Quantcast
Channel: IAFoodHunter
Viewing all 418 articles
Browse latest View live

PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE

$
0
0
PPZ MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE | Hidup zaman sekarang ini sudah mudah dengan kebanyakkan urusan kehidupan kita boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Begitu juga dengan pembayaran zakat yang sekarang ini anda boleh bayar melalui online sahaja. Anda boleh layaran laman sesawang Pusat Pungutan Zakan MAIWP (PPZ-MAIWP).

PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE - IAFoodHunter

Setibanya bulan Ramadan Al-Mubarak ini, kita sebagai umat Islam difardhukan untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat diri tidak kira lelaki mahupun perempuan. Zakat juga merupakan rukun Islam yang ketiga, oleh itu kita dikehendaki untuk membayar zakat bagi yang berkemampuan. Zakat ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.


PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE - IAFoodHunter

Sukacitanya, mulai sekarang anda sudah boleh membayar zakat secara online sahaja. Semuanya dihujung cara. Anda boleh mendapatkan maklumat zakat ini melalui laman web PPZ-MAIWP. Kemudahan yang disediakan ini, sedikit sebanyak meringankan juga beban mereka yang tidak sempat atau tiada masa untuk ke pusat zakat untuk menyelesaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam ini. Selain itu, kelebihan yang paling penting secara online ini untuk kita semua anda boleh baca di bawah ini. Ena ada senaraikan kenapa anda perlu memilih membayar zakat secara online di laman sesawang PPZ-MAIWP.


MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE

Antara sebab bayar zakat adalah seperti berikut:

PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE - IAFoodHunter


1) Cepat & Pantas
Pembayaran zakat boleh diselesaikan hanya lebih kurang 2 minit sahaja menggunakn FPX atau debit atau kad kredit Islam. Tidak perlu mencari kaunter bayar zakat yang berdekatan dengan anda lagi.

2) Hanya di Hujung Jari
Tidak perlu habiskan tenaga beratur panjang di kaunter pembayaran zakat kerana anda boleh membayar zakat menerusi telefon bimbit atau komputer riba masing-masing.

3) 24 Jam, 7 Hari
Anda boleh membayar zakat bila-bila masa sahaja, ketika pejabat sudah tutup pun anda boleh membayar zakat menerusi online.

4) Kira Zakat Dengan Mudah
Hanya dengan isi borang ONLINE yang disediakan dan anda sudah boleh mengira zakat yang anda perlu bayar. Mudahkan?

5)Kalkulator Zakat
Kalkulator khas untuk membuat kiraan zakat dengan tepat dan selamat, sama ada anda wajib berzakat atau tidak.

6) Semakan Bayaran
Anda boleh menyemak bayaran zakat anda yang lepas dengan cepat dan mudah.

7) Kemaskini Maklumat
Dari sini, anda boleh membuat pengubahan mengenai maklumat peribadi, alamat surat menyurat dengan selamat.


DETAILS BAYAR ZAKAT ONLINE PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP | MUDAH BAYAR ZAKAT MENERUSI ONLINE - IAFoodHunter

Betapa mudahnya untuk membayar zakat pada zaman sekarang, semua hanya di hujung jari dengan dunia yang tanpa sempadan ini. Tiada lagi alasan untuk tidak membayar zakat lagi, semuanya ada di laman sesawang PPZ-MAIWP. Di bawah ini ena sediakan link serta nombor telefon untuk hubungi pihak mereka.

WEBSITE:

FACEBOOK:

HOTLINE:
1-300-88-5757


EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA

$
0
0
EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA | Setiap hari raya, selain daripada kuih raya, rumah ena mesti hidangkan kek. Tak kira kek lapis ke, brownis ke, janji kek la. Tetamu yang datang beraya pun akan serbu kek terlebih dahulu, termasuklah diri ena ni. Ahaks. Lagi-lagi kek tu cantik dari mata memandang, sedap dan menyelerakan.

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter

Semperna Hari Raya Aidilfitri tak lama je lagi ni, ena nak suggestkan satu tempat untuk buat tempahan kek secara online bagi anda yang ingin menghidangkan kek untuk para tetamu yang datang nanti. Website tersebut adalah Eat Cake Today . Jejom ena nak share serba sedikit mengenai website ini kepada anda.


EAT CAKE TODAY BELI KEK SECARA ONLINE

Eat Cake Today merupakan satu laman sesawang (Website) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk mereka yang hendak membeli kek untuk perayaan masing-masing. Kalau nak beli untuk makan suka suki pun boleh. Ehhh. Bagi yang penggemar kek tu, ena sarankan untuk anda pergi ke websit ini dan ena yakin anda mesti jadi rambang mata kerana terdapat lebih 300 jenis kek yang dijual dari 40 jenis local bakery. Banyakkannn!! Ena masuk dalam website ni pun jadi rambang mata dan terliur tengok kek-kek yang sangat menyelerakan serta bentuknya nampak aumm aummm.

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Wanna Eat Cake Today??? 

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter


Lagi bestnya, Eat Cake Today ini mengamalkan konsep "Booking & Delivery" dimana mereka akan delivery kek kepada anda sendiri pada hari dan waktu yang anda kehendaki, paling cepat 4 jam mereka boleh hantar kek tersebut kepada tempat anda. Delivery hanya di buat dalam sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sahaja ya.

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Cara-cara nak order kek di Eat Cake Today

Anda tidak perlu risau, bahan-bahan kek yang dijual adalah halal dan sudah disahkan oleh pihak JAKIM. Pihak Eat Cake Today juga akan pastikan kek yang dijual boleh dimakan oleh semua pihak, bersih dan kualiti mesti bagus. Kek yang anda dapat pun nanti akan dalam keadaan yang baik. Sangat sesuai beli kek di sini untuk majlis perayaan anda sebab anda juga boleh customize kek yang anda kehendaki. Mungkin la ada charge lebihan untuk yang customize tapi puas hati dengan layanan dan servis yang bakal mereka berikan.


KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA

Lagi beberapa hari kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan kita berpuasa. Seperti yang ena katakan di atas, Eat Cake Today juga ada buat promosi kek untuk raya kali ini. Kek khas untuk raya pun turut ada, cantik pula tu. Haaa! Mari ena share antara kek yang berjaya menambat hati ena. 

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Promosi setiap pembelian kek di Eat Cake Today. Dapatkan sekarang, masih belum terlambat

Ooohhh lupa nak bagi tahu yang ena sendiri sudah cuba try test kek yang dijual di Eat Cake Today tau. Antaranya seperti Cake Sense, Cat & The Fiddle, The Honest Treat dan Just Heavenly. Okay jom kita tengok gambar-gambar kek yang ena pernah cuba try test.


EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Bulan Sabit Cake, 6 inch

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Hari Raya Jelly Cake

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Raya Jelly Cupcakes

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Raya Cupcakes, ada 6 ketul

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Raya Cookies Set


UNTUK KETAHUI HARGA, ANDA BOLEH KLIK:SINI


EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Banyak lagi kek special untuk Hari Raya Aidilfitri di Eat Cake Today. 

Geram tak! Ini bukan budak kecil je yang geram nak makan, orang dewasa macam ena ni pun terliur. Majoriti kek yang ena dah cuba try test ni sedap dan berpatutan la dengan harga yang kita beli. Struktur keknya yang lembut, tak over manis, dan memang terbaiklah.


EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Sticky Date Toffee

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Variety of Cupcake

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Carrot Pecan Cake, 6 inch

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Flourless Orange Cake, 6 inch

Terutama cheesecake daripada Cat & The Fiddle, ena pernah story mory mengenai kek ni di sini : http://www.inaainaa.com/2016/11/antara-durian-cheesecake-yang-terbaik.html. Cheesecake kat sini antara favourite ena sebab cheesecakenya tak muak pun. Lepas tu ada pelbagai perisa pula tu. Makan time cheesecake ni dalam keadaan sejuk, lagi mantopppp! Ena tak tipu, sungguh ni. Anda patut cuba dan judge sendiri tau. Heeee.

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter


DETAILS EAT CAKE TODAY

Cantik-cantikkan kek yang dijual di Eat Cake Today. Sesuai sangat dihidangkan atas meja tetamu untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. So, apa tunggu lagi, mari beli kek pilihan anda dan buat tempahan sekarang untuk dapatkan potongan harga 10% sahaja. Peringatan, delivery hanya di buat dalam sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sahaja. Bagi yang hendak pulang ke kampung, boleh buat tempahan sekarang dan bawa pulang untuk orang tua yang tercinta.

EAT CAKE TODAY | KEK SEDAP UNTUK HARI RAYA ANDA - IAFoodHunter
Lets Eat Cake Today!


WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

CARELINE:
017-8800153


Itu sahaja perkongsian daripada ena. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin ya.



SKIM THOHIR 2018 | BERPELUANG MEMENANGI HADIAH LUMAYAN

$
0
0
SKIM THOHIR 2018 | BERPELUANG MEMENANGI HADIAH LUMAYAN | Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) sedang melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.
SKIM THOHIR 2018 by IAFoodhunter

Untuk pengetahuan anda, Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Ena pernah terangkan pada entri ena bertajuk Apa Itu Skim Thohir?. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T.

Selain daripada itu, berita gembira untuk anda semua. 10 hadiah lumayan bakal anda miliki antaranya seperti hadiah utama menunaikan umrah yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. yang bernilai RM28,000 . Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh terjah pada Facebook My Zakat.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN KEMPEN

Kalau anda berminat untuk join kempen ini, anda perlu membuat potongan gaji zakat atau penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:

a) 11 kaunter PPZ-MAIWP
b) Portal PPZ-MAIWP: www.zakat.com.my
c) Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
d) Majikan di syarikat atau organisasi
e) TALIAN ZAKAT: 1-300-88-5757


Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan pula adalah seperti berikut: 

1) Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
2) Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
3) Menghubungi Talian Zakat1300 88 5757
4) Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP 

SKIM THOHIR 2018 by IAFoodhunter


Para pemenang bakal diumumkan ketika Karnival Zakat pada bulan November 2018 akan datang. Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dan turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad.

Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.
SKIM THOHIR 2018 by IAFoodhunter


Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.



MANGKUK AYAM CYBERJAYA | ROJAK MEE AYAM SEDAP

$
0
0
MANGKUK AYAM CYBERJAYA | MEE ROJAK AYAM SEDAP | Haluuu haluuu! Lama sungguh ena tak berceloteh di sini mengenai hasil buruan ena sebagai Food Hunter. Oleh itu, tanpa melengahkan masa untuk kali ini ena nak share satu kedai makan yang baru sahaja wujud di dalam Dpulze Shopping Centre Cyberjaya. Nama kedai makan tersebut di beri nama Restoran Mangkuk Ayam. Kepada penduduk Cyberjaya atau yang berhampiran dengan situ, lai lai baca perkongsian dari hasil buruan ena kali ini.


Restoran Mangkuk Ayam ini baru sahaja ditubuhkan pada 15 September 2018, haaa genaplah sebulan hari ini. Ena berbesar hati sangat-sangat kerana dapat juga cuba try test makan makanan yang ada dijual di Restoran Mangkuk Ayam ini. Menu yang ada masih tak banyak lagi buat masa sekarang, inshaAllah mungkin bertambah akan datang. Selain daripada itu, di sini ena perhatikan banyak makanan yang berasaskan mee dan ena ambil kesempatan ini juga untuk mencuba Mee Rojak Ayam Restoran Mangkuk Ayam. Ramai kata sedap, so apa lagi, mohler mencubaaa.


ALAMAT:
Restoran Mangkuk Ayam
P10 Dpulze Shopping Centre,
Cyberjaya

WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11am - 11pm



MENU DI RESTORAN MANGKUK AYAM CYBERJAYA

Menu yang ada di Restoran Mangkuk Ayam Cyberjaya

Ketika ini ena datang bersama dengan partner foodhunting serta kawan-kawan blogger ena yang lain. Pelbagai jenis hidangan yang diberikan untuk kami mencuba tetapi ena pilih untuk cuba try test Rojak Mee Ayam memandangkan itu adalah antara favourite makanan ena. Partner foodhunting ena pula pilih Mee Kari dan Manggo Ais. 

Walaubagaimana pun, ena juga hendak share menu-menu lain yang berjaya menarik hati ena untuk cuba try test nanti. Cuma tak semua la ena nak share. Kalau anda ingin tahu lebih boleh sendiri datang ke sini sekiranya anda sudah berada di Pulze Shopping Centre Cyberjaya. Okay? Okay, jejommm tengok gambar makanan yang ada di Restoran Mangkuk Ayam Cyberjaya.

Mee Rojak Ayam Restoran Mangkuk Ayam

Nasi Lemak Rendang Daging Restoran Mangkuk Ayam

Asam Laksa Restoran Mangkuk Ayam

Mango Ais Restoran Mangkuk Ayam

Mee Kari Restoran Mangkuk Ayam

Kuey Teow Sup Ayam Restoran Mangkuk Ayam

Tauhu Sumbat Restoran Mangkuk Ayam

Mee Rojak Sotong Restoran Mangkuk Ayam

Bubur Ayam Restoran Mangkuk Ayam


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keadaan kedainya bersih, selesa untuk menjamu selera di sini. Cuma keluasan kedainya tidak adalah sebesar mana, sedang-sedang gittew. Perhiasan kedai pun selari dengan namanya sebab banyak pinggan mangkuk lambang ayam jantan. 

SERVIS: Servis kat sini okay. Tidak terlampau lambat dan juga tidak terlampau cepat. Pelayan kat Restoran Mangkuk Ayam pun okay, sedia melayan tetamu yang ada dengan baik walaupun kedai dipenuhi dengan pelanggan.

Keadaan Restoran Mangkuk Ayam

Depan Restoran Mangkuk Ayam


KEMUDAHAN:Memandangkan Restoran Mangkuk Ayam ini berada di dalam mall, so segala kemudahan yang ada dalam mall boleh digunakan seperti toilet, surau dan parking.

MAKANAN: Ena paling suka Mee Rojak Ayam kat sini, sedap kuah kacangnya. Tak menyesal ena pilih menu ini. Lepas tu ena makan Pecal Sayurnya pula, fuhhh terbaiklah walaupun berasaskan sayur. I like sayur what. Hiks. Kesedapan kuah kacangnya yang menaikkan lagi selera makan ena. Selain itu, ena cuba mee kari pula. Sedap dan banyak kuantitinya cuma rasa aroma bunga cengkihnya terlebih bagi pendapat ena. Kalau dikurangkan rasa tu, mesti double triple sedap. Maaf, menu yang lain ena tak dapat nak merasa sebab perut full sudah. Ahaks. Nanti nak repeat makan kat sini lagi. InshaAllah.

HARGA: Harga makanan kat sini berpatutan dengan makanan yang dihidangkan. Tidak terlampau mahal, standard harga kedai-kedai di dalam mall. Tambahan pula, Dpulze Shopping Centre ni pun di Cyberjaya.


DETAILS RESTORAN MANGKUK AYAM

Seperti yang ena tuliskan di atas, restoran ini baru sahaja dibuka sebulan yang lepas, restoran ini hanya ada Facebook official sahaja. Kalau anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh baca dan usya facebooknya. Di bawah ini ena kongsikan link untuk ke sana. Sebelum ena akhiri patah perkataan ena, ena berharap pihak Restoran Mangkuk Ayam akan kekalkan pretasi seperti sekarang malah keep moving forward.

Itu sahaja perkongsian yang tidak seberapa daripada ena, inshaAllah lepas ini ena kongsikan lagi tempat-tempat makan yang ena bakal memburu nanti. Terima kasih sudi baca bebelan ena kali ini dan jangan lupa untuk share entri ini kepada rakan-rakan serta family anda ya.

Para bloggers yang serbu Restoran Mangkuk Ayam Cyberjaya.


FACEBOOK:


JOLIE SHIMMER SHINE | CREAM MENUTUP PARUT HITAM DI WAJAH

$
0
0
JOLIE SHIMMER SHINE | CREAM MENUTUP PARUT HITAM DI WAJAH | Semenjak kebelakangan ini, kulit muka ena akan tidak berapa nak sihat. Jerawat acapkali menimbulkan dirinya dan meninggalkan parut-parut hitam. Urrrgggghhhh! Hanya perempuan memahami hati dan perasaan ini bila muka dah berparut hitam. Nak tunggu hilang memang lambat la. Ena pergi kerja sekarang mesti calit foundation sedikit kat muka ni supaya tampak lebih bermaya. Kalau tak calit, nampak lagi sakit berbanding dengan pesakit ena nanti. Ahaks.


Jolie Shimmer Shine - IA Foodhunter

Nak dijadikan cerita, foundation ena pula habis. Alamak! Mujur ada Jolie Shimmer Shine iaitu CC Cushion yang berfungsi lebih kurang seperti foundation cuma lebih ringan strukturnya. Kalau tak pakai bedak alas selepas pakai CC Cushion ni pun tak mengapa. Ena baru sahaja memiliki CC Cushion Jolie ni cuma tak yakin nak pakai sebab takut tak dapat cover parut-parut jerawat yang ada di muka ni. Sekali dah apply di muka, wow!!!!! Best sangatttt!  Okay, mesti anda tak tahu mengenai produk ni kan...oleh itu ena nak share serba sedikit mengenai Jolie Shimmer Shine ini.


CC CUSHION JOLIE SHIMMER SHINE

Jolie Shimmer Shine - IA Foodhunter
Terdapat dua jenis warna Jolie Shimmer Shine iaitu Cream dan Caramel


Jolie Shinner Shine ini merupakan produk keluaran Malaysia semenjak September 2018 tempoh hari. Kiranya masih baru di dalam arena pasaran negara kita. Namun begitu, produk Jolie ini mampu  dan yakin boleh duduk sama level dengan produk kecantikan yang ada di Malaysia kini. 

Hal ini kerana kelebihan yang ada pada produk ini dimana mampu memberikan keyakinan kepada para pemakai dengan menutup segala parut hitam pada kulit wajah, selesa walau kulit muka tengah berpeluh, struktur yang ringan dan mencerahkan warna kulit wajah. Yela, perempuan mana tidak mahu jadi cantik, ena pun nak cantik bila keluar dari rumah, pergi kerja atau pergi memburu makanan. Oleh itu, dengan memakai bedak atau foundation atau CC / BB cream bukan sahaja menyantikkan wajah malah dapat membangkitkan keyakinan dalam diri seseorang wanita itu.


KELEBIHAN JOLIE SHIMMER SHINE

Berikut ada kelebihan yang ada pada Jolie Shimmer Shine yang menguatkan produknya setanding produk kecantikkan antarabangsa adalah:-

Jolie Shimmer Shine - IA Foodhunter
Jolie Shimmer Shine mudah untuk dipegang dengan saiznya ngam-ngam besar tapak tangan


1) Mengandungi Vitamin C dah SPF 35+ yang mampu melindungi kulit muka dari bahaya sinaran cahaya matahari

2) Mampu mengekalkan kelembapan dan kesegaran pada rauk wajah

3) Hanya pakai satu lapisan sahaja mampu menutup parut hitam dan juga sekatakan warna kulit.

4) Tekstur yang ringan, wangi dan selesa untuk si pemakai

5) Tidak meninggalkan kesan bedak pada anak tudung atau tudung sekiranya berpeluh

6) Mudah dipakai sebab bekasnya berbentuk compact. Tidak perlu kotorkan tangan lagi.

7) Mudah dibersihkan dan mesra wuduk.

8) Tidak perlu tambah bedak asa untuk mengurangkan rasa melekik selepas pakai produk ini


FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena memang recommended sangat untuk anda mencuba Jolie Shimmer Shine ini sebab ena sendiri sudah memakainya banyak kali. Setiap kali pergi kerja, ena mesti pakai. Dap dap pada bawah mata lebih sedikit untuk tutup warna kulit tidak bermaya di bawah mata. Kat bahagian lain anda hanya dap sekali sahaja dan hasilnya memang awesome. 

Kalau anda tak percaya, anda boleh tengok gambar ena sebelum dan selepas di bawah ini.

Jolie Shimmer Shine - IA Foodhunter
Sebelum dan Selepas menggunakan Jolie Shimmer Shine

Selain itu, dengan kelebihan yang ada pada Jolie Shimmer Shine ini sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga hanya RM75 sahaja. Haaaa! Berita gembira untuk anda, ena tengok tengah promosi sekarang ini iaitu beli 2 hanya RM100 sahaja. Weehhh! Murah tuuu! Ena nak beli lagi laaa untuk stock akan datang. Ahaks. Nak beli dua jenis warna iaitu Cream dan Caramel.  

Jolie Shimmer Shine - IA Foodhunter
Tidak mengotorkan tangan dengan adanya sponge di compact Jolie Shimmer Shine

Mudah menggunakan Jolie Shimmer Shine

DETAILS JOLIE SHIMMER SHINE

Jangan risau untuk cuba try test Jolie Shimmer Shine ni, memang best. Walaupun ena ni bukan pandai makeup sangat tapi kalau ena dah rasa selesa tu, ena tidak ragu-ragu untuk share dengan anda produk ini. Namun begitu, setiap kita ada berlainan jenis kulit. Sekiranya ada alahan atau kulit makin breakout, disarankan untuk stop pakai dan dapatkan rawatan yang segera ya.

Okay, bagi mereka yang sedang mencari cream yang boleh menutup parut hitam di wajah, anda boleh memiliki Jolie Shimmer Shine dengan menghubungi pihak pengurusan mereka. Di bawah ini ena share link untuk terus menghubungi mereka. Selamat mencuba.




PROMOSI HARGA!! BELI 2 HANYA RM100 SAHAJA


FACEBOOK:

INSTAGRAM:

HEADQUATERS:






ST IVES SCRUB | HILANGKAN BLACKHEADS YANG DEGIL

$
0
0
ST IVES SCRUB | HILANGKN BLACKHEADS YANG DEGIL | Siapa kat sini mempunyai masalah blackheads / bintik hitam yang degil nak arwah tu? Tak kira kawasan mana di bahagian muka tu, tapi majoriti ada masalah blackheads di sekitar hidung seperti ena ni. Ena dari sekolah lagi memang ada masalah blackheads ni, ada orang kata disebabkan resedung la, liang roma terbuka la, perubahan hormon kedewasaan la, kerap pakai mekup dan tak cuci dengan betul la. Banyak punca sebenarnya tapi masalah ena adalah blackheads ena ni jenis degil. Tak tahu apa masalah dia. Setengah orang tolak dengan jari je dah habis keluar, tapi ena ni kena buat penjagaan yang istimewa baru  boleh keluar dengan jayanya. haishhh. Sabar jela.

ST IVES SCRUB | HILANGKAN BLACKHEADS YANG DEGIL - IAFoodhunter


Oleh itu, bagi mereka yang ada masalah blackheads yang degil atau mahu cuci kekotoran yang bersarang dalam liang roma tu, apa kata anda cuba try test produk daripada St Ives iaitu Blackheads Clearing Green Tea Scrub. Ena juga tengah menggunakannya sekarang dan oleh sebab itu juga ena hendak kongsikan serba sedikit mengenai produk ini. Mana tahu ada yang tergoda hendak memilikinya lepas baca perkongsian ena ni. Ahaks. Okay okay, dibawah ini ena jelaskan sedikit info mengenai scrub ini ye.


ST IVES BLACKHEADS CLEARING GREEN TEA SCRUB

Jenama St Ives tidak asing lagi didengari oleh rakyat Malaysia sebab produk jenama ini sudah lama menapak di dalam Malaysia. Kalau pergi di Watson atau Guardian pun ada jual scrub jenama ini. Kawan-kawan ena yang lebih berumur juga mengatakan mereka sudah menggunakan scrub daripada jenama ini dalam tempoh 4 tahun hingga ke 5 tahun. Bukan setakat scrub muka sahaja yang ada dari jenama ini, malah losyen badan dan scrub untuk badan pun ada.

Scrub  St Ives mempunyai pelbagai jenis mengikut kesesuaian dan masalah kulit muka anda. Anda boleh lihat di SINI. Ena sudah guna yang St Ives Blemish Control Apricots Scrub dan sekarang ena sedang guna yang Blackheads Clearing Green Tea Scrub seperti yang ena sudah katakan di perenggan sebelum ini. Ena yakin dan berani untuk mencuba yang Green Tea Scrub ni sebab ena sendiri sudah jatuh hati dengan St Ives Blemish Control Apricots Scrub. Okay, jom ena nak kongsikan pula kelebihan pada Green Tea Scrub dari jenama St Ives ni.


KELEBIHAN ST IVES BLACKHEADS CLEARING GREEN TEA SCRUB

1) Tahap exfoliation adalah sederhana. Exfoliation ni bermaksud pembuangan cell-cell yang mati atau sudah tua di permukaan kulit muka.

2) Struktur scrubnya tidak terlampau kasar.

3) Menghilangkan kekotoran yang tersekat di dalam liang pori di wajah.

4) Mengurangkan kemerahan atau radang pada kulit muka

5) Benjolan pada kulit muka dapat dikurangkan

6) Boleh dijadikan sebagai mask muka

7) Diperbuat daripada exfoliation semula jadi



CARA MENGGUNAKAN ST IVES BLACKHEADS CLEARING GREEN TEA SCRUB

1) Basahkan sedikit muka

2) Picit sedikit scrub mengikut kesesuaian kuantiti yang diperlukan

3) Sapu secara bulatan pada tempat yang ada masalah blackheads yang degil. Ena target hidung je.

4) Urutan jangan terlampau kuat dalam 2-3 minit.

5) Bilas muka hingga bersih. Nak sambung basuh muka dengan cleanser masing-masing pun boleh.

6) Ena amalkan 2-3 kali seminggu. Kalau yang Apricot tu ena guna 1-2 kali seminggu


FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena guna St Ives Scrub sebanyak 1 hingga 3 kali seminggu bergantung jenis apa yang ena guna. Ena tak guna kerap tau sebab tak elok untuk kulit juga kalau setiap hari tonyoh scrub.




KESEDAPAN SHOWER BEEF DI RESTORAN ROD DEE DED MALAYSIA

$
0
0

KESEDAPAN SHOWER BEEF DI RESTORAN ROD DEE DED MALAYSIA | Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kepada semua pembaca blog ena? Ada ke yang rindu dengan perkongsian ena tentang kisah foodhunting ena? Haaaa kalau ada yang rindu tu, jommm.. kali ini ena nak share satu restoran yang diberi nama Restoran Rod Dee Ded yang menyediakan Shower Beef dan juga masakan Ala Thai yang lain.


Apakah itu Shower Beef? Mula-mula jejak kaki kat restoran ini, ena pun tak tahu apa itu Shower Beef. Tengok kat atas meja makan ada slice beef, ada tempat macam steamboat tu dengan sup yang sedang dididihkan, ada cendawan, ada mee kering dan lain-lain lagi. Ena ingat Shower Beef ni steamboat yang biasa-biasa kita makan tu la. Tapi bila pihak Restoran Rod Dee Ded tunjukkan cara penyediaan Shower Beef ni, haaa ena baru tahu ada kelainan di situ. Maknanya ini merupakan pertama kali ena merasai kesedapan Shower Beef ni. Nanti ena share apa kelainan Shower Beef ni dan anda boleh bezakannya sendiri.


RESTORAN ROD DEE DED

Rod Dee Ded bermakna Delicious atau Sedap. Untuk pengetahui anda,  Restoran Rod Dee Ded ini berasal dari Bangkok, Thailand dan sudah beroperasi sejak tahun 1965 lagi. Dah lama kannnn, dalam 54 tahun dah. Namun, pada January 2019, Restoran Rod Dee Ded baru ditubuhkan di dalam Malaysia. Cawangan pertama restoran ini adalah Restoran Rod Dee Ded Damansara Utama dan inshaAllah akan mengembangkan sayapnya di tempat lain suatu hari nanti. Di bawah ni ena share alamat untuk ke restoran ini. Tapi anda juga boleh menggunakan kemudahan Waze / Google Map untuk kemari dengan hanya taip nama restoran ini pada ruang carian.

Rupa depan Restoran Rod Dee Ded Damansara

ALAMAT:
Restoran Rod Dee Ded
15 G, Jalan SS21/37,
Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya,
Selangor

WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 11am - 3pm & 6pm -10pm (3pm-6pm Rest)



SHOWER BEEF PERTAMA DI MALAYSIA


Menu utama dan keistimewaan di Restoran Rod Dee Ded ini adalah Shower Beef seperti yang ena sudah nyatakan di atas. Keistimewaannya adalah kerana Shower beef di sini merupakan satu-satunya yang ada di Malaysia setakat ini. Beef broth tersebut ada dua jenis iaitu original dan spicy. Kalau tekak Melayu ni, mesti ngam dengan Beef Broth Spicy. Sedappp! Selain itu, daging lembu yang digunakan adalah halal dan original diimport dari negara Australia. Semua dagingnya adalah dari jenis daging Wagyu. Tengok bentuk dagingnya pun ena tahu dah. Sebab itu juga struktur dagingnya sangat lembut dan tidak liat.

Ada pelbagai jenis kepingan daging ini mengikut part yang di ambil antaranya Sirloin, Shortrib, Chuck, Oysterblade dan Ribeye
Ena memang dah jatuh hati dengan Shower Beef dan sampai sekarang teringang-ingang lagi kesedapannya. Ditambahkan pula sup yang menjadi ‘Shower’ untuk dagingnya pun kena dengan tekak ena. Fuhhh! Makan panas-panas, mantopppp wehhh! Anda kena cuba dahulu baru boleh judge. Haaaa, bezanya steamboat dengan Shower Beef ni adalah sup yang digunakan hanya Beef Broth sahaja untuk Shower atau masak daging ini. Keunikkan Beef Broth kat sini adalah ianya di masak selama 12 jam setiap hari untuk mengekalkan kepekatan dan keenakkan supnya. Tambahan lagi, cara penyediaan Shower Beef ini juga berbeza dengan cara kita nak makan steamboat.

Okay, di bawah ni ena share gambar bagaimana Shower Beef ini disediakan untuk dimakan.


Letak beberapa keping daging di dalam mangkuk yang telah disediakan seperti diatas
Ambil Beef Broth yang masih panas dan curah ke dalam mangkuk berisi kepingan daging tadi. Mandikan kepingan daging dengan Beef Broth. Tuang sedikit Beef Broth semula ke dalam hotpot dan ambil lagi sup yang masih dalam keadaan panas. Kepanasan Beef Broth itu yang akan memasakkan kepingan daging itu. Sebab itu kena Shower banyak kali sehingga warna daging tu seperti dalam gambar dibawah

Tadaaaa! Dah siap untuk dimakan! Makin bertambah sedap Beef Broth dalam mangkuk ni bila dah berendam sekali dengan kepingan daging yang dishower tadi. Terasa kemanisan daging tu keluar dan sebati dengan Beef Broth tu. 
Anda juga boleh makan Beef Broth bersama dengan side dishes yang lain seperti cendawan, meatball dan sayur-sayuran. Nak makan Shower Beef dengan nasi atau mee pun boleh, nanti anda minta yang ala carte sahaja, buat yang hotpot. Nanti pihak Restoran Rod Dee Ded akan suggestkan Shower Beef ala carte ni bagaimana. Selalunya yang ala carte ni lebih cepat berbanding dengan hotpot la. Hotpot ni kita yang kena showerkan kepingan daging tu sendiri. So ambil masa lebih sedikit berbanding ala carte.

Ena panggil Pucuk. Boleh makan sekali dengan Shower Beef Rod Dee Ded

Meatball. Boleh makan sekali dengan Shower Beef Rod Dee Ded

Sayur-sayuran dan cendawan. Boleh makan sekali dengan Beef Broth dan Shower Beef Rod Dee Ded

Pelbagai jenis mee yang ada, rice vermicelli (atas), thai kuay tiew (bawah), Ipoh Kuay Tiew (Kanan) dan Egg Noodle (Kiri)

MENU ALA THAI DI RESTORAN ROD DEE DED

Sekira anda tak ada mood nak layan Shower Beef, anda juga boleh order menu ala Thai yang lain juga. Di sini bukan semata-mata shower beef sahaja, ada juga menu ala carte yang lain. Boleh dikatakan macam masakan panas la. Haaaa, salah satu kelebihan kat restoran ini, lebih 80 % bahan yang digunakan berasal dari Thailand seperti nasi, rempah ratus dan noodles. Anda jangan risau, status restoran ini adalah Pork Free dan semua daging yang digunakan adalah halal dan bersih.

Seterusnya, ena nak share beberapa menu Ala Carte yang lain. Kesemuanya ena dah cuba try test dan ada yang jadi kegemaran ena sekarang. InshaAllah, kalau ena mai makan kat sini lagi, ena nak order makanan yang dah berjaya buat ena jatuh hati. Shower beef tu wajib kena order la. Hiks.

Set Nasi

Chicken Green Curry dan Nasi

Stewed Beef Red Curry dan Nasi

Pad Ka Pow Ayam / Daging

Rod Dee Ded Stewed Beef dan Nasi

Stewed Brisket Claypot dan Steamed Rice

Set Mee

Pad Kee Mao Chicken / Beef

RDD MUA (Meatball, Beef Slices Brisket & Tendons, Original Sup, Mee)

Spicy MUA (Meatball, Beef Slices Brisket & Tendons, Spicy Soup, Mee)

Set Appetizer

Fried Chicken Wing dengan Sos Sweet dan Sour

Minuman

Jus Mata Kucing, my favourite. Minuman pilihan ena ketika ini

Signature Rod Dee Ded Thai Iced Coffee

Signature Rod Dee Ded Thai Iced Tea

Dessert

Sea Coconut

Passion Fruits

Tidak semua menu yang ada di Restoran Rod Dee Ded ena sertakan di sini. Kalau anda ingin tahu dengan lebih lagi, anda boleh datang ke sini sendiri untuk melihat dan merasai makanan yang ada terdapat di restoran ini.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Kedai:  Suasana dan susun atur keadaan kedai ini selesa , bersih dan menyenangkan dengan penghawa dinginnya. Kedainya tertutup dan best la kalau nak lepak makan kat sini. Cuma keluasan kedainya tak adalah besar mana, sedang-sedang sahaja untuk tetamu bergerak dan ada ruang untuk duduk dengan selesa.




Servis:  Servis kat sini okay, pelayan sangat membantu pelayan yang datang ke sini dan turut fasih dalam bahasa Melayu sekira kita tak fasih dalam Bahasa Inggeris.

Kemudahan: Parking ada cuma kena pandai cari sebab kat sini agak sukar untuk mencari parking. Selain itu, kat dalam restoran ini ada disediakan tandas dan juga tempat cuci tangan yang selesa. Oleh itu, jangan risau tentang hal itu.

Makanan: Shower Beef kat sini memang sedap dengan struktur dagingnya yang lembut dan juicy. Beef Brothnya pun berjaya memikat hati ena. Makanan yang lain, not bad, boleh diterima tekak ena ni. Nanti boleh repeat makan kat sini




Harga: Harga berpatutan sebab daging yang digunakan bukan sebarang daging. Daging import wehhh! Sebab itu harganya berpatutan bagi ena. Dengan rempah ratus serta nasi, mee yang lain memang original daripada Thailand. So, worth to eat la.


DETAILS RESTORAN ROD DEE DED

Ena sangat recommended anda semua untuk cuba try test Shower Beef kat sini. Memang sedap dan puas hati. Kalau nak tahu info lebih lagi tentang Restoran Rod Dee Ded ini, anda boleh lawati laman social mereka di bawah ini.


KEMPEN EAT THAI, VISIT THAILAND 2019 OLEH TAT & MR TUK TUK

$
0
0
KEMPEN EAT THAI, VISIT THAILAND 2019 OLEH TAT & MR TUK TUK | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini ena nak ajak semua para pembaca blog ena untuk sertai satu kempen yang sedang berlangsung sekarang hingga akhir bulan April 2019 nanti. Kempen tersebut adalah kempen Eat Thai, Visit Thailand 2019 atau dalam Bahasa Malaysia adalah Makan Thai, Lawat Thailand 2019.

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER


Kempen Eat Thai, Visit Thailand 2019 ini dianjurkan oleh kolaborasi antara Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (TAT) dan kesemua 8 cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia. Kempen ini berlangsung dari 20 March 2019 hingga ke 30 April 2019. Untuk pengetahuan anda juga, kempen ini selari dengan kempen "Membuka Lembaran Baharu" dalam Amazing Thailand yang menumpukan 5 sektor utama pelancongan bagi membantu para pelancong antarabangsa merasai dan mendalami pengalaman terbaru mengenai negara Thailand ini. 5 sektor tersebut adalah Gastronomi, Seni dan Kraft, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Gaya Hidup Thai. 

Apa itu TAT? Okay, mari ena share dengan korang serba sedikit info mengenai TAT ini.


PIHAK BERKUASA PELANCONGAN THAILAND, MALAYSIA (TAT)

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER
Dari Kiri - Mr & Mrs Leong (Founder Mr Tuk Tuk),  Ms Jacquelynn Leong, Mr Ahmad Mad-Adam (Director of TAT), Ms Sirinthara Surakanitaya (Deputy Director of TAT)

TAT atau panggilan penuhnya Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (Tourism Authority of Thailand) adalah satu organisasi yang mempromosikan pelancongan Thailand dengan mempermudahkan pelacong mencari lokasi-lokasi yang best di negara tersebut, kemudahan pelancongan dan membangunkan serta memelihara sumber-sumber pelancongan.

Pejabat TAT terletak di Menara Citibank, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Para pelancong yang ingin ketahui segala maklumat atau sebarang pertanyaan mengenai Thailand, anda boleh datang ke pejabat TAT atau telefon pihak mereka atau email kepada mereka. Di bawah ini ena sediakan maklumat nombor untuk hubungi serta alamat email pihak TAT.


CONTACT NUMBER TAT:
(603) 21623480

EMAIL:


RESTORAN MR TUK TUK

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER
Di hadapan Restoran Mr Tuk Tuk The Starling Mall

Di Malaysia, Restoran Mr Tuk Tuk ini terdiri daripada 8 cawangan setakat ini iaitu di Setia City Mall, Gamuda Walk, The Gardens, The Starling Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Empire City dan Nu Sentral. Pada bulan 5 tahun ni, satu lagi cawangan bakal dibuka di IOI City Mall Putrajaya. Nama restoran ini diambil semperna salah satu pengangkutan popular di Thailand yang dipanggil Tuk Tuk. Restoran ini telah wujud di Malaysia sejak tahun 2015 lagi dan juga merupakan anak syarikat kepada Koh Samui Restaurant yang telah berpengalaman lebih 24 tahun dalam perniagaan restoran.

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER

Semperna kempen Eat Thai, Visit Thailand 2019, Restoran Mr Tuk Tuk memperkenalkan beberapa makanan dan minuman terbaru untuk anda semua rasai. Jangan risau semua makanan dan minuman di restoran ini adalah Halal, Berkualiti dan Bersih untuk kita semua makan. Setiap makanan dan minuman di sini telah terbukti keenakkannya dan rasa yang autentik yang kita dapat di mana-mana restoran di negara Thailand. Tak perlu pergi jauh kalau teringin sangat nak makanan jalanan Thailand, datang je ke Restoran Mr Tuk Tuk.

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER
Founder Mr Tuk Tuk, Mr Ken Leong, bersama dengan chef menyediakan Thai Prawn Salad with Lemongrass
MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Ena pun turut cuba try test buat sendiri Thai Prawn Salad with Lemon Grass ni. Ini hasilnya. Memang sedapp! Freshhh!

Dibawah ini ena share beberapa makanan dan minuman tersebut. Tak semua ena share tau. Kalau anda nak tahu selebihnya, anda dialu-alukan untuk cuba try test sendiri makanan yang ada di Mr Tuk Tuk ini. Ena dah cuba, anda bila lagi???

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Thai Iced Lemongrass Tea With Crispy Waterchestnut Pearl

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Thai Seafood Otak-Otak

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Fried Tofu With Basil Leaves

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER
Thai Prawn Salad with Lemongrass

Thai Pumpkin Custard

Ini merupakan kali pertama ena memburu makanan kat Mr Tuk Tuk dan ena dah mula jatuh hati dengan makanan jalanan Thailand yang ada di sini. Semua sedap dan menyelerakan. Tak perlu nak pergi jauh-jauh dah, datang je ke Mr Tuk Tuk untuk merasai keaslian makanan jalanan Thailand. Wa tak tipu sama lu. Nyummmy! Berikut pula adalah menu yang lain selain di atas yang ena makan dengan sepuas hati ena. Sedap sangat, rasa nak habiskan semua. Ahaks.

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER

MR TUK TUK- IAFOODHUNTER


MENANGI HADIAH PERCUTIAN KE BANGKOK

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER

Sepanjang kempen ini juga, jika anda membelanjakan lebih daripada RM50 dalam satu reset di semua cawangan Mr Tuk Tuk seperti yang ena sudah nyatakan di atas, anda berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang telah disediakan. Antara hadiahnya adalah lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel 3 hari 2 malam, lima beg bagasi, 10 beg tangan dan 4 baucer makanan di Mr Tuk Tuk.

Bestkannn hadiah yang disediakan tu. Haishh, kalau dapat lawatan percuma ke Bangkok tu memang syok habissss! Oleh itu, apa lagi, jom ramai-ramai ke Mr Tuk Tuk dan rebut peluang yang masih ada ni. Tarikh tamat 30 / 4 / 2019. Ayohhhh!

Rebut peluang keemasan ini sekarang. Jom sama-sama terjah Mr Tuk Tuk dan belanja RM50 dan ke atas



DETAILS MR TUK TUK

Kalau anda ingin ketahui maklumat dengan lebih lanjut lagi, anda boleh lawati laman social Mr Tuk Tuk di bawah ni. Anda boleh ketahui info semasa mereka di sana. Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Jangan lupa share info ni dengan rakan-rakan serta keluarga anda ya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

EAT THAI, VISIT THAILAND 2019- IAFOODHUNTER
Inilah kendaraan awam yang di panggil Tuk Tuk di Thailand. Macam teksi macam tu.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:



BBQ ARANG DI SEOULNAMI KOREAN BBQ THE GARDENS MALL

$
0
0
BBQ ARANG DI SEOULNAMI KOREAN BBQ THE GARDENS MALL | Ena kalau dapat makan kat restoran yang menyediakan BBQ ni memang tersenyum sampai ke telinga la. Kegemaran ena sejak dari dulu lagi. Kali ini, ena berpeluang untuk makan makanan Korea yang berkonsepkan Charcoal BBQ atau BBQ yang menggunakan arang. Ena pernah makan Korean BBQ ni kat tempat lain tapi kebanyakkannya menggunakan dapur gas yang jenis elektrik tu. Di SeoulNami Korean BBQ ni menggunakan arang untuk memanggang.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa

Bagi ena itulah keistimewaan di SeoulNami Korean BBQ sebab walaupun restaurannya di dalam Gardens Mall tetapi dengan kemudahan untuk menyedut asap dari hasil BBQ nya, dapat memberikan keselesaan kepada para tetamu untuk memanggang dan asap BBQ tu tak merebak sampai luar daripada SeoulNami Korean BBQ. Haaaa, kalau nak tahu cerobong asapnya bagaimana, sila teruskan membaca ya.


SEOULNAMI KOREAN BBQ

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Depan Restoran SeoulNami Korean BBQ The Gardens Mall
Konsep BBQ di SeoulNami Korean BBQ ini diambil dari konsep makanan daerah Chuncheon, Korea Selatan iaitu ayam panggang, dimana mereka memanggang ayam atau makanan yang lain di atas bara api di atas meja. Ena ada perasan dalam cerita Korea mereka makan sebegitu. Panggang daging atas meja, pastu balut dengan daun salad. Allahu sedapnyaaaa! Anda jangan risau, di sini makanan serta minumannya yang disediakan adalah halal dan dijamin bersih. Di bawah ini ena kongsikan alamat restoran Korea ini.

ALAMAT:
SeoulNami Korean BBQ
(Berdekatan dengan kedai Robinsons)
F-215 The Gardens Mall,
Lingkaran Syed Putra, Midvalley City,
59200 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 11am - 10.30pm

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Bara arang sedia untuk memanggang. Yeahhhh! Hanya di SeoulNami Korean BBQ

So, bila ena datang ke SeoulNami Korean BBQ ini, ena dapat merasai kenikmatan makan sedemikian dimana panggang daging lembu atau ayam sendiri di atas meja dan  ambil satu helai daun salad, letak daging lembu yang sudah masak, letak kimchi, sos dan balut. Lepas tu ngap semuanya sekali gus ke dalam mulut. Fuhhhh! Anda patut mencubanya sendiri nanti sebab ena tak dapat gambarkan dengan tulisan perasaan tu bagaimana.


MENU DI SEOULNAMI KOREAN BBQ

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Buku menu SeoulNami Korean BBQ
Di sini, ada cara tersendiri tau kalau nak makan set  BBQnya. Ena akan buat list di bawah ini untuk memudahkan anda buat rujukan sekiranya anda berniat untuk layan BBQ arang di SeoulNami Korean BBQ. Jom baca list cara untuk menikmati makanan di sana

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa


1) Pilih Ayam / Daging Lembu

2) Pilih Side Dishes dan Sos Pencicah (Boleh refill sekiranya sudah habis)

3) Nanti ada steam egg percuma untuk para tetamu. Anda perlu masak menggunakan dapur pemanas yang telah disediakan. Awas! Jangan sampai jadi hangit tau.

4) Untuk BBQ, pelayan tetamu SeoulNami Korean BBQ akan tolong anda letakkan arang, letakkan tempat untuk memanggang dan sebelum tutup dengan alas pemanggang tu, anda jangan lupa letak Sweet Potato atau nama lainnya Goguma on Fire dalam arang sebab Sweet Potato tu ambil masa untuk masak secukupnya.

5) Bila dah setup, bolehlah anda panggang daging, ayam atau sotong anda. Ikutlah nak BBQ yang mana. Dan jangan lupa untuk turunkan cerobong sedut asap ketika tengah BBQ tu. Bila dah guna arang ni, kuantiti asap tu banyak dari biasa. Untuk keselesaan kita serta orang lain, jangan lupa turunkan cerobong asap tu.

6) Bila daging / ayam dah masak, terpulang la dengan anda nak makan dengan apa. Makan dengan salad pun sedap atau makan dengan Fist Rice pun sedap. Untuk menaikkan selera lagi, makan dengan Kimchi Trio nya. Perrrgghhhh! Terbaik wa cakap sama lu.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Ini dikira macam dessert la. Makan sambil menunggu menu utama sampai. Free di SeoulNami Korean BBQ. Boleh refill
SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Steam Eggs ini juga free setiap kali datang ke SeoulNami Korean BBQ
SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Beef Platter SeoulNami Korean BBQ

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Tunggu Beef siap di panggang. Beef ni boleh di makan dengan Fist Rice atau buat salad wrap.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Chuncheon Chicken SeoulNami Korean BBQ. Ada 3 perisa iaitu Sweet, Spicy dan Savoury

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Agak lama sedikit untuk ayam ni masak sebab tebal isinya. Berbaloi makan. Chuncheon Chicken ini boleh juga dimakan dengan Cheese Lava. Potong kecil-kecil ayamnya
SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Cheese Lava SeoulNami Korean BBQ. Sedapppp. Tak terlampau masin. 
Selain daripada BBQ, anda juga boleh pilih menu yang lain. Ada juga yang jenis ala carte. Cuma ena kali ini memang tak pandang lain dah, pandang yang BBQ je. So, kalau anda nak tahu dengan lebih lagi, anda kena datang ke sini sendiri dan lihat menu apa yang ada. Okay?

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Spicy Octopus SeoulNami Korean BBQ. Yang ni belum masak lagi ye. Anda kena BBQ dulu. 

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Kimchi Trio hanya ada di SeoulNami Korean BBQ

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Fist Rice SeoulNami Korean BBQ. Campuran nasi, ayam dan seaweed. Sedap sangat. Paling suka yang ini bila makan dengan Beef Platter dan Kimchi Trio

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Salad, cili sayur, lobak merah dan timun Jepun di SeoulNami Korean BBQ. Boleh buat Salad Wrap dengan daging lembu atau ayam yang sudah dipanggang.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Ada 4 jenis sos disediakan di SeoulNami Korean BBQ iaitu Seoul Spicy Sauce, Black Pink Grind, Korean Pow Wow Ssamjang dan Roasted Injeolmi Power. Habis boleh refill.
SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Signature minuman SeoulNami Korean BBQ. Dari kiri Fizzy Sour Plum Cooler, Sparkling Orange Cream Soda, Binggrae Banana Uyu Colada dan Out-of-This-World Lemonade


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI:Suasana kedai yang selesa, susun atur meja makan pun teratur, dan dekorasinya menarik pandangan orang lain yang lalu lalang. Keluasan SeoulNami Korean BBQ ni besar dan boleh menampung ramai tetamu.


SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Susun atur dalam SeoulNami Korean BBQ. Kemaskannn? Yang pakai kemeja merah tu, pelayan tetamu. 

SERVIS: Pelayan sangat mesra pelanggan, cekap, pantas buat kerja dan pemakaian mereka kemas. Sedia membantu anda sekiranya ada yang anda tidak ketahui bagaimana untuk order atau handle makanan kat sini seperti nak setup meja BBQ.

KEMUDAHAN: SeoulNami Korean BBQ ni berada dalam mall. Oleh tu, anda boleh menggunakan kemudahan yang ada dalam mall ini. Paling dekat dengan tandas. Selain itu, setiap meja yang ada tempat BBQ, ada cerobong sedut asap. Senang.


SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Nampak benda yang panjang-panjang atas setiap meja tu? Itulah cerobong penyedut asap. Salah satu kemudahan di SeoulNami Korean BBQ

MAKANAN: Kesemua makanan yang disediakan memuaskan hati ena. Paling suka Trio Kimchinya. Disebabkan kesedapan kimchi kat sini, selera makan ena menambah-nambah. Sedap sangat. Lepas tu, Fist Ricenya pun sedap sangat, ada seaweed, ada ayam. Fuhhhh! Gembira anak-anak lemak dalam perut ena ni haaa makanan semua sedap-sedap.

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa

SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Cubaan untuk buat Fist Rice. Kat sini kita boleh buat sendiri. Ikutlah nak size bola tu besar mana

HARGA: Harga kat sini berpatutan dengan tempatnya. Tidak terlampau mahal dan tidak terlampau murah. Sesuai dengan kuantiti dan kuanliti yang kita dapat.


DETAILS SEOULNAMI KOREAN BBQ THE GARDENS MALL

Berikut adalah daripada pendapat ena sendiri, tak semua orang tekak macam ena. Kalau anda nak rasai sendiri, anda dialu-alukan untuk cuba try test BBQ arang kat sini sendiri. Tak rugi dan ena jamin buat anda yang minat dengan makanan Korea tu pasti akan suka makanan serta minuman di SeoulNami Korean BBQ ni.


SEOULNAMI KOREAN BBQ - Hak Milik Ina Ainaa
Bagi ena, keseluruhannya ena berpuas hati makan makanan di SeoulNami Korean BBQ

Itu sahaja perkongsian hasil memburu ena kali ini. Untuk detail yang lebih lagi, anda boleh rujuk pada link di bawah ini


FACEBOOK:

INSTAGRAM:


PERADUAN YEO’S RAYA BERGAYA 2019 & MENANGI PROTON X70

$
0
0
PERADUAN YEO’S RAYA BERGAYA 2019 & MENANGI PROTON X70 | Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua pembaca blog ena? Bagaimana dengan hari puasa anda semua yang bakal menjelma nanti? Mesti masing-masing excited kan nak sambut bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ni. Ena pun turut gembira dan bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk berpuasa lagi sekali pada tahun ni. Alhamdulillah. Tambahan pula, tahun ni kehidupan ena berbeza sedikit sebab tahun ni merupakan puasa pertama ena bersama-sama dengan suami tercinta. Kiranya berpuasa dengan family sendiri cuma anak je belum keluar lagi..inshaAllah tak lama lagi. 


PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Bila bulan Ramadhan ni tibe, jiwa secara automatik sayu jeee. Mesti terngiang-ngiang semua memori lama ketika menyambut bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas. Paling ena sayu bila terkenang berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga ena, mak abah ena makan bersama satu meja makan. Meriah. Kemeriahan ketika berbuka bertambah-tambah dengan adanya air minuman daripada Yeo’s Malaysia. Tak kiralah perisa apa, Soya ke, Teh Chrysantemum ke, Wintermelon ke atau Laici. Mesti ada setiap bulan Ramadhan setiap tahun, walaupun bukan hari-hari la ada.


PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019

Haaa bercakap mengenai Yeo’s Malaysia ni, ena nak ada benda nak bagitahu ni. Tahun ni, pihak Yeo’s Malaysia mengadakan satu peraduan yang diberi nama Raya Bergaya. Ena tengok hadiah yang bakal pemenang dapat memang lumayan sangat-sangat. Hadiah utamanya dapat kereta wehhhh! Fuhh! Peraduan daripada Yeo’s Malaysia ni tidak pernah laaaa tak lumayan hadiahnya, semua mantop-mantop. Ena je belum ada rezeki lagi nak menang. Ehhhh. Ahaks.

PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019 - Hak Milik Ina Ainaa
Terma dan Syarat yang lebih lengkap, anda boleh KLIK pada poster Peraduan Yeo's Raya Bergaya 2019 di atas ini sahaja.

Okay, peraduan Raya Bergaya daripada Yeo’s Malaysia ini dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Tranding Sdn Bhd. Tempoh peraduan ini bermula daripada 15 April 2019 pada 12 pagi hingga 9 Jun 2019 pada 11.59 malam. Tengah berlangsung sekarang ni. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja kecuali para pekerja Penganjur, ahli keluarga penganjur, wakil, pekerja dan/atau agen pengiklanan dan / atau penyedia perkhidmatan promosi bagi penganjur. Bagi anda yang mahu sertai peraduan Raya Bergaya daripada Yeo’s ini, anda follow sahaja cara untuk menyertai seperti yang ena nyatakan di bawah ini. Baca dengan teliti ya.


CARA MENYERTAI PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019

Langkah 1: Anda beli makanan (tin, sos, mee) dan/atau minuman berjenama Yeo’s, dan / atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea (Produk Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) yang bernilai RM8.00 sahaja dalam satu resit rasmi. WAJIB ada satu atau lebih minuman Yeo’s yang berbentuk botol. 1 resit untuk satu peraduan sahaja. Resit rasmi kedai mesti nampak jelas jenama produk Yeo’s Malaysia bersama nilai pembelian. Tarikh resit mesti dalam tempoh Peraduan Raya Bergaya Ramadhan 2019.

Langkah 2:  Muat naik gambar Resit Rasmi pembelian anda di WhatApps (012-2124873) dan taip Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Resit Rasmi anda. Lampiran gambar anda hendaklah mematuhi kriteria seperti berikut:-

a) Gambar hendaklah jelas dengan nama kedai, tarikh, nombor Resit pembelian, kuantitidan nilai pembelian produk Yeo’s Malaysia anda. Resit rasmi yang berlipat TIDAK DITERIMA.

b) Gambar resit hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan gambar yang terjejas oleh warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan, TIDAK DITERIMA.

Langkah 3: Hantar penyertaan anda ke nombor 012-2124873 (WhatsApp sahaja). Peserta yang layak penyertaannya akan menerima satu notifikasi rasmi melalui WhatsApp daripada pihak penganjur dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja sekiranya penyertaan anda diterima.

Langkah 4:JANGAN BUANG resit rasmi anda. Sila simpan Resit Rasmi anda ditempat yang selamat untuk tujuan pengesahan nanti.

Itu sahaja cara untuk menyertai, mudahkan? Oleh itu, rebut peluang yang ada ini semetara masa masih ada. Ayuh! Jom ramai-ramai sertai peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019.


YEO'S SOYA BOTOL 1 LITRE

PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019 - Hak Milik Ina Ainaa
Yeo's Soya sekarang dalam berwajah baru dalam botol 1 litre. 

Haaaa! Selain daripada peraduan Yeo’s Raya Bergaya Ramadhan 2019, ena nak habaq mai ni. Yeo’s Soya kini dah ada dalam botol yang kuantitinya sebanyak 1 litre yang menjalani proses pengisian sejuk dan bila dalam botol ni kuanlitinya bertambahan. Kesegaran rasa soya itu masih segar dan sedap untuk di minum. Sesuai sangat laaaa diminum ketika sahur dan berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Ena pun nak beli nanti buat stok untuk berbuka puasa bersama suami tercinta.

Ena lebih suka Yeo’s Soya yang berwajah baru ni, sebab bila dalam botol, potensi untuk tumpah tu rendah, kesegaran soya tu masih kekal, mudah dialihkan serta disimpan terutama dalam peti sejuk dan botolnya boleh dikitar semula kalau nak dibandingkan dengan kotak. Nice kann. Bagus Yeo’s Malaysia mewujudkan Yeo’s Soya di dalam botol.

PERADUAN YEO'S RAYA BERGAYA 2019 - Hak Milik Ina Ainaa


Oleh itu, jangan lupa beli nanti ya. Alang-alang beli banyak terus senang dan sekali gus juga boleh join Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019. Mana tahu ada rezeki anda pada tahun ni. Boleh dapat kereta sebuah dan boleh bergaya di Hari Raya Aidilfitri 2019 nanti.

Sebelum ena akhiri kata-kata, jemput tengok video daripada Yeo’s Malaysia di bawah ini. Tengok tau, jangan tak tengok. Terbaik video Ramadhan 2019 daripada Yeo’s pada tahun ini.




AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN

$
0
0
AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN| Cuaca sekarang ni boleh dikatakan tengah panas. Tempat ena menetap sekarang waktu siang memang panas terik. Kalau keluar rumah, terasa pedih kulit muka ni. Sunburn tu usah cakap la, kulit muka jadi kering dan berjerawat. Tambahan pula, ena sekarang tengah hormone tak menentu. Muka ena breakout teruk. Kalau ena tak pakai foundation, nampak jerawat nanah serta parut jerawat kat muka ni. Fuhhh Sabar jela.


AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa

Namun ena tak risau sangat dengan sunburn serta jerawat ni. Sekarang ena guna satu cream dari jenama Hansaegee Nature yang mampu rawat suburn pada kulit muka ena. Cream tersebut adalah Aqua Whitening Cream. Anda jangan takut pula, walaupun namanya ‘whitening cream’ tetapi cream ini tidak menghakis kulit. Krim ini sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan kulit yang kusam kepada kulit yang lebih sihat dan nampak berseri. Mari ena kongsikan serba sedikit yang ena tahu mengenai Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini.


AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Pergi kemana sahaja ena mesti bawa Aqua Whitening Cream ini di dalam beg ena

Aqua Whitening Cream adalah pelembap muka dari keluaran Hansaegee Nature. Hansaegee Nature merupakan brand penjagaan kulit muka dari Malaysia tetapi semua produk skincarenya diperbuat 100% dari Korea. Jenama ini telah ditubuhkan sejak 8 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2011 lagi. Salah satu produknya yang tengah hot sekarang adalah Aqua Whitening Cream ni la.

Fungsi Aqua Whitening Cream ini adalah melembapkan kulit wajah dan sekali gus merawat semula sel-sel kulit yang sudah rosak akibat terkena sinaran UV yang kurang baik pada kesihatan kulit wajah. Krim ini diformulasikan bahan-bahan dan herba-herba yang dapat membantu krim ini dapat meresep ke dalam kulit serta mengekalkan kulit tidak kering sepanjang hari.


AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Struktur Aqua Whitening Cream adalah water drop based cream yang lebih ringan dan tidak menyumbat liang roma pada kulit muka

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang memberikan kelebihan yang bagus pada kulit wajah. Antaranya seperti tidak menyumbatkan liang roma, tidak menggalakkan jerawat untuk tumbuh beranak-pinak, merawat kulit kering serta kulit yang mengalami radang kemerahan dan mengekal kelembapan kulit ketika cuaca tengah panas.

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Kuantiti Aqua Whitening Cream dalam satu bekas ni banyak juga. Berbaloi beli sebab tahan lama even pakai setiap hari

Selain itu,Niacinamide yang terkandung di dalam Aqua Whitening Cream dapat memberikan warna kulit wajah lebih sekata dan lebih cerah. Nak jadi putih melepak tu tak dapat la tetapi boleh menaikkan seri muka. Oleh sebab itu, keyakinan diri ena tak turun bila kulit muka ena tengah breakout ketika berhadapan dengan orang. Walaupun tengah berparut jerawat, bila letak krim ini kulit wajah ena nampak lebih berseri dan yang paling penting tak nampak kusam.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Pada keseluruhan ena suka Aqua Whitening Cream  Hansaegee Nature ni sebab lepas je ena pakai, wajah ena nampak lebih segar, lembap dan tidak nampak kusam. Tak percaya? Haa tengok gambar ena kat bawah ni. Not bad kan?? Masa ni ena nak keluar pergi kedai berdekatan sahaja, so malas nak pakai foundation bedak apa semua tu. Hanya pakai krim ini dengan calit sedikit gincu bibir. Segala parut dan jerawat tu tak dapat nak cover dah la. Lagipun tengah nak sembuh tu.

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Rasa kulit muka kekeringan, dalam kereta je pun dah boleh pakai Aqua Whitening Cream. Mudah dan cepat

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Ena tidak perlu risau lagi dengan kulit muka sendiri bila adanya Aqua Whitening Cream di dalam handbag ena

Selain itu, ena suka dengan struktur Aqua Whitening Cream ni sebab ringan, muka tak bertompok sebab krimnya transparent, tidak kering like watery gittew dan senang la nak ratakan kat satu muka. Sejujurnya, muka ena tak rasa berat selepas pakai pakai cream ini dan muka lebih menyegarkan. Tambahan pula, apa yang menyebabkan kelembapan kulit kekal normal adalah bila urut krim ini pada muka, lama-lama akan nampak titisan air pada kulit wajah. Titisan air itu la yang memastikan kulit wajah tidak menjadi terlampau akibat cuaca yang sangat panas seperti yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Kalau tak percaya, mari tengok gambar kat bawah ni ena buat sedikit demo kat atas tangan ena sendiri. Anda boleh lihat sendiri.

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Letak sedikit Aqua Whitening Cream di atas tangan atau muka sendiri

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Sapu sehingga rata. Urut secara putaran tau

AQUA WHITENING CREAM - Hak Milik Ina Ainaa
Tadaaaa! Nampak tak water droplet tu. Nice kan

DETAILS AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

Kepada yang sedang mengalami masalah kulit muka seperti sunburn, kering, berjerawat dan kusam, anda boleh cuba try test Aqua Whitening Cream ini sendiri. Ena dah cuba dah, memang sesuai dengan kulit ena sekarang. Nampak perubahan semenjak ena konsisten pakai krim pelembap ini. Haaaa! Konsisten tu la yang paling penting kalau nak dapatkan kulit yang diingini. Apapun jangan lupa minum air kosong yang banyak setiap hari, cuaca tengah panas sekarang ni. Jaga diri anda masing-masing.

Itu sahaja perkongsian ena kali ini mengenai produk kecantikkan. Siapa tak nak cantikkan? So siapa nak cantik tu sila-silalah ke website atau laman social Hansaegee Nature. Di sana lagi banyak produk kecantikkan yang ada dijual. Anda boleh klik sahaja pada link kat bawah ini.



WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

YOUTUBE:



MOV HOTEL PENGINAPAN CANTIK & SELESA DI KUALA LUMPUR

$
0
0
MOV HOTEL PENGINAPAN CANTIK & SELESA DI KUALA LUMPUR | Penginapan yang cantik dan selesa di mana-mana tempat penginapan seperti hotel, resort, homestay dan lain-lain lagi merupakan salah satu pilihan orang ramai. Baru-baru ni ena ada menginap satu hotel di Kuala Lumpur dengan suami ena yang cantik dan selesa sebab saja-saja nak fefeeling romantik dengan suami tersayang. Oleh itu, kenalah pilih hotel yang sesuai. Walaupun tak dapat pergi tepi pantai, kat sini pun memadai bagi kami untuk menghabiskan masa bersama. Hotel yang bertuah jadi pilihan kami tu diberi nama MOV Hotel Kuala Lumpur.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa

Ena pilih hotel ini sebab ada satu jenis bilik kat hotel unik bagi ena di mana satu bilik tapi ada dua tingkat. Haaaaa. Macam mana rupanya tu?? Tungguuu! Nanti ena share gambar-gambar kenangan ena ketika di MOV Hotel Kuala Lumpur. Sebelum tu, mari ena share sedikit mengenai hotel ini serba sedikit yang ena tahu.


MOV HOTEL KUALA LUMPUR

MOV Hotel Kuala Lumpur menekankan konsep 'Sexy and Fun Lifestyle' dari segi reka bentuk dan susunan dalamannya. Kedudukan hotel ini terletak betul-betul ditengah bandar Kuala Lumpur. Pemandangan dari tingkap bilik hotel boleh nampak seluruh bandar Kuala Lumpur, memang cantik tamabahan pemandangan pada waktu malam. Bilik ena tempoh hari pun di tingkat 11, malam-malam memang cantik bila tengok kat luar jendela.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Pemandangan di Roof Top MOV Hotel Kuala Lumpur

ALAMAT:
MOV Hotel Kuala Lumpur
43 Jalan Berangan,
Bukit Bintang,
50200 Kuala Lumpur
(Boleh guna Waze / Google Map dengan search sahaja MOV Hotel KL)


Kalau malam-malam nak jalan kat bandar Kuala Lumpur pun dekat sebab hotel ni dekat juga dengan Bukit Bintang, Pavilion dan Berjaya Times Square. Ini bermakna sudah berdekatan dengan kemudahan awam seperti MRT, Monorel dan LRT. Senang. Tak perlu nak bawa kereta sendiri, parking je kat mana-mana atau guna je parking valet MOV Hotel Kuala Lumpur, lepas tu jalan-jalan la dalam Kuala Lumpur dengan menggunakan kemudahan yang ada.

Di dalam MOV Hotel Kuala Lumpur pun ada kemudahan yang tersendiri dan memberikan keselesaam kepada tetamu hotel ini. Ena sendiri menggunakan kemudahan yang ada di sini antaranya seperti gym, swimming pool, swing lounge, Wurst KL cafe, Wifi, parking Valet dan kemudahan dalam bilik yang selesa. Ena ada ambil gambar kenangan kat hotel ni, mari ena share kat bawah ni untuk santapan mata para pembaca ena. Mana tahu anda pun ada berniat untuk menginap mana-mana hotel di Kuala Lumpur dan anda boleh usya dulu kelebihan yang ada pada MOV Hotel Kuala Lumpur ni.


ROOF TOP SWIMMING POOL

Swimming pool ini terletak di Roof Top MOV Hotel Kuala Lumpur yang berhadapan dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Waktu buka swimming pool ni dari 7am - 9pm. Anda boleh mandi bila-bila masa dalam waktu itu mengikut keselesaan masing-masing.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suasana kolam renang MOV Hotel Kuala Lumpur pada waktu malam

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Tak mahu berenang pun, boleh lepak kat kerusi malas ni sambil lihat bintang di langit.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suami ena yang pergi berendam dan berenang, ena duduk tepi je sambil menikmati waktu pagi di Roof Top MOV Hotel Kuala Lumpur


GYM
MOV Hotel Kuala Lumpur juga menyediakan gym untuk para tetamu di sini. Anda boleh guna semua kemudahan yang ada di dalam gym ni tidak kira masa mengikut ketahanan diri masing-masing. Tiada siapa nak halau keluar selagi anda ada kad access bilik anda. Hiks. Gym ini beroperasi dari pukul 6am - 12am. Lokasi gym ini juga terletak di Roof Top bersebelahan dengan Swimming Pool.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suami ena memang suka pergi tempat macam ni. Lepas sarapan, teman dia ke gym MOV Hotel Kuala Lumpur sebelum dia terjun dalam kolam

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suasana gym di MOV Hotel Kuala Lumpur. Anda boleh guna semua yang ada kat dalam ni



SWING LOUNGE

Di tepi swimming pool ni ada tempat untuk menenangkan pemikiran sambil menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur. Ada kerusi tergantung ala-ala macam kerusi buaian gittew. Lepas mandi, boleh terus ke sini untuk tenangkan diri selepas berenang pun boleh.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Sejukkan badan selepas pergi gym sebelum terjun dalam kolam renang di Swing Lounge MOV Hotel Kuala Lumpur


WURST KL CAFE

Pakej bilik yang kami menginap tempoh hari ada menyediakan sarapan pagi di Wurst KL Cafe yang terletak level bawah sekali. Privacy sedikit cafenya. Ena dan suami sebagai pemburu makanan, memang seronok dapat menikmati sarapan pagi di cafe ini. Alhamdulillah, makanan kat cafe ni sedap-sedap juga dan exclusive. Anda boleh pilih untuk makan yang buffet atau anda juga boleh order secara ala carte. Free je, tak perlu bayar sekiranya anda ambil pakej bilik sekali dengan sarapan la. 

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Ruang buffet di Wurst KL Cafe

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Muka bahagia dapat sarapan yang sedap-sedap di Wurst KL Cafe

Suasana Wurst KL Cafe ini juga tenang, romantik dan selesa untuk sarapan di sini. Susun atur meja pun kemas dan anda boleh pilih nak duduk di sudut yang macam mana sebab cafe ni agak luas dan besar. Pekerja kat cafe ini pun sedia ada dengan anda sekiranya anda ingin order makanan atau ingin menanya sebarang pertanyaan mengenai makanan di cafe ini. Macam ena la, first time datang memang tak tahu menahu sangat selok belok cafe ni. Ena tanya je, tapi mereka mesra melayan ena. Terima kasih. Heeee.


MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Suasana di Wurst KL Cafe yang gah mewah, kemas dan tenang.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Makanan ala carte pilihan ena untuk sarapan di Wurst KL Cafe.
MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Pilihan ala carte suami ena, Yazid

Ada banyak lagi kemudahan yang ada di dalam MOV Hotel Kuala Lumpur ni. Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh lawati laman sesawang hotel ini sendiri. Yang pasti hotel ini memang cantik dan selesa untuk menginap di sekitar Kuala Lumpur. Jika anda travel dari jauh atau ada urusan penting di Kuala Lumpur, ena sarankan anda untuk menginap di sini. Okay, seterusnya ena nak share keadaan bilik yang ena menginap tempoh hari di MOV Hotel Kuala Lumpur.


MOV FAMILY LOFT ROOM

Walaupun ena berdua sahaja dengan suami, tapi ena pilih MOV Family Loft Room yang memuatkan 4 orang dalam satu bilik sebab ena rasa bilik ni unik seperti yang ena sudah nyatakan di permulaan entri ini. Dalam satu bilik ada dua tingkat dan bilik ini sesuai sangat kalau nak ajak family tinggal sekali. Tidak perlu sewa sampai dua bilik. Jom tengok bilik MOV Family Loft ni bagaimana.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Bilik ena di MOV Hotel Kuala Lumpur berada di tingkat 11 dan beginilah ruang untuk bilik ke bilik

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Ada dua kad access untuk MOV Family Loft Room

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Meja kerja di tepi tingkap yang pemandangannya menghadap suasana bandar Kuala Lumpur

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Satu king bed di bawah dua single bed di atas. Setiap single bed ada dua bantal yang selesa. Kat tingkat atas pun ada aircond.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Dua single bed dengan ruang yang disediakan untuk solat. Ena guna tingkat atas sebagai ruang solat ena.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Tandas dan bilik air di asingkan. Di hadapan ada cermin dan sinki. Senang untuk gosok gigi atau cuci muka.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Terima kasih pihak MOV Hotel Kuala Lumpur hiaskan bilik yang romantik sebegini untuk ena dan suami. Terharu sangat. Rasa macam pergi honeymoon kali kedua

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Keadaan susunan bilik di tingkat bawah.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Di dalam bilik ini juga ada penunjuk arah kiblat. Alhamdulillah senang nak solat

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Kalau nak masak air atau nak air kosong, di dalam bilik ini dah sediakan semua itu. Cuma 3 in 1 anda kena bekalkan sendiri.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa
Di belakang pintu bilik ada keterangan keselamatan sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku


DETAILS MOV HOTEL KUALA LUMPUR

Sekiranya anda mencari tempat penginapan yang cantik dan selesa di sekitar Kuala Lumpur, ena sarankan untuk menginap di MOV Hotel Kuala Lumpur. Anda boleh booked secara direct dengan pihak mereka atau guna 3rd Party seperti Trivago, Booking.com, Agoda dan Expedia.com.

Itu sahaja perkongsian ena mengenai MOV Hotel Kuala Lumpur ni. Anda boleh baca lebih details di website mereka sendiri atau anda boleh terus hubungi pihak mereka. Di bawah ini ena kongsikan link untuk website MOV Hotel Kuala Lumpur.

MOV Hotel Kuala Lumpur - Hak milik Ina Ainaa



WEBSITE:

INSTAGRAM: 

FACEBOOK:

CONTACT NUMBER:
03-27819888


TEMPAH TIKET FLIGHT MURAH KE PERTH DI TRAVELOKA

$
0
0
TEMPAH TIKET FLIGHT MURAH KE PERTH DI TRAVELOKA | Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua para pembaca blog ena. Tengah buat apa tu? Ada tak antara anda yang sedang merancang untuk ke Perth, Australia? Ena pun tengah ada masa terluang ni ada juga usha-usha negara ni dan serta harga tiket ke sana di laman sesawang Traveloka pada bahagian Books Flight To Perth. Ramai kata tiket flight ke Perth tengah murah sekarang kalau beli melalui Traveloka. Sebab itu ena tengah cuci mata di laman web Traveloka.

Flight ke Perth Traveloka - Hak Milik Ina Ainaa

Ena dengan suami ena, Yazid seorang yang kaki berjalan sejak zaman kami berkawan lagi. Nak ke Perth ni memang angan-angan ena sejak dulu lagi sebab salah satunya nak jumpa beruang Koala. Ahaks. I am animal lover. Geram tengok Koala ni. Ena nak sendiri ada pengalaman dukung Koala, kat Malaysia tak ada haiwan tu. Sobs. Lepas tu tengok kawan-kawan yang sudah selamat sampai ke sana, Ya Allah cantiknya pemandangan di Perth tu, bersih je tengok bandar serta taman kat sana. Banyak tempat-tempat yang best untuk kita lawati ke sana, alangkah seronoknya kalau ena dapat tengok dengan mata kasar ena sendiri. Oleh sebab itu ena cuba try test usya tiket flight ke Perth melalui website Traveloka.

Selain daripada itu, ena teringin juga nak pelajari budaya orang sana. Bagaimana mereka hidup seharian, apa yang mereka jual kat kedai-kedai, keadaan cuaca kat sana bagaimana, adakah seperti yang dibayangkan selama ni. Selalunya kalau kita jenis suka travel ni, kita akan jadi seorang yang senang terima dengan perbezaan budaya orang lain cuma jangan sampai terlupa terus asal usul diri dari mana. Itu sahaja. 


KELEBIHAN TEMPAH TIKET FLIGHT DI TRAVELOKA 

Ena nak bagitahu serba sedikit kelebihan yang anda akan dapat sekiranya anda pilih Traveloka untuk book tiket flight. Antaranya seperti berikut:-

1) Tiada charge yang tersembunyi dikenakan
2) Anda boleh buat monthly installment di Maybank
3) Boleh set price alert melalui Apps Traveloka.

Flight ke Perth Traveloka - Hak Milik Ina Ainaa
Apps Traveloka. Mudah dan Tersusun. Senang nak tempah tiket penerbangan atau hotel

Flight ke Perth Traveloka - Hak Milik Ina Ainaa
Sambil baring pun boleh cuci mata di website Traveloka

Sekarang ni, anda boleh download Apps Traveloka di telefon pintar masing-masing. Di Apps ini anda boleh lihat tempat-tempat yang anda ingin pergi malah anda boleh set alert harga promosi sekira tempat yang anda ingin pergi tu sedang buat promosi. Ini bermakna Traveloka akan hantar notification kepada anda terlebih dahulu sekiranya ada harga promosi pada sesuatu tempat tu. Contoh macam ena yang merancang untuk ke Perth tetapi belum ada harga promosi. Dengan itu, ena buat set alert untuk harga promosi ke Perth. Sekiranya bulan hadapan ada harga promosi, ena akan dapat notification terlebih dahulu daripada Apps Traveloka. Mudahkannn? Dengan adanya notifikasi sebegini, anda tidak terlepas peluang untuk menikmati harga tiket flight murah ke destinasi yang anda idamkan selama ini.

Pada bahagian Books Flight To Perth di Traveloka ada pelbagai pilihan Syarikat Penerbangan yang anda boleh pilih mengikut bajet dan citarasa masing-masing. Namun, ena nampak satu Syarikat Penerbangan yang sesuai dengan anda yang ingin bajet yang berbaloi, selesa dan selamat. Anda boleh pergi ke Cheap Cathay Pacific Flights sahaja. Ena semak penerbangan untuk bulan 12 nanti, macam okay je harganya. Boleh la nak booked sekarang, sebelum terlambat. Tapi ena kena bincang semula dengan suami sebab waktu tu dah 'bertiga' dah, InshaAllah. Heeeeee.

Flight ke Perth Traveloka - Hak Milik Ina Ainaa
Pelbagai jenis syarikat penerbangan yang ada di Traveloka

DETAILS TRAVELOKA MALAYSIA

Oleh itu, bagi anda yang ingin pergi honeymoon ke Perth ataupun ada perancangan dengan kawan-kawan, boleh la usya ke laman sesawang Traveloka. Sekali gus boleh kira bajet masing-masing. Di bawah ini ena ada share link untuk terus hubungi pihak Traveloka.


TRAVELOKA

BOOKS FLIGHT TO PERTH

INSTAGRAM




BUFFET RAMADHAN 2019 VILLA ISTANA MELAKA

$
0
0
BUFFET RAMADHAN 2019 VILLA ISTANA MELAKA | Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua para pembaca blog ena terutama bagi mereka warga penduduk Melaka. Ena ada nak share satu tempat yang menyediakan Buffet Ramadhan 2019 di kawasan negeri Melaka. Kepada mereka menetap atau berdekatan di Melaka boleh la baca entri ena yang ini mengenai Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka.

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa

Ena sarankan berbuka di sini sebab suasananya ala-ala di istana gittew. Aspek yang paling penting adalah tempatnya selesa, banyak kemudahan yang ada di situ, hotel bertaraf 5 bintang dan yang bestnya harga buffetnya sangat berpatutan. Sebab itu ena nak kongsikan dengan anda semua mengenai Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka. Sekiranya anda sedang mencari tempat buffet  Ramadhan yang diyakini dan berbaloi di sekitar Melaka, anda boleh pilih di hotel ini.


VILLA ISTANA MELAKA 

Villa Istana Melaka ini terletak di Ayer Keroh, Melaka dan untuk pengetahuan anda juga, hotel ini pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Semperna bulan Ramadhan 2019, Villa Istana Melaka menyediakan buffet Ramadhan 2019 yang menjaminkan sajian makanan bertaraf 5 bintang, memenuhi citarasa ramai, layanan dan perkhidmatan yang cemerlang apabila anda menikmati juadah berbuka puasa di sini. 

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:
Villa Istana Melaka
Lot 11319 PM1313 Jalan TU1, 
Taman Tasik Utama Ayer Keroh,
 Melaka 

HARGA BUFFET RAMADHAN:
Dewasa: RM45 (Per Pax)
Kanak-Kanak: RM29.90 (Per Pax)


Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka akan berlangsung pada 6/5/2019 hingga 1/6/2019. Pihak Villa Istana Melaka menggalakan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan. Anda boleh buat tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga sebab ada disediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik. Bagi yang hendak buat majlis korporat dikehendaki buat tempahan awal bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa


MENU BUFFET RAMADHAN 2019 VILLA ISTANA MELAKA

Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini. Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan. 

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa


KEMUDAHAN DI VILLA ISTANA MELAKA

Kemudahan yang ada di Villa Istana Melaka ini antaranya adalah suasana dewan makan yang selesa serta dilengkapi dengan penghawa dingin. Dewan makan ini mampu memuatkan 500 tetamu dalam satu masa. Selain itu, anda boleh menggunakan kemudahaan wifi percuma yang disediakan di sini. Oleh sebab itu, Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim pada setiap tahun. 

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa


Tambahan pula, Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam yang bersih, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk. Anda dapat menunaikan solat Maghrib dan / atau Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa di sini.

Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan Islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan Ramadhan 2019 ini. Di Villa Istana Melaka ini turut menyediakan bilik penginapan ekslusif untuk para musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah. 

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa

VILLA ISTANA MELAKA - Hak Milik Ina Ainaa


DETAILS VILLA ISTANA MELAKA

Sekiranya anda ingin buat tempahan Buffet Ramadhan Villa Istana Melaka, anda boleh hubungi pihak mereka sendiri. Di bawah ni ena sertakan link untuk hubungi secara terus dengan mereka. Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa ya. 

FACEBOOK:

INSTAGRAM: 

NOMBOR HUBUNGI:
06 - 233 0205
017 - 340 8715
016 - 790 0804
010 - 794 0115
017 - 335 7466


RAMADHAN 2019 SANTAPAN BERSAMA GRANDMAMA'S PAVILION

$
0
0
RAMADHAN 2019 SANTAPAN BERSAMA GRANDMAMA'S MALAYSIA | Semperna bulan Ramadhan 2019 yang mulia ini, Grandmama's di Pavilion turut menyediakan set berbuka puasa santapan bersama dengan keluarga anda mahupun dengan sahabat-sahabat anda. Alhamdulillah, ena sebagai pemburu makanan turut diberikan peluang untuk menikmati dan merasai antara set juadah berbuka puasa yang ada disediakan oleh Grandmama's Pavilion.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa

Kebanyakkannya ena share mengenai Buffet Ramadhan 2019 kan, tapi kali ini anda hanya order di meja makan dan makanan akan dibawa oleh pelayan tetamu Grandmama's Pavilion. Ada sesetengah diantara kita tidak berapa gemar untuk makan secara buffet atau mood nak makan secara buffet tu tengah tak ada buat masa sekarang. Oleh itu, ena sarankan anda untuk berbuka puasa di Grandmama's Pavilion.


SET RAMADHAN 2019 GRANDMAMA'S MALAYSIA

Di Malaysia, cawangan Grandmama's hanya terdapat 4 tempat setakat ini iaitu di The Intermark Mall, Pavilion Mall, KLIA dan Genting Highland. Namun begitu, hanya di cawangan The Intermark Mall dan Pavilion Mall sahaja yang ada Set Santapan Bersama secara beramai-ramai. Di cawangan KLIA dan Genting Highlands hanya ada untu Set Individual Santapan Bersama Grandmama's.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa

Ena diberi peluang untuk merasai menu berbuka puasa di cawangan Grandmama's Pavilion dan untuk pengetahuan anda juga, ini merupakan kali pertama ena merasai makanan di Grandmama's. Selama ni lalu je depan kedainya tetapi tak berkesempatan untuk makan di situ. Alhamdulillah, memuaskan hati kesemua makanan berbuka puasa yang disediakan oleh Grandmama's Pavilion.


ALAMAT: 
Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur

RAMADHAN'S PROMOTION:
6/5/2019 - 4/6/2019

WAKTU OPERASI:
11.30am - 10.30pm


Juadah berbuka puasa di Grandmama's menekankan masakan Melayu seperti kari, ayam masak merah, masak petai dan banyak lagi. Setiap menu bergantung pada set Santapan Bersama Grandmama's yang kita pilih dan setiap set tu mengikut berapa pax yang bersesuaian dengan jumlah yang anda bawa. Kalau macam set tu tak cukup, anda boleh tambah yang ala-carte juga. So, don't worry be happy. Nak tahu juadah menarik untuk berbuka di sini? Jommm, sila teruskan baca blog ena ni.

Berikut adalah antara set Santapan Bersama Grandmama's di Pavilion Mall dan The Intermark Mall, Kuala Lumpur.

SET B
Pax: 4 - 5

Menu: Kerabu Mangga & Betik Muda, Fish Head Curry Hotpot, Lamb Shank Gulai Kawah, Crispy Butter Prawns, Ayam Masak Merah ala Kampung, Stir-Fried Mixed Vegetables, Steamed Rice, Kurma Dates, Traditional Kuih

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa


SET C
Pax: 6 - 8 pax

Menu: Kerabu Mangga & Betik Muda, Seafood Curry Hotpot, Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal, Sambal Petai Prawns, Ayam Masak Merah Ala Kampung, Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce, Braised Egg Beancurd with Minced Meat, Paku with Sambal Belacan, Steamed Rice, Kurma Dates and Traditional Kuih

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa


ALA CARTE

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Crispy Butter Prawns Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Lamb Shank Gulai Kawah Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Seabess Masak Tempoyak Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Kerabu Manga & Betik Muda Grandmama's Pavilion

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Ayam Masak Merah Ala Kampung Grandmama's Pavilion

DESSERT

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
ABC Grandmama's Pavilion. Yang ini tak termasuk dalam Santapan Bersama Grandmama's tapi anda boleh order sekiranya tekak teringin ABC ketika berpuasa ni

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Kurma & Traditional Kuih Grandmama's Pavilion. Diberi dalam setiap set Santapan Bersama Grandmama's


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keluasan Restoran Grandmama's Pavilion besar dan dapat menampung 180 orang. Ada dua bahagia tau kawasan tempat duduk di situ, satu kat dalam kedai dan satu di luar kedai. Ikutlah pilihan  dan keselesaan masing-masing. Bagi ena, semua tempat duduknya selesa, kemas dan berpenghawa dingin.

SERVIS: Pelayan Grandmama's Pavilion ni semuanya peramah dan sentiasa ada dengan kita. Ena suka. Pemakaian mereka pun kemas dan mengikut uniform mereka sendiri. Inilah yang kita mahu.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Ruang makan Grandmama's Pavilion di dalam restoran 

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Ruang makan Grandmama's Pavilion di luar

KEMUDAHAN: Memandang Grandmama's ini terletak dalam mall, oleh itu anda boleh menggunakan segala kemudahakan yang ada di dalam mall. Tandas pun sangat dengan dengan restoran ini.

MAKANAN: Juadah berbuka puasa di sini, ena tak tipu memang sedap. Cuma kepedasan makanannya sedang-sedang sahaja. Mereka yang kurang makan makanan pedas sangat sesuai untuk berbuka di sini. Ena punya selera ni mana-mana boleh masuk, sebab itu ena dapat menikmati kesedapan juadah berbuka puasa di Grandmama's Pavilion. Selain itu, kuantiti nasi yang diberi nampak je macam sikit, tetapi banyak rupanya. Nasi kosongnya pun dah sedap, apatah lagi lauknya. Memuaskan hati.

HARGA: Harga kat sini berbaloi dengan apa yang kita dapat. Kalau ambil set di atas, lagi jimat sebab boleh makan beramai-ramai.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Santapan Bersama Grandmama's Pavilion Mall dan Intermark Mall
Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Santapan Bersama Grandmama's Genting Highlands

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Santapan Bersama Grandmama's KLIA


DETAILS GRANDMAMA'S PAVILION

Ena sangat sarankan kepada anda untuk cuba try test sendiri masakan juadah berbuka puasa di Grandmama's Malaysia. Ena yakin anda pasti suka dan puas hati juga seperti ena. Oleh itu, jom buat tempahan sekarang atau anda boleh walk-in sahaja sekiranya tengah shopping di Pavilion Mall atau di cawangan-cawangan yang ena sudah nyatakan di atas.

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Selamat berbuka puasa dan selamat menjalani ibadah puasa dengan gembira.

Santapan Bersama Grandmama's - Hak Milik Ina Ainaa
Grandmama pun pandai bawa motor, ena je bila entah nak belajar. Ehhh hiks! Ayuhhh jom berbuka puasa di Grandmama's Malaysia


WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

CONTACT NUMBER:
03-21439333






PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 BERSAMA RICHWORKS

$
0
0
PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 BERSAMA RICHWORKS | Ena sejak dah meningkat umur ni dan juga sudah berumahtangga, hal masa depan akan menjadi keutamaan bagi diri ena. Zaman kanak-kanak Ribenna dulu memang tak fikir dah, fikir nak seronok time tu juga. Betul tak? Hiks. Sekarang ni baru celik mata bertungkus lumus hendak merancang itu ini untuk masa depan keluarga ena sendiri.

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Apapun, hendak membina masa depan yang cerah, yang diingini bukan la semudah ABC. Ada di antara yang masih struggle, ada yang masih dalam dunia mimpi, ada yang masih tidur, ada yang sudah capai cita-citanya tapi ujian hidupnya kelain pula. Itulah nama kehidupan. Bak kata orang putih, "Struggle Is Real". Walaubagaimanapun, nasib kehidupan seseorang tu bergantung juga pada dirinya sendiri. Nak ubah hidup tetapi takut bertindak pun tak boleh juga. Namun, nak bertindak tu biarlah betul caranya. Oleh itu, ena nak dedahkan kepada anda semua tentang satu program untuk membantu mereka yang masih buntu mencari jalan penyelesaian masalah kehidupan masing-masing. Program tersebut adalah Program Nak Ubah Hidup 2019.


PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019

Program Nak Ubah Hidup 2019- Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes ini dilancarkan oleh Richworks International Sdn Bhd secara Live Event pada 30 / 8 /2019 hingga 1 / 9 / 2019 di Setia City Convention Centre (SCCC). Richworks International Sdn Bhd ini sudah 11 ditubuhkan dan lebih daripada 700 000 peserta menyertai dan menghadiri program yang diadakan oleh Richworks. Hal ini kerana ramai yang hadir berjaya mengubah nasib mereka dari kurang bernasib baik, hutang keliling pinggang dan tekanan dengan masalah kewangan, menjadi manusia yang lebih luar biasa dan lebih berkualiti.

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Program ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin kembangkan sektor peniagaan masing-masing. Ada diantara peniaga yang berniaga tanpa ilmu pengetahuan yang cukup dan betul yang menyebabkan peniagaan mereka terbabas dari landasan yang selayaknya. Selain itu, ada juga antara mereka terpaksa berhadapan dengan hutang bisnes yang besar akibat atas asbab kehidupan mereka sendiri juga. 

Namun, selepas mereka menghadiri beberapa program dilancarkan oleh Richworks International Sdn Bhd, ramai peniaga yang dulunya bermasalah dan kini sudah mampu berniaga dengan lancar tanpa ada rasa cabaran dan tekanan yang berat. Hal ini kerana mereka berani dan berjaya mengambil tindakan untuk mengubah nasib hidup mereka dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Master Coach Richworks International Sdn Bhd ialah Dr Azizan Osman yang digelarkan sebagai jutawan seawal umur 32 tahun melalui syarikat Richworks International Sdn Bhd sejak 2008 lagi. Dan kini beliau merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Kejayaan Dr Azizan adalah beliau telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan di Malaysia dan juga banyak menyumbangkan kepada perkembangan perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan. 

Sebelum ena teruskan kata-kata, ena nak ajak anda semua tonton video ini terlebih dahulu. Semoga kita dapat ambil sesuatu daripada video ini. Okay, selamat menonton.



Program Nak Ubah Hidup 2019 bakal disasarkan pada bulan Ogos 2019 semperna yang dihadiri lebih 10 000 peserta selari dengan misi program ini dimana ingin melahir lebih lagi bakal usahawan yang berjaya. Bakal peserta yang menyertai program ini bakal mempelajari ilmu menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes. Sekali gus membantu ubah hidup mereka dari ZERO hingga ke JUTAWAN hanya dengan perniagaan. 

Dr Azizan menyatakan bahawa individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya berbangsa Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri. 


DETAILS UNTUK SERTAI PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 - Hak Milik Ina Ainaa

Oleh itu, bagi anda yang hendak menambahkan ilmu di dada dan mahu ubah hidup masing-masing, dijemput untuk sertai program ini. Tidak rugi bagi anda untuk menimba ilmu yang boleh membantu anda menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes. Untuk sertai anda boleh terus contact pihak Richworks International Sdn Bhd. Berikut adalah link ke sana.


WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

TWITTER:

YOUTUBE:

LINKEDIN:

HOTLINE: 
1-300-88-2424


RESEPI MUDAH DORAYAKI PERISA COKLAT

$
0
0
RESEPI MUDAH DORAYAKI PERISA COKLAT | Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Sudah hampir seminggu kita berpuasa, pejam celik je kan. Pada hari ini, ena nak kongsi satu resepi mudah iaitu resepi Dorayaki Perisa Coklat. Asyik memburu makanan sahaja, kali ini ena nak share resepi pula dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Ena borong bahan-bahannya di Segi Freshmart yang berdekatan dengan rumah ena.

DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa

Resepi ini ena buat selepas solat Tarawih, moreh sebab teringin nak makan Dorayaki perisa coklat dengan jem anggur. Mujur semua bahan-bahan ada kat dapur dari hasil memborong kat Segi Freshmart hari tu. Apa lagi, bertukang la kat dapur. Suami ena pula sejenis penggemar benda manis macam ni, bertambah semangatlah ena nak buat Dorayaki perisa coklat. Senang je resepi ni. Ena dulu belajar dari instagram Khairul Aming.  Sekali cuba, terus ingat dalam kepala sebab mudah.Cuma Khairul Aming buat dorayaki yang biasa, ena just tambah serbuk coklat. Okay, mari ena nak kongsikan bahan-bahan dan cara untuk membuatnya.


RESEPI DORAYAKI PERISA COKLAT

DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa


Bahan-Bahan:

Telur : 2 biji
Gula : 4 - 5 sudu makan
Madu : 1 sudu kecil
Tepung Penaik (Baking Powder) : 1/2 sudu kecil
Tepung Gandum : 1 cawan 200ml
Susu Sejat / Susu Segar : 5-6 sudu makan
Serbuk Coklat : 2-3 sudu makan (Terpulang pada individu)
Garam : Secubit rasa


Cara Penyediaan:

1) Sediakan mangkuk dan pemukul telur. 
2) Masukkan kesemua bahan secara satu persatu.
3) Gaul sampai sebati menggunakan pemukul telur.
4) Panaskan pan / kuali. 
5) Bila kuali dah panas, buka api sepelahan yang boleh.
6) Resepi ini tak perlu minya atau majerin untuk masak. Takkan melekat pada pan
7) Letak adunan tadi menggunakan penyeduk makanan (Ladle). Satu ladle = Satu keping
8) Lepas anda letak adunan, biarkan dia membulat sebegitu. Tak perlu leperkan atau ratakan untuk dapatkan saiz yang sama semuanya.
9) Nak memasaknya agak lama sebab guna api kecil tapi itu yang membuatkan semua adunan tu masak. Bersabar ya.
10) Siap! Boleh makan begitu sahaja atau makan sekali dengan jam.

DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Gaul sampai sebati. Ena letak air sedikit sebab nak buat Dorayaki perisa Coklat leper sikit. Hiks
DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Inilah Ladle. Kalau nak buat Dorayaki perisa Coklat saiz besar, satu senduk ni dah cukup. Kalau nak kecil, kurangkan kuantitinya
DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Letak di tengah-tengah, jangan ratakan, jangan leperkan. Biar adunan Dorayaki Perisa Coklat ni membentuk sendiri
Tak perlu guna minyak atau mentega untuk masak Dorayaki perisa coklat ni. Jangan risau, takkan melekat pada fry pan
DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Siappp! Sedappp makan Dorayaki perisa coklat dengan Jem Anggur Crown's Choice ni
DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Makan pula dengan air Premix Coffee dari Segifresh. Nikmatttt


Serbuk Coklat Trader's Choice, Premix Coffee Segifresh, Tisu Muka Trader's Choice, Jem Anggur Crown's Choice dan Susu Sejat Trader's Choice tu ena beli kat Segi Freshmart je. Serbuk coklat dengan coffenya memang sedap, tak tipu. Ena pun pertama kali cuba try test sebab harganya berpatutan sangat dan berbaloi untuk beli. Best juga memborong kat Segi Freshmart ni. Bawa RM 100 sahaja dah boleh dapat barang sebanyak ini. Fuhhhhh! Stok sebulan puasa. 

DORAYAKI PERISA COKLAT - Hak Milik Ina Ainaa
Ena habiskan RM100 di Segi Freshmart dan boleh dapat kesemua bahan-bahan keperluan dapur ni. Alhamdulillah

Okay, sebelum raya nak mai ni, mari kita perabiskan bahan-bahan yang ada ni. Nak masak apa lagi ye? Ada cadangan apa-apa tak untuk ena masak? Ena macam banyak idea cuma rajin atau tak je. Ahak. Sejak kebelakangan ni ena rasa seronok memasak bila dah jadi isteri orang ni. Fikirkan nak penuhkan perut suami, jadi bersemangat. Heee. 







KEPELBAGAIAN JUADAH BERBUKA PUASA 2019 THE VENUE SHAH ALAM

$
0
0
KEPELBAGAIAN JUADAH BERBUKA PUASA DI THE VENUE SHAH ALAM | Semperna bulan Ramadhan Al-Mubarak 2019 ini, ena sebagai pemburu makanan ingin kongsikan tempat berbuka yang menyediakan buffet Ramadhan 2019 di beberapa tempat yang ena sendiri sudah rasai makanannya. Pada perkongsian kali ini ena nak share hasil buruan ena di The Venue Shah Alam, Seksyen 15 Shah Alam. Bagi anda yang sedang mencari tempat yang cantik, selesa dan memiliki juadah berbuka puasa yang kepelbagaian, anda boleh baca perkongsian ena ni. Mana tahu, sesuai dengan citarasa anda.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

Sedikit sebanyak informasi untuk anda iaitu The Venue Shah Alam ini merupakan Event Space yang agak terkenal di sekitar Shah Alam di mana anda boleh tempah dewan ini untuk majlis kahwin, nikah, pelancaran produk, seminar dan pelbagai lagi. Bangunan The Venue Shah Alam ini mempunyai 3 tingkat dan mempunyai 2 dewan yang berkonsepkan ballroom hotel. Buffet Ramadhan 2019 The Venue Shah Alam yang ena pergi ni menggunakan dewan Grand Ballroom di tingkat 1. Memang besar dan cantik sangat dewan Grand Ballroom ni.


BUFFET RAMADHAN THE VENUE SHAH ALAM

Buffet Ramadhan 2019 di The Venue Shah Alam bertemakan Colours of Ramadhan yang melambangkan kepelbagaian budaya dan bangsa. Juadah berbuka puasa di sini pada tahun ini berlainan dengan tahun-tahun lepas di mana semua makanannya dari masakan Melayu, Cina dan India. Bestkannn. Anda dapat berbuka puasa dengan hati yang gembira dan perut pun jemu sebab dapat pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap.

Lokasi The Venue Shah Alam terletak di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor seperti yang ena sudah nyatakan di atas. Anda boleh menggunakan kemudahan Waze atau Google Map untuk ke sini dengan hanya buat pencarian nama tempat buffet Ramadhan ini. Ena datang ke tempat ini pun dengan bantuan waze juga. InshaAllah, jangan risau tak akan sesat. Sekiranya anda ingin alamat penuh tempat ini, berikut adalah alamat penuh dan harga buffet Ramdhan 2019 The Venue Shah Alam.

THE VENUE SHAH ALAM - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:
The Venue Shah Alam
No 15, Jalan 15/22, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor

HARGA BUFFET RAMADHAN:
Dewasa: RM55 (Per Pax)
Kanak-Kanak (7-12 Tahun): RM30 (Per Pax)
Satu Meja: RM500 (10 pax Dewasa)


Untuk pengetahuan anda, juadah berbuka puasa di The Venue Shah Alam akan berubah-ubah pada setiap hari. Oleh itu, tetamu yang datang berbuka puasa di sini dapat merasai masakan yang berbeza-beza  setiap kali datang ke The Venue Shah Alam. Dengan cara ini, para tetamu turut tidak akan berasa bosan dengan kepelbagaian juadah berbuka puasa yang disediakan. Mari ena tunjukkan juadah berbuka puasa di sini dan Alhamdulillah hampir kesemua makanan ena dah rasa sendiri.

Tambahan informasi untuk anda, semperna ulangtahun yang ke 3 The Venue Shah Alam, pihak mereka menawarkan promosi Rebat RM1000 dan PERCUMA Kambing Golek untuk anda yang mengambil mana-mana pakej perkahwinan mereka. Wow!!! Bestnyaaa! Apa lagi, buat tempahan sekarang sebab kaunter tempat 2019 dan 2020 sudah pun di buka.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

Selain daripada itu, untuk Hari Raya Aidilfitri 2019 nanti, anda juga boleh buat tempahan Buffet Hari Raya di The Venue Shah Alam. Harga serendah RM60 / pax untuk minimun 100 orang. Sekiranya anda ingin buat sebarang open house atau event raya, pilih la The Venie Shah Alam dan buat tempahan sekarang.


MENU BUFFET RAMADHAN 2019 THE VENUE SHAH ALAM

Kemeriahan Ramadhan 2019 kali ini adalah The Venue Shah Alam menyediakan 13 stall makanan yang menempatkan kepelbagaian juadah berbuka puasa. Ketika ena datang ke sini, makanan memang banyak dan suami ena pun kata makanan kat sini tak jemu. Macam-macam para tetamu boleh makan. Nak tahu juadah apa yang ena diberi peluang untuk jamah hari tu di The Venue Shah Alam, jommm tengok gambar-gambar kat bawah ini. Jangan sampai air liur melelh ketika berpuasa ya. Hiks.


MAKANAN

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


KUIH TRADISIONAL

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


MINUMAN

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


PEMBUKA SELERA

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


FEEBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Kawasan dewan Grand Ballroom The Venue Shah Alam sangat luas yang mampu menyumbat 2500 orang untuk majlis buffet dan 530 untuk majlis seated, dekorasi dewan ini pun cantik, ada penghawa dingin yang cukup dan memang selesa untuk anda berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda di sini.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

SERVIS: Bila makan secara buffet, kita akan layan diri sendiri di mana kita akan ambil makanan dan minuman sendiri di 13 stall makanan yang telah di sediakan. Namun, jangan risau, masih ada pelayan tetamu di sana untuk membantu kita kemaskan meja kita, angkat pinggan mangkuk yang sudah diguna dan pastikan makanan di stall ada. Selain itu, The Venue Shah Alam mengadakan khidmat Live Band yang akan menghiburkan para tetamu semasa majlis Buffet Ramadhan diadakan pada tahun ini.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


KEMUDAHAN: Di The Venue Shah Alam terdapat kemudahan seperti tandas, surau, parking yang luas dan diuruskan oleh pihak RELA, tempat khas untuk merokok dan kemudahan lift untuk memudahkan urusan pelanggan, warga tua dan OKU.

MAKANAN: Hampir kesemua makanan di sini ena sangat berpuas hati dengan rasa dan teksturnya. Ena paling suka Shell Out Seafood kat sini. Sedap sangat sos Shell Outnya. Beriani Kambing pun berjaya memikat hati ena. Semua rasa makanan kat sini masuk dengan tekak ena.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa

HARGA: Bagi ena harganya berbaloi dan tidak terlampau mahal. Namun, terpulang pada bajet dan kemampuan masing-masing ya.


DETAILS THE VENUE SHAH ALAM

Itu sahaja kisah Buffet Ramadhan yang ena kongsikan kali ini. Anda boleh fikir-fikirkan dahulu sebelum buat keputusan. Sekiranya anda yang muktamad ingin berbuka puasa kat sini, anda boleh hubungi terus pihak The Venue Shah Alam. Di bawah ini ena sertakan website mereka dan nombor untuk dihubungi.

THE VENUE SHAH ALAM- Hak Milik Ina Ainaa


NOMBOR TELEFON:
019-8585825 / 019-8585375 (WhatsApp)

FACEBOOK: 

INSTAGRAM:


KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA BERSAMA PACIFIC WEST

$
0
0
KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA BERSAMA PACIFIC WEST | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Ketika bulan Ramadhan yang lepas, ena berpeluang untuk berbuka puasa dengan suami ena di Restaurant Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur. Alaaa, restoran yang dikenali berputar dan bergerak tu. Nanti anda boleh Google restoran ini untuk ketahui dengan lebih lagi. Sudah lama ena idamkan untuk jejak kaki di restoran ini dan alhamdulillah pada bulan puasa tahun 2019 ni, rezeki ena serta suami di mana kami berpeluang untuk berbuka puasa di Restaurant Atmosphere 360 dengan dihidangkan juadah berbuka yang mewah dan mewah yang khas menggunakan produk dari Pacific West. 


PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa


Walaupun kejadian ini sudah lepas, namun ena tetap hendak kongsikan dengan anda mengenai semua juadah berbuka yang telah dihidangkan kepada ena. Nama pun pemburu makanan, mana boleh tak kongsikan bersama pembaca blog ena. Ahaks. Tambahan pula, untuk pengetahuan anda semua sekarang ni ada satu kempen dari Pacific Wesr yang masih berlangsung dan kempen tersebut diberi nama Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya 2019. Sukacitanya, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik yang berharga RM40,000. Wow! Banyak tuuuu, best betul kalau ena dapat jadi pemenang utama. Hiks.


PRODUK PACIFIC WEST


PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa

Produk Pacific West ini adalah sejenis makanan laut yang difrozenkan dan boleh dimasak dengan segera. Lebih kurang macam nugget atau potato fries tula. Ena lebih gemar panggil makanan sebegini sebagai 'kudapan'. Tapi produk Pacific West ini menggunakan sumber laut yang fresh seperti ikan, udang dan sotong. Sekiranya anda sukakan kelainan dalam makanan atau gemar makan makanan laut, anda disarankan untuk cuba try test produk frozen Pacific West ni. 

Pacific West ini berasal dari negara Australia dan sudah ada di pasaran sejak tahun 1995 lagi. Setakat ini, produk ini telah mengembangkan sayapnya ke 20 negara yang lain termasuklah negara kita yang tercinta ini. Untuk pengetahuan anda, tahun 2019 ini, Pacific West telah berjaya memenangi special award untuk Convenience in Seafood Excellence Global 2019 yang dihakimi oleh Chef Professional dan Culinary Expert yang berasal dari Belgium, Perancis, Itali, Czeh Republik dan Hong Kong.


Ramai yang suka dan gemar beli produk Pacific West ini bukan kerana keenakkannya sahaja tetapi ianya mudah disediakan dan cepat untuk dimasak. Mengikut pengalaman ena, ena masak dalam masa yang sekejap dengan menggunakan api yang kecil sahaja dan ena dah boleh dihidangkan serta makan sambil tengok movie. Tak leceh pun. Dan boleh pilih juga untuk masak menggunakan kuali ataupun oven, malah tidak perlu di defroze kan terlebih dahulu. Keluarkan dari freezer, boleh terus masak.

Selain daripada goreng kosong sahaja, anda juga boleh ubah suai kesemua makanan frozen Pacific West ini menjadi makanan yang berat atau pencuci mulut dengan mengikut citarasa sendiri. Macam juadah yang ena berbuka puasa pada bulan Ramadhan yang lepas, chef dari Restaurant Atmosphere 360 telah mengubahsuai makanan dari produk Pacific West ini menjadi satu juadah yang menarik untuk dimakan.

 Antaranya seperti berikut:-

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
AMUSE BOUCHE : Toast Salmon Nigiri, Salt and Pepper Squid dengan Mentai Aioli

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
APPETIZER : Popcorn Fish Satay dengan Peanut Sauce, Vietnamese Spring Roll dengan Breaded Torpedo Prawn dan Nuoc Cham

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
SOUP : Dusted Baby Squid dengan Creamy Prawns Bisque. Ini masakan yang paling ena suka. Sedap sangat.

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
MAIN COURSE : Cod Fish Fingers dengan Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns dan Tempura Natural Calamari Rings dihidangkan dengan Vegetables Bouquet dan Parslied Crushed Potato

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa
DESSERT : Serawa Durian dengan Glutinous Rice

KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA

Semperna bulan Ramadhan hingga ke bulan Syawal pada tahun ini, pihak Pacific West telah melancarkan Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya dengan menggalakkan kita semua yang terdiri daripada pelbagai budaya untuk menyambut perayaan ini sambil kongsikan makanan yang menarik dan lazat. Menerusi kempen ini juga sekali gus dapat memupuk hubungan yang sihat antara sesama kita semua. Kempen ini sudah berlangsung sejak 15/4/2019 hingga 15/7/2019.

Sepanjang kempen ini berlangsung, anda juga boleh beli mana-mana produk makanan laut dari jenama Pacific West ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah Motosikal baru dalam satu resit sahaja. Bukan itu sahaja hadiah yang bakal diperolehi, ada banyak lagi yang bernilai RM40,000. Anda boleh rujuk pada poster  yang ena kongsikan di bawah ini dan di dalam poster tersebuttelah dinyatakan cara-cara untuk sertai kempen ini. Baca dengan teliti yaaa, jangan sampai tersalah steps.

Produk Pacific West ini anda boleh beli dan dapatkan di mana-mana Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan di tempat-tempat yang anda pernah terjumpa ada jual produk Pacific West ini.


Anda tidak perlu risau sebab kualiti produk Pacific West ini sebab kualitinya memang tiada tandingan dengan piawaian keselematan dan proses makanan antarabangsa iaitu BRC, IFS, HACCP dan YUM! Tambahan lagi, kesemua produk makanan frozen ini sudah disahkan HALAL dan bersih untuk kita semua makan. Oleh  itu, beli la sebanyak yang mampu dan simpan di dalam freezer anda. Kalau lapar dan rasa nak makan kudapan, masak je makanan laut frozen Pacific West ini. Memang terbaik!


DETAILS PACIFIC WEST

Sekiranya anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya, anda boleh layari websitenya sendiri atau hubungi pihak Pacific West. Di bawah ini ena share link dan nombor hotline mereka.

Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Maaf agak macam terlewat meng war-war kan berita ini tetapi tarikh tutup kempen ini masih belum tamat. Oleh itu, mari memborong produk makanan laut Pacific West sekarang dan join kempen ini. Raya masih belum habis, boleh jamu tetamu atau buat open house dengan menyediakan makanan daripada produk ini. Sambil-sambil tu, mana tahu boleh menang hadiah dari Pacific West.

PACIFIC WEST - Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE:

CONTACT NUMBER:
1800 888 389

FACEBOOK:


OPEN HOUSE RAYA 2019 BURGERLARI DI JAMIN HALAL

$
0
0
OPEN HOUSE RAYA 2019 BURGERLARI DIJAMIN HALAL | Apabila dapat pergi ke Open House Raya memang satu kenikmatan bagi ena sebab dapat makan makanan yang sedap-sedap dan yang pasti boleh makan sampai lebam. Itulah ena seorang pemburu makanan yang tegar.  Pantang dapat makan percuma ni. Ahaks. Ala siapa pun akan suka dan excited kann.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa

Baru-baru ini, Alhamdulillah, ena diberi peluang untuk menghadiri Open House Raya 2019 yang dianjurkan oleh Restoran Burgerlari semperna bulan Syawal yang indah ini. Open House Raya Burgerlari berlangsung di restorannya sendiri iaitu di Cheras Leisure Mall. Pada hari yang sama juga, sukacitanya Burgerlari sudah mendapat sijil HALAL dari JAKIM.


BURGERLARI CHERAS LEISURE MALL

Nama Restoran Burgerlari ini diilhamkan oleh idea anak-anak kepada pengarang restoran ini sendiri iaitu Justine Leon yang berkonsepkan makanan segera yang mudah dibeli dan pelanggan dapat menikmati makanan yang mengenyangkan dengan pantas. Oleh sebab itu, nama restoran ini diberi nama "Burgerlari" di mana Beli Burger dan Lari, mudah dan pantas.

Burgerlari sudah beroperasi sejak 20 / 2 / 2019 lagi dan pada 18 / 6 / 2019, seperti yang ena sudah nyatakan di atas, restoran ini telah menerima sijil Halal daripada pihak JAKIM ketika Open House Raya 2019 Burgerlari diadakan. Penyerahan sijil Halal dilaksanakan di hadapan kami semua dan membuktikan kesemua bahan-bahan yang digunakan telah dijamin halal, selamat dan bersih untuk dijamah oleh semua pelanggan yang hadir.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Penyerahan Sijil Halal kepada owner Burgerlari daripada pihak JAKIM sendiri

ALAMAT:
Restoran Burgerlari
L1-65, Cheras Leisure Mall,
Jalan Manis 6, Taman Segar,
56100 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI:
Hari: Setiap Hari
Masa: 10am-10pm



MENU BURGERLARI

Kesemua burger yang dijual di Restoran Burgerlari bukanlah sebarangan burger dari segi kualiti dan kuantitinya yang sangat menekan citarasa tempatan yang diolah dengan baik supaya menjadi salah satu burger yang digilai dan digemari oleh orang ramai. Keistimewaan burger di sini adalah roti burger yang digunakan adalah roti arang yang berwarna hitam dan juga strukturnya yang lembut dan mampu kekal segar dengan lebih lama. 

Ini merupakan kali pertama ena merasai burger di Burgerlari. Masa datang Open House Raya 2019 Burgerlari tempoh hari, alang-alang tu ena nak share sedikit komen mengenai tempat ini. Namun sebelum itu, ena nak share dengan anda menu burger yang available di Restoran Burgerlari.

Berikut adalah menu Burgerlari yang halal dan bersih untuk kita semua makan.


BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Hainanese Chicken Chop

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Rendang

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Butter Chicken

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Chicken Rice 

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Satay

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari Nasi Lemak



FEEBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keluasan kawasan Restoran Burgerlari ini tidak la sebesar mana malah tidak juga sekecil mana. Cukup memberi ruang yang selesa untuk para pelanggan menjamah burger di sini. Susun atur kedai pun kemas, simple tetapi nampak modern di situ. 

SERVIS: Mengenai servis ena tak mahu cakap lebih sangat sebab masa ena datang memburu makanan di Burgerlari pada waktu Open House. Oleh itu, makanan yang disediakan pun secara buffet dan pastinya kena layan diri sendiri. Walaubagaimana pun, para pelayan akan sentiasa pastikan makanan mencukupi dan sentiasa penuh dalam dulang makanan.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Open House Raya 2019 Burgelari Di Jamin Halal

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Open House Raya 2019 Burgelari Di Jamin Halal


KEMUDAHAN: Restoran Burgerlari ini terletak di dalam Shopping Mall. Anda boleh menggunakan ke semua kemudahan yang ada di mall tersebut antaranya seperti tandas, surau, parking dan kaunter pertanyaan.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Burgerlari di jamin Halal dan bersih untuk dimakan

MAKANAN: Ena suka dengan struktur roti burger arang Burgerlari ni sebab lembut je. Kebanyakkan ena jumpa roti burger arang ni agak keras dan bila makan akan rasa berderai tetapi memang berbeza dengan roti burger arang Burgerlari. Puas hati makan burger kat sini. Dalam banyak-banyak jenis burger di Burgerlari, ada beberapa yang ena paling suka iaitu Burger Hainanese Chicken Chop dan Burger Ayam Mentega. Anda patut mencubanya sendiri, sebab setiap orang berbeza kesukaannya dan boleh share yang mana set Burgerlari yang anda paling gemari. 

HARGA: Di Burgerlari anda boleh pilih burger secara ala carte atau pun set. Bagi ena, sangat berbaloi dengan harga kalau beli secara set sebab dapat kentang dan air. Kalau beli secara ala carte, beza berapa Ringgit Malaysia sahaja. Sekiranya anda tak minat kentangnya, anda boleh kongsi dengan rakan atau family anda. Apapun, semua pilihan terletak di tangan anda.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Kaunter di Restoran Burgerlari


DETAILS RESTORAN BURGERLARI 

Kepada anda penggemar makan burger dan ingin makanan anda siap dengan pantas serta panas, anda boleh cuba try test burger di Restoran Burgerlari. Gerenti puas hati. Tambahan pula, Burgerlari pun sudah di jamin. Anda boleh dapatkan info lebih lanjut di laman social rasmi Burgerlari. Ena sediakan link untuk ke sana di bawah ini. Anda hanya perlu klik sahaja.

Itu sahaja perkongsian kisah buruan makanan ena kali ini. Jangan lupa untuk share berita gembira ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda ya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

BURGERLARI - Hak Milik Ina Ainaa
Foodie blogger di Restoran Burgerlari














Viewing all 418 articles
Browse latest View live