi Thymos Spray ini. You all boleh rujuk di Catalog Guardian : Thymos


THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Dapatkan Thymos Anti Sinus Spray sekarang

THYMOS ANTI SINUS SPRAY | SEMBURAN MENGURANGKAN KEGATALAN HIDUNG
Ena dah kongsi ni, mari la share tentang Thymos Anti Sinus Spray ini pada keluarga dan kawan-kawan

Di bawah ni ena share link untuk ke sana.Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Semoga dapat membantu you all yang ada masalah resdung atau kegatalan hidung disebabkan oleh alergik debu dan habuk. Jangan lupa kongsikan info ni pada saudara mara, keluarga dan kawan-kawan ya.



FACEBOOK

INSTAGRAM

MALAYSIA DISTRIBUTOR


FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'

$
0
0
FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI' | Fuhh fuhhh! Tajuk ena kali niiii, jadi wanita 'sejati' macam mana tu ye. Ahaks. Topik yang ena nak bebel ni tiada kaitan dengan transgender tu semua hokaii. Yang lelaki tetap lelaki, yang perempuan tu tetap perempuan. Apa beza perempuan dan wanita pula? Har har har, sama ja jannggg hoiiii. Okay, bebelan kali ini dituju khas bagi wanita di luar sana. Bagi yang rasa diri tu wanita tu, mooohhhh ler kita bersama-sama menjaga luaran dan dalaman kita dengan minuman kesihatan Femingra nii haaa. Ahhhh sudah, apa kebenda Femingra ni pula dahhh? Haaa kalau nak tahu lebih, nanti ena share serba sedikit mengenai minuman ini kat bawah. Mohon jangan skip membaca ya. 

Kebanyakkan wanita di luar sana sangat mementingkan kecantikan secara luaran, betul kan? Yela, pakat-pakat pulun nak pakai cleaser itu ini la, pakai makeup cantik-cantik la, dress up aaaummm aummmm la. Termasuklah diri ena ni haaaa. Umur semakin meningkat ni, jiwa dah mula ke arah keperempuanan gittew. Selama ni tak kisah sangat kalau diri dalam selekeh je. Hiks. By the way, bagus tau kalau ada rasa nak mempercantikkan diri sendiri namun jangan terlupa yang dalaman kita ni pun harus dijaga rapi tau. Terutama wanita yang sudah berkahwin. Hari-hari kena pikat suami sendiri, dapat pahala kannn bestt...betul tak? Ahaks. Oleh itu, bagi yang ada masalah wanita atau ingin kekalkan kesihatan dalaman tu, you all wajib baca perkongsian ena kali ini. Walaupun ena belum berkahwin, tapi tak salah rasanya ena nak kongsikan hal-hal sebegini bersama you all. Dan jangan ingat orang yang belum berkahwin tu tak boleh ambil tahu juga ye. Well, sediakan payung sebelum hujan. 


FEMINGRA MAXWELL HEALTH SDN BHD

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Kotak Femingra

Femingra merupakan minuman kesihatan produk keluaran Max Well Health Sdn Bhd yang berfungsi memperbetulkan hormon wanita, mengembalikan kesuburan wanita dan juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga. Femingra ini juga sesuai untuk diamalkan bagi wanita yang belum berkahwin, terutama bagi mereka yang mengalami masalah wanita seperti haid hadir tidak sekata atau wanita yang kuat bersukan serta melakukan kerja berat setiap hari.

Hal ini kerana minuman kesihatan Femingra ini diformulasikan dengan bahan-bahan yang sesuai untuk hormon wanita dengan menggunakan Teknologi MPPT (Micro Pine Pollen Technology). Antara bahan-bahan utama  Femingra yang ena mahu tekankan dan kongsikan kepada you all adalah seperti berikut:

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Bahan-bahan yang terdapat dalam satu sachet Femingra


1) Buah Markisa

Mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam tubuh badan. Tambahan pula, buah ini juga mampu membantu melancarkan pencernaan, meransangkan dan memperkuatkan imun badan serta menguatkan tulang.


2) Debunga Pain

Debunga pain ini boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak sebab debunga pain ini mengandungi pelbagai jenis vitamin yang bermanfaat. Selain itu, debunga pain ini juga mengandungi anti penuaan dimana membuatkan seorang wanita itu kekal seperti remaja dan yang dah kahwin tu seperti anak dara gittew. Ahaks. Debunga pain ini dapat mengimbangkan hormon manusia dan sekali gus dapat meningkatkan tahap kesuburan wanita. Banyak lagi khasiat debunga pain ini, you all boleh baca lebih lanjut lagi pada pamplet yang bakal diberikan kepada pembeli Femingra.


3) Horny Goat Weed

Juga dikenali sebagai Epimedium. Epimedium ini berfungsi melambatkan tempoh penuaan pada diri seorang wanita dan juga sebagai protective diri daripada radikal bebas yang tidak bagus untuk tubuh badan. Malah, Epimedium ini bagus untuk wanita yang sudah berkahwin di mana dapat mengurangkan masalah menjalani 'hubungan ketika bersama' dengan suami. So, apa lagi! Ini masanya untuk you all pikat suami masing-masing setiap hari. Pahala weh! Pahala. Hahaha. Jangan pergi pikat laki orang sudah la pula. 


4) Akar Maca

Penyelidik mendapati akar maca ini dapat membantu melaraskan tanda-tanda premenopause / awal menopause yang kebanyakkan wanita yang sudah berumur bakal hadapi apabila sudah sampai tahapnya. Menopause ini kita tak dapat nak halang ianya berlaku tapi kita mampu mengurangkan tanda-tanda awal menopause yang agak kurang selesa seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh setiap malam, dan kemurungan. Sesetengah orang boleh jadi demam dan alami batuk yang berbulan-bulan. InshaAllah, dengan adanya Femingra ini dapat membantu mereka kerana ada beberapa kajian telah mengatakan akar maca ini dapat membantu mengurangkan masalah tersebut.


5) Manjakani

Nama lainnya adalah Oak Gall di mana bahan ini merupakan herba perubatan yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia yang berfungsi untuk mengetatkan tisu dalaman wanita, menengangkan dan menguatkan otot dalam faraj wanita. Manjakani juga mampu merawat pendarahan rahim yang tidak normal, keputihan yang tidak terkawal dan menghapuskan bau busuk di kawasan faraj. 


6) Habbatus Sauda

Di dalam Al-Quran, ada mengatakan bahawa Habbatus Sauda ini mampu merawat segala penyakit kecuali penyakit mati. Habbatus Sauda ini diformulasikan dalam Femingra untuk mengawal kitaran haid wanita, membantu melancarkan pengedaran darah dan juga mengatasi masalah penghadaman. Ia juga mampu mengembalikan kesihatan pada kulit wanita supaya kelihatan lebih segar dan tidak kusam.


7) Tribulus Terrestris

Tribulus ini dapat membantu meningkatkan pretasi seksual dan sensitiviti bagi kebanyakan wanita. Sesuai juga bagi mereka yang melakukan aktiviti yang lasak kerana mampu meningkatkan stamina dan daya tahan diri. Wanita yang kuat bersukan tu, elok sangat amalkan minuman Femingra ini.

8) Pueraria Mifirica

Pueraria ini dapat menganjalkan dan meningkatkan saiz payudara. Selain itu, dapat mengurangkan kemunculan selulit pada kulit terutama bahagian payudara, peha, perut dan pinggul. Tambahan pula, dapat juga membantu meningkat kelembapan pada faraj wanita dan memang sesuaila bagi mereka yang sudah berkahwin. 


FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Tersenyum dengan bau minuman Femingra ni. Bau sedappp! Nyummmm

Gabungan semua kelebihan dan fungsi bahan-bahan semulajadi ini, rasanya you all sudah boleh tahu apa kelebihan Femingra ini secara keseluruhan. Femingra ini memang dicipta khas untuk kaum-kaum hawa di luar sana, termasuklah diri owner kepada blog ini. Ahaks. Ena ada minum juga. Nak tahu apa jadi pada diri ena? Boleh baca bebelan ena di bawah ini ya.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Setakat ini ena dah amalkan minum Femingra ini dalam seminggu lebih. Ena tak ambil selalu la, ada waktu rest ena. Hiks. Tapi tak mengapa kalau nak amalkan setiap hari. Tidak ada kemudaratan. InshaAllah. Okay, walaupun ena tak kahwin lagi, tapi ena nampak la juga ada perubahan terutama ketika ena datang haid. Perubahannya adalah ena tidak mengalami period pain atau bahasa Melayunya, senggugut. Sedar-sedar dah muncul haid tu. Bukan setakat ena je rasa perubahannya, kawan-kawan ena yang lain pun ada yang bagi feedback yang positif. Mereka kata ada perubahan pada kitaran haid mereka. Ada yang sudah berapa bulan tak datang haid, lepas dia minum Femingra, Alhamdulillah pada bulan tersebut dia datang haid dengan normal. Fuhhh!

Banyak lagi testimoni yang lain, terutama mereka yang ada masalah yang susah nak mengandung, masalah ketika ingin melakukan hubungan intim bersama suami dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan hal rumah tangga ni la. Kalau you all tak percaya, you all boleh baca sendiri testimoni mereka pada link bawah ni



FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Setiap sachet Femingra

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Di kotak Femingra sudah ada arahan yang boleh jadi rujukan pada pembeli



CARA MENGGUNAKAN FEMINGRA

Mudah sahaja untuk menyediakan Femingra ini, senang macam nak bancuh minuman 3 in 1. Caranya, masukkan satu sachet Femingra ke dalam 120ml air kosong. Suhu air tu terpulang pada diri sendiri nak buat suam-suam ke, atau sejuk-sejuk ke. Dua-dua boleh. Bagi ena, ena suka minum suam-suam ketika waktu pagi. Rasa segar badan ni. Hiks.


Sehari x 1 sachet
 (Minum sebelum sarapan pagi. Tidak digalakkan minum waktu malam)


FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Air suam / sejuk dalam 120ml untuk larutkan serbuk Femingra

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Satu sachet untuk satu hari tau. Bungkusan Femingra yang kedap udara dan dapat mengekalkan kualitinya

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Tuang satu sachet Femingra pada 120ml air suam / sejuk

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Siap! Boleh minum Femingra ni. Sedapppp! Minum sebelum sarapan pagi ye.


WARNING: Bagi yang wanita yang sedang mengandung, menyusu anak atau dalam menjalani rawatan, tidak digalakkan minum ye. Boleh dapatkan kepastian terlebih dahulu sebelum amalkan Femingra ini.


DETAILS FEMINGRA MAX WELL SDN BHD

Bagi wanita di luar sana yang ingin mencuba Femingra ini, you all boleh layari laman web rasminya sendiri. Kat sana lagi banyak info terkini mengenai produk ini. Di bawah ini ena sharekan link-link yang memudakan you all untuk berhubung dengan pihak mereka secara personal.

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Jangan lupa kongsikan hal ini kepada keluarga dan kenalan you all ye. Jom jadi wanita yang 'sejati' bersama Femingra. Ena sudah, you all bila lagi? Hiks

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
1 kotak = 15 sachets. Harga sekotak Femingra pada asalnya RM169. Tetapi sekarang ni ada potongan iaitu RM150

FEMINGRA | JOM JADI WANITA YANG 'SEJATI'
Nyumnyummm. Not bad rasa Femingra ni. Rasa apa? Haaaa cuba la sendiri dan describe sendiri ya. Hiks


WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WHATSAPP:
+6012-326 3304

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT

$
0
0
VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT | Siapa kat sini penggemar susu kambing? Kalau suka, kita geng! Hiks. Ena lebih suka susu kambing ni berbanding susu lembu cuma tak dapat nak beli selalu sebab harga susu kambing ni lebih mahal. Ena suka susu kambing ni sebab rasa susu ni tak mudah memuakkan ena. Namun, bukan semua yang sependapat sama macam ena. 

Ada yang jenis tak boleh minum susu kambing sebab mungkin baunya atau rasanya lain sedikit berbanding susu lembu. Ada pula jenis memang tak minum susu. Tapi bagi yang teringin nak rasa susu kambing tu bagaimana, ena nak sarankan you all untuk cuba satu jenama susu kambing ni. Ena yakin dan pasti, lepas you all rasa jenama ni pasti you all akan tersuka dengan susu kambing. Susu kambing tersebut adalah Vachoc 10 Plus. Haa, kalau nak tahu lebih lagi, jom teruskan baca bebelan ena kali ni ye.


VACHOC 10 PLUS ELLVITA

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Keterangan di belakang kotak Vachoc 10 Plus untuk dijadikan rujukan pembeli

Vachoc 10 Plus ini merupakan minuman susu kambing yang berperisa coklat dan vanilla yang digabungkan dalam satu sachet. Pada asalnya, nama jenamanya adalah i-Sihat yang dikenali taglinenya "Hadiah Terbaik Buat Dirimu" dan "i-Sihat, You Sihat, Semua Sihat". Macam arahan sebelum nak deliver defibrillator lak.  Ahaks. Okay, itu pengetahuan you all semua sekarang i-Sihat ni sudah di rebranding menjadi Ellvita. Dua-dua jenama ini adalah sama ye kawan-kawan. Jangan keliru.

Okay, dari segi keselamatan dan kebersihan you all tak perlu risau lagi kerana syarikat ini milik sepenuhnya oleh orang Islam dan bumiputera. Process pengilangkan mereka juga sangat menitikberatkan aturan Islam seperti status halalnya, kebersihan dan keselamat untuk diminum oleh semua pihak. Selain itu, susu Vachoc 10 Plus juga diformulasikan dengan bahan-bahan yang disunahkan oeh nabi seperti  delima, badam, kismis, kurma, manna, habatussauda, Zafron dan zaitun

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Boleh kumpul dari sekarang, ada hadiah menarik. Jangan lupa simpan lepas beli Vachoc 10 Plus. 



CARA PENYEDIAAN SUSU VACHO 10 PLUS 

Cara nak menyediakan susu kambing ini seperti minuman 3 in 1 tu sebab susu ini bukan minuman kesihatan tambahan ke apa. You all boleh buat mengikut kreativiti masing-masing. Nak makan dengan oat ke, nak buat ais blended ke, nak buat kuih ke dan macam-macam lagi la. Ena suka buat minum biasa tu je, letak air banyak mana yang you all nak dan letak la satu sachet Vacho 10 Plus atau dua sachet. Ena suka letak dua sebab suka minum pekat-pekat.

Ena minum waktu yang ena terasa nak minum. Tapi ena selalu ambil lepas solat Subuh la. Minum dalam suhu air yang suam-suam. Fuh! Nikmatttt! Okay, feedback dari ena mengenai susu Vacho 10 Plus ni ena tulis di bawah ni nanti. 

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Pada sisi kotak sudah ada keterangan cara nak menyediakan Vachoc 10 Plus ni. You all dah tak perlu risau

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Ena suka letak dua sachet Vachoc 10 Plus. Suka minum pekat-pekat. Hiks

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Letak air suam-suam. Sedappp dan syokkk minum Vachoc 10 Plus ni time waktu pagi

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Epal hijau tu memang dah jadi makanan ena sekarang. Vachoc 10 Plus pun dah jadi minuman harian ena. Hiks

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Minum jangan tak minum. Sila nikmati Vachoc 10 Plus sekarang juga

Okay, bagi yang bertanya adakah minuman ini sesuai diambil oleh semua orang. Ye, sangat sesuai di ambil bagi yang ibu mengandung, ibu menyusu, kanak-kanak dan remaja, pelajar dan bekerja, dewasa dan warga emas. Semua boleh minum, oleh itu jangan risau untuk minum Vacho 10 Plus ini.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, ena puas hati dengan rasa Vachoc 10 Plus ni. Sedapppp! Rasa coklat dan susu kambing tu. Lepas minum, mesti badan rasa segar dan ena ni kan mudah hypo, so susu kambing ni boleh la dijadikan alas perut sebelum nak makan benda berat. Selalu ena ambil waktu pagi, kiranya sarapan ena la. Minum susu kambing Vachoc 10 Plus ni dengan epal hijau. Nyummmyyyy!

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Vachoc 10 Plus: Susu Kambing Berperisa Coklat yang enak

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Jom la cuba try test Vachoc 10 Plus dari EllVita ni. You all mesti suka juga. Seriusss!

Teringin nak buat ais blended tapi tak ada benda tu kat bilik ena ni. Kena beli la. Kalau kat rumah parents ena ni dah lama ena buat. Blend dengan kurma ke, pisang ke. Sedapnyaaaa! Tak bau hamis pun. Kalau yang jenis tak suka susu kambing tu, mesti akan terjatuh hati dengan Vachoc 10 Plus ni. Malah, bukan sahaja ada perisa coklat vanilla, perisa lain pun ada. Nanti you all boleh usya kat website rasminya ya. 



DETAILS VACHOC 10 PLUS

Ena sarankan you all untuk cuba try test Vachoc 10 Plus ni, memang sedap. Ramai juga yang bagi feedback yang positive mengenai Vachoc 10 Plus ni, ena baca kat laman social rasmi EllVita ni. Nanti ena share link untuk ke sana ya.

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Sila-sila lah share bebelan ena mengenai Vachoc 10 Plus ni ye dengan family dan kenalan you all ye. Ajak mereka beli sekali. Hiks. Jangan risau, dijamin sedap. I loike!

VACHOC 10 PLUS | KESEDAPAN SUSU KAMBING BERPERISA COKLAT
Satu kotak Vachoc 10 Plus ini mengandungi 20 sachets.


WEBSITE:

NOMBOR TELEFON:
019-2020 911

FACEBOOK:

INSTAGRAM:




G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK

$
0
0

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN RASA PEDIH

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK | Ena kalau sehari tu terskip waktumakan, mesti perut rasa sakit kat bahagian hulu hati ena ni. Takpun, kalau ena dalam keadaan stress ke, penat ke, lepas tu tak makan ikut waktu, haaaaa..siap sedialah perut ni mula meragam. Sama ada ena jadi hypo, atau ena mengalami gastrik yang teruk. Tahap pedih gastrik ena tu sampai ena ni tak boleh nak luruskan badan bila berjalan. Mencucuk-cucuk sakit tu di belah kiri ni abdomen ena ni. Kalau jadi hypo tak mengapa lagi sebab boleh minum milo suam je ena dah jadi okay.  Kalau gastrik, hmmmm alamatnya kena cari dan kena ngap makanan yang berat-berat seperti nasi, ayam, roti or daging.

Baru-baru ni ena jumpa satu susu yang boleh dijadikan  alternative melegakan rasa pedih gastrik ena ni. Memang berkesan pun. Ena dah amalkan sampai sekarang. Nama susu tersebut adalah G-Storm 360 dari keluaran Ellvita. Susu G-Storm 360 ni bukan sebarangan susu tau. Susunya diperbuat daripada susu kambing, bukan susu mooo mooo (Lembu).  Hiks. Bagaimana rasa susu ni?? Haaaa sila teruskan pembacaan you all ya sebab ena ada share feedback untuk susu ni. So, yang mana ada gastrik macam ena tu, disarankan lah untuk baca entri ni sebelum terus beli susu ni.


G-STORM 360 ELLVITA

Seperti yang ena sudah katakan di atas, susu G-Storm 360 ini merupakan produk keluaran Ellvita HQ yang mengandungi energy booster yang sangat sesuai untuk seisi keluarga dan sangat disarankan  juga bagi mereka yang mengalami pedih hulu hati atau lebih dikenali sebagai Gastrik. Ena ada terangkan serba sedikit mengenai syarikat Ellvita ini di entri Vachoc 10 Plus Ellvita. You all boleh baca di sana ya.


20 bahan semulajadi dalam 1 sachet G-Storm 360
Susu G-Storm 360 ini diformulasikan daripada susu kambing yang telah terbukti khasiatnya pada tubuh badan manusia dan bergabung pula dengan 20 bahan semulajadi yang lain seperti peppermint, manna gum, black seeds, yogurt, apple, spinach, banana, almonds, aloe vera, broccoli,white kidney beans, tomato, carrot, clove flower, turmeric, barley grass, green tea, ginger, fennel seeds, F.O.S dan stevia.

Setiap 20 bahan semulajadi ini memberikan banyak khasiat dan vitamin kepada satu cawan susu G-Storm 360. Sebab itu susu ini sangat elok untuk diamalkan oleh semua manusia. Malah, susu ini juga dapat melegakan pedih gastrik pada perut. Kalau you all nak diet pun boleh amalkan minum susu ni sahaja sebab bagi ena, hanya minum segelas sahaja sudah boleh mengenyangkan perut ena serta memberikan tenaga pada diri ena untuk melakukan kerja seharian.

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK
Bekas G-Storm 360 ini memang ditutup rapi. Dijamin bersih dan selamat. Ni ena dah minum banyak dah, tu sebab tinggal sedikit je sachet tu. Sedappppp


Kelebihan Susu Kambing G-Storm 360 Ellvita adalah seperti berikut:-

1) Sesuai untuk minuman seluruh keluarga kita
2) Memberi tenaga pada diri, otot dan pemikiran kita
3) Mengandungi khasiat yang banyak
4) Memberikan kesihatan pada perut dan usus kita
5) Membuang toksin-toksin yang tidak bagus pada organ badan
6) Melancarkan process penghadaman
7) Mengurangkan rasa pedih gastrik / pedih hulu hati / kerap sendawa


CARA-CARA MENYEDIAKAN G-STORM 360 ELLVITA

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN RASA PEDIH
Segelas susu G-Storm 360. Nyummmm

Bagi ena, ena suka buat susu ni suam-suam kuku. Ada yang suka letak ais tapi ena lebih prefer minum suam. Lagipun, kalau perut tengah gastrik sesuai minum air yang suam-suam ni.  Malah, dapat mengurangkan rasa muak. Hiks. Okay, jom ena share cara hendak menyediakannya. Mudah sahaja dan tak rumit pun. Cara-caranya adalahhhh.....

1 Sachet G-Storm 360 + 120ml air kosong suam.
Ambil pada waktu pagi dan malam


G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN RASA PEDIH
Satu sachet G-Storm 360 dan air suam. Kacau sampai sebati

G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN RASA PEDIH
Serbuk susu G-Storm 360

Mudahhhkannn cara penyediaannya. Sekejap je dah siap. Boleh amalkan setiap hari. Tapi ena suka minum bila gastrik mai sahaja. Sayang nak habiskan cepat sebab sedap, ini pun tinggal berapa sachet je lagi. Sob! Lepas ni boleh la repeat order lagi. Nak beli yang besar terus. Yang ena pegang ni botol yang bersaiz kecil iaitu ada 300g =12 sachets ( 1 Sachet = 25g). Kalau yang botol saiz besar ada 650g iaitu bersamaan 26 sachets. Berbaloi sedikit kalau beli yang besar, tahan lama. 


FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, susu kambing G-Storm 360 ini dah jadi satu cara atau minuman untuk melegakan rasa pedih gastrik ena. Tak perlu ambil ubat gastrik lepas ni dah. Selain iu, selepas ena minum segelas susu G-Storm 360 ini, ena dapat rasakan yang badan ena menjadi lebih bertenaga dan lebih cergas apabila nak melakukan aktiviti seharian. Perut pun jadi kenyang hanya minum segelas susu ni. Fuhh! Puas hati la. Rasanya pun sedap, ada rasa mint berangin sedikit. Tidak terover manis, sedang-sedang sahaja rasanya, tak heavy. I loike!




DETAILS G-STORM 360 ELLVITA

Haaaa! Kepada yang ada gastrik tu, ena sarankan you all untuk cuba try test susu kambing ni sebab susu ni betul-betul berkesan. Tak tipu. Ena pun sudah jatuh hati dengan susu ni. So, kalau you all nak teringin nak memiliki susu ini, dibawah ini ena bagi link untuk you all direct contact dengan pihak Ellvita. You all boleh berurusan jual beli di sana. Ena tak jual tau sebab ena pun pembeli. Hiks.

Itu sahaja rasanya perkongsian ena kali ini. Semoga susu kambing G-Storm 360 ini dapat membantu you all yang ada masalah perut tu. Kalau yang ada masalah perut yang kronik tu, seeloknya pergi buat checkup di hospital yang berdekatan terlebih dahulu. Peringatan, susu G-Storm 360 ini bukan ubat ye, ianya adalah minuman yang boleh diambil dan diamalkan seharian hidup kita.

Apapun, jangan lupa kongsikan produk ini kepada keluarga dan kenalan you all juga. Terima kasih.


G-STORM 360 | SUSU KAMBING MELEGAKAN PEDIH GASTRIK
Yang ini saiz kecil, ada 12 sachet G-Storm 360 di dalamnya


WEBSITE:

NOMBOR TELEFON:
019-2020 911

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH

$
0
0
ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH | Nak cantik?? Nak putih?? Nak kulit berseri?? Nak tahu caranya tak? Ambil wuduq? Haaaa betul dah tu sebab tips yang itu memang tak dapat dinafikan lagi. Hiks. Namun, bagi mereka yang ada masalah jerawat, kulit kusam tu, bukan bermakna mereka tak solat dan tak pernah ambil wuduq ye. Kadang kala, kulit muka kita ni ada masanya akan jadi sangat sensitif dengan cuaca dan keadaan sekeliling seperti debu, pemakanan kita, pekerjaan kita dan emotional kita. Oleh itu, kita tak boleh nak assume orang tu muka penuh dek jerawat or kusam, dia tak pernah ambil wuduq hokai?

Namun di sini, ena nak share satu cara lain yang mampu menolong you all untuk kembalikan kulit muka yang banyak jerawat bernanah tu atau kulit jadi kusam tu kepada kulit muka yang lebih sihat, lebih berseri dan lebih tampak bermaya. Antaranya adalah amalkan produk Elldora Snow Crystal. Haaa, apa pula Elldora Snow Crystal ni? Kristal salji ke? Ahaks. Kalau nak tahu lebih lanjut, mari ena share serba sedikit info Elldora Snow Crystal ni kepada you all. Sila teruskan baca bebelan ena kali ini.

ELLDORA INSPIRE YOUR DESIRE

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Elldora Snow Crystal mudah dibawa kemana sahaja

Elldora dengan slogan kata "Inspire Your Desire" diasaskan oleh Miss Elldora pada tahun 2017. Miss Elldora sentiasa membuat kajian, penyelidikan dan menyediakan produk kecantikkan dari hasil penyelidikannya untuk memastikan mereka yang mengamalkannya nanti akan dapat merealisasikan impian diri sendiri. Terutama bagi mereka yang mempunyai ada masalah kulit kusam pada muka.

Elldora Snow Crystal ini pula adalah salah satu produk Premium keluaran Elldora yang diformulasikan oleh 22 jenis bahan semulajadi yang telah terbukti bagus dan selamat untuk diamalkan oleh kita semua. Elldora Snow Crystal ini sejenis tablet kunyah yang sangat sedap dan mudah untuk diamalkan setiap hari. Terutkan hati ena, nak habiskan sehari Elldora Snow Crystal ni sebab sedap sangat, macam gula-gula. Hiks. Namun, kena ikut nasihat dan saranan yang telah dinasihatkan oleh pihak mereka.

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Elldora Snow Crystal merupakan hak milik bumiputra
ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Di tepi botolnya ada tertakluk tarikh luput setiap satu botol Elldora Snow Crystal

Kelebihan Elldora Snow Crystal adalah produk ini dijamin selamat, bersih dan bahan yang terkandung dalam satu tablet halal untuk dimakan. Disebabkan terdapat 22 bahan semulajadi yang aktif dalam setiap satu tablet kunyah Elldora Snow Crystal ini, ianya bagus untuk mengembalikan kesihatan dalaman dan luaran kita. Kalau nak nampak sihat dari luaran, pastikan kesihatan dalaman kita terjaga juga. InshaAllah, dengan kelebihan yang ada pada Elldora Snow Cyrstal ini dapat membantu mereka yang inginkan impian tubuhan badan yang sihat.

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Tertutup kemas dan rapi demi mengekalkan struktur dan kualiti tablet Elldora Snow Cyrstal.

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Keistimewaan yang terdapat pada Elldora Snow Crystal

Jom lihat kelebihan yang ada pada Elldora Snow Crystal. Di bawah ni ena share poster apa fungsi serta kehabtan Elldora Snow Crystal  ini dengan model yang cun-cun. Mereka nampak berkeyakinan tinggi dan cantik pun sebab mereka pun consume tablet kunyah ini la. Auummmmm!

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
List ringkas tentang kelebihan yang bakal didapati selepas mengamalkan Elldora Snow Crystal

TESTIMONI DARIPADA ENA 

Sejak vitamin ena dah habis, ena amalkan pula Elldora Snow Crystal ni sebab ramai kata bagus. Ena ni jenis susah terjebak tau nak pakai or makan produk sebarangan tetapi entah kenapa hati ni tertarik untuk cuba try test Elldora Snow Crystal ni. Ena pun nak jadi cantik jugaa. Ingat engkorang je keeee? Hiks. Nama pun perempuan, jiwa nak cantikkan diri itu memang ada even ena ni jenis tak feminine sangat.

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Makin berseri tak ena? Nak cantik macam ena, marilah kunyah tablet Elldora Snow Crystal ni. Ehhh! Hahahahha. Perasan pula ena ni

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Babai jerawat! Alhamdulillah, ini salah satu menyebabkan ena jatuh hati dengan Elldora Snow Crystal

So, Alhamdulillah ena nampak keberkesanannya setelah nak dekat 4 minggu amalkan Elldora Snow Crystal ni. Jerawat ena yang mana menanah hari tu mudah kecut dan kulit yang agak burn hari tu makin pulih. Cuma tak seratus-peratus putih la sebab kulit ena ni memang jenis yang tak cerah mana. Ena tak kisah tak putih, yang ena kisah kulit kusam. Ena tak suka kulit ena jadi kusam dan tampak tak sihat. Sebab itu ena cuba try test amalkan yang ini.

Bukan ena seorang sahaja bagi positive feedback mengenai Elldora Snow Crystal ni, ramai lagi sebenarnya. Tak percaya? Mari ena share kat bawah ni.

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH


CARA MENGGUNAKAN ELLDORA SNOW CRYSTAL

Tiada penggunaan spesifik untuk Elldora Snow Crystal ini. Hanya masuk dalam mulut dan kunyah. Mudahkan? Ahaks. Okay, arahan untuk cara ambilan setiap hari adalah:-

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Nampak besar tablet kunyah Elldora Snow Crystal ni, tapi jangan risau sebab sedapppp! Macam gula-gula.

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Dalam satu botol Elldora Snow Crystal, terdapat 60 tablet.

2 - 3 tablet / hari
(1 tablet pagi & 1 tablet petang)


Pesanan dari Miss Elldora. Untuk mendapat kesan yang lebih efektif dan lebih bagus, you all disarankan untuk follow nasihat-nasihat dalam poster dibawah ini. Apa yang perlu buat dan apa yang tidak digalakkan untuk makan ketika amalkan Elldora Snow Crystal ini.

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Ikut jangan tak ikut arahan ini demi tindakbalas yang lebih efektif selepas mengamalkan Elldora Snow Crystal

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Sangat dinasihatkan mereka yang ambil supplement minum banyak air kosong supaya tak membebankan buah pinggang. Pesanan dari owner Elldora Snow Crystal


Dan berita baik dari Miss Elldora juga, tak lama lagi Elldora Majestic Touch Treatment Foundation dan Elldora Dermalic Skincare bakal menggegarkan dipasaran tak lama lagi. Dua-dua produk ini diformulasi khas untuk kulit muka kita oleh para doktor perubatan dan ahli kimia yang bertindak dari luaran secara lebih efektif dan terjamin selamat.. Elldora Snow Crystal ini bertindak secara dari dalaman. Haaa, memang lengkap dan sesuai dengan slogan kata "Inspire Your Desire".

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Skincare daripada keluaran Elldora

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Foundation daripada keluaran Elldora yang boleh menyihatkan dan melindungi kulit muka

DETAILS ELLDORA SNOW CYRSTAL

Bagi you all nak cuba try test juga Elldora Snow Crystal ini, di bawah ini ena sharekan link untuk memudahkan you all berurusan sendiri dengan pihak mereka. Kalau ada lagi pertanyaan yang lebih mendalam, you all juga digalakkan untuk contact pihak Elldora sendiri. Ena bukan penjual ye. Ena just sharekan apa yang ena rasa dan juga pengalaman ena sepanjang serba sedikit sepanjang ena guna produk ini.

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Semoga produk ini dapat membantu mengembalikan kesihatan kulit wajah you all. Haaa! Jangan lupa share ye info Elldora Snow Crystal ini pada kawan-kawan atau family you all ye. Terima kasih.

ELLDORA SNOW CRYSTAL | KEMBALIKAN KESERIAN PADA WAJAH
Ena dah cuba try test Elldora Snow Crystal ni. You all bila lagi? Hika. Grab it NOW!


ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS

$
0
0
ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS

ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS | Ena pernah bertanya pada kawan-kawan ena bagaimana bagi makeup kita tampak kemas dan tahan lama. Kwana ena sarankan sebelum pakai makeup tu kita kena buat something dahulu kat muka. Penjagaan kulit muka pre-makeup antaranya seperti cuci muka, letak pelembap dan apply toner. Lepas tu, kita kena tahu la jenis kulit muka tu macam mana, berminyak ke, kering ke, normal ke, dan pilihlah alat solek yang sesuai dengan jenis kulit masing-masing.

Sejujurnya, ena ni bukan la pandai makeup macam perempuan yang lain. Sekadar pakai bedak or foundation, eyeliner, lipstick tu reti la. Kalau nak contour, nak mancungkan hidung semua tu, maaf, memang tak pandai tapi sekarang tengah belajar. Hiks. Lepas apa yang kawan ena nasihatkan tu, ena terjumpa satu produk daripada Altheaiaitu Bare Essentials. Set produk Althea Bare Essentials ini seperti yang ena baca dapat membantu la makeup kita tampak lebih kemas dan cantik. Selain itu, ramai juga yang bagi feedback yang positive mengenai produk ini. Oleh sebab itu, ena rasa yakin nak cuba try test Althea Bare Essentials ini. Hanya 3 cara sahaja, tak perlu tepek macam-macam benda dah kat muka tu sebelum pakai makeup. Hiks.


3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS


ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS
1 Set Althea Bare Essentials
Ena rasa majoriti pembaca ena ni sudah tahu kan Althea ni mengenai apa. Sebab ianya sangat popular dan sering diperkatakan oleh orang sekeliling ena. Kalau mencari atau hendak beli barang makeup yang berkualiti, mereka mesti akan rujuk website ni. Ena la salah seorangnya tu. Ahaks. Ena juga pernah kongsikan cerita mengenai Althea (KLIK DI SINI). You all boleh baca pengalaman ena dengan produk yang lain yang ena dapat dari Althea juga.

Okay, pada mulanya ena ingat nak rahsiakan semua ini, nak sesorang je rasa cantik tapi rasanya tak rugi kot kalau kongsi dengan you all juga. Oleh itu, meh ena nak membebel mengenaiAlthea Bare Essentials. Bagi mereka yang nak tahu apa 3 cara untuk makeup tampak kemas, sila teruskan baca bebelan ena ni sampai habis. Ena kongsikan sedikit sebanyak yang ena tahu mengenai Althea Bare Essentials ni.

Cara-caranya adalah.....



1) Contour Cleanser, Micro Bubbleshots

ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS
Althea Bare Essentials: Contour Cleanser
ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS

Sebelum pakai makeup, cuci muka dengan dengan Contour Cleanser ini terlebih dahulu. Cleaser ini berfungsi menanggalkan kekotoran yang masih melekat pada kulit dan liang roma muka. Selain itu, clenaser ini juga dapat menyegarkan struktur kulit muka selepas dan sebelum pakai makeup. You all boleh pakai seperti pencuci muka yang biasa you all pakai, tidak semestinya apply sebelum nak pakai makeup je tau.

Bahan-bahan:Ice Plant, Lemon Verbena Leaf


2) Primer Water, Clear Dewdrop

ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS
Althea Bare Essentials: Primer Water
ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS

Lepas cuci muka dengan Contour Cleanser, next step you all ratakan Primer Water ni di sekeliling muka dengan menggunakan kapas muka. Disarankan guna kapas dari guna tangan sendiri sebab kita tak tahu tapak tangan tu tengah bersih ke atau tidak. Tangan kotor boleh menyebabkan jerawat tumbuh pada muka tau. Heeee. Okay, Primer Water ini berfungsi sebagai toner di mana  dapat menghapuskan kekotoran yang tersumbat dalam liang roma. Selain itu, dapat menyerikan dan menyegarkan lagi warna kulit. For your information, Primer Water ini penting untuk jadikan makeup tampak kemas dan tahan lebih lama.

Bahan-bahan:Snow Lotus, Patented Dewdrop Technology


3) Fixer Cream, 24 hrs Hydration

ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS
Althea Bare Essentials: Fixer Cream

Sesuai untuk kulit yang ada masalah dengan kekeringan. Dan sangat disarankan apply sebelum bermakeup sebab sesetengah bahan dari makeup kita tu akan menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Oleh itu, selepas pakai Primer Water, sapu sahaja Fixer Cream ini pula. Cream ini mampu mengekalkan kelembapan kulit muka ketika pakai makeup dan juga selepas you all buang makeup dari muka.

Bahan-bahan: Trehalose, Green Tea, Baobab Tree


ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS
Mudah! Hanya dengan 3 produk Althea Bare Essentials sahaja. No complicated anymore for pre-makeup

Haaa lepas dah apply semua tu, boleh dah la nak pakai makeup, bedak, foundation semua tu. Mudahkan??? Ye sangat mudah tapi yang mudah-mudah ni laaa ada juga yang malas nak buat. Bagi yang belum tahu tu, ambil tindakkan dari sekarang sebelum kulit wajah you all bertambah kusam dan tak sihat dek kerana bahan makeup yang you all pakai tu. Lagi satu, banyakkan minum air kosong dan jaga pemakanan seharian you all. Luar dah support dengan Althea Bare Essentials, dalaman kita pun kena support dengan benda yang elok dan berkhasiat.


FEEDBACK DARIPADA ENA

ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS
3 cara untuk makeup tampak kemas dengan hanya menggunakan Althea Bare Essentials

Kepada yang ingin mencuba Althea Bare Essentials ini, dialu-alukan sangat untuk memilikinya. Ramai juga yang kata bagus dan ena pun dah cuba try test produk ni. Sejujurnya, ena jatuh hati dah sekarang. Struktur kulit ena setelah apply makeup nampak berbeza dari dulu dan sekarang. Sebab itu ena nak ajak you all juga untuk cuba try test produk yang ini. Memang best! Terutama Primer Waternya. Ngammm sangat dengan kulit ena.

Apapun, semoga Althea Bare Essentials ini dapat membantu you all yang inginkan makeup tampak kemas dan tahan lebih lama. Kalau nak tahu harga, you all boleh pergi pada websitenya sahaja. InshaAllah, jangan khuatir, harga mampu dimiliki oleh semua orang. Mengenai packaging jangan risau, dijamin selamat sampai barangnya ke tangan you all. Malah, botol Primer Water tu plastik. Kalau terhempas, tak akan pecah. InshaAllah.


DETAILS ALTHEA BARE ESSENTIALS

Okay, kepada yang ingin beli satu set Althea Bare Essentials ni, you all boleh teruskan urusan jual beli di websitenya ye. Atau you all boleh usya terlebih dahulu pada laman social Althea yang lain seperti Facebook dan Instagram. Di bawah ni ena share link untuk ke sana. You all klik sahaja link tersebut.

Itu sahaja perkongsian daripada ena kali ini. Jangan lupa SHARE hal ini pada mereka yang you all sayang. Terima kasihhh.

ALTHEA BARE ESSENTIALS | 3 CARA UNTUK MAKEUP TAMPAK KEMAS
Ena suka kotak Althea ni. Buat koleksi dah sekarang. Dah la warna pink. I loike


WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

NUR RAMADAN | SUMBANGAN DIBERIKAN KEPADA GOLONGAN ASNAF

$
0
0
NUR RAMADAN | SUMBANGAN DIBERIKAN KEPADA GOLONGAN ASNAF | Alhamdulillah, lebih kurang daripada 20 hari sahaja semua umat Islam bakal meraikan bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan dimana kita semua akan berpuasa selama sebulan. Ena rasa macam baru je lagi sambut bulan Ramadan hari tu, rupanya sudah nak dekat setahun. Cepat betul masa berlalu. Namun, ena bersyukur kerana diberikan pelbagai kemudahan dan kesempatan untuk menyambut bulan puasa dengan gembiranya. Cukup makan, cukup perbelanjaan, cukup masa dan pelbagai lagi kemudahan.

NUR RAMADAN | SUMBANGAN DIBERIKAN KEPADA GOLONGAN ASNAF
Sumbangan Nur Ramadan. Sumber: Google

Namun begitu, kita kena beringat juga bahawa ada antara kita yang kurang bernasib baik seperti kita dimana mereka tak mampu meraikan bulan Ramadan serta Syawal segembira dan semewah kita semua. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Terutamanya golongan seperti golongan asnaf.

Sara hidup di ibu kota, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan. Tempat memang nampak gah secara luarannya kerana dikenali sebagai Ibu Kota kepada Negara. Namun bukan semua penghuni di situ memiliki kemewahan yang melimpah ruah serta kesenangan hidup sepanjangan masa. Golongan yang kurang bernasib baik ini juga ada menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu. Sangat kasihan pada golongan asnaf ni, tambahan pula kena teruskan kehidupan mereka di sana yang penuh dengan ujian kehidupan serta rezeki masing-masing.


SUMBANGAN NUR RAMADAN 

NUR RAMADAN | SUMBANGAN DIBERIKAN KEPADA GOLONGAN ASNAF
Aktiviti Sumbangan Nur Ramadan. Sumber Gambar: Google

Demi menangani masalah serta beban yang ditanggung oleh golongan asnaf ini, terutama pada bulan Ramadan yang mulia, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergading bahu mengadakan satu program yang sangat mulia iaitu Sumbangan Nur Ramadan. Program ini diterajui oleh Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Program Sumbangan Nur Ramadan ini bertujuan untuk meringan beban yang dialami golongan asnaf terutamanya ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga yang kurang berkemampuan. Program ini akan kembangkan sayapnya ke 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan yang lain, termasuklah Putrajaya dan Labuan.

Ketika program ini berlangsung, beberapa aktiviti yang bakal dijalankan bersama dengan golongan asnaf ini seperti majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, majlis penyampaian sumbangan dan pelbagai lagi aktiviti yang ada yang dapat menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini. Sebarang informasi terkini mengenai program serta aktiviti akan di update dari semasa ke semasa. 


NUR RAMADAN | SUMBANGAN DIBERIKAN KEPADA GOLONGAN ASNAF
Aktiviti Sumbang Nur Ramadan pada golongan asnaf. Sumber Gambar: Google

Dengan harapan yang tinggi semoga tujuan utama program seperti ini tercapai dan dapat memberikan sinar kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tiada jurang antara yang kurang bernasib baik dengan mereka yang berkemampuan serba serbi. Semua dapat merasai dan menikmati rezeki yang Allah bagi pada kita semua terutama ketika bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Semoga semua umat Islam di negara ini, tidak kira pangkat atau darjat, dapat menyambut bulan Ramdan Al-Mubarak bersama-sama dengan rasa lebih gembira dan lebih bersyukur dengan apa yang nikmat diberikan. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Alhamdulillah lagi sekali, negara kita yang dicintai ini, Malaysia, masih aman dan bertuah lagi kalau hendak dibandingkan negara Islam yang sedang bergelut dengan musuh. Namun, kita di sini jangan lupa berdoa juga untuk umat Islam di sana supaya dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah.  


PERMATA HATI WILAYAH | MENGURANGKAN BEBAN PARA IBU

$
0
0
PERMATA HATI WILAYAH | MENGURANGKAN BEBAN PARA IBU | Ena dahulunya seorang yang berhati besi, namun bila umur kian meningkat ni hati dan perasaan ena ni mudah tersentuh, sensitive dan mudah sebak, macam hati ini sudah jadi kapas tisu tu semua la. Uhuks. Tambahan pula, kalau ternampak orang tua, seorang diri atau berdua, lagi bertambah rasa sebak je dada ni. Silap hari bulan, boleh mengalir air mata ni dengan tiba-tibanya. Sama juga bila dengar cerita mengenai kisah ibu tunggal yang kurang bernasib baik la, golongan kurang upaya serta golongan yang kurang bernasib baik.


Baru-baru ini ketika ena sedang menaiki kemudahan awam di ibu kota, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ternampak seorang ibu membawa anak-anak kecilnya menaiki kenderaan awam tersebut sambil memegang barangan yang dibeli dalam keadaan termengah-mengah. Melihat keadaan macam tu pun ena dah rasa sedih dan sayu. Dalam hati merintih, beginilah pengorbanan seorang ibu.

Selain daripada itu, ena pernah juga mendengar rintihan ibu-ibu tunggal yang kurang bernasib baik dalam rezeki kehidupannya di ward postnatal, hospital dirahsiakan. Allahu, menitis air mata ni dan ena bersyukur sangat dengan rezeki yang ada sekarang sebab kat luar sana ada yang lebih susah dan peritnya hidupan mereka. Kadang kala hati kecil ni merungut juga apabila melihat orang lain rezekinya melimpah ruah, tak sama macam diri ni. Namun, bila diri sendiri sudah berhadapan dengan pesakit sendiri dan juga menjadi telinga untuk mereka, ena rasa kehidupan ena ni cukup-cukup bertuah dah. Cuma tak tahu la, kehidupan ena ni bagaimana untuk masa depan yang akan datang ni. Hidup sekarang ni pun ena dah terasa susah dan mencabar. Hmmmmm.


PROGRAM PERMATA HATI WILAYAH


Bercerita mengenai ibu tunggal ni, baru-baru ini ena ada terbaca tentang satu program untuk para ibu tunggal atau ibu muda di luar sana yang baru melahirkan anak terutama bagi mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan. Yela, sekarang ni semua barang dah naik harga. Barang-barang bayi pun bukan la murah ena tengok kat pasaraya tu. Barang-barang tu semua adalah barang keperluan untu bayi. Ena sangat simpati pada pasangan yang baru menerima cahaya mata ni tetapi tidak berkemampuan, kasihan pada si anak kecil tu.

Namun, ena berasa lega sedikit bila tahu Program Permata Hati Wilayah ni wujud. Ena sediri tak tahu sebelum ni, maaflah terkuno sejenak. Ahaks. Okay, ena nak kongsi sedikit la mengenai program ini. Program Permata Hati Wilayah ini bertujuan untuk mengurangkan beban ibu tunggal atau ibu muda di luar sana yang baru melahirkan anak terutama bagi mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan. Ini merupakan salah satu antara inisiatif pihak Wilayah Persekutuan dimana aktiviti-aktivitinya disokong oleh Puteri Umno Titiwangsa.


AKTIVITI LAWATAN KE HOSPITAL 

Pihak mereka akan menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal atau pasangan yang kurang berkemampuan dengan cara membuat lawatan ke hospital-hospital yang terpilih. Bantuan yang disumbangkan seperti barangan atau perkakas keperluan bayi dan lain-lain lagi yang mampu meringan beban ibu tunggal atau pasangan yang kurang bernasib baik.

Sekali gus dengan harapan mereka atas sumbangan ini dapat meringankan beban serta mengembalikan senyuman kepada ibu tunggal atau pasangan yang seperti dikatakan. Macam ena bebel sebelum ini, hidup kita ni makin hari makin mencabar. Bagi yang nasib hidupnya baik, Alhamdulillah. Namun, ena bayangkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Allahu, ena rasa ena pun tak kuat nak harungi. 



Apapun, ena berharap dengan ada program mulia sebegini sedikit sebanyak dapat menolong serta mengurangkan beban ibu tunggal atau pasangan yang nasibnya tidak sebaik seperti pasangan yang lain. Malah, semoga Program Permata Hati Wilayah ini juga dapat membuka mata dan hati rakyat sekeliling yang ter’buta’ dengan nikmat dan keseronokan hidup yang telah dikecapi selama ini. 



InshaAllah, bila kita sama-sama menolong orang yang susah, Allah akan menolong kita semula sama ada di dunia mahupun di akhirat. Tak rugi pun menolong orang lain. Betul tak? Okay, itu jelaaa bebelan ena kali ini. Jangan lupa sharendengan kawan-kawan mahupun keluarga tentang Program Permata Hati Wilayah ni ye. Terima kasih.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT

$
0
0
BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT | Alhamdulillah, lagi sekali  kita sebagai umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Sekejap je masa berlalu kan. Ena rasa macam baru sahaja beraya pada bulan 7 tahun lepas. Fuhhhh! Mesti you all tengah excited kan??? Yela, masing-masing ingin menikmati keindahan bulan puasa kali ni bersama dengan family mahupun dengan rakan-rakan atau orang yang disayangi. Sudah rancang untuk berbuka puasa di mana nanti? Pada minggu pertama sudah pasti ada yang mengambil peluang untuk berbuka di rumah bersama family kannn. Ena je masih berpuasa diperantauan. Sobs! 

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Ena dan partner Foodhunting ena, Yazid untuk merasai Buffer Ramadan Restoran Bangi Golf Resort 2018

Namun sekiranya ada yang ingin berbuka di luar bersama keluarga tersayang, mari ena nak share satu tempat makan yang menyediakan Buffet Ramadan yang telah lama dikenali oleh orang ramai. Buffet Ramadan tersebut bertempatkan di Restoran Bangi Golf Resort (BGR), Bangi. Siapa pernah berbuka di sini?? Best tak? Mari kongsika di ruang komen ya. Alhamdulillah, pada tahun ini lagi sekali ena diberi peluang untuk kongsikan kepada you all tentang Buffet Ramadan 2018 Restoran Bangi Golf Resort. Menarik menu Buffet Ramadan kali ini. Nanti ena share di bawah. Pada tahun-tahun sebelum ini pun ena ada kongsikan juga Buffet Ramadan di sini, you all dijemput baca pada Suasana Beriftar di Bangi Golf Resort 2015 dan Buffet Ramadan Bangi Golf Resort 2017.


BUFFET RAMADAN 2018 RESTORAN BANGI GOLF RESORT

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Tema Buffet Ramadan Restoran Bangi Golf Resort 2018, Kebun Dalam Bandar

Pada mereka di luar sana yang gemar dan suka berbuka puasa di Restoran Bangi Golf Resort (BGR), pada Ramadan 2018 kali ini, pihak mereka bakal menyediakan hidangan Buffet Ramadan yang kepelbagaian, mewah dan menyelerakan. Lebih daripada 200 jenis hidangan gastronomik yang bakal disediakan nanti, makanan masakan barat, timur dan juga Melayu. Oleh itu, you all boleh penuhkan perut you all dengan kepelbagaian jenis makanan yang ada di Restoran BGR.

Bagi yang tidak pernah lagi cuba try test berbuka puasa di sini, jangan risau tentang status kebersihan dan halal kat sini. Restoran BGR ini telah mendapat status halal daripada JAKIM sejak tahun 2009, malah telah diiktirafkan sebagai restoran yang sangat patuh dengan polisi halal dalam negeri Selangor. Berikut pula adalah tarikh serta details Buffet Ramadan 2018 Restoran BGR.


TARIKH BUFFET RAMADAN:
19/5/2018 (Sabtu) - 13/6/2018(Rabu)

HARGA BUFFET:
Dewasa: RM59 (Seorang)
Kanak-kanak: RM29.50(seorang)

KEMUDAHAN:
800 tempat letak kenderaan, Surau, Toilet


MENU BUFFET RAMADAN 2018 RESTORAN BANGI GOLF RESORT

1) Sajian Eksklusif

Para tetamu boleh merasai keenakan makanan yang sangat digemari oleh orang ramai iaitu Daging Bakar dan Sup Kambing Mamak. Panas-panas disediakan kepada you all semua. Selain itu, you all boleh menikmati Satay Ayam dan Daging serta Kuey  Teow goreng dan Mee Mamak.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


2) Hidangan Barat Moden

Di bahagian ini pula, menyediakan masakan dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Kalau ada yang berminat untuk menu Lasagna Ayam dan Spaghetti Carbonara, you all boleh dapatkan di sini juga.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


3) Masakan Melayu dan Tradisional

Bertemakan "Kebun Dalam Bandar" di mana chef Restoran BGR menanam sendiri sayur-sayuran organik di sini dan menggunakan tanaman tersebut untuk juadah berbuka puasa di sini. Antara menu yang meletop untuk bahagian ini adalah Nasi Kerabu atau nasi biru yang diperbuat daripada kelopak bunga Telang, dan warna biru tu pastinya bukan daripada pewarna tau. You all juga boleh menikmati Laksa Tradisional Sarawak dan Laksa Tradisional Singapura.


BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


4) Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna

Restoran BGR juga menyediakan Nasi Ayam Hainan yang menggunakan cara masakan berteknologi tinggi untuk memberikan rasa yang empuk dan berjus pada daging ayam tersebut. Tidak lupa dengan menu kegemaran ramai iaitu Daging Masak Lada Hitam dan juga menu terbaru mereka iaitu Filet Ikan digoreng dengan Sos Mentega.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


5) Pencuci Mulut

Pencuci mulut kat sini memang banyak dan rambang mata. Dari pemanis mulut hingga la buah-buahan, you all boleh makan sepuas hati dan semampu perut masing-masing. Ena nak senaraikan satu-satu memang tak boleh la, banyak. Kalau nak tahu lebih lagi, marilah sendiri berbuka puasa di sini.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


FEEDBACK DARIPADA ENA

Buffet Ramadan Restoran Bangi Golf Resort kali ini berjaya memuaskan hati ena dengan kesedapan dan hidangan daripada pihak mereka. Setiap tahun ena merasai Buffet Ramadan di Restoran BGR ini, tidak pernah mengecewakan ena malah setiap tahun itu ena rasa keenakan masakannya semakin bertambah.

Selain itu, tempat pun selesa untuk berbuka puasa. Ada penghawa dingin dan tidak berpenghawa dingin. Toilet dan surau pun dekat dengan dewan makan Restoran BGR. Sangat memudahkan mereka untuk menunaikan solat di sana. Harga untuk Buffet Ramadan Restoram BGR pun sangat berpatutan dengan kuantiti dan kualiti makanan serta minumannya.

