CAWANGAN KEDUA LULU HYPERMARKET DI 1 SHAMELIN MALL | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Bila dah jadi isteri ini, mood dan nafsu untuk shopping barang keperluan rumah terutama bahan masakan, sudah menjadi membuak-buak. Perasaannya sudah tidak sama lagi seperti zaman bujang dahulu. Tambahan pula sekarang inshaAllah, tak lama lagi akan menjadi seorang ibu dan mood nak mencari barang baby sudah mula datang.
Baru-baru ni ada kawan ena sarankan pergi ke Lulu Hypermarket untuk cari barang dapur dan kat situ pun ada jual barang baby yang okay-okay. Kebetulan pula ena ada di Kuala Lumpur, ena terus pergi ke cawangan pertama Lulu Hypermarket di Jalan Munshi Abdullah yang satu bangunan dengan Jakel Mall yang besar tu. Cuci mata kononya, namun apakan daya bila dah masuk hypermarket yang best macam Lulu Hypermarket ni. Haaaaa, ada berita baik untuk anda terutama yang tinggal berdekatan dengan Cheras dan Ampang. Lulu Hypermarket sudah kembangkan sayapnya dengan pembukaan cawangan kedua di 1 Shamelin Mall. Wow!! Sebelum ena teruskan cerita, mari ena kongsikan serba sedikit mengenai Lulu Hypermarket ini terlebih dahulu.
LULU HYPERMARKET MALAYSIA
![]() |
Pintu gerbang pembukaan rasmi Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall |
Pada 1 Julai 2019 bersamaan hari Isnin tempoh hari, sukacitanya cawangan kedua Lulu Hypermarket sudah dibuka di 1 Shamelin Mall. Pembukaan rasmi ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, bersama dengan Duta-Duta Besar yang terdiri dari pelbagai negara, peniaga tempatan yang terkenal dan juga ahli kenamaan yang lain.
InshaAllah, sebelum atau pada 2020, menurut Pengerusi Lulu Group iaitu Yusuff Ali MA, 4 lagi cawangan Lulu Hypermarket bakal ditubuhkan di Malaysia iaitu di Bangi, Setia Alam, Melaka dan Johor. Kita sama-sama doakan supaya peracangan pihak Lulu Group ini berjaya dan segalanya berjalan dengan lancar. Senang juga kita untuk mendapatkan barang keperluan rumah yang berkualiti seperti yang ada dijual di Lulu Hypermarket.
![]() |
Majlis perasmian pembukaan cawangan kedua Lulu Hypermarket |
LULU HYPERMARKET 1 SHAMELIN MALL, KUALA LUMPUR
Ketika hari perasmian pembukaan cawangan kedua Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall, ena dan suami ena sendiri turut datang ke sana untuk melihat cawangan baru ni macam mana. Keadaan tempat dan susun atur Lulu Hypermarket 1 Shamelin ini agak berbeza dengan cawangan yang pertama, di mana hanya ada satu tingkat sahaja yang berkeluasan 80,000 kaki persegi yang menggunakan konsep ruang hypermarket terkini. Pelbagai kemudahan yang menggunakan teknologi terkini bagi memudahkan para pembeli untuk membeli belah di sana.
Walaupun Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall ini hanya ada satu tingkat sahaja, setiap barang tersebut disusun rapi mengikut bahagian masing-masing seperti bahagian barangan runcit, tenusu, makanan laut yang segar, buah-buahan dan sayur-sayuran, barang kering, pakai, barang elektronik dan macam-macam lagi.