Kawan-kawan ena a.k.a patner foodhunter ena menikmati Buffet Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Dewan Kenanga Restoran Bangi Golf Resort

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Tempat makan yang lain di sediakan juga di Restoran Bangi Golf Resort

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter
Persembahan untuk memeriahkan majlis berbuka puasa di Restoran Bangi Golf Resort. Bermula 6.30pm hingga 9.30pm

Untuk pengetahuan you all, sebanyak 1% daripada keuntungan yang pihak Restoran BGR dapat akan disalurkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tambahan juga, pihak mereka juga bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan serta menyelamatkan makanan yang berlebihan dari Buffet Ramadan ini untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.


DETAILS TEMPAHAN BUFFET RAMADAN RESTORAN BGR

Kepada mereka yang ingin buat tempahan, details harga dan tarikh boleh rujuk di atas ya, you all boleh hubungi pihak mereka dengan details di bawah ini.

BUFFET RAMADAN 2018 | RESTORAN BANGI GOLF RESORT - IAFoodhunter


ALAMAT
Restoran Bangi Golf Resort 
No.1, Persiaran Bandar, 
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
(Boleh guna Waze / Google Map)


HOTLINE 
1700-81-8557 (Tempahan / Pertanyaan)


FACEBOOK: 

INSTAGRAM:

WEBSITE:


HASHTAG:
#BGRBuffetRamadhan18  #BangiGolfResort  #makansedap


BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC)

$
0
0
BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVESYEN SHAH ALAM (SACC) | Salam Ramadhan Kareem semua, bagaimana puasa you all? Baik?? Alhamdulillah, ena setakat ni bersyukur sebab diberikan kekuatan pada tubuh badan untuk berpuasa seharian dan dalam masa yang sama selesaikan kerja apa yang patut. Okay, ena nak kongsikan satu lagi tempat Buffet Ramadan yang ena pergi baru-baru ini iaitu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam.

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Para blogger yang memeriahkan Buffet Ramadan 2018 SACC

Alhamdulillah, terima kasih pihak SACC atas jemputan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa SACC Bersama Anak Yatim 2018 baru-baru ini. Sekali gus, ena ambil peluang ini untuk kongsikan dengan you all mengenai Buffet Ramadan di sini dan juga majlis berbuka puasa seperti yang telah disebut sebelum ini. Ena sebenarnya dah lama pasang niat hendak berbuka puasa bersama-sama dengan anak yatim. Tahun ini, Alhamdulillah, dapat juga ena berbuka puasa bersama mereka walaupun tidak semeja. Ena suka join program mulia sebegini sebab ena suka tengok kegembiraan  yang terpancar di  wajah mereka.


PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC)

Mari ena share sedikit mengenai Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) memandangkan ena tidak pernah ulaskan lagi. Okay, SACC ini merupakan ikon kebanggaan Bandar Raya Shah Alam dan juga tempat untuk mereka ingin melakukan event seperti perkhidmatan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Malah, masa ena pergi kat situ, di dalamnya ada terletak bistro yang diberi nama Westside Bistro. Bistro ini beroperasi dari jam 7am hingga 11am.

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Sedikit tazkirah ketika pembukaan Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak Yatim

Apa yang ena tahu, SACC ini memang sinonim dengan amalan kemasyarakatan, dan pada tahun ini SACC telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di mana ena pun turut sertai juga baru-baru ini. Aktiviti yang dijalankan ketika majlis berbuka puasa ini adalah seperti memberi sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim. Program ini dijalankan atas kerjasama pihak SACC dengan ADABI Consumers Industries Sdn.Bhd yang bertujuan untuk menggembirakan dan membantu sedikit sebanyak anak-anak ini dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. InshaAllah.


BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Sesi Bergambar Anak Anak Yatim di Majlis Berbuka Puasa SACC


Ena turut gembira melihat anak-anak yatim ni seronok berbuka puasa di SACC dengan Buffet Ramadan yang sangat meriah dan kepelbagaian makanannya. SACC meneruskan kemeriahan Buffet Ramadan 2018 dengan bertemakan Warisan Tradisi dan menyediakan lebih daripada 100 jenis hidangan resepi turun temurun khas buat pengunjung SACC. Di bawah ini ena share details Buffet Ramadan di sini.


TARIKH BUFFET RAMADAN:
18/5/2018 (Jumaat) - 13/6/2018 (Rabu)

HARGA BUFFET:
Dewasa: RM88 (Seorang)
Kanak-kanak: RM52 (seorang)
Warga Emas: RM52 (Seorang)

KEMUDAHAN:
Tempat letak kenderaan, Surau, Toilet


Selain daripada itu, untuk bulan yang mulia ini pihak SACC juga melakukan satu lagi amalan yang murni iaitu berusaha mencari dana untuk Tabung Kebajikan Gelandangan di mana setiap pembelian Buffet Ramadan dengan harga RM88+, sebanyak RM1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Kebajikan Gelandangan ini. Inisiatif yang murni ini juga atas kerjasama pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur. Semoga bantuan sumbangan sebegini dapat menolong mereka yang kurang bernasib baik di sana.

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak Yatim 2018

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Alhamdulillah seronok lihat anak-anak kecil ni berselera berbuka puasa di Buffet Ramadan SACC 2018


MENU BUFFET RAMADAN 2018 PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM

Berikut adalah segelintir menu yang ena sempat ambil gambar sebab ena dah tak sabar nak berbuka masa ni. Ahaks. Ada pelbagai jenis lagi makanan dan minuman yang disediakan untuk juadah berbuka puasa kat sini. Kalau nak tahu, you all boleh ambil pengalaman sendiri dengan berbuka puasa di sini.

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Kambing Bakar yang wajib ada di Buffet Ramadan 2018 SACC

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Kacang Pool di Buffet Ramadan 2018 SACC. Ini first time ena makan kacang pool. Sedappp!

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Pelbagai aneka buah-buahan yang ada di Buffet Ramadan 2018 SACC

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Kalau nak makan nasi berlauk pun ada di Buffet Ramadan 2018 SACC. Semua sedap dan menyelerakan. Nyummm!

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Menu paling ena suka makan di Buffet Ramadan 2018 SACC. Ena tak ingat namanya tapi ena panggil cucur cendawan. 

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Bagi penggemar kerabu, di Buffet Ramadan 2018 SACC ada pelbagai jenis kerabu yang anda boleh rasai

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Kepelbagaian ulam yang enak dimakan dengan sambal yang super duper aaaummm. Hanya di Buffet Ramadan 2018 SACC

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Kuih-muih tradisi pun turut ada di Buffet Ramadan 2018 SACC.

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Pencuci mulut yang menyelerakan di Buffet Ramadan 2018 SACC

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Minuman panas di Buffet Ramadan 2018 SACC

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Minuman sejuk di Buffet Ramadan 2018 SACC


DETAILS TEMPAHAN BUFFET RAMADAN SACC

Kepada yang bercadang untuk berbuka puasa di sini, ena alu-alukan sangat dan you all boleh contact dengan pihak mereka sahaja. Ena share dibawah ini cara untuk hubungi pihak mereka. Mengenai tarikh dan harga, ena sudah kongsikan di atas ya. 


BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Kami, Foodhunter dan Foodblogger di Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak Yatim 2018

BUFFET RAMADAN 2018 | PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) - IAFoodHunter
Dewan makan yang selesa untuk para tetamu menikmati Buffet Ramadan 2018 SACC


TELEFON:
03-5511885

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN

$
0
0
YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN | Siapa kat sini sudah tengok video penuh ‘Syawal Terbaik Ramadan’ dari Yeo’s Malaysia? Kalau belum, anda boleh klik SINI untuk lihat sendiri video tersebut. Okay, mari ena kongsikan sedikit mengenai video ini. Video‘Syawal Terbaik Ramadan’ mengisahkan pengalaman seorang budak lelaki yang bernama Syawal ketika berpuasa di bulan Ramadan.

YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN - IAFoodHunter



Ketika berpuasa, Syawal termimpi disiang hari dan di dalam mimpi itu mengisahkan Syawal ini  sedang minum air Soya Yeo’s sejuk-sejuk yang sedap dan sihat. Bila dia terbangun dari tidur terus dia pergi sedut sekotak air yang disimpan di dalam bilik. Jeng Jenggggg! Apa lagi, terkantoi la dengan parents dia. Adeeiiii! Tapi ayahnya bawa dia ke suatu tempat di dalam peti ais. Haaaaa ada dunia lain tau dalam peti ais tu. Jengg jenggg! Kalau nak tahu apa jadi kat dunia tu, sila tontoni dahulu video penuh Syawal TerbaikRamadan dari Yeo’s Malaysia.

YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN - IAFoodHunter
Family Syawal juga memilih Soya Yeo's untuk berbuka puasa

YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN - IAFoodHunter
Ini Syafiq, antara watak utama dalam video Syawal Terbaik Ramadan Yeo's Malaysia. Siapa pula Syafiq ni? Jeng jeng jengggg!

YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN - IAFoodHunter
Di dalam mimpi Syawal. Haaa Syawal dengan Syafiq tu ada kaitan tau. Kalau nak tahu sila tengok video penuh Syawal Terbaik Ramadan Yeo's Malaysia.


MENGGAMIT MEMORI BERSAMA SOYA YEO'S

Bila ena tengok kisah Syawal ni tetiba menggamit memori ketika ena kecil-kecil dulu. Sebijik macam dia la, tak suka puasa tapi abah ena sudah janji hendak bagi sehari RM1 kalau ena puasa. Itu yang kekadang menyorok la minum air, makan ke dan macam-macam lagi la gelagat nakal ena ketika puasa dahulu. Bila tengok Soya Yeo’s ni pun mesti teringat satu alkisah yang tidak dapat dilupakan masa kecil-kecil dahulu. Ahaks, biarlah menjadi rahsia ena. Haihhh, biasalah kan baru nak kenal apa itu puasa masa tu, sekarang ni Alhamdulillah, takkan la nak buat perangai macam tu lagi ye dok. Dah nak jadi emak orang dah. Ehhh. Gurau jee.

YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN - IAFoodHunter
Lepas lihat video Syawal Terbaik Ramadan tu, terus ena beli beberapa kotak Soya Yeo's untuk minum ketika berbuka. Nyumm

Untuk pengetahuan anda, Soya Yeo’s ini merupakan salah satu air kegemaran ena dan juga keluarga ena sejak dahulu lagi. Dulu corak kotaknya berbeza, sekarang ni dah upgrade. Mestilah kannn. Namun, keenakan dan kesedapan air Soyanya masih kekal sama. Kalau bulan puasa, nikmatnya lain macam tau kalau hendak dibandingkan dengan hari biasa. Sebab tu dulu, kalau berbuka mesti ada sekotak air Soya Yeo’s ini.


BERBUKA PUASA DENGAN SOYA YEO'S

YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN - IAFoodHunter
Pre-berbuka puasa bersama Soya Yeo's Malaysia dan Kurma

Bagi mereka yang tidak sempat untuk berbuka puasa seperti ada yang tengah hadap kesesakan jalan raya ketika pulang dari kerja atau pulang dari mana-mana la, so ena suggestkan boleh singgah di mana-mana kedai minyak atau kedai runcit untuk beli air Soya Yeo’s yang sedap dan sihat ini untuk batalkan puasa anda. Harga pun murah. Kalau ada standby kurma dalam kereta lagi bagus. Makan kurma dengan air Soya Yeo’s. Tambahan pula, kita boleh solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan benda berat setelah perut sudah dialas dengan air Soya Yeo’s.


YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN - IAFoodHunter
Beli satu kotak besar Soya Yeo's Malaysia, baru syokkk! Hari-hari boleh berbuka puasa dengan air Soya Yeo's.

YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN - IAFoodHunter
Ada pelbagai lagi jenis minuman dari keluaran Yeo's Malaysia

Bukan Soya Yeo’s sahaja yang ada, kalau you all kurang gemar soya atau ingin kepelbagaian air ketika berpuasa, you all boleh beli air The Krisantimum Yeo’s atau Cincau Yeo’s. Haaaa! Ena baru teringat yang dulu ni ena selalu campurkan Cincau dengan air Soya. Sedapnyaaaa! Minum sejuk-sejuk ketika berbuka puasa. Fuhhh! Nikmat! Tapi pastikan beli jenama Yeo’s tau untuk dua-dua air tu. Boleh dapatkan di kat kedai yang berhampiran dengan you all, jangan risau.


YEO'S RAMADAN 2018 | JOM LIHAT VIDEO SYAWAL TERBAIK RAMADAN - IAFoodHunter
Jom minum Soya Yeo's yang sedap dan sihat ni. Selamat Berbuka ya.

Itu sahaja perkongsian ena kali ini mengenai air Soya Yeo’s yang sedap dan sihat. Jangan lupa tau tontoni video penuh ‘Syawal Terbaik Ramadan’ di Facebook rasmi Yeo’s Malaysia dan jangan lupa juga share dengan orang yang anda sayangi. Okay? Untuk maklumat lebih lanjut, you all juga boleh layari:-


FACEBOOK:

WEBSITE:

HOTLINE:
1300-80-2828

HASHTAG:
#TerbaikRamadan


LAZADA MALAYSIA | PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018

$
0
0
LAZADA MALAYSIA | PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018 | Siapa kat sini suka membeli belah secara online di website Lazada Malaysia? Mesti ramai kan. Ena pun tidak terkecuali, selalu juga beli barang di sana. Bukan apa, ena pilih website ini sebab senang nak berurusan. Lagipun Lazada Malaysia ini sudah dikenali dan diyakini oleh orang ramai sejak dahulu lagi. Haaaaa berita baik untuk anda, kini Lazada Malaysia sedang mengadakan promosi baucer Buffet Ramadan sehingga 40% potongan dari harga asal.



Ya Allah best betul! Mudah sekarang, nak cari tempat berbuka pun hanya di hujung jari sahaja. Mujur juga ada Lazada Malaysia ni meringankan beban kita semua. Okay, kalau ada antara anda yang sedang mencari tempat untuk iftar yang menyediakan harga berpatutan dan menyediakan pelbagai hidangan, anda boleh klik sahaja di SINI


PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN LAZADA MALAYSIA

Lazada Malaysia merupakan platform untuk membeli secara online menerusi komputer riba atau telefon pintar. Anda boleh layari sahaja www.lazada.com.my atau muat turun aplikasi Lazada di telefon pintar masing-masing. Sekarang ni, anda juga boleh beli baucer Buffet Ramadan menerusi website ini juga. Banyak pilihan yang anda boleh lihat sendiri dengan hanya klik link dibawah ini.




Terdapat lebih daripada 20 baucer yang boleh anda pilih mengikut kemampuan diri masing-masing dan sekarang ini ada promosi potongan harga sehingga 40% untuk setiap pembelian baucer Buffet Ramadan di Lazada Malaysia. Sangat berbaloi bagi ena dengan makanan yang dihidangan tampak mewah dan menyelerakan. 

LAZADA MALAYSIA | PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018


LAZADA MALAYSIA | PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018


LAZADA MALAYSIA | PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018


Selain itu, anda boleh menikmati kesemua buffet makanan di setiap baucer yang anda beli mengikut tempat, pakej dan juga tawaran yang diberikan. Pelbagai jenis makanan dan hidangan yang disediakan seperti masakan Melayu, Arabic, masakan Barat, Asian cuisines dan banyak lagi la yang ada. Anda boleh pilih mengikut selera masing-masing. 

Kesemua promosi baucer Buffet Ramadan Lazada Malaysia ini diyakini halal danbersih. Oleh itu, anda tidak perlu rasa ragu-ragu lagi dengan cara penyediaan setiap Buffet Ramadan yang bakal anda beli. Lagipun bukan calang-calang restoran. Tambahan pula, tukang masaknya adalah warganegara Malaysia dan mereka sangat arif dalam bab kebersihan ketika menyediakan makanan untuk berbuka ini.


CARA-CARA  UNTUK MEMBELI BAUCER BUFFET RAMADAN LAZADA MALAYSIA

Tiada perbezaan untuk membeli baucer Buffet Ramadan ini dengan membeli barangan melalui Lazada Malaysia. Cuma tiada shipping la. Okay, mari ena share sedikit bagaimana untuk membeli.

LAZADA MALAYSIA | PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018 - IAFoodHunter

1) Sekiranya baucer Buffet Ramadan ini pilihan anda, klik pada baucer tersebut dan akan keluar paparan seperti di atas. Okay, baca dahulu apa yang patut. Kalau dah confirm sila pilih "Quantity" anda kehendaki dan klik "Add To Chart". Kotak warna oren tu. Okay lepas dah klik, akan keluar paparan seperti dibawah ini


LAZADA MALAYSIA | PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018

2) Buat semakan lagi sekali. Sekiranya ingin buat sebarang ubahan, anda klik "Go To Chart". Kalau sudah mahu buat bayaran sila klik "Check Out" (Kotak Oren). Kalau belum sign in, anda boleh sign in terlebih dahulu. Kalau tiada lagi account Lazada Malaysia, anda boleh daftar terlebih dahulu. Lebih mudah jika sudah berdaftar.


LAZADA MALAYSIA | PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018

3) Recheck lagi sekali. Sekira ada Voucher Code boleh masukkan dalam kotak "Enter Voucher Code" dan klik "Apply". Kalau semua sudah settle, boleh klik "Proceed To Pay".


LAZADA MALAYSIA | PROMOSI BAUCER BUFFET RAMADAN 2018

4) Selepas itu, anda boleh pilih Payment Method yang mudah pada diri anda. Okay dah settle buat bayaran, anda boleh tunggu sahaja dan baca arahan seterusnya.


DETAILS LAZADA MALAYSIA

Okay ena harap bebelan ena kali ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk mencari Buffet Ramadan 2018 dengan lebih mudah dan banyak pilihan. Jangan lupa untuk share dengan orang-orang yang anda sayangi tentang promosi baucer Buffet Ramadan dari Lazada Malaysia ni. Mari, cepat-cepat beli sebelum kehabisan. Bukan selalu nak dapat promosi harga sebegini. Okay? 

Sekira ada pertanyaan, anda boleh direct dengan pihak mereka. Mana tahu ada yang ingin membuat jualan buffet makanan sendiri di ruang website Lazada Malaysia. So, ena share link ke sana di bawah ini ya.


WEBSITE:

FACEBOOK: 

INSTAGRAM:





Viewing all 418 articles
Browse latest View live