Bahagian Pakaian
![]() |
Geram je tengok diskaun di bahagian pakaian Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall |
![]() |
Tempat pakai baby dan juga barang baby ena serbu dulu di Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall sebab tengah sales. Ahaks |
Bahagian Perkakas Dapur
![]() |
Ena memang pantang tengok kuali periuk ni semua. Not bad harga kat Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall. Cantik pun cantik. Berkualiti. |
![]() |
Para ibu dan ayah pun turut rambang mata tengok perkakas dapur di Lulu Hypermarket. Harga tengah promosi masa ni. |
![]() |
Ini bahagian perkakas dapur seperti sudu, senduk, bekas kedap udara dan macam-macam lagi yang ada di Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall |
Bahagian Barang Basah
![]() |
Rambang mata tengok bahagian ikan dan seafoods kat Lulu Hypermarket 1 Shamelin ni. Meriahhh! |
![]() |
Besar betul saiz kerang ni. Nak beli seketul dua tapi tak tahu nak masak apa. Ahaks. Anda boleh dapatkan kerang ni di Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall |
![]() |
Tak ke rambang mata anda? Tersusun rapi je, kemas. Senang nak pilih makanan laut di Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall |
Bahagian Barang Kering
![]() |
Harga satu katon telur Selasih ni hanya RM5.99 sahaja di Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall. |
![]() |
Beras Sunwhite ni sedap dan berbaloi beli. Serius harga memang murah ketika promosi di Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall |
![]() |
Telur Selasih ni masa mula-mula ena datang banyak lagi, ena jalan sekejap dalam Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall ni, tinggal sikit je. Berduyun orang beli. |
Bahagian Coklat
![]() |
Siapa suka Kitkat, memang akan beli yang ini ketika waktu promosi di Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall. Murah sangat. |
![]() |
Banyak betul pilihan coklat kat Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall. Kebanyakkan jenama yang ena suka pula tu. |
Bahagian Roastery
![]() |
Paling teruja bahagian Roastery di dalam Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall. Macam-macam jenis herba serta rempah ratus yang ada. Macam tempat jual candy pula. Ahaks |
![]() |
Port bergambar yang paling popular. Kah! |
Bahagian Sayuran & Buah-Buahan
![]() |
Semua sayuran di sini adalah hasil tanaman Malaysia. Memang fresh sayur-sayuran dan buah-buahan di Lulu Hypermarket 1 Shamelin. Macam-macam jenis ada. |
Bahagian Elektronik & Gadjet
![]() |
Ketika harga promosi, mesin basuh, television dan peti ais tengah harga murah sangat. TV Samsung ni harga asal RM2168, tapi harga diskaun hanya RM1399 sahaja. |
![]() |
Di Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall pun turut ada jual Gadjet. Sekarang ni tengah ada Big Saver di semua cawangan, telefon bimbit banyak yang tengah murah. |
Di sini juga turut ada tempat makan yang diberi nama "Hot Food", untuk anda isi perut sekiranya sudah kelaparan selepas membeli belah. Selain di bahagian Hot Food, anda juga boleh beli kek, biskut atau manisan yang berkonsepkan manisan Timur Tengah di sana. Inilah part paling ena suka sekali sebagai pemburu makanan yang tegar. Rambang mata ena dibuatnya cuma tak terbeli masa ini sebab ramai sangat yang datang serbu Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall.
Pada hari pertama pembukaan cawangan kedua Lulu Hypermarket ini, memang ramai orang membeli belah di sana. Hal ini kerana Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall telah mengadakan harga promosi yang betul-betul murah bermula tarikh 1/7/2019 hingga 4/7/2019. Tambahan pula, untuk 1000 pelanggan pertama yang hadir dan membeli di sana, mereka bakal menerima hadiah yang istimewa daripada Lulu Hypermarket. Alamatnya, sepanjang 4 hari promosi memang padat dengan manusia. setiap mereka pula membeli belah sampai penuh 2 atau 3 troli.
Fuhhh! Ena pun turut tak lepaskan peluang keemasan ini. Cuma pada hari pertama ena tak beli banyak sangat. Keesokkan harinya ena datang lagi sekali dengan bawa wang yang secukupnya. Lupa nak bergambar sebab tengah kepenatan beratur panjang.
Fuhhh! Ena pun turut tak lepaskan peluang keemasan ini. Cuma pada hari pertama ena tak beli banyak sangat. Keesokkan harinya ena datang lagi sekali dengan bawa wang yang secukupnya. Lupa nak bergambar sebab tengah kepenatan beratur panjang.
DETAILS LULU HYPERMARKET
Itu sahaja perkongsian ena kali ini mengenai cawangan kedua Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall. Ena memang selesa dan suka membeli belah di Lulu Hypermarket sebab banyak pilihan barang keperluan harian boleh didapati di sana. Barang baby pun ada. Ena sangat sarankan anda untuk membeli belah di sini sekiranya anda berdekatan dengan mana-mana cawangan Lulu Hypermarket.
Sekiranya anda ingin mengetahui info lebih lanjut mengenai Lulu Hypermarket atau ingin mengetahui tentang harga promosi pada masa akan datang, anda boleh layari laman social media mereka sendiri. Berikut ena kongsikan link untuk ke sana dan semoga memudahkan anda ikuti isu semasa Lulu Hypermarket itu sendiri.
WEBSITE:
FACEBOOK:
INSTAGRAM